Tuesday, June 1, 2010

KiSaH YaNG m3RuNTuN JiWa....

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat, itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.



Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu.
Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya.

Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.




Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya.



Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa.



Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.



Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung
anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.



Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.

"Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri .
"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa
"Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi.
"Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri.
"ALLAH dah bagi kita rezeki awal, tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur.

Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah.

"Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri.

"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa..
"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan
perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri.
"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya ke dunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.



Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah.

Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit
pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa. Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya.. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.



Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang.. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya

"Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin
mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri.

Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti" desak Nisa lagi.

Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri.
"Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi,Nisa cuma nak ingatkan Abang saja" Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa ke dinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas
kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.

Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe

"Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.
"Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha" gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.
"Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia" cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri.
"Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba.
"Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.



Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri.
"Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ .." panggilan kecemasan dari Doktor Johari
"Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.
"Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan.
"Hah, tadi kau kata bini kau sihat" tanya Lan pada Zakri.
"Alah jom ler cepat" desak Zakri.



"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri.



Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ....tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...



"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang. Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.



Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya..



Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN
PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa.

Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa..
Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti
kita baru kahwin....Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang
panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja.. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa?

Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania.



Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian
untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang.

Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang.

Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa.

Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang....Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa.

Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurangnya terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka.

Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa

"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya.



Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya....setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.



Sewaktu jenazah Nisa tiba di rumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya. Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya.



Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya, mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.



Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ....YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa.....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus.

Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis.. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar.

Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak....kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa...

eLeGiK GiLeR... TaK KaN aKU SeNTuH LaiE...

N3 kali nie adalah mengisahkan pasal apa yang aku alami sejak semalam...

Masa kat opis... lunch time aku mula rasa cam gatal2 kat tapak tangan kanan dan tapak kaki... apakah dah terjadi nie? ada sesetengah mengatakan kalau tapak tangan kanan gatal maknanyer nak dapat duit... kalau tapak tangan kiri gatal samada duit akan keluar ataw pun ada yang akan dapat penampo jepun free2 jer... tapi kalau dua2 tapak tangan gatal apa maknanya????

Tapak kaki kanan gatal, maknanyer nak berjalan jauh, tapi kalau kiri tu tandanya ada yang dapat penerajang sulung... tapi kalau dua2 tapak kaki gatal apa maknanyer???

Kegatalan makin menjadi2 bila time petang... sampaikan aku masuk toilet, basahkan kaki siap pakai sabun protec laie... sabun tue kalau nak taw bos aku nyer wakakak nasib lew bos... keadaan darurat... pergh sedap tul.. lebih2 gie bila guna air panas...

Tapi keadaan tak lama pastu dia gatal balik... adoaiii sampaikan aku amek stepler dok garu tu wakakka lantak lew cctv nampak ker tak dah kaki aku gatai nak wat cam ner...

Tepat jam 5.30 aku terus tunggu depan pintu wakakka balik dalam kete dah dok garu2 badan...wah!!! apakah?? tak pernah2 terjadi cam nie....

Sampai jer umah terus terpandangkan sterika... secara kebetulan mak ngah jahit baju...



Sambil tekapkan dengan kain (giler ko nak tekapkan terus sterika kat badan wakakak) aku dok citer kat mak satu badan gatal... mak aku suh mandi... dah siap mandi ngan air garam laie... wahhh!!! masa nak pakai baju tue aku tengok badan aku dah merah2.. giler arr naik takut aku tengok tanda merah2 tue... mengalahkan kena luvbite... nie bukan luvbite laie... ni dah bapak luvbite huhuhu apa laie aku rembat lew minyak panas abah aku sapu kat badan2... pergh!!! pedihnya hanya Allah jer lah yg tahu... aku dah start bersin... tak henti2... adoaiii



Kalau dah bersin memang sah lew aku elegik... ada lew seafood yang aku dah tertelan sampaikan satu badan naik merah2 dan gatal... mak apa laie... start lew membebel... adoaiii...

Gatal kat kaki makin menjadi2... sampaikan aku dah nak nangis dah dok ngadu kat mak... (gelak arr... korunk tak taw betapa azabnya gatal sambil bersin key sib bek tak terkencing)last2 mak suh rendamkan kaki dengan air panas letak garam ngan asam keping (dah cam nak masak plak wakakak)



Makin panas air tue makin lega sikit rasa gatal tue... tapi hampir2 melecur gak lew kaki aku dok rendam ngan air panas tue...



Alahai kesiannya kaki aku... tapi tak per lah sekali sekala dok bermanja2 huhuhu (sumpah!!! aku tak nak lew manja cam ni kekdahnya)

Nak tdo tue aku sempat lew telan ubat mengantuk (hehehe sopan sikit bunyinya) sebab kang kalau tak makan alamatnya tetengah malam buta aku dok menggaru jer kekdahnya. Radio lama (mak ngan abah aku lew) dah start berbunyi dok bising... katanya aku degil tak nak ikut cakap... dah taw ada alegik laie mau makan seafood... adoaiii tadah jer arr tinge...

Bangun pagi adoaiii lesu giler badan aku... rasa lemah jer... risau nak drive jer...



Rasa malas jer nak mandi... tapi kena mandi gak nak g keje...rasa cam tak nak kerja je arie nie tapi jumaat kang nak cuti adoaiii...

Sampai kat opis... keadaan aku dah jadi cam nie...

Monday, May 31, 2010

XtVt SaBTu & aHaD YaNG LePaS...

Sabtu yang lepas, Mona dan anak dia (sarah dan caca) serta Mak Ngah datang umah. Saja katanya sebab dah janji dengan anak2 nak bawak jenjalan naik komuter. So merka ingat nak stay umah aku arie ahad baru balik.

So depa sampai dalam kul 3 lebih... aku gegeh lew p amek depa kat komuter batu 3... yang paling memalukan adalah aku boleh tersalah tempat adoaiii aku ingatkan kat ngan sekolah Teknik kat Shah Alam tue... gegeh aku berpusing... last2 call adik aku tanya kat mana... adik aku leh pakat gelakkan aku... siap perli aku laie... rupanya komuter batu 3 nie kat ngan kilang gula... wakaka


Ketibaan komuter dari KL Sentral...

Sampai kat rumah masing2 pakat gelakkan aku sebab aku yang dok suh mona turun kat komuter batu 3 tue... adik aku siap cakap cam taw tempat confidence jer suh turun kat batu 3 wakakak hampeh tul...

Malam plak, kami plan nak gie men bowling kat pyramid memandangkan dak adik dan mona sendiri ada tournment... so aku nie wat2 sibuk jer nak men wakakaka



Seronok plak aku tengok anak mona kemain suka bila p sana... "mama ada kepala singa laaa" alahai comeinya...



Jangan tanya saper menang arr kan wakakak riak sungguh aku kan wakakaka



Balik dah kul 12 lebih adoaiii sib bek abah tak bising balik lambat...

Sampai rumah jer terus mandi manda... terus tdo letih beb... dalam pada aku nak terlayang tu tetiba ada sms masuk... mangkuk!!! si mona dok sms kat aku wakakaka ajak p pasar tani shah alam plak... aku cakap tengok arr kalau aku terbangun pepagi sok wakakak


Ahadnyer plak gegeh bangun pepagi (pagi lew sangat padahal dah kul 8.30 pagi... kami pakat nak g pasar tani kat shah alam tue...


Tengok tue kemain banyak barang2 sampaikan letak kat lantai lagi...


Tak sangka ramai betul yang berniaga kat sini...


Nasib baik aku jumpa parking kete kalau tak mau melilau aku nak cari...

P/s : untuk pengetahuan, ni lew kali pertama aku p wakakak

Wednesday, May 26, 2010

waJaH 20 TaHuN aKaN DaTaNg

Lihatlah wakakakak sakit perut aku gelak... setiap manusia pasti akan tua... macam mana muka kita tidaklah kita ketahui... gambar di bawah sekadar suka-suka sahaja...


~ kira dalam kategori wanita tua yg cantik wakakakak kompom ada yg tebakau darah nyer wakakak tetiba puji diri sendiri... yang pasti hidung...~


~ tembamnya wakakakak yang apsti bulu mata tetap lentik kan... ~

Credit to pojie... aku pasti ramai yg nak test kan wakakaka

BiRu MaTa HiTaM Ku...

Wahhh gegeh aku pepagi laie dah bersemangat nak g opis... mesti ada yg tertanya2 kan nape??? selain dari sebab nak siapkan report, aku tak sabar2 nak ceritakan kat korank pasal malam tadi....

Malam tadi merupakan satu pengalaman yang tak pernah aku terpikir akan berlaku dalam hidup aku apatah laie nawaitu...


Al- Kisah...

Memang sejak kerja kat sini aku lebih suka balik lewat dari kebiasaan... kalau ikutkan time kerja adalah dari jam 9.00 am - 5.30 pm tapi memandangkan jalan agak jem nak sampai ke kg melayu subang tue aku lebih suka balik lambat... lambat tue paling kuat pun kul 9 malam... aku pasti ramai antara korunk pun naik menyampah kalau nak tempuh jalan jem kan...

Semalam aku sebenarnya dah set nak balik kul 7 malam... tapi sebab terlalu leka buat kerja alih2 tersedar dah jam 8 malam apa laie... kemas2 apa yang patut... lepas set alarm, aku gegas ke parking lot...sampai jer kat parking lot hati dah panas tengok pintu kete dah tersepit ... kalau sebelah jer tak per lah juga... so aku leh masuk melalui pintu yang laie satu... nie kiri kanan... hati dah panas... mongok tul... cam ner lew leh dapat lesen memandu tah... parking senang cam nie pun tak reti...

Tapi kereta sebelah drive nie enjin berbunyi tapi tak nampak dalam arr plak... orang dalam kete nie tak kan tak nampak aku kot... cam ner aku nak masuk???? last2 aku nekad intai dalam kete dia... saper suh tinted kete kan dah menyusahkan orang laen... mangkuk ayun tul!!!

Aku pun tekap kan tangan kat cermin kete sebelah co pilot... berderau jantung aku... erk.... betul kew apa yg aku lihat???? terus aku membelakangkan kereta tue... astrafirullah al azim... beristifar panjang aku... haaa... korunk pikir apa yg aku nampak???

Aku dah tak taw nak g mana dah... lama gak lew aku dok berdiri tepi kete tue... tenangkan diri... jantung berdegup kencang giler... aku pandang tangan aku... wahhh!!! dah mengigil... adoaiiii naik seram sejuk aku...

Korunk taw apa yang aku nampak??? aku nampak sepasang kekasih dok berasmara dana dalam kete tanpa pakaian... erk... maksud aku baju sumer dah tak der arr... bahagian bawah??? erk... tak nampak dan tak sanggup nak tengok wakakaka sebab per???? owhhh... aku tak taw lew kalau sebahagian orang kan... mungkin ada yg akan perhatikan bebetul tapi dalam kes aku nie, aku rasa orang yg suka tengok citer lucah sekali pun mesti tak nak tengok ...sebab... pasangan yang dok bercumbu damba... dok wat projek dalam kete tue adalah lelaki key.... LELAKI!!! (tak nampak tak taw lew wakakak)

Cam ner aku taw lelaki??? dah aku kata aku nampak badan jelas giler... aku rasa cina kot sebab putih melepak jer wakakak mana ada buah dada... adoaiiii yang peliknya cam ner ler depa leh tak sedar aku ada kat situ??? siap skodeng laie depa wat projek!!! bangkai kurap tul lew... tapi... yer lah kalau nama pun dah dalam 'dunia keasyikan' orang sekeliling mana depa nak hiraukan tul tak...


~ lokasi yg sesuai walaupun... ~

Last2 hampir 15 minit aku dok cuba tenangkan diri, aku ambil tindakan berani... yer arr tak kan aku nak tunggu depa 'selesai' kot!!! terus aku dok ketuk kete depa kuat2... mampus arr walaupun pakai honda dulik per aku!!! biar kemek kete depa... dah ko rosakkan mata aku per kes!!! tak pasal2 jer biru mata hitamku (wahh tetiba teringat shahir nyanyi lagu nie wakkakaka)

Lepas aku ketuk kete depa bergegar kete wakakaka kompom mengelabah kan wakakak terbantut hajat !!! wakakakaka cam caker jer... mereka mengambil masa agak lama lah juga nak bukak tingkap... sampai aku ketuk kali ke 3 baru depa buka tingkap kete... tu pun sebelah driver jer... apsal tak buka tingkap sebelah co-pilot???? sah2 tak sempat nak berpakaian lengkap kan!!! yang aku angin... suara jer yg aku dengar... muka tak nampak...

apahal?? (kemain laie ayat kan....)
wei.... boleh tak u parking kete u nie bebetul sikit!!! sekarang nie i nak keluar... (sabar... sabar...)
lu nak kuar... kuar arr... yg lu ketuk kete wa apa apapasal??? (sorry aku tak taw nak slang cina)
mangkuk!!! (tah dia paham ker tak tah) ko parking kete rapat dengan kete aku... cam ner aku nak kuar pintu tak boleh bukak!!! (amek obat...)
ala... bising arr... (terus dia masuk gear)

Aku ingatkan dia nak masuk balik... just reverse jer tup2 terus bla... wakakaka wat laie maksiat sumbang amek ko... aku dah lew panas ngan apa yg aku nampak... bahasa tu plak kasar...

Aku apa laie terus start enjin kete tak sempat nak tunggu enjin panas terus bla... yer arr dah arr kat depan bangunan opis aku nie ada club... (para kaki clubin... leh arr g wakakak)kang watnya dia panggil geng dia tak ker nyaya aku...

Dalam kete aku dok beristifar panjang sampai umah... giler arr tak pernah2 aku nampak kali nie amek ko... aku tak nafikan akan kewujudan golongan cam nie tapi kot yer pun ko nak wat projek, jangan ler kat parking kete... dan aku tak sangka sama sekali yang perkara cam nie aku akan nampak adoaiiii....

Samak biru mata hitamku...

Monday, May 24, 2010

KeLu... SeNGaL TuL LeW...

Hari nie masuklah hari ke 2 aku on YM... on jer berdesup pm masuk.. sorry lah bukan tak nak layan... tapi rasa cam tak leh nak layan... (keji kan statement...) sebenarnya aku bukan ada mood sangat nak men Ym balik nie... on pun sebab aku bukak email... tup2 tengok jaja pm... mekasih beb sebab sudi pm aku... banyak gak lew yg kami sembangkan...

Arie nie buang mana2 email yg rasa dah tak di perlukan laie... tup2 dapat pm dari seseorang... wah... tak sangka dia masih ingat aku lagi... agak kekok gak lah bila nak bersembang... dah tak macam dulu... penuh gurau senda... bak kata orang macam nak mula berkawan... haaa macam tu lew keadaan kami...

Lepas dia kuar (nak makan katanya) aku pun cam biasa... buka blog kak senduk sambil baca blog2 rakan yg laen... aku bukak blog kak senduk nie sebab nak dengar celoteh dj jer hehe (mampus kalau kak senduk taw)

Tup2 dapat sms "no nie yek" hehehe automatik tersenyum... sebab tak sangka dia akan sms... terus capai tepon opis... niat hati nak kenakan dia... ringing... tak der org angkat... aikk... baru sms dah x angkat... dia x nak angkat sebab no kl kew??? hmmm...

Cek id dia kat YM nyala ker tak... aikk... tak nyala... hmmm... dah malas dah nak bg feedback...

Tapi hati tak sedap... try laie call... memang niat kalau kali nie tak angkat gak... lantak arr malas dah... (kejam kew?) sekali dia angkat daaa...

Kelu seh!!! aku dah tak taw nak cakap per...

Assalammualaikum...
Wa'alaikum salam...
Bz kew???
Tak lah...
Nape tak angkat???
G toilet (lepaskan sms dulu baru g toilet nampak hahaha)
owh... (dah start kelu... bengong tak pernah2 aku kering idea terus ilang idea nak sembang... kutuk diri sendiri)
kenal tak??? (akhirnya wakakak tapi cam poyo jer kasi soklan cam tu kan wakakak)
kenal....
saper??.... (muskil plak... xkan kenai kot... aku pakai no opis nie...)
sesuci.... lebaran.... (terus gelak... hampeh... tapi suka plak dengar dia gelak... bengong aku nie)
ceh!!! (dah gelak gak nie... pastu dah tak taw nak cakap per...)
pakai no opis eh.. (tak arrr... ni pakai no kedai makan kat tempat awk makan tadi tue wakakaka laie mau tanya kan...)
ah'ha (layankan jer)
bos tak marah kew???
tak kot... (adoaiii time nie aku dah tak tahan nak gelak... gelak sebab aku rasa cam sengal jer tetba jadi malu plak nak sembang ngan dia...)
hmmm... betul lah no tue.. (tetiba baru nak bg jawapan wakakak)
hhaaa... no tue arr bulan lepas sms tapi tak reply2.... yer lah org dah delete no sy... (majuk plak adoaiii lemah lutut wakakak)
erk... errr... er.... tak arr... org upgrade hp... no ilang... (caker tetiba gagap plak..)
upgrade baru...
yer lah... yer lah... hehehe er... k lah nanti call balik... (terus aku letak phone...)

Siyezzz aku dah jadi pemalu plak nak sembang ngan dia... adoaiii apsal eh??? lemau tul arr... wakakaka letak jer phone aku dah termenung... apsal jadi cam nie??? tak pernah2... mongok tul... kalau tak ada jer yg akan aku bahan kan dia... tapi skrg nie dengar sore dia jer terus dalam atie cakap 'matangnya sore mamat neh"

Wakakaka kalau lew dia taw mampus aku... mau setahun dia gelakkan aku... sib bek dia jauh so nak gelak... gelak arr sebab dalam phone jer kan... idak lew malu sangat wakakkaka

Anyway... nak cakap syukur alhamdulillah masih ada laie rakan ym yg sudi berkawan ngan aku terima kasih bebanyak eh....

KeBaHaGiaaN DaLaM PeRPisaHaN... Ku aDa KaMU...

KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN – SHAHIR AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Aku suka sangat dengan lagu nie... masa pertama kali dengar hati rasa sayu jer... terasa seolah2 lagu nie memujuk hati yg duka lara ataw dalam erti kata lain putus bercinta... tajuknya sahaja dapat membuatkan diri terfikir akan maksud yg tersirat... melodi sangat mendayu lebih2 laie di tambah pula dengan suara shahir...

Sesungguhnya kebahagiaan sedang menanti di hadapan...

KU ADA KAMU – ADIRA AF8

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Lagu ini pula membuatkan aku teringat akan keluarga aku terutama mak dan abah...
Merekalah sentiasa ada di saat kita sedang berduka... mak... abah... lagu nie orang tujukan khas buat kalian... sesuangguhnya kasih dan cinta kalianlah yang takkan putus dan kasih dan cinta Allah lah yg kekal hingga hujung nyawa...

Suka sangat dengan lirik dan melodi lagu tersebut....

Kebahagiaan Dalam Perpisahan pasti sendang menanti... kerna Ku Ada Kamu yang sentiasa di sisi...