Tuesday, January 27, 2009

Di KeHeNDAKi PoLiS - PeMBaNTu MM DaLaM PeNYaMaRaN...

Kuala Lumpur, 27 Januari 2009 - Satu sindiket jenayah berat dan yang seberat2nya telah melanda Kuala Lumpur. Seluruh rakyat Malaysia di landa kebimbangan terutama sekali para Ibu bapa kerana khuatir anak2 remaja berada di luar kawasan pemerhatian para ibu bapa. Ini semua adalah gara-gara satu sindiket jenayah yang melanda negara ini. Di bawah ini adalah beberapa keping di sebalik wajah 'Pembantu MM' yang telah berjaya pihak kami rakamkan.

Gambar tersebut telah di rakamkan oleh sebuah kedai gambar dimana menurut kata salah seorang pekerja (nama di rahsiakan) penjenayah tersebut sering kali datang ke kedai untuk membuat make over. Oleh kerana kekerapan dan segala tingkah laku yang mencurigakan, pihak pengurusan kedai tersebut telah memasang cctv dan merakamkan beberapa keping gambar.

Sehingga kini 'Pembantu MM' masih belum berjaya di berkas dan seandainya orang awam mempunyai sebarang maklumat bolehlah menghubungi pihak berkuasa yang berdekatan ataupun bolehlah menghubungi secara terus di talian 007 dia telefon bimbit anda dan seandainya andai memakai talian rumah sila dail 700.

Di fahamkan kumpulan ini selalunya bergerak bersama dan kebanyakan jenayah yang di lakukan adalah jenis yang berat. Setiap kali melakukan jenayah, kumpulan ini akan membuat make over wajah mereka ini adalah bagi mengelirukan pihak berkuasa. Kerjasama anda bagi menangani atau membanteras jenayah di kalangan masyarakat kita amatlah kami hargai. Bersama-samalah kita membanteras jenayah.