Sunday, January 4, 2009

PeRTuNaNGaN MoHD HuSaiRi BiN MoHD aLi...

Tarikh : 28 Disember 2008
Hari : Ahad
Lokasi : Batu Kurau, Perak


Mohd Husaini Mohd Ali, Mohd Husairi Mohd Ali, Nazaitul Nadia Mohd Ali

Wahhh saper sangka anak ke 3 En. Ali nie dah sampai seru untuk mengikatkan tali pertunangan dengan anak dara orang. Kakak dan abangnya tah bila lah agaknya nak sampai seru... asal tanya jer ada jer jawapan... yang kakak akan menjawab 'andai ada jodoh adalah... serahkan pada yang Maha Berkuasa kerna DIA lah yang Maha Mengetahui Segalanya', yang si abang pula akan menjawab 'kasi ler abang enjoy dulu..'. Bila saudara mara bertanya pasti si kakak hanya tersenyum dan menjawab no komen... wahhh dah pasan dah... jawapan cam artis plak... kalau selalu sangat tanya... tahap kepanasan dalam badan melebihi segalanya si kakak akan menjawab 'malam nie jemput lah datang... sekian, terima kasih'. Abang pula akan menjawab 'tunggu akak dulu lepas'... nie semua ayat nak melepaskan diri.

Akhirnya antara nak dan tidak, En. Ali dan Pn. Rohaya terpaksa akur dengan keputusan anak-anak. Sebelum anak ke 3 En Ali membuat keputusan dia ada juga bertanyakan pendapat kakak dan abangnya berkenaan dengan keputusannya untuk bertunang. Si kakak akan menjawab...

"Emak, abah, Herry atau Seni... kalau di takdirkan satu hari kalian bertemu dengan sesiapa yang kalian inginkan menjadi teman hidup kalian, teruskanlah niat suci kalian tue. Apa pun kena ingat selalu, kita bukan orang senang, ada adat... mak dan abah kita masih hidup... jangan sesekali membelakangkan keluarga. Pasal akak, kalian jangan risau... kalau kalian nak nikah dulu sebelum akak pun akak tak der hal. Jangan sebab akak pula kalian tak nak bertunang dan bernikah plak... semuanya Allah dah tentukan. Mak, abah... tahu kan anak abah dan mak nie cam ner hatinya... so maafkan akak" rahsia di hati tiada siapa yang tahu hanya berserah pada yang Maha Esa.



Hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan

Pemandangan setelah di masukkan ke dalam bonet kete

Rombongan pihak lelaki bertolak ke Perak tepat jam 9-10 pagi, Ahad sebab Dak Ery kata majlis lepas solat Zohor. Kami pergi dengan 6 buah kereta. Oleh kerana majlis pertunangan ni merupakan majlis yang pertama dari keluarga En Ali dan Pn Rohaya, keadaan dan kemeriahan tue agak menerujakan (ada ker perkataan nie? hahaha) Tak sangka kete kebal nie leh jalan jauh gak wakakak bertanggungjawab membawa para teruna dan dara sahaja

Kete adik aku yang bertanggungjawab membawa para vateran dan barang hantaran wakakak

Salah sebuah kereta pak cik aku yang turut serta menyibuk kan laluan di jalan raya waakak

Seperti biasa memandangkan aku seorang photografer aku telah di paksa rela untuk mengambil gambar bagi sepanjang majlis tersebut. Bila lagi nak berkhidmat untuk kelurga sendiri kan asyik buat untuk majlis orang jer...

Sampai jer kat salah sebuah masjid di Batu Kurau, Perak ada lagi sebuah kereta yang sudah menanti rupanya pak cik aku dari Johor dah sampai dulu sebab dia memang dah menginap di salah sebuah hotel di sana. Kira wakild ari sebelah abah aku ada pak cik aku dari johor dan mak ngah aku yang merangkap juruhias barang hantaran dari Port Dickson. Sebelah mak aku yang paling ramai. Dari nenek aku, pak lang aku sekeluarga, pak cik aku sekeluarga, pak long sekeluarga, Dak Olol dan isteri.

Keadaan kesihatan mak agak kurang sikit sebab dia tersalah makan. Pepagi dah di bantainya makan pulut pastu jalan jauh plak... sampai sana mak dah berpeluah, badan dah seram sejuk... argh... sudah... mak kalau dah tak sihat kami sekeluarga memang risau yer arr mak cam aku gak kalau sekali jatuh sakit memang mengambil masa yang agak lama untuk pulih. Aku tengok muka mak dah pucat sempat juga lah aku urutkan kepala dan badan mak... memang banyak angin badan mak sampai termuntah jugak lah dia. Bila dah muntah tue keadaan dia masih boleh control. Aku sempat juga berbisik pada adik untuk selalu perhatikan dan berada di samping mak sebab takut mak pengsan jer. Jalan jauhlah katakan. Dalam pada aku mengambil gambar sempat juga aku menjeling melihatkan keadaan mak aku. Risau aku.

Reaksi mak pula, masih mengagahkan diri memandangkan nie merupakan majlis pertunangan yang pertama dalam keluarga kami. Memang aku perasan sangat mak kuatkan semangat dan diri demi adik aku. Kami sampai di Perak dalam 12.30 sebab kami berhenti di 2 perhentian. Kalau ikutkan aku memang aku teruskan jer... (pada yang pernah follow aku taw ler cam ner aku memandu kan, Bahar... hahaha) tapi di sebabkan kami pergi banyak kereta dan ada orang yang lebih tua dari kami tu yang terpaksa berhenti. Kami berhenti di hentian Tapah dan Sungai Perak. Sepanjang perjalanan aku terpaksa berada di belakang sekali sebab takut ada yang tertinggal. Ery memandu kerete Seni mengetuai perjalanan kami. Seni pula bawak kereta aku dengan alasan yang aku berikan amatlah kukuh sebab aku nak amik gambar so upah aku adalah aku tidak akan memandu. Kemain ketat gie muka Seni memang nampak tak puas hati aku dan dak adik hanya ketawa gelakkan dia. Last2 aku pujuk lah dia cakap kalau dia letih kita tukar driver. Baru ler tersenyum adik aku sorang nie.

Lepas menunaikan solat, perjalanan di teruskan. Alhamdulillah kami sampai ke destinasi dengan selamatnya. Dengan pantas aku memintas semua orang untuk berada di hadapan dengan tujuan memudahkan aku mengambil gambar. Nama tunang adik aku nie Liza nama penuh dia tak pula aku tanya. Pergh... kemain bagus lagi akak ipar... wakakaka... paling menyedihkan aku adalah keluarga bakal adik ipar aku nie semuanya tak kenai aku... hampeh jer... ada gak lah adik beradik dia kenai adik2 aku tapi tang aku jer depa tak kenai... hampeh sungguh... siap ler bila ko betul2 dah jadi adik ipar aku... wakakaka... cam ada nawaitu nak wat jenayah buli jer...wahahaha...

Hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki


Masa dalam bilik untuk bergambar tue ler baru ler adik aku perkenalkan aku pada ahli keluarga bakal mertua dia. Baru ler semua nak salam aku ... hampeh jer... wakakaka... aku kalau dah bersama dengan camera memang aku lupa sekeliling sampaikan aku leh terlupa untuk makan... last2 balik kebulur aku... sampai kat rumah penginapan aku apa gie mengagau mencari makanan... aku apa gie gunakanlah 'mandat' yang ada memaksa adik aku yang bertunang nie kuar carikan makanan... hahaha... nanti aku loadkan pic ...

Herry dan tunangnya Liza...

Sebenarnya aku ada job kat sana secara kebetulan... so petangnya aku shoot ler ke lokasi kerja aku tue kejap jer gie... orang kata sekadar tunjuk muka jer... hehehe...

Friday, January 2, 2009

RaGuT...

Tarikh : Aku tak berapa nak ingat. Mungkin kesan hentakkan di kepala kot membuatkan urat2 di otak tidak dapat berfungsi dengan baik
Masa : Di rahsiakan demi menjaga ketenteraman kawasan tersebut.

Sementara aku teringat aku nak citer pengalaman aku kena ragut... pergh... 1st time kena ragut dan sudah beberapa kali terlibat dengan aksi belasah membelasah nie juga merupakan kali ke 3 aku membelasah orang semenjak memasuki alam 'dewasa'. Dewasa ker aku???

Memandangkan kereta aku menjerit2 meminta tuntutan diri di tunaikan (suh servies arr tue)aku telah membuat keputusan untuk mengeluarkan duit kat ATM Machine yang berdekatan. Dekat tak dekat arr Kajang-Bangi jauh ker dekat tue? sendiri pikir arr.

Dengan berpakaian serba ringkas, nak melawa wat per dah malam saper yang nak tengok? aku mencapai kunci kereta, kunci rumah (kang ada plak yang tak dapat masuk umah kang) dan wallet yang hanya tinggal beberapa keping duit RM 1.

Dengan kelajuan yang tak beberapa laju aku memandu dengan penuh ketenangan sambil menikmati keindahan malam dan kedinginan angin malam. Hati entah kenapa mulai rasa tak berapa nak sedap aku tetap meneruskan perjalanan. Orang tua2 kata kalau hati tak berdebar2 pasti sesuatu yang buruk akan berlaku. Abis semua orang aku call dan sms just minta depa take care. Aku sayangkan mereka2 yang aku kenali tapi tak taw lah kalau mereka sayang aku ker tak. Perasaan sayang nie bukan leh paksa2. Wahhh dah jauh melencong dah nie... Berbalik pada citer...

Setiba jer di perkarangan (bank di rahsiakan) aku bersyukur sebab tak der orang jadi tak perlulah aku mengambil masa yang agak lama. Setelah mengeluarkan sejumlah besar wang aku menuju ke arah kereta. Nak masuk jer dalam kereta aku di datangi 2 orang lelaki yang menaiki motor. Mereka mendekati aku... dalam hati tertanya2 apsal plak depa datang kat aku?

Mereka menghalang aku dari masuk kereta dan aku dengan muka agak terkejut pandang muka mamat tue malangnya keadaan agak samar2 memabuatkan aku agak sukar untuk cam muka mereka. Salah seorang dari mereka dengan suara yang agak perasaan sedap sangat macam awie (sedap ker suara awie tue?)minta aku serahkan semua duit.

Wah!! aku pun angin la ingat duit babak dia ker nak suh aku serahkan cam tue jer. Aku sound lah mamat tue..

Apsal plak aku kena kasi korang duit aku nie? bukannyer aku ada hutang ngan korang

Dalam masa yang sama aku cuba melihat keadaan sekeliling manalah taw kot2 ada orang ker yang lalu lalang boleh lah aku minta pertolongan. Sah ler mamat 2 ekor nie nak merompak aku...

Salah seorang dari mereka dengan kasarnya menutup pintu kereta yang aku bukak sampai terkepit jari aku yang comei nie... sakit nak mampus... kemek dah jari aku... tindakan refleksi secara automatik tangan aku tolak mamat yang tutup pintu kereta aku. Dah arr jari aku sakit...

Kepala otak ko tutup pintu kete aku nie apsal? terkepit jari aku...
Kurang ajar ko... (aku di katanya kurang ajau)
Oiii mangkuk!!!dah kau yang tolak pintu kete aku sampai terkepit jari aku ko kata aku kurang ajau... sakit ko taw x... meh sini aku kepitkan jari ko ngan bonet depan kete nie plak nak???

Entah kekuatan mana aku dapat tah slumber giler aku sound mamat tue lagipun arwah atok aku ada cakap kalau berada dalam keadaan cam nie kita tak boleh tunjukkan yang kita nie takut walaupun hakikatnya kita takut.

Sorang kering sorang lagi badan agak2 sedap gak arr... wakakaka... yang kering tue cuba merampas wallet aku... acara pergelutan mula lah berlaku. Pergh!! aku tak sangka aku masih ingat lagi seni mempertahankan diri yang pernah aku pelajari. Inilah orang kata guna di saat2 yang benar2 memerlukan.

Si badan besar tue sempat gak arr aku tendang 'anu' dia... aku agak2 nak lawan dia rasanya tak terlawan aku... hanya tempat tue jer ler yang boleh melemahkan kaum lelaki (jangan ler nak menafikan dah berapa ramai mencium kaki aku nie senak wakakaka) sementara dia tengah 'layan' kesakitan yang di alami tue aku hadiahkan dia dengan beberapa das tumbukan dan tendangan 'wanita' aku nie... kemudian aku cuba nak settlekan arr si kurus nie tapi leh tahan gak arr dia... pecah gak bibir aku kena tumbukan dia dan dia main tipu tumbuk batang hidung aku... memang arr sakit!!!!... meleleh gak arr air mata aku... kemudian aku lah menjadi mangsa sepak dan tumbukan depa... hanya Allah jer yang tahu betapa sakitnya tubuh yang di belai2 selama ini kena sepak terajang.

Darah Hang Jebat yang mengalir dalam tubuh ini tidak membenarkan aku untuk menyerah kalah aku tetap bangun cuba berlawan... di saat aku hampir terkulai setelah di hentak dengan benda keras di bahagian kepala aku terasa sepasang tangan memaut tubuh aku. Terasa ada cecair pekat mengalir menuruni muka... kompom sah ler darah... adoaiii cam ner ler aku leh tak perasan si badan besar nie main kotor plak... Alhamdulillah ada insan yang sudi membantu menguruskan penyangak 2 ekor tue. Kepala aku dah berpinar. Habis wallet aku penyanggak tue rembat!!! memang berbakul2 sumpah seranah aku khas buat depa.

Mamat yang bantu aku tu rupanya seorang doktor salah sebuah klinik berdekatan. Nama dia Dr. Razif. Katanya dia ternampak lampu kereta aku menyala dan terdengar seperti pertengkaran berlaku tue yang dia datang tengok tue. Tak sangka plak rompakan berlaku.

Sebelum mata aku tertutup layu sempat gak arr aku terdengar mamat nie membebel katanya lain kali jangan melawan dah ler aku nie pompuan sorang plak tue. Nasib baik peragut tue hanya amik wallet aku kalau di buatnya pa per kat aku kan susah!!!

Adoaiii nak jugak aku menjawab tapi akhirnya sedar2 aku kat atas tilam sebuah klinik. Kepala aku berjahit walaupun tudung masih di kepala. Tak tahu lah masa di jahit tue tudung aku bukak ker tak... kompom ler bukak sengal!!! adoaiii.... wawawa... aku ingatkan nak mempertahan badan nie dari kena jahitan akhirnya di sebabkan peragut tue aku kena jahit 5 jahitan. Badan tak yah citer arr abis lebam sana sini. Bibir pecah, tangan luka2 masa nie ler terasa sakit pada jari jemari aku... sengal jer... mungkin sebab dah lama tak bertumbuk tue yang sakit2.

Alih2 Dr. Razif hantar aku balik. Kalau aku jumpa peragut tue memang kompom aku repeat balik... tak puas ati sungguh... Hutang darah harus di bayar dengan darah...

Thursday, January 1, 2009

HappY NeW YeaR...

Tarikh : 2 Januari 2008 (Jumaat)
Lokasi : Pejabat



Memula sekali aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru. Selamat tinggal 2008 yang penuh dengan pancarobanyer dan selamat datang 2009 yang aku sendiri tak tahu macam mana perjalanan kehidupan yang bakal aku tempuhi kali ini. Sebagai manusia biasa aku amat mengharapkan kedatangan 2009 akan memberi 'sinar kebahagiaan' buat aku.

2008 benar-benar mengajar aku erti kehidupan yang sebenar... tahun yang memberi tamparan yang begitu hebat setelah aku tengok kembali diari aku... rupanya dalam tak sedar 2008 banyak sungguh cabaran buat aku. Bila baca balik diari menitik air mata aku... aku kesiankan diri aku... kesian kau Nadia... apa yang kau dapat tak seindah yang kau impikan... apa pun aku bangga dengan kau Nadia, kerna masih bernafas dan berada di muka bumi Allah ini... tahniah kerna kau masih bertahan hingga ke saat ini...

Azam aku tahun ini??? layak ker untuk aku berazam??? Erti kata... tahun baru tidak memberi apa-apa makna pun dalam kehidupan aku...

PeNGHaRGaaN...

Tarikh : 2 Januari 2009
Lokasi : Pejabat
Masa : 1.09 pm

Assalammualaikum...

Dear Blog,

Tajuk kali nie aku buat dengan penuh keikhlasan yang ingin aku berikan kepada orang yang berada di belakang tabir da making of luahan bersahaja nie... wah... cam nak buat filem plak wakaka... apa pun aku terasa cam nak memberi penghargaan kepada mereka gak.. nak suh aku keluarkan sijil kompom tak der nilai langsung tapi dari segi persahabatan rasanya nilainya tak tercapai dek akal la... hehehe itu pada yang tahu menghargai erti sesebuah perhubungan lah...



Nie kawan aku yang tinggal kat Jepun... kemain jauh gie... kami berkenalan melalui dunia cyber... bernama Cik Hajar. Agak giler2 gak orangnya. Comei taw... aku paling suka dengar dia gelak...wakakaka...



Nie plak kawan aku yang aku panggil beb ataw awekz... juga dalam dunia cyber dah 2 kali aku jumpa dia nie. Perangai cam sakai gak sama cam aku wakaka... ko jgn nak marah aku arr... sama jer kita hahaha...

Ops... ada sorang lagi little garden dina... gambar ko aku x leh nak paste arr sebab x leh nak baca.

Terima kasih kepada kalian kerna banyak membantu aku dalam pembikinan luahan-bersahaja nie...

Thursday, December 25, 2008

DeMaM...

Tarikh : 26 Disember 2008 (Jumaat)
Lokasi : Pejabat



Mata terbuka tepat jam 6 pagi entah kenapa hari nie rasa cam malas jer nak ke pejabat. Keadaan fizikal dan mental agak kurang stabil. Sejak pagi rabu lagi badan dah rasa lain macam... seram sejuk... akhirnya tangan mencapai handphone yang aku letakkan dekat almari comei bersebelahan dengan katil. Dengan mata yang hampir2 terpejam, jari jemari dengan pantas menaip sms mengatakan yang aku agak kurang sihat dan tidak mampu untuk memandu ke pejabat.

Setelah memastikan sms telah di hantar kepada rakan sekerja, mata ku pejamkan kembali. Ya Allah... sakitnya kepala aku.... badan aku semuanya sakit2. Farah, rakan serumah dah berkali2 ketuk pintu mengejutkan aku untuk ke pejabat. Akhirnya aku mencapai handphone menaip sms mengatakan yang aku tak sihat dan cuti arie nie aku send kepada Farah. Wahhh... satu rumah pun nak bersms??? aku tak larat lah nak bercakap...

Aku sambung tido balik... kenapa arie nie demam aku agak berlainan plak... selalunya tak pernah macam nie... sakit semua sendi2... nak bangun pun tak larat... aku terus di buai mimpi2 dalam kesakitan.

Tengahari Farah pulang ke rumah dengan membawakan bubur nasi... agak prihatin rakan ku ini... setelah di paksa makan depan dia, akhirnya aku berjaya juga menghabiskan setengah dari bubur tersebut. Agak mengecewakan kerna tak lama selepas tue aku muntah pula ternyata perut tidak dapat menerima sebarang makanan tika ini. Ku sangkakan Farah akan marah ataw berkecil hati sebab penat2 dia belikan makanan tuk aku, alih2 aku muntahkan semua makanan tersebut tetapi dia hanya tersenyum. Katanya... tak per... sekurang2nya aku makan... muntah ataw tak its ok... lega aku... namun aku terkilan lah juga dengan tekak nie... seolah2 tak menghargai usaha orang lain plak....

Itu kisah masa hari Rabu... hari ini aku terpaksa menggagahkan diri untuk ke pejabat setelah 2 hari berehat di rumah. Farah dah banyak kali menyuarakan ketidakpuasan hatinya semasa aku melangkah keluar dari rumah. Tapi nak buat cam ner aku perlu siapkan program yang telah di minta oleh majikan aku.

Masa tengah buat program, kepala menyucuk2 berdenyut2 terasa seakan2 di cucuk oleh benda tajam. Ramai rakan sekerja cakap muka aku pucat dan minta aku mc sahaja. Aku tak boleh cuti ataw mc... aku perlu siapkan sistem nie... nie pun sempat gak aku edit dalam blog... supaya aku tidak terlalu memikirkan pasal kerja dan kesakitan yang aku alami tika nie.

Adoaiii ngapa arie nie semua kerja cam aku tak bermaya nak buat nie??? mungkin sebab arie nie Jumaat kot...

Time lunch nie aku kena balik rumah... nak packing barang untuk ke Perak esok... penatnya aku....larat ker aku ke Perak nie??? sampai ker aku ke sana???

Doakan aku yer...

E-NoVeL aKu...

Tarikh : 26 Disember 2008
Lokasi : Pejabat



Assalammualaikum...

Dear Blog...

Setelah sekian lama aku berfikir berkenaan dengan e-novel aku nie, atas desakkan kengkawan e-novel, insya'allah aku akan meneruskan perjuangan aku dalam bidang novelan. Dalam pada aku berfikir, aku telah mendapat ilham untuk membuat sebuah kisah seperti biasalah ... kisah percintaan dan masa aku tengah membuka kembali semua pm box yang sememangnya aku save dalam komputer dan ada juga hardcopy sebab aku nie memang suka print out mana-mana kisah yang aku rasakan boleh aku buat kenangan.

"Cinta Berbisik Pada Hati Yang Sepi"...

Kenapa Aku Pilih Tajuk Ini?

1. Sebab manusia tidak boleh hidup tanpa cinta. Kenapa manusia memerlukan cinta?
2. Sehingga sekarang masih menjadi satu persoalan apakah itu cinta?
3. Apa kaitan antara cinta dan hati?
4. Hati yang sepi... sesuatu yang seringkali pasti akan mengundang persoalan

Sesungguhnya kisah di dalam "Cinta Berbisik Pada Hati Yang Sepi" ini tiada kena mengena dengan sesiapapun samada yang hidup atawpun yang telah menyahut panggilan Illahi. Sekadar sebuah ilusi yang di ambil berdasarkan dari pengalaman sendiri mahupun orang lain.

Nanti aku akan minta bantuan Jaja untuk masukkan link dia yer hehehe.... seperti biasa aku tak reti arr nak masukkan link dalam blog nie...

Tuesday, December 23, 2008

TeRSeNYuM SeNDiRi...

Tarikh : 22 Disember 2008

Alhamdulillah... hanya itu yang mampu aku perkatakan... syukur pada Allah kerna akhirnya dia perkenankan doa ku... amin... tak sangka sungguh akhirnya hari nie aku mampu tersenyum sepanjang hari setelah hampir 2 bulan aku seolah2 terlupa bagaimana untuk tersenyum..

Terima kasih...