Saturday, July 31, 2010

JaNGaN NaK DoK MeRoYaN KeY...

Arie ni aku kerja cam biasa... terasa boring.. adoaiii jam 5 ptg kang aku ada appointment... malas nak balik... kang kalau dah balik kang alamatnya malas plak nak kuar... so decide lepak jer lah kat opis sampai kul 5 kang huhu nak lepak g pyramid x der geng plak adoaiiiiiiiiiiiii den bosannnnnnnnnnnn

Teringat lak kisah pasal kawan aku si Fara tue... tahniah sebab dah bertunang pada 24hb yang lepas... wahhh dapat title baru dah wakakak apa pun insya'allah time ko kawen nanti aku datang..

Dalam minggu ni jugak aku ada dapat information pasal x-tunang member aku yang dok meroyan bila dapat taw x-bf dah bertunang... padahal mereka dah clash lebih kurang 3 tahun yang lalu... dah tue siap kata kawan aku nie perampas plak... apa kes???

Tengok diri sendiri dulu jgn asyik lihat kesalahan orang lain... dah sah2 kawan aku tue bercinta dengan tunang dia lepas ko dah clash. 3 tahun bukan satu jangka masa yg pendek beb... so tak payah lew nak ungkit... sepatutnya kamo mendoakan kebahagiaan mereka bukannya mengharapkan hubungan mereka retak ataw putus... tak payah ler nak ungkit kisah lama... dok tangisi kat fb dok jiwang2 macam menagih balik cinta tue... yang kawan2 dia plak adoaiii kalau tak taw citer tak payah lew nak masuk campur...

Wanita @ Lelaki yang baik adalah mereka yang tidak memburuk2kan insan yang pernah hadir dalam hidup mereka setelah hubungan yang di jalinkan terputus di tengah ataw simpang jalan...

Sudah2 lah tue... naik kesian plak aku tengok pompuan nie...

Thursday, July 29, 2010

KisAh One TEaM @ fRiEnDs cLuB, sTaR cLuB, FaMiLy cLuB & 8282 cLuB YaNg aKHiRNya TuMpaS Di TaNGaN PiHaK BeRKuaSa...

Terkejut!! itulah reaksi pertama yang aku dapat setelah membaca fb salah seorang rakan... per taknya pasal... aku copy paste jer lah eh...


~ ANTARA kereta mewah yang dirampas dalam serbuan di Mentari Court, Bandar Sunway. ~

Skim cepat kaya tipu anak muda tumpas


PETALING JAYA: Polis menumpaskan satu sindiket skim cepat kaya yang mensasarkan golongan muda berikutan penahanan 100 orang termasuk seorang wanita berusia 23 tahun, dipercayai dalang kumpulan itu.

Dalam serbuan di empat restoran di Mentari Court, Bandar Sunway di sini, kira-kira jam 11 malam kelmarin, polis turut merampas 17 kereta mewah termasuk Mercedes Benz, Nissan Fair Lady, BMW dan Mazda yang dijadikan umpan untuk menarik orang ramai menyertai skim itu.

Sindiket itu yang beroperasi sejak tiga tahun lalu, dipercayai mempunyai lebih 10,000 ahli membabitkan pelaburan berjuta ringgit sebulan.Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, berkata sindiket itu menjadikan orang muda yang baru bekerja sebagai sasaran kerana golongan itu mempunyai keinginan tinggi terhadap kereta mewah.

Mereka juga mudah dipengaruhi supaya membuat pinjaman bagi melabur dalam skim itu, katanya ketika dihubungi, semalam.

Rohaimi berkata, polis serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melancarkan "Operasi Serama" yang disertai 82 anggota termasuk JSJK Selangor selepas membuat risikan sejak tiga bulan lalu hasil aduan orang ramai.

Dalam serbuan itu, 100 upline skim itu berusia antara 20 hingga 30-an yang mengadakan pertemuan di empat restoran di Mentari Court, ditahan dan daripada jumlah itu 50 lelaki dan sembilan wanita direman mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, sindiket itu menawarkan skim pelaburan antara RM2,000 hingga RM41,000 dengan ahli disyaratkan mencari 10 downline bagi mendapatkan pulangan modal, selain keuntungan lumayan setiap bulan.

Sindiket itu yang mempunyai tiga kumpulan - One Team @ Friends Club, Star Club, Family Club dan 8282 Club, juga berjanji membantu ahli mencari downline serta menguruskan pinjaman peribadi bagi membayar wang pelaburan.

Rohaimi berkata, kebanyakan mangsa menyedari ditipu selepas tidak menerima hasil pelaburan yang yang dijanjikan.

Ada mangsa hanya mendapat kira-kira RM3,000 daripada RM41,000 pelaburan yang dibuat untuk bulan pertama, manakala bulan berikutnya mereka tidak mendapat sebarang pulangan.

Sindiket itu akan memberi pelbagai alasan kepada mangsa termasuk mendakwa mereka gagal mencari downline bagi memenuhi kuota diperlukan, katanya.

Setakat ini, dua laporan polis dibuat berhubung kes itu, manakala kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menerima 30 laporan.

Sementara itu, seorang mangsa yang enggan dikenali, mendakwa mengalami kerugian sejumlah RM50,000 selepas membuat pinjaman peribadi bagi melabur dalam skim itu.

Disebabkan ingin cepat kaya, saya tidak menghiraukan nasihat keluarga dan rakan-rakan, malah saya menganggap mereka berdengki dengan saya. Tanpa berfikir panjang dan menyiasat latar belakang syarikat itu, saya terus melabur.

Pada bulan pertama, saya mendapat RM3,000. Memang seronok mendapat imbuhan itu, tetapi kegembiraan itu tidak kekal apabila imbuhan yang dijanjikan tidak dimasukkan dalam akaun saya pada bulan berikutnya.

Saya cuba menghubungi upline skim itu tetapi 1001 alasan diberikan dan selepas beberapa minggu, upline terbabit gagal dihubungi, katanya.

Tuesday, July 27, 2010

GatH KaRaOkE WiTh ChaTTerS...

Baru2 ni ari senin yang lepas... aku ada join dak2 chatters nyer gathering kat Dataran Mentari... sorry lah lambat masuk n3 sebab kena pilih gambar sikit wakakaka

Memula si Shah Masaru lew dok war2kan kat fb sebab dia tun KL... so memandangkan aku pun agak free sikit terus contact si dodolz... saper?


~ apul yg ku panggil dodolz wakakaka ~

Dia cakap dia pergi so oleh kerana aku tak berapa nak kenal sangat umat2 selangor ni apa laie kami dah buat appointment, lepas abis keje aku akan balik rumah dulu mandi manda. Si dodolz ni plak suh terus datang amek dia dan dia akan banjer aku berbuka pose wakakaka apa laie dah orang nak banjer kan... harus pantas...

Lepak kat char kew tiaw dulu makan dan berbual pasal perancangan masa depan dia wakakak aku dah jadi penasihat perancang masa depan plak wakakak tup2 apul dapat call dari shah masaru... pergh!!! rupanya ni laki ke 3 aku jumpa dia (menurut kata dia lew aku tak ingat wakakak) kami makan sambil sembang...

Ceh!!! Shah sampai2 jer cakap pasal 'sesuatu' wakakaka akan aku tuntut shah wakakaka
sebelum gerak kami gie rumah remy saper remy???


~ remy... ~

Masa kat rumah remy lew paling lawak... sampai2 member lom mandi laie... adoaiii dah kena tunggu dia mandi... paling best... ada org cakap "selagi aku ada kat sini... aku antar lah ko balik" wakakakak adoaiii senak perut aku tergelak wakakaka comei jer cakap cam tue... tapi penakut!!! wakakaka

Lepas tue kami terus shoot ke Dataran Mentari... adoaiii kemain dekat laie ngan opis aku wakakaka ramai jugak lew yg datang rata2 baru aku kenal wakakak lepas tu kami terus shoot ke karaoke kat PJ... apa pun aku kena balik sebelum kul 12malam... kang aku bertukar jadi vampire kang susah lak wakakaka


~ sengal wakakaka ~


~ kononnya faizal tahir lew tue wakakaka ~


~ weng sedunia wakakak ~


~ raja gali lobang wakakaka ~


~ mak lampir wakakak ~

Aku gerak dengan Mya tepat jam 12mlm huhuu sudah lambat... apa laie jadi F1 lew... dalam pada nak cepat tu adoaiii leh plak aku tersesat... aku leh plak ikut fedral menuju ke seremban plak adoaiii tu pun aku tersedar kat MidV... Allah!! salah jalan cam ner aku tak sedar neh... terus masuk simpang ke kuchai lama... buat u-turn kat situ... sampai umah aisey.... pintu umah dah bukak!! sah2 king tak tdo agi... apa laie kena talkin lew aku hehehe

Saper kata bila dah besar2 nie tak kena marah? contoh aku lew wakakakaka

Thursday, July 22, 2010

GaTH PuTuS FiUs Di BaTaNg KaLi...

AgeNda : GaTh PuTuS FiUS
TaRiKh : 18 JuLaI 2010 (aHaD)
LoKaSi : BaTaNg KaLi
KeNDeRaaN : 6 BuaH KeReTa

Sebenarnya plan nak ke Batang Kali ni dah lama di buat iaitu masa lunch kat rumah Kak Heze laie... boleh di katakan Gath Putus Fius ni di terajui oleh mereka2 yang putus fius terlampau.. siapa? malas nak cakap lew... rasanya rata2 ramai blogger dah kenal budak2 putus fius ni.


~ Banner... jangan nak kata tak di jemput key!! FYI, banner ni dah bertepek dalam FB & Blog dak2 Putus Fius seminggu awal dari tarikh key...~

So, seperti yang telah di janjikan lokasi berkumpul adalah di Stesen Petronas, bersebelahan dgn Giant Batu Caves jam 9 pagi.

Gegeh aku bangun pepagi jam 6.30 pagi. Kejut dak adik (kali ni bawak dak adik... kesian dia tak g jenjalan masa cuti sekolah tue) suh bangun dan bersiap. Family aku sumer balik kampung sebab ada kenduri. Sejuk giler mandi wakakak dak adik siap sound aku...

"Akak nape? muka macam tak pernah mandi pagi jew..." siot jew... oittt abis yg akak bangun pagi nak g keje tue mandi petang kew??? hampeh jew...

Sebelum terlupa aku telah di jemput oleh Eazy... thanx yeah... gegeh jam 7 pagi gerak amek akak hehehe memandangkan kami tak taw lokasi berkumpul tue, aku decide nak kumpul kat rumah pojie jew. Rupanya umah pojie very da dekat ngan umah aku bagus lew tue wakakak

Lepas kak Heze sampai kami terus shoot ke Stesen Petronas, Batu Caves. Tunggu si EL ngan Rhuddy lak.


~ baru sampai... apa laie cari port lew...~

Akhirnya kami berjaya gak sampai ke lokasi dengan selamat. Sampai2 apa laie... sumer kuarkan apa yang patut iaitu makanan lew... aku bawa kek pisang jew... (terkilan lak aku sebab tak sempat nak kasi Am makan kek pisang huhu sorry Am...)


~ makanan yang ada...rezeki dari Allah... terima kasih kepada mereka yang bawa makanan... moga kalian di murahkan rezeki... amin~

Lepas dah setting semua makanan, apa laie sessi mandi manda lew... pergh!!! nak turun ke bawah punye lew adventure per tak nya... penuh batu2 sib bek dah jadi ala2 tangga... tapi kena hati2 gak sebab licin... agak risau gak dengan anak2 kak Heze... apa laie kerahkan tenaga lelaki2 yang ada lew minta tolong... yg penting mereka semua ringan tulang... sudi membantu antara satu sama lain...


~ Rhuddy, Lokman, Saiful tinggai kat atas sebab mereka bakar ayam yang di bawa oleh EL... dude... memang sedap ayam ang... ~

So kat bawah ni ada gambar masa baru sampai... so korunk enjoy jew lew...


~ antara GeNg PuTuS FiUs yang ada menjadi organizer... ~


~ sempat berposing bersama ayam EL... ~


~ bergambar dulu sebelum terjun key!!!...terima kasih kerna sudi datang... tak sangka ramai plak... apa pun korunk mmg sporting ~

Sekarang gambar masa mandi manda plak...


~ cantik kan... deras giler air dia... sejuk pun leh tahan... ~


~ kalau yg reti berenang pun tetap kena hati2 sebab menurut kata El ada kawasan yg airnye pusing... ~


~ men games... ~


~ ops... ada camera.. say sejukkkkkk wakakaka ~


~ yang masih bertahan... ~


~ semua tak sedar gambar telah di ambil...~

Akibat lama sangat berendam perut pun dah lapar... paling kesian dik wan, terus parkinson wakakak kiranya Rizz ada geng lew... wakakaka. Sekarang gambar makan2 plak...


~ hoho laparnya... ~


~ kipas... jangan tak kipas...~


~ sila jangan tiru aksi ini eh... apa pun tutup aurat wakakak ~

Dalam pada dok makan2 tu kami sempat lew membuat kejutan pada El... sambut birthday dia... kira belated arr... apa laie acara menepung tawar lew wakakak thanx to Rhuddy yang supply tepung... paling tak aci... dia yg supply, dia gak yg tak kena... apa tak nya siap merayu domba laie kat aku supaya tak kenakan dia wakakak kesian plak...


~ walaupun muka penuh ngan tepung tetap gak nak pose kan wakakak ~


~ EL dah macam antu cina dah wakakak ~


~ ko tutup per tu am wakakaka ~


~ sukanya!!... ~


~ gambar sebelum pulang... EL kepit wakakaka ~


~ opsss... nak jugak menyelit... ni lew muka2 yang baru aku kenali tapi macam dah bertahun kenal... ~


~ tetap kena ada... ~


~ dak adik cakap... sandwish abg rhuddy sedap... akak!! bungkus!!! wakakak ~


~ ngan dak adik... 1st time bawak dia join gath blogger & Fb neh... ~


~ aku dapat ni dari rhuddy & lokman... rupanya depa salah beli... this is for women wakakaka apa laie mandi ngan shower gel ni lew wakakaka sib bek wangi... thanks dude... ~


~ bergambar sebelum balik... moga pertemuan ini bukanlah pertemuan yg terakhir... insya'allah pasti akan berjumpa lagi... ~

BiRtHDaY YaEEsH aT PuCHoNG

Hohoho... kali nie sambungan plak n3 sebelum ni... nama pun sambungan kan wakakaka

Lepas kami (aku dan ahkak gonjeng)dok berjimba2 kat CM, kami terus shoot ke Puchong Gateway sebab nak menghadiri birthday Yaeesh. Dari KL nak ke Puchong kami leh tak taw nak ikut jalan mana... last2 apa laie calling EL arr... kesian ang dude... ngah dok berjimba2 kat Genting kena kaco lak ngan kami hahaha tapi saat paling tak leh nak lupa... aku ngan ahkak gonjeng leh plak sing lagu "Happy Birthday" kat EL masa ngah jenjalan kat tetengah CM tue dah cam orang giler dah wakakaka sumer orang dok pandang jew...

Berkat dari usaha yang gegeh kami berjaya gak sampai... so terima kasih lew pada kak watie (mama yaeesh) walaupun aku tak di jemput tetap dapat hadiah wakakak ni sumer ahkak gonjeng nyer pasai... rupanya birthday party tu menjemput mama2 orang so aku??? wakakak mama aku??? tak pasal2 ariew tu mama aku adalah sis heze wakakakak lawak2... tapi memang best...

Kak Watie memang best walaupun tak jemput aku sekurang2nya tak der ler dengar cakap2 belakang cam dak2 chatters2 yang lain... dok invite orang dalam room... siap cakap saper2 yg free datang lew... bila dah datang mula lew ada kata2 bangsat dok cakap 'eh saper jemput dia?' tak ker banggang!!! cam lew org dok kebuluq ko nyer event kan... saper makan cili dia terasa ghairahnya rasa pedas tue... ada aku kisah!!!

Hoho tak pasal2 aku nek antu wakakaka oklah abaikan jer lah pasal kisah tue... yg penting biarlah ianya berlalu dan aku punya suka lew nak ungkit ker tak... blog aku kan...

So korunk yg bukan kaki sentap tu enjoy lew gambar2 di bawah nie...



















Monday, July 19, 2010

BerJiMBa-JiMBa KaT CeNTRaL MaRKeT NgaN SiS HeZe...

N3 kali ni adalah N3 mengisahkan perjalanan seorang Ratu Lesung (kompom ada yg suka lew tue wakakak) dengan Akak Gonjeng ke Central Market. Motip utama adalah nak cari souvenir untuk client dari Jepun. (bukan supplier eh ahkak gonjeng wakkaak). Sebenarnya menda alah nie nak kasi arie Selasa (20.07.10) sebab ada seminar pasai Cancer kat UPM, Serdang. Sebelum terlupa... aku akan berada di sana sepanjang arie (idak lew panjang sangat dari 8.00 am -5.00pm jew)... so saper2 yang ada kat sana rasa2 nak lepak sambil cuci mata roger arr eh wakakaka yang pasti aku tak kan masuk seminar wakakak

Seperti yang telah di janjikan dengan ahkak gonjeng, kami akan berjumpa kat tesco extra shah alam jam 11 pagi. Aku sampai tepat pada masa... pergh!! bagus gak aku ni kan wakakaka


Sementara tunggu kak Heze yang lambat setengah jam aku apa laie dok bersnappy lew dalam kete wakakak... ada org cakap... aku suka eh dok snap pic dalam kete wakakaka blasah ajo...

Kak Heze sampai dalam jam 11.40 am... apa laie kami pun bergegas lew redah Fedral ke KL... pergh!! sim bek arr sis heze bawak kete... jalan jem uols...


Ni kalau kena langgar sia2 jew... sempat laie nak bergambar kan wakakak

Kami sampai CM dengan bangganya... sebab per? sebab walaupun kami dah lama tak pergi ke CM kami berjaya jugak sampai tanpa sesat key... parking plak dekat jew ngan Cm tu tapi hulamangaiii mahai tul RM 4 sejam key!!!

Masuk2 Cm dah macam jakun sekor2 wakaka feeling ala2 pelancong gitu masing2... masuk2 jew dalam pada dok usha barang... sempat lew dok bersnappy...


Lain yang nak di beli... lain plak yang kami serang dulu adoaiiii wakakak... kami wat per kat sini???


Ini lew keje kami wakakak sebenarnya aku yg dok gatai nak mengetest... kak heze dok ikut jer... tapi tu pun siap kena sound..

"kak... ko tak pakai siap ko..." wakakaka


Apa laie snappy lew... sempat laie... tapi paling kelakar adalah... sebelum pa per kena kuarkan duit RM 10 dulu baru leh lukis kalau tak cam ner nak amek wallet kang...


Hasil lukisan di tangan ku... wakakak kak heze nyer tak snap arr...


Lain yg nak buat lain yg kami dulu kan wakakak adoaiii... sengal memasing... lawa tak? jawapannya tak berapa nak lawa tapi kalau aku sendiri yang lukis alamatnya banyak huruf lew dari bunga2 wakakaka


Akhirnya aku tersadai kat kedai nie... dalam banyak2 kedai... kedai ni jadi pilihan sebab aku nak beli...


Belasah jer arr dari aku belikan kompang wakakka ada kew patut sis heze suh aku beli kompang... walaupun ianya memang tradisonal tapi kurang sesuai lew kak oiii baik ko kata beli bola takraw jew... biar org jepun tu men takraw kat sana wakakaka


Sempat bergambar ala2 pelancong agi wakakak


Saper2 yang lampi tu meh sini aku tampi angpa wakakaka


Panas siot kat sini huhuu...


Dah makin maju dah CM neh... len kali aku nak g nek bas plak arr... mesti best kan... lama gielr tak nek bas huhuuhu


Time utk makan key...


food court dia pun dah lain dah...

Lepas berjimba2 kat Cm kami terus gegeh ke Puchong... wat per??? tunggu next n3 x pun korunk redah lew blog kak heze...