Thursday, December 25, 2008

DeMaM...

Tarikh : 26 Disember 2008 (Jumaat)
Lokasi : Pejabat



Mata terbuka tepat jam 6 pagi entah kenapa hari nie rasa cam malas jer nak ke pejabat. Keadaan fizikal dan mental agak kurang stabil. Sejak pagi rabu lagi badan dah rasa lain macam... seram sejuk... akhirnya tangan mencapai handphone yang aku letakkan dekat almari comei bersebelahan dengan katil. Dengan mata yang hampir2 terpejam, jari jemari dengan pantas menaip sms mengatakan yang aku agak kurang sihat dan tidak mampu untuk memandu ke pejabat.

Setelah memastikan sms telah di hantar kepada rakan sekerja, mata ku pejamkan kembali. Ya Allah... sakitnya kepala aku.... badan aku semuanya sakit2. Farah, rakan serumah dah berkali2 ketuk pintu mengejutkan aku untuk ke pejabat. Akhirnya aku mencapai handphone menaip sms mengatakan yang aku tak sihat dan cuti arie nie aku send kepada Farah. Wahhh... satu rumah pun nak bersms??? aku tak larat lah nak bercakap...

Aku sambung tido balik... kenapa arie nie demam aku agak berlainan plak... selalunya tak pernah macam nie... sakit semua sendi2... nak bangun pun tak larat... aku terus di buai mimpi2 dalam kesakitan.

Tengahari Farah pulang ke rumah dengan membawakan bubur nasi... agak prihatin rakan ku ini... setelah di paksa makan depan dia, akhirnya aku berjaya juga menghabiskan setengah dari bubur tersebut. Agak mengecewakan kerna tak lama selepas tue aku muntah pula ternyata perut tidak dapat menerima sebarang makanan tika ini. Ku sangkakan Farah akan marah ataw berkecil hati sebab penat2 dia belikan makanan tuk aku, alih2 aku muntahkan semua makanan tersebut tetapi dia hanya tersenyum. Katanya... tak per... sekurang2nya aku makan... muntah ataw tak its ok... lega aku... namun aku terkilan lah juga dengan tekak nie... seolah2 tak menghargai usaha orang lain plak....

Itu kisah masa hari Rabu... hari ini aku terpaksa menggagahkan diri untuk ke pejabat setelah 2 hari berehat di rumah. Farah dah banyak kali menyuarakan ketidakpuasan hatinya semasa aku melangkah keluar dari rumah. Tapi nak buat cam ner aku perlu siapkan program yang telah di minta oleh majikan aku.

Masa tengah buat program, kepala menyucuk2 berdenyut2 terasa seakan2 di cucuk oleh benda tajam. Ramai rakan sekerja cakap muka aku pucat dan minta aku mc sahaja. Aku tak boleh cuti ataw mc... aku perlu siapkan sistem nie... nie pun sempat gak aku edit dalam blog... supaya aku tidak terlalu memikirkan pasal kerja dan kesakitan yang aku alami tika nie.

Adoaiii ngapa arie nie semua kerja cam aku tak bermaya nak buat nie??? mungkin sebab arie nie Jumaat kot...

Time lunch nie aku kena balik rumah... nak packing barang untuk ke Perak esok... penatnya aku....larat ker aku ke Perak nie??? sampai ker aku ke sana???

Doakan aku yer...

E-NoVeL aKu...

Tarikh : 26 Disember 2008
Lokasi : Pejabat



Assalammualaikum...

Dear Blog...

Setelah sekian lama aku berfikir berkenaan dengan e-novel aku nie, atas desakkan kengkawan e-novel, insya'allah aku akan meneruskan perjuangan aku dalam bidang novelan. Dalam pada aku berfikir, aku telah mendapat ilham untuk membuat sebuah kisah seperti biasalah ... kisah percintaan dan masa aku tengah membuka kembali semua pm box yang sememangnya aku save dalam komputer dan ada juga hardcopy sebab aku nie memang suka print out mana-mana kisah yang aku rasakan boleh aku buat kenangan.

"Cinta Berbisik Pada Hati Yang Sepi"...

Kenapa Aku Pilih Tajuk Ini?

1. Sebab manusia tidak boleh hidup tanpa cinta. Kenapa manusia memerlukan cinta?
2. Sehingga sekarang masih menjadi satu persoalan apakah itu cinta?
3. Apa kaitan antara cinta dan hati?
4. Hati yang sepi... sesuatu yang seringkali pasti akan mengundang persoalan

Sesungguhnya kisah di dalam "Cinta Berbisik Pada Hati Yang Sepi" ini tiada kena mengena dengan sesiapapun samada yang hidup atawpun yang telah menyahut panggilan Illahi. Sekadar sebuah ilusi yang di ambil berdasarkan dari pengalaman sendiri mahupun orang lain.

Nanti aku akan minta bantuan Jaja untuk masukkan link dia yer hehehe.... seperti biasa aku tak reti arr nak masukkan link dalam blog nie...

Tuesday, December 23, 2008

TeRSeNYuM SeNDiRi...

Tarikh : 22 Disember 2008

Alhamdulillah... hanya itu yang mampu aku perkatakan... syukur pada Allah kerna akhirnya dia perkenankan doa ku... amin... tak sangka sungguh akhirnya hari nie aku mampu tersenyum sepanjang hari setelah hampir 2 bulan aku seolah2 terlupa bagaimana untuk tersenyum..

Terima kasih...

Monday, December 22, 2008

WaKeNaBeB...



Tarikh : 22 Disember 2008 (Isnin)

Salam Wakenabeb... (wah salam wakenabeb lah plak hahaha)

Memandangkan semalaman hp aku tak berfungsi datang jer opis dengan pantas aku mengecaj hp aku... hampir setengah jam gak arr aku caj aku on jer hp berduyun2 sms dan call masuk... terkejut gak aku tetiba jer dapat call dan sms cam tue... hati mula arr berteka teki hp aku nie kena boot ker wahhhh.... mentang2 arr chatters xkan hp pun nak kena boot wakakaka...

Kawan-kawan aku kata muka aku masuk TV dalam rancangan WAKENABEB malam tadi... wawawa... melepas aku malam tadi dah arr aku meng'horey'kan diri kat Jom Heboh bila masa plak aku nak tengok ... melepas aku... tapi yang tak berapa nak bes nyer ramai dok gelakkan aku sebab katanya muka aku nampak mengelupur sesangat...hahaha aku pun nak tengok gak cam ner agaknya yer muka aku dalam keadaan mengelupur...

Tak per nanti aku suh dak aku roger bro wakenabeb tu minta CD tengok lah kalau ada masa aku suh arr depa masukkan dalam 'utube' nanti aku kasi korang link dia yek...

Kompom ramai member fotopages aku bengang ngan aku sebab x kasi taw depa pasal tanyangan gath berbuka puasa aku malam tadi... rupanya session baru setiap ahad jam 8.30 malam...

Sunday, December 21, 2008

JoM HeBoH



Salam bersahaja...

Semalam oleh kerana kebosanan melanda bagaikan tsunami aku telah buat keputusan untuk meng'horey'kan diri dengan gie Jom Heboh... pergh!!!dah arr ngan ujan lebat sib baek aku tak xciden malam tadi... itu semua gara2 nak cepat sampai walaupun keadaan hujan lebat... sib baek aku x bantai kete depan... apa pun aku selamat sampai hehehe...

Punya lah ramai orang malam tadi... aku pun menyesakkan lagi keadaan yang dah sedia sesak malangnyer aku tak bawak camera arr... nak snap pic dari hp pulak ... memang mendukacitakan bateri hp plak kong...

Yang membuatkan aku tergelak adalah dengan memerhatikan para pengunjung yang datang melihat konsert.... masing2 aku tengok mengalahkan orang mabuk todi jer... menari sakan... ingat clubin ker wakakaka....

Aku balik rumah jam 12 malam setelah menunaikan tuntutan perut apa tak nyer seharian rupanya aku tak makan... patut arr sepanjang kat Jom Heboh perut aku dah memainkan irama yang lagi kuat dari Jom Heboh...

Thursday, December 18, 2008

LaWaTan BLoG...

Salam bersahaja...

Wah memandangkan hari nie merupakan hari Jumaat seperti biasalah asal datang jer Jumat aku pasti terlebih Vitamin M. Dengan slumbernyer aku menolak semua kerja2 yang telah di amanahkan kepada aku ke tepi (wahhh!! masa nie sebelah mata pun aku tak pandang file2 yang memerlukan perhatian aku).

Dengan pantasnya aku capai mouse dan click blog nie... arie nie bukan arie nie sejak semalam gie aku dah ber'nawaitu' nak lawat blog2 yang ada tepi nie (ni pun atas ehsan si Jaja yang masukkan blog yang dia rasa agak menarik. Nak masukkan sendiri aku tak reti hehehe...

Sejak dari pagi aku dok lawat blog mereka dan ada kalanya aku tergelak sendiri yang selalu membuatkan aku tergelak bagaikan orang giler bila aku lawat blog Anak Mat Nor... memang kelakar... cara penulisan yang agak sempoi dan bahasa yang di gunakan sangat simple mudah untuk orang lain faham...

Bila dah baca semua, aku terpikir, bila aku nak masukkan url e-novel aku dalam nie plak???? akan di fikirkan kemudian hehehe...

Sedang asyik aku menaip tetiba jer aku dapat panggilan dari si bangkai (Iera) adoaiiii... minah nie aku taw ler ko sekarang tengah cuti ada ker patut dia ajak aku meng'enjoy'kan diri malam nie... weiii giler arr 2 minggu nie jer dah 5 kali weiii ... agak2 arr... wahhh sekarang nie aku rasa cam giler arr ... tapi bila pikir balik ok gak .. memandangkan esok kan cuti so per kata aku meng'horey'kan diri malam nie???

Tapi memang betul arr kata orang...kalau dah selalu kompom akan menjadi 'ahli' so sebelum aku menjadi 'ahli' baek aku mengyetopkan diri sebelum masuk tahun baru...

azam baru aku ker nie??? wakakaka...
oitt... ko jangan cakap jer... buatnya tak bila hahahaha...
diam arr!!!

Pergh... sebut pasal azam... rupanya banyak azam 2008 aku tak tertunai rupanya... adoaiii cam ner nak tunaikan.. 2008 cam tahun malang plak...

Oiii ada plak cakap cam tue...
Yer arr...
Mana ada tahun malang... suka suki jer...
Suka ati aku ler nak cakap per... sibuk arr
Dah2...
Wahhhh dah jadi konflik jiwa plak... pergolakan dalam jiwa...

Apa yang pasti malam nie 'misi jenayah' akan berlangsung...

Wednesday, December 17, 2008

aMaRaN BuAT KaU...



Dunia Cyber nie kadang2 'OK' kadang2 'KO'. Kebanyakkannya 'KO' arr... aku sedikit kecewa dan terasa cam nak tumbuk muka seseorang tika nie...

Satu jer nasihat aku buat 'org' tue...

Buat 'kau'...

* dalam diam kau leh tikam aku dari belakang yek... aku tak sangka plak ko akan buat kat aku hahaha... selama nie aku memang dengar macam2 citer pasal ko tapi aku dan dia cuba untuk tidak mempercayai kata-kata orang pasal ko sebab benda tak jadi depan aku... so sekarang aku sendiri dah terkena dengan ko... thanx wei sebab mempermainkan maruah aku dan dia dalam cyber ni...

* nasihat aku paling ikhlas buat ko... jauhkan diri ko dari terserempak dengan aku.. ceh!! ayat aku cam skema plak... tukar... tukar... jangan sampai aku nampak ko... so pepandailah jauhkan diri key...

* kalau ko nak cari pasal dengan aku its ok... tapi jangan libatkan orang lain... ko ingat dengan buat semua tue dak2 akan suka kat ko ker... kalau depa suka pun bukan sebab ko tapi sebab lain... its ok aku senang jer... kalau org yang tak kenal aku pasti akan berpihak pada ko... kalau org yang kenai aku pasti akan belasah ko... wakaka.. tapi aku apa ada hal... saper nak caya cakap ko gie mampus arr!!! bukannya aku tak boleh hidup tanpa korang semua... bukan korang yang bagi aku makan ... tak luak nyer gaji aku...

* kalau ko nak taw... ko sebenarnya tak der kawan tapi untuk mendapatkan kawan ko sanggup buat apa sahaja...

* tapi ko terlupa siapa orang yang ko dampingi tue... ko tersilap langkah kali ni beb... barulah betul buku bertemu dengan ruas... walaupun aku nie perempuan ko jangan ingat aku lemah... dah lama aku tak buat hal... kena plak time ni ko buat hal memang sesuai sangat... tak sabar rasanya aku nak terserempak dengan ko ni...

* walaupun aku dah lama tak on9 tapi itu tak bermakna aku tak taw per yang terjadi... budak2 aku semua dok nasihatkan aku supaya 'jangan'... tapi aku terasa macam 'nak' jer...

* oleh kerana kami terlalu rapat istilah 'ko usik dia, bermakna ko usik kami' so, lu pikir la sendiri beb...

* umur jer dah banyak tapi otak macam budak2 sekolah rendah... kalau nak fight ko cakap jer tak payah nak wat citer sana sini... tak payah nak jaja citer... adoaiii kadang2 aku nak tergelak jugak tengok ko ni...

* 'bangsat' gak ko nie yer... hahaha... terkeluar gak perkataan keramat tue...

* ko dengan 'abg' ko sama jer ... memang gulai arr... wakakaka...



Namun aku nantikan masa yang sesuai untuk aku tersenyum puas kembali... aku akan puas apabila aku 'bertemu' dengan ko bangsat!!!

Buat korang yg dalam Cyber tu...

* kalau korang rasa dengan penyepian aku dalam dunia cyber nie bererti betul lah kata budak bangsat tue gie mampus dengan korang semua...

* tak payah nak tanya saper2 pasal aku...

* tak payah korang nak judge 'dia' bagi pihak aku... apa yang berlaku biar aku dan dia jer taw... yang korang menyibok sangat pasal orang lain nie persal????

* aku tak sentuh korang... so tak payah ler gatai2 tangan nak cuit aku...

* korang ada akal fikiran yang Allah anugerahkan so gunakanlah sebaik mungkin dan berfikirlah sematangnya (itupun kalau korang ada otak)... korang sendiri boleh buat penilaian dengan tanpa mendengar kata-kata orang lain

* aku taw ler aku nie artis semua orang nak amik taw... terima kasih ler sebab buat aku glamer wakakaka walaupun glamer aku tue mungkin bukan sebab atas isu yang baek yek...

* kepada mereka yang lebih suka bertanyakan sendiri pada aku, aku ucapkan bebanyak terima kasih atas sikap kalian.

* masalah aku dengan budak 'bangsat' tue aku settlekan sendiri tak perlu korang masuk campur... weiii jangan pandang rendah pada kebolehan aku... aku tak perlukan backup korang cukup sekadar korang taw saper aku...

Sekian, terima kasih

GI MAMPUS DENGAN DUNIA YM!!!

p/s: so skrg aku dah decide utk on9 atas urusan kerja...