Thursday, January 29, 2009

CiNTa BeRBiSiK PaDa HaTi YaNg SePi 1...

Nurul Iman merenung ke langit menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi. Sesungguhnya dia amat bersyukur kerna sehingga kini Nurul Iman masih di beri peluang menikmati kehidupan yang bersifat sementara ini walaupun ada ketikanya Nurul Iman berasakan segalanya telah musnah. Nurul Iman cuba mengenang kembali perjalanan hidupnya selama 29 tahun. Banyak sungguh dugaan yang melanda dan ada ketikanya Nurul Iman terpaksa pasrah dengan ketentuan Illahi. Sesungguhnya dia hanya mampu merancang namun sebagai hamba Allah, Nurul Iman terpaksa akur dengan ketetapan Illahi.

Teringat kembali bagaimana Nurul Iman boleh terdampar di sini. Semuanya gara-gara ingin pergi jauh dari semuanya akhirnya Nurul Iman membuat keputusan untuk berada di luar kawasan Kuala Lumpur bagi mendapatkan ketenangan.

Setelah memandu hampir 5 jam akhirnya Nurul Iman telah sampai ke Nadia's Inn. Itu pun secara kebetulan Nurul Iman terjumpa pamplet yang terdapat di ruangan surat. Rasanya pamplet tersebut adalah kepunyaan rakan serumahnya. Dengan hanya meninggalkan sekeping nota yang berbunyi "Iman akan berada di luar kawasan selama beberapa hari. Maaf kerna tidak memaklumkan kepada kalian terlebih dahulu. Jangan risaukan Iman, Iman ok. Kemungkinan besar tempat yang akan Iman pergi nie tidak ada coverage. Apa pun nanti bila ada kesempatan Iman akan hubungi kalian. Sayang kalian semua" Iman terus mengemas pakaian dan terus memecut pacuan 4 roda miliknya yang telah di beli hasil titik peluhnya setelah berkhidmat di salah sebuah syarikat gergasi di kota mertopolitan ini.

Semasa dalam perjalanan Nurul Iman berasa pening namun di gagahkannya juga untuk sampai ke destinasi. Teringat kembali bagaimana dia menerima sebuah pesanan ringkas yang telah mengubah seluruh kehidupannya semasa di pejabat siang tadi. Terus Nurul Iman mengambil cuti kecemasan dan segala temujanjinya dengan beberapa orang pelanggan terpaksa di batalkan memandangkan Nurul Iman sendiri tidak dapat memberi fokus kepada tugasan yang diberi.

Sampai sahaja di lobi Nadia's Inn, sakit di kepala makin menjadi-jadi sehinggakan Nurul Iman terpaksa berpaut pada kerusi yang berdekatan.

"Assalammualaikum... adik tak apa-apa ke? akak tengok muka adik pucat dan nampak cam tak sihat sahaja" tegur seseorang di belakang Nurul Iman.

"Wa'alaikum salam. Kepala saya sakit.." sambil memegang kepalanya Nurul Iman terus rebah.

Salmah terkejut melihat gadis di depannya jatuh pengsan namun tangan sasa milik Badrul, adiknya sempat memaut pinggang Nurul Iman. Terus Nurul Iman di bawa ke dalam sebuah bilik di chalet milik kakaknya.

Salmah menguruskan semua urusan check-in Nurul Iman dan memilik bilik yang terbaik di dalam chalet tersebut.

Tidak lama kemudian Nurul Iman mula sedar dan pelik memikirkan bagaimana dia boleh berada di dalam bilik ini. Tidak lama kemudian datang seorang wanita yang berwajah penuh keibuan merapati Nurul Iman sambil membawakan makanan untuk Nurul Iman.

Tuesday, January 27, 2009

Di KeHeNDAKi PoLiS - PeMBaNTu MM DaLaM PeNYaMaRaN...

Kuala Lumpur, 27 Januari 2009 - Satu sindiket jenayah berat dan yang seberat2nya telah melanda Kuala Lumpur. Seluruh rakyat Malaysia di landa kebimbangan terutama sekali para Ibu bapa kerana khuatir anak2 remaja berada di luar kawasan pemerhatian para ibu bapa. Ini semua adalah gara-gara satu sindiket jenayah yang melanda negara ini. Di bawah ini adalah beberapa keping di sebalik wajah 'Pembantu MM' yang telah berjaya pihak kami rakamkan.

Gambar tersebut telah di rakamkan oleh sebuah kedai gambar dimana menurut kata salah seorang pekerja (nama di rahsiakan) penjenayah tersebut sering kali datang ke kedai untuk membuat make over. Oleh kerana kekerapan dan segala tingkah laku yang mencurigakan, pihak pengurusan kedai tersebut telah memasang cctv dan merakamkan beberapa keping gambar.

Sehingga kini 'Pembantu MM' masih belum berjaya di berkas dan seandainya orang awam mempunyai sebarang maklumat bolehlah menghubungi pihak berkuasa yang berdekatan ataupun bolehlah menghubungi secara terus di talian 007 dia telefon bimbit anda dan seandainya andai memakai talian rumah sila dail 700.

Di fahamkan kumpulan ini selalunya bergerak bersama dan kebanyakan jenayah yang di lakukan adalah jenis yang berat. Setiap kali melakukan jenayah, kumpulan ini akan membuat make over wajah mereka ini adalah bagi mengelirukan pihak berkuasa. Kerjasama anda bagi menangani atau membanteras jenayah di kalangan masyarakat kita amatlah kami hargai. Bersama-samalah kita membanteras jenayah.









Wednesday, January 21, 2009

iKRaM ChaLLaNGe...

Baru2 neh (baru tak der ler baru sangat) IKRAM ada buat program core value campaign so antara nak dan tak nak aku telah di paksa rela... di paksa sebab masa tak kena, rela sebab aku sememangnya berminat dengan xtvt lasak. So kat bawah nie ada ler beberapa gambar yang sempat aku load untuk tatapan semua. Nanti agak2 aku rajin dan free aku masukkan lagi pic yek tapi tajuk lain arr mungkin akan di tambah '2' kat belakang.


Hisyam dan aku - masa neh acara naik pelampung secara solo menyeberangi pulau yang terdapat di Putrajaya tue... sepanjang pemerhatian aku banyak gaklah kenderaan yang lalu lalang kat situ dok perhatikan gelagat kami.

Aku - rasa agak santai jer lepak dalam pelampung neh... hehehe... orang dok berlumba aku plak sempat g berposing wakakaka...

Aku dan team - horeyyyyy kami sampai dulu.... nie ler muka2 team aku... pergh!! not bad gak arr depa nie...


Berjaya lagi... alhamdulillah segala cabaran kami tempuhi dengan penuh kegembiraan seperti biasa dan semua warga IKRAM taw.. pasukan kami neh bukan sahaja juara menjadi milik kami bahkan kami juga menang sorak...

Team kami hanya 3 orang perempuan jer yang lain sumer laki...

Sampai dulu... penat giler... rehat dulu sambil posing wakakaka

Pergh!!! xtvt yang paling aku suka... kalau nak taw aku ler yang paling awal dok rembat bukannyer apa nak cepat sangat nak sampai... paling mangkuk adalah mamat belakang aku tue kat tengah2 dia leh pakat lepak tak nak mengayuh. Nasib baek ler ang satu team ngan aku kalau tak dah lama aku terbalikkan kayak neh...

Nie masa baru2 sampai kat last check point. Setiap kumpulan di beri amanah yang perlu di bawa ke mana sahaja. Aku yang sememangnya dah banyak kali terlibat dengan xtvt cam nie tanpa membuang masa panggil semua team aku dok berkumpul di belakang ranger (usha line dulu make sure tak der saper2 yang pandang) kami telah berpakat nak settlekan puzzle awal2. So last2 nanti mesti kena buat dan kami dah rancang awal2 siap tandakan kat belakang gie. Nie kira ok lagi lah kalau ikut kepala aku dan masa aku organize dulu aku kasi depa sorang 3 biji telor amik ko terkulat2 nak jaga wakakaka...


Nie pula acara ballancing depa kasi 6 batang paku dengan sebatang paku yang telah di pakukan kat kayu. Sebenarnya aku pun tak taw benda alah neh tapi nak wat cam ner kehadiran aku kat tempat berkumpul tidak di sedari oleh pihak pengurusan, so masa depa dok bincangkan cam ner nak balance kan paku neh aku dah curi2 dengar dan pandang cam ner depa buat wakakaka... nasib arr saper suh tak usha line dulu...

Hasilnya kami berjaya!!!!!!!!!!!

Dah siap semua makan dulu.... lapar nak mampus....

Sembang kosong sebab semua task kami dah berjaya settlekan.

Sunday, January 18, 2009

tEaM fuTsAL HoRNeT WaNiTa

Memandangkan tahun nie setiap pasukan di kehendaki untuk menghantar team futsal antara nak dan tak nak dan setelah di paksa rela, khidmat aku di perlukan. Nie adalah antara gambar2 masa lawan futsal.
Team Futsal Wanita Hornet1
Team Futsal Wanita Hornet Dengan Coach

Team Futsal Wanita Hornet2


Hornet Lelaki

Futsal Hornet 2


Futsal Hornet 1

Team Futsal Hornet
Keputusan Futsal Wanita:
Juara : Hornet (team aku tue wakakaka)
Naib Juara : Panther
Ke3 : Rhinos
Ke 4 : Iguana
Keputusan Futsal Lelaki:
Tak berapa nak ingat kalau tak silap Hornet dapat Naib Juara. Biasa lah aku ingat team aku jer team orang lain wakakak lantak p arr wakakaka

iKRaM TeN PiN BoWLiNG...

"Oit Nadia! wahhh... ada blog tak nak bgtaw yek." tersembur neslo ais aku. Nasib baik ler tak der orang yang duduk depan aku. Nie yang bikin wa terbakau darah neh! pantang tul aku kalau time2 aku ngah menghayati minuman neslo ais neh ada plak yang main sergah2 tanpa mengira tempat neh. Dah tak pasai2 satu kantin dok gelakkan aku. Rugi2 neslo ais wa beb...

"Hampeh arr ko... buatnyer aku mati terkejut kat sini cam ner! kot yer pun agak2 ler beb" seperti biasa aku tetap dengan muka slumber. Nasib aku baek sebab boleh di katakan kat kantin neh semua kenai aku. Bukan ler nak riak tetapi terpaksa riak gak arr wakakak... memandangkan aku budak sport dan boleh di katakan apa sahaja xtvt kat sini pasti muka aku ada nyer arr... nie semua gara2 akak sepupu aku (tuepun baru taw dia sepupu aku masa kantoi kenduri kawen sepupu aku gak (berapa banyak sepupu daaa) kat PD. Kira jejak kasih arr.. bila dah kantoi tue mula arr adegen 'basuh membasuh'. Pung pang pung pang abah aku, ayah dia, pak2 sedara yang lain dok pakat basuh kami... tue lah jarang sangat balik kampung sampaikan sedara sendiri pun dah tak kenai. Bisa seh...) yang tarik aku dalam sport. Mentang-mentang ler aku nie kira muda dan bujang, semua games dok letak muka aku. Masa memula masuk sini pergh!!! rasa aku di pergunakan pun ada... rasa cam robot pun ada... per taknya semua games aku dipaksa main. Sudahnya sehari selepas sukan, kompom aku pengsan tak ingat dunia nyer. Bos pun paham... kira nasib baek gak arr.

Berbalik semula pada citer pasai blog. Kawan aku sorang neh memang suka sangat baca fotopages aku. Kira dia neh pelawat utama gak arr. Yang aku peliknya dan rasa cam nak ongbak kan jer dia neh adalah bukan ker kat fotopages aku tue, dah aku letakkan link blog dan sebab munyabab (ada ker perkataan neh?) aku nak stop fotopages??? lagi mau tanya aku.
Rupanya ramai gak dak2 fotopages terkilan kat aku sebab stop update. Memang aku akui, ramai gak laa member fotopages dok suruh aku kembali aktif tapi tengok arr cam ner keadaan nanti. Apa pun yang boleh aku perkatakan adalah AKU PENAT WEIII NAK UPDATE 2 BENDA DALAM SATU MASA!!!. Adoaiiii... Member aku kata dak2 sumer suh aku update gak fotopages. Kepada kengkawan fotopages, nantilah yek kasi ler aku masa memandangkan masalah kerja yang aku hadapi tika nie. Kasi aku settlekan semuanya dulu yek.

Pung pang pung pang (amik gie word dari dak darabdua wakakaka) sembang tak pandang keliling g dah... member tak puas hati sebab aku tak masukkan story pasai xtvt kat sini.

So untuk tidak menghampakan beliau (wahhh beliau tue wakakaka) aku masukkan xtvt IKRAM.
Pada 14 Julai 2007 (lama tue wakakak aku masukkan entry mana yang ada dalam simpanan aku lah yer) pihak Kelab Sukan Dan Kebajikan Kumpulan IKRAM - KSKKI (ada oang tanya aku maksud dia kerna ku sayang kamu ker? wakakak) telah mengadakan satu pertandingan IKRAM TEN PIN BOWLING yang telah di anggotai oleh 4 pasukan iaitu HORNET, IGUANA, RHINOS dan PHANTER. Bertempat di Alamanda, Putrajaya para peserta dikehendaki untuk berada di sama pada jam 9 pagi. Seperti biasa ler janji melayu (jangan ada tebakau darah plak. hakikat beb) games start kalau tak silap aku jam 10pagi kot.
Semangat kesukanan para peserta...
Alamanda gamat dengan kehadiran para peserta. Apa pun terima kasih di ucapkan kepada semua para peserta dan penyokong yang hadir memberi sokonan. Di bawah neh aku sertakan gambar yang ada dalam simpanan aku.
Zamberi Abu Bakar menunjukkan skillnya
Pn Adibah-Iguana Pemain Lelaki Terbaik (419)
Puan Adibah neh memang terror seh main bowling. Sampai sekarang aku masih tak dapat nak lawan score dia. Terbakau darah aku kalau setiap kali games dia ada. Memula bersemangat gak lah nak main kan tapi bila nampak jer dia ada... alahai semangat makin menurun. Kompom kalah kat tangan dia. Apa pun one day aku pasti akan kalahkan dia. Wahhh....
Mohd Hisyam-Hornet Pemain Lelaki Terbaik (494)
Mamat neh merupakan budak opis aku, kalau aku rasa nak main bowling memang ngan dia arr. Merupakan rakan seteam aku (memang tiap kali games mesti satu team). Walaupun aku tak dapat menyondol Anugerah Pemain Wanita Terbaik sekurang2nya ada gak ler dari team aku dapat Anugerah Pemain Lelaki Terbaik wakakaka.

Juara Keseluruhan - Hornet
Juara Keseluruhan hehehe team aku beb Hornet!!! selama 4 tahun berturut2 Hornet menjadi Juara Keseluruhan Bowling IKRAM. Bangga... Bangga.... wakakaka

Panther Tempat ke 2

Rhinos Ke 3

Iguana Ke 4

Papan Markah

Para Penyokong

Kalau angpa semua pasan ada ler muka aku dok menyampaikan hadiah tue hehehe... biasa ler wa ada mandat besau beb wakaka... angpa ingat sewenang wenangnya ker nak suh orang dok sampaikan hadiah wakakaka....
Jangan tebakau darah arrr wakakaka

MaSaKaN... waKaKaka

Hari nie aku nak citer siket pasal masakan. Selalunyer kalau bukak bab masakan neh blog Hana ler yang paling popular (kemain rajin gie anak dara sorang neh berkongsi dan mencuba sebarang jenis masakan) tapi kali nie giliran aku plak...
Malam tadi di saat tengah tengok Juara Lagu ke 23 kat TV3, aku dan Farah masing-masing kelaparan dengan tiba-tiba. Setelah segmen tolak menolak antara kami berlaku (suruh masak), Farah telah keluarkan ayat keramat 'dah lama aku tak merasa masakan ko' dengan muka sedihnya. Alahai nie yang aku lemah nie... setelah dipaksa rela aku pun masak ler... tengok kat dapur, ah'ha!!! sardin ada... masakan yang paling senang dan cepat serta memadatkan perut. Biasa ler rumah bujang... korang jangan plak nak kata korang tak makan sardin plak... sekaya mana pun seseorang tue, korang cuba ler bukak kabinet dapur depa... kompom jumpanyer tin sardin tue... jangan nak gebang arr...
Aku paksa Farah lepak dapur gak... bukannya apa sekurang2 nyer dia leh arr layan aku bersembang... dalam hati sebenarnya dengki... per tak nyer kita dok dapur masak sorang2 dia leh plak pakat do depan tv tengok Juara Lagu pastu siap gelak2 gie... tak ker terbakar aku dibuatnyer....
Dapur aku jenis yang ada dua tempat bakar tue. Masa tengah masak dengan hanya menggunakan satu dapur, dengan tak di sangka2 keluar plak tetamu yang tak diundang iaitu Cik T wawawawa... ada lagi rupanya!!! aku ingatkan dah tamat dah riwayat Cik T neh.... dia lalu bebetul sebelah kuali aku. Pergh!!! aku per lagi tercampak ler sudip aku. Si Farah plak dah berangan nak memenangi Anugerah Juara Lagu bagi kategori Vokal Terbaik. Aku rasa satu Taman Muhibbah dengar. Pergh!!! nasib baik Cik T tue tak masuk dalam kuali aku. Kalau tak jadi ler Masakkan Sardinkus. Tak sanggup aku wakakaka.... Cik T neh memang nak kena ngan aku neh!!!.
Sekarang neh asal nampak jer sardin kompom kami akan bantai ketawa. Kami dah tak panggil Sardin dah..... sardin bertukar menjadi SardinKus. wakakaka... geli tekak aku wei!!!!
Kepada Hana, maaf kerna masakan kali nie agak .... (lu pikir la sendiri) wakakakak

Thursday, January 15, 2009

BoWLiNg...

Adoaiii kepenatan melanda setelah 3 hari asyik balik lewat dah tak terbendung dah... malam selasa) plak ada training bowling kat mines... tah per mimpi tah dak mines nie dok call aku minta main tuk tournment arie rabu... ada tournment couple kat mines... persoalannyer aku couple ngan saper? mana aku kenai... ingatkan dia suh aku tarik ler memana mamat tuk jadi couple aku... so aku dah plan arr beberapa nama dalma kepala otak aku neh tinggal nak roger jer.. alih2 dia kata dah ada couple untuk aku... wahhh ini boleh mendatangkan marah neh... aku tingin gak arr nak ong bak (amik perkataan dari darabdua wakakaka... cam best plak wa guna ayat lu nie bro) dak2 mines nie...sib baek just carikan couple main bowling jer kalau dia carikan jodoh tak ker haru...

Adoaiii jam menunjukkan pukul 7.45 malam, sempat ker aku nak balik rumah, mandi2 dan bersiap2 nak ke mines tepat jam 8.30mlm nie?? dengan pantasnya aku meninggalkan opis tanpa off computer, lampu pejabat (nie kalau bos aku baca blog aku neh kompom aku ler staff pertama yang di berhentikan lebih2 lagi ekonomi sekarang nie dah tak berapa nak cantek)satu jer aku tak lupa iaitu untuk mengunci pintu opis... wakakak itu pun aku just lock jer pagarnya aku rapatkan jer ...

Sampai umah dah sah tak sempat dah .... nak tak nak dengan pantas giler aku bersiap dan terus shoot ke mines. Berapa kelajuan aku bantai jangan di tanya laa... sampai2 bebetul tang parking kete jam 8.30 malam. Berlari aku naik ke atas... agaknya kalau masuk acara lari 100 meter kompom leh menang apa tak nyer dengan slumber jer aku berlari dalam shooping complex tue dan dengan muka tak berapa nak rasa bersalah aku langgar sekumpulan mamat yang dok jalan ala2 pengantin lelaki nak bersemuka dengan pengantin perempuan yang bergelar isteri kat tengah2 kompleks tue.

Sampai2 jer aku tengok dak2 dah standby... aku dah lambat tapi kenalah control... dengan lagak yang agak tenang aku jumpa ler mamat mines neh... dalam hatid ah debau dah ... dok terpikir saper ler couple aku nanti... aku dah ler tak reti maen... takat maen baling2 tue aku boleh laaa... wat lepas tension...

Couple aku nama dia Razif Alif, umur 32 tahun, kerja area Bangi (lokasi sebenar di rahsiakan), asal Serkam Pantai, Melaka (dah dekat lah tue), masih bujang lagi (masih mencari katanya)badan agak tegap, ketinggian macam seseorang... hmmm.... tingat plak... tah2 dia langsung tak ingat yang aku dok gatai ingat anak orang neh pesal???...

Abis semua biodata dia aku tanya wakakaka... dah serupa cam polis tak diterima jer neh... tapi mamat neh not bad arr rasanya cam sekepala jer... awal2 gie aku dah cakap kat dia aku tak reti maen bowling... aku hanya pakar cuci longkang bowling dan lap bola jer... mamat tue tersenyum jer dia pun cakap kita main suka2 jer... (bertambah debau aku... suka2 yek... main suka2...wakakaka)proses permainan berjalan dengan lancar... kita boleh arr markah paling tinggi pun mlm nie... 181 jer... mamat tue mmg pakar arr ...

Training sampai jam 12 malam... rasa cam nak tercabut jer tangan aku... per taknye korang pikir ler berapa games kami main kalau dari jam 9 sampai 12 main... paling best mamat tue yg banjer aku wakakaka...

Abis jer games tetiba jer aku cam emo plak..wakaka... lepak pantai lagi...

Esoknya aku terlajak tdo sampai jam 4 petang baru aku masuk opis... pergh!!!! nak masuk opis pun debau neh... dengan memulakan langkah bismillah... masuk opis wat muka slumber... mata sesambil tue dok usha line dan tgk2 ler kot2 bos ada ker... alhamdulillah bos tak der.. bos kecik aku wat2 tak nampak jer... sekali dak opis dok sound aku... baru masuk kerja ker??? adoaiiii... menyirap tul aku... dah arr aku masuk secara curik2... sekali dia pakat wat announcement plak... dah 1 opis pakat pandang aku... aku pun dah kantoi... alang2 kan... aku cakap arr tak arr baru balik umah neh.. dari opis tadi banyak plak keje arie nie... sumer pakat gelak...

Lepak table Hisyam (dak opis aku, pengantin baru) aku bukak ym wakakaka... bukannyer nak wat keje dok bantai men ym plak aku neh... ala... dah alang2 lewat jam 5.30 dah nak balik... nak wat keje pun malas... tepat jam 5.30 aku pun capai kunci kete terus shoot balik... malam nie plak aku ada games...

Balik umah mandi2 tengok tv, pastue jam 8 dah bersiap. Aku sampai mines jam 8.45 games start jam 9 malam. Si Razif tue dah berkali2 dok call aku tanya lokasi... wakakaka takut sangat aku tak datang... rasa cam disayangi plak wakakaka ... gatai aku... kami main cam biasa... alhamdulillah arr permainan agak memberangsangkan malam nie... wahhh ayat skema aku... akhirnya kami mendapat tempat ke 4 daripada 34 pasangan. Alhamdulillah arr kan... hehehe...

Abis main games... biasa lah dah jadi cam geng plak kan... aku dan dia deal akan bermain lagi sekali apabila berkesempatan.

Masa otw nak balik tue dapat call dari Apul Dodolz... arie nie birthday dia so kami celebrate kat Imbi... kalau imbi tue per gie karok ler... yang ada Apul (yg diraikan), aku, remy, bahar, ros, super, aly, bf dia, dan 3 orang dak selangor 1. Pergh memasing pakat meroyan mlm tue ngan aku2 sekali... wakakaka...