Wednesday, February 11, 2009

LeBai MaSuK PeRtaNdiNgaN KaRaOKe KaT TaSiK IdaMaN...

Pada Jumaat kot aku tak berapa nak ingat laaa adoaiii aku telah endapat satu sms dari angah_cx3 yang berbunyi:

'Salam... malam nie lebai akan masuk pertandingan karaoke kategori rock di TI.Jom g tengok nak???'

Terus aku berbalas sms dengan angah. Memula aku cakap ler kalau nak g kena g awal sebab kalau TI ada wat apa2 function jangan mimpi ler ang nak dok depan dekat ngan pentas. Aku cakap kat angah datang jam 8.30 malam dan pastikan kita sumer dapat tempat dekat ngan stage bukannyer per supaya leh nampak dengan jelas wakaka. Pastue aku roger ler dak2 yang lain. Kalau bab roger meroger nie aku tak der masalah. Yang masalahnyer kalau ada sms yang masuk bertanyakan:

'Saper gie yang ada?'

Yang nie memang paling aku berasap dan menyampah!! Pada yang tau, taw ler aku memang me'mangkuk'kan jer saper2 yang dok tanya aku soklan cam tue. Yer arr mana ler aku taw saper yang mai. Dah tentu aku yg roger dak2 samada depa mai ataw tak aku tak taw. Sudahnyer aku jawab cam nie:

'Angpa nak mai, mai jer tak yah tanya saper yang yg ada. Saper yang datang nanti dia ler yang mai... adoaiii'

Haaa... tue ayat aku yang paling baeeekkk aku kasi. Dak2 ramai dah paham dah pangai aku. Kalau masih bertanya memang aku mangkukkan jer arr depa. Lagi mau tanya. Tah ngapa ayat tu menguji sungguh kesabaran aku wakaka.

Aku roger Ros, tanya dia dan beliau telah minta aku tuk amik dia. So oleh kerana aku nie mengamalkan sikap setiakawan waaahhhh... aku gerak dari rumah 8.30 malam terus shoot ke Tasik Permaisuri amik Ros. Aku suka kalau dapat berkumpul reramai cam nie sambil2 tue kita sama2 bagi sokongan pada member memang mablessss rasanya.

Masa otw ke TI dapat call dari umi mengatakan yang dia dah sampai dan aku pun gunakan mandat aku suh dia amik port paling depan dan dekat dengan stage. Aku sampai2 jer tengok umi bebetul bertindak mengikut arahan sungguh wakakaa... angah mai ngan tunang dia. Apa yang aku kecik ati sikit ler ngan si angah nie (kalau ko baca memang sungguh elok arr) yer arr dah ler ko yang dok antar sms kat aku ajak p TI sekali bila aku sampai kat table nengok umi ngan kak liza jer yang ada. Usha2 line aku dah nampak pala ko kat table lain dengan beberapa orang kawan pompuan ko. Aku sms kat ko ajak lepak sekali kat table kami ko kata kang ko mai. Aku sampai wat call g kat ko tetengah bising tue. Sudahnya ko dok paku kat situ sampai kami nak bla. Bagus gak ler pangai ko. Geram sungguh aku ngan ang nie angah. Pas ni kalau ang invite aku gie memang aku dah tak nak g dah wakaka... ang nak kata aku kata ler lantak arr... cam nie ker member???

Masa nak balik tue dak2 dok heret aku p kat ko. Nak tak nak aku g gak arr salam ngan ko dan beberapa kawan pompuan ko. Aku dengar citer ko datang ngan tunang ko. Awat tak nak lepak ngan kami??? asal??? ko malu ker nak perkenalkan kami dengan tunang ko? kalau cam tue tak yah kawan arr ngan kami. Dok invite org tapi duduk lain2 meja berlagak tak kenai. Aku cukup menyampah org pangai cam nie. Masa mai kat table ko tue aku nak jer sembur ko nak jer aku cakap...

'Kalau takat sms invite org suruh mai, pastu ko pakat dok lain2 meja, baik tak payah invite'

Nasib baik ler aku nie masih ada lagi rasa nak jaga air muka ko depan tunang ko kan aku diamkan jer arr.

Lebai sing lau Kristal tajuk 'Seragam Hitam' agaknya arr... wahhh bro... lu wat melodi sendiri lah plak wakakaka bagai nak jatuh rahang aku nengok ang wat melodi sendiri wakaka.. apa pun malam tue aku rasa lebai ni jer arr yang ikut tema kategori rock yang lain aku rasa cam rock kuntum jer wakakak...

Apa pun aku berani katakan Lebai menghadapi saingan yang hebat. Minggu depan ada lagi saringan ke 3 dan 4.
SAMBUNGAN CITER...
Selepas abis sumer pertandingan, kami semua beransur pulang (kemain skema gie ayat aku wakakak) sebelum tue kena ler salam2 ngan dj kat situ... saper gie kalau bukan abg jeff, abg zul dan Farihah kang di katanya kami nie lupa kawan lah plak wakaka... sampai jer kat pintu keluar abg, ros dah sedia menanti. Aku ingatkan depa nak gerak sama kot sekali abg tarik aku ngan iera ajak plak mancing. Huaaaa... aku tak suka mancing... nak tak nak aku telah di paksa rela oleh iera, ros dan abg huaaa... kami mancing kat belakang TI tue. Yang g mancing tue sampai 4 orang joran nyer sebatang jer hampeh jer... bengang abg pe tak nyer... orang dok mancing senyap2 dia punya ler fokus sampai nak juling biji mata dok tengok tali wakakak aku dok bahan dia. Last2 dia cakap 'diam ler dik.... kang abg humban dalam kolam nie kang' wakakaka... sorry ler bang, mulut adik nie tak der insurans wakakak lebih2 gie bila time2 pepagi buta tue kalau takat nak dok dendiam sampai nak kentut pun tak leh baik balik umah tdo jer wakakak... aku ngan iera asyik bercakap jer... last2 sekor ikan pun tak dapat.. padan muka wakakaka kami balik lewat pagi hehehe... jangan harap aku nak g lagi wakakaka... mancing ikan bukanlah termasuk dalam agenda hidup aku, kalau 'mancing lain' ada ler wakakaka...

KiSaH SeRaM... NaNtiKaNLaH KeMuNCuLanNya...

Ari nie aku wat serangan hendap terhadap beberapa blog rakan2 aku maklum arr dah 4 arie aku tak melawat teratak masing2. Wahhh sumer pakat wat citer seram. Yang aku peliknya bukannyer nak masukkan kisah sendiri ataw pengalaman sendiri nie dok pakat paste citer org. Weiii letak arr pengalaman korang baru ler best!!! setelah aku baca blog mereka, tetiba jer aku terasa cam aku di rasuk oleh hantu blog untuk masukan entry pengalaman aku sendiri ke dalam blog nie. Apa pun insya'allah esok ler aku masukkan sebab arie nie aku nak ke spital atas urusan2 tertentu wakakaka... nantikan kemunculannyer...

Kata orang kalau kita citer kat orang berdasarkan pengalaman sendiri, orang yang baca akan merasai akan kewujudannyer betul ker??? entah... apa pun benda tue memang wujud cuma kita kena lebih berani sebab benda tue sendiri sebenarnya takutkan kita... Apa pun berserah pada Allah dan minta di jauhkan darinya.

Kepada yang penakut tue wakakakakaka... tue jer arr yang aku leh cakap hanya .... wakakakakaka

Friday, February 6, 2009

DuGaaN & CaBaRan... WaHai HaTi TaBaHLah DiKaU...

Malam tadi entah tetiba jer aku moody. Piyed kot wakaka. Balik2 umah jer terus mandi (mandi lagi sekali untuk mendapatkan mimpi2 yg indah dan aman). Pastu aku dok baring2, golek2 atas katil sambil memeluk bantal peluk mata pula terarah kepada 2 bingkai gambar yang tergantung di dinding. Mata kejap2 memandang sebelah kanan, kejap2 sebelah kiri.

Hmm... kepala dok pikirkan apa yg aku lalui sepanjang usia ini? apa yang telah aku perolehi dan lakukan sepanjang kehidupan aku di muka bumi Allah ini? Banyak sungguh duka, lara dan ranjau yang aku lalui dengan agak2 tabah. Tabah ker aku?

Tahniah!!! kepujian pada diri aku sendiri, walau sebesar mana dugaan dan cabaran yang mendatang aku berjaya atasi walaupun aku akui ada kalanya aku kecundang dalam pergolakan emosi dan perasaan aku sendiri. Namun untuk meneruskan kehidupan aku perlu memotivatekan diri sendiri agar tidak terus kecundang. Alhamdulillah aku beruntung kerna mempunyai rakan2 dan sahabat yang sanggup berkongsi masa, dan pendapat dengan aku.

So, Nadia... kalau rasa ada yang tak sayang tue ingat2lah mereka2 ini lah masih menyayangi kau jer yang tak sedar. Sikap kau nie susah sangat orang nak baca. Kau lebih suka mengamalkan sikap berdiam diri.

Kadang kala berdiam diri adalah lebih baik dari berkata2. Org lain boleh membuat pelbagai anggapan tapi... ada aku kisah?? selagi kau leh cakap, cakaplah apa jer yg kau suka. Kang bila Allah dah tarik salah satu anugerahnya barulah kau taw. Biarlah... Allah Maha Mengetahui.

Aku bencikan kegagalan dan kekalahan. Jadi, untuk itu aku perlu lebihkan sikap berusaha dan terus berusaha. Namun sebagai makhluk ciptaan Allah, aku harus menerima takdir Allah. Namun untuk mengelakkan aku rasa down dan kecewa aku akan cuba untuk mendapatkan apa yang aku inginkan dalam hidup ini dan aku juga akan cuba untuk menjadi yang terbaik. Apa pun aku mementingkan kepuasan. Kepuasan kat sini bukanlah bermaksud bab nafsu (aku taw korg dok pikir tue wakaka) kepuasan yg aku maksudkan adalah kepuasan pada diri aku sendiri. Andai aku tidak dapat sesuatu tue, aku akan cuba tuk melihat kenapa aku tak boleh dapatkan? so bila aku dah selidik apa puncanya kat situ aku akan cuba tuk baiki dan andainya tak dapat gak so aku akan anggap bukan rezeki aku. Redha jer laa... sekurang2nya aku berusaha dan mencuba untuk menjadi yg terbaik. korang paham ker apa yg aku maksudkan nie? wakaka.

Bohonglah kalau aku katakan yg dalam hidup aku nie aku tak pernah sekali pun rasa kecewa dan kalah. Percintaan, kerjaya, impian, matlamat dan apa sahaja yang mempunyai kaitan dalam kehidupan setiap org pasti akan lalui apa yg aku lalui itu. Cuma bezanya antara kita adalah usaha dan rezeki. Andai telah di tetapkan oleh Allah rezeki tidak berpihak pada kita, terpaksa akur lah. Aku tahu dan aku percaya semua orang tahu yg tiada manusia yang sempurna, tapi sekurang2nya aku berusaha untuk menjadi yg terbaik. Aku berpegang pada satu : kalau diri sendiri dah tak sempurna, so tak payahlah nak mengharapkan yang sempurna. Kalau diri sendiri tidak masuk dalam golongan terbaik, so tak payahlah nak mengharapkan yang terbaik. Cermin diri sendiri barulah scan org lain. Nie aku cakap pada diri aku lah. Tak ada kena mengena ngan korang. Kalau koran setuju, setuju lah, kalau tak... terpulang. Masing2 ada pendapat yg berbezakan.

Dalam pada aku dok pikirkan apa yang bakal terjadi selepas nie sambil2 tue dok merenung masa depan yang masih lagi kelam dan samar2. Tetiba jer teringatkan mak dan abah di kampung. Bukan nak kata selama nie tak ingat. Apa lah agaknya reaksi mereka seandainya mereka tahu apa yang berlaku? Adoiii masalah betul. Agak lama jugalah aku tak menjenguk mereka dan adik2 aku kat kampung tue. Perlukah aku balik semperna hari esok? Hmmm... konflik diri mula ler berlaku. Nie yang aku paling malas nak melayan. Kang dok layan2 kang aku gak yg down.

Mak, abah...

Dya sayangkan mak dan abah. Maafkan Dya atas apa yang berlaku selama ini. Dya taw sikap Dya nie kadang2 buatkan mak dan abah pening dengan karenah anak sulung mak dan abah nie. Dya tahu mak dan abah marahkan Dya , bukan Dya tak memerlukan mak dan abah, cuma Dya tak nak menyusahkan mak dan abah. Dya taw mak dan abah tahu yang Dya ada masalah. Tak apa lah mak, abah. Dya akan cuba untuk selesaikan masalah Dy. Andai kegagalan adalah milik Dya, Dya akur dengan ketentuanNya. Apa pun anak sulung mak dan abah nie akan tetap berusaha.

Abah,
Abah kata Dya nie keras kepala, hati batu, ego (egokah?) semuanya Dya nak tanggung sendiri. Tapi Dya rasa semua sikap tue Dya warisi dari abah. Well abah, patut ler kita nie tak leh berbincang asl bincang jer pasti ada perdebatan antara kita. Bukan nak melawan tapi menegakkan apa yg Dya rasa betul. Apa pun Dya nak abah taw, walau sekerap mana pun kita bertekak abah tetap abah Dya. Tak pernah pun Dya membenci. Kalau marah2 sampai tak balik umah 2-3 bulan tue biasalah tanda memberontak tapi tak bermakna Dya tak amik taw apa yg berlaku kat kampung tue tanyalah adik2 Dya ada call mereka tanyakan khabar abah dan mak. Maafkan Dya. Dya taw Dya salah, tapi biarlah keadaan cool dulu. Egokah aku?

Mak,
Adoaiii sebut mak jer air mata dah rasa bergenang. Dya rindukan mak. Dya taw mak sentiasa cuba untuk mengorek rahsia hati anak dara mak nie tapi maaf... Dya dah lock pakai solect besaunyer pastue kunci Dya campak kan kat tengah laut. Ingat lagi last Dya balik kampung, mak asyik ajak Dya bersembang kat pangkin. Ada jer cara mak tuk ajak Dya bersembang. Kadang2 mak masakkan makanan kegemaran Dya. Mak masak laksa. Masa Dya lepak sorang2 kat kolam ikan abah, mak siap bawakkan 2 mangkuk laksa. Mak kata dah lama mak tak makan berdua dengan Dya sambil sembang2. Ya... memang Dya akui kita dah lama tak duduk bersembang bersama sebab Dya sibuk dan jarang balik. Sibuk kah Dya? ya...sibuk.. sibuk dengan kehidupan yang tak teratur. Maafkan Dya.

Ingat lagi masa makan tue mak banyak sembang dan Dya plak lebih suka menjadi seorang pendengar yg setia dan sesekali sahaja Dya menyampuk dan tersenyum. Apa yg membuatkan Dya tersentak adalah bila mak pegang muka Dya dengan kedua belah tangan mak. Mak kata Dya senyum tak ikhlas, tersentak Dya. Mak cakap lagi... mata Dya dah tak bercahaya lagi. Mak sentuh dada Dya, mak kata... kat sini... hati nie... sedang berduka. Mak kata kenapa Dya nak berpura2 dengan mak??? masa nie air mata Dya mengalir. Sumpah!!! Dya berusaha tuk bertahan tapi yer lah sekeras mana pun hati Dya nie, naluri wanita Dya tersentuh jua. Mak tetap tersenyum. Dya terus peluk mak. Hangatnya pelukkan mak... Dya dah lama tak peluk mak. Terasa diri ini di sayangi. Mak usap kepala Dya. Mak kuncup dahi Dya. Mak kata walau sebesar kuman pun Dya cuba sembunyikan perasaan Dya, naluri seorang ibu... tetap mak rasa. Mak yang besarkan Dya, dari kecil hinggalah sekarang. Mak kata Dya dapat sembunyikan dari abah, adik dan kawan2 tapi bukan dari mak. Mak cakap mak tak paksa Dya untuk bercerita, mak cakap bila Dya bersedia nak bercerita mak sedia mendengar. Mak kata selama nie mak bangga dengan Dya, tapi mak sedikit terkilan sebab Dya suka pendamkan perasaan Dya. Mak cakap dari kecik sampailah dah besar nie perangai Dya tak pernah berubah. Maafkan Dya mak... hanya inilah yang Dya cakap kat mak. Oleh kerana Dya tak nak berduka bila balik kampung Dya cakap 'mak... Dya nak peluk mak kekuat. Dya rinduuuuuuuu' mak cakap 'mak sayang... Dya'. Dya pun sayangkan mak...

Remy, terima kasih kerna ingat birthday aku. Tak sangka kau ingat lagi birthday aku. Per taknya tahun lepas sehari sebelum birthday aku, kau xcden. Kelam kabut aku shoot ke hospital setelah dapat panggilan dari John dan Evo. Takut aku akan kehilangan teman yang telah aku anggap seperti adik sendiri. Aku sayangkan kau. Ingat tue sampai mati!!!

Entah jam berapa aku terlelap. Sekali hp aku berbunyi tanda ada panggilan masuk. Tengok Remy call??? jam 12.04 pm. Eh ngapa nie??? tak pernah2 dia call time2 cam nie. Hati mula rasa tak berapa nak sedap. Angkat jer phone tetiba terdengar lagu "Happy Birthday" berkumandang di hujung talian. Eh!! hari jadi aku ker nie?? masuk 6 Februari dah rupanya. Ya.... hari lahir aku... naik lagi setahun umur aku. Terima kasih Remy sebab ingat hari lahir aku. Aku sendiri dah tak ingat birthday aku. Lepas sembang dengan Remy, aku sambung balik termenung.

Birthday Kek... tuk Nadia

'Happy birthday, Nadia' nak buat sujud syukur badan pula tak berada dalam keadaan yang mengizinkan aku tuk mengadap yang Maha Esa. Aku hanya mampu berdoa moga Allah memberikan aku kekuatan dan yang baik2 untuk aku. Aku tak mengharapkan sangat apa yg penting aku sentiasa di bawah lindungannya.

Lepas satu2 sms yang aku terima dari keluarga dan sahabat handai. Terima kasih kalian. Apa yang aku harapkan adalah moga persahabatan kita kekal hingga aku mati nanti. Amin.

Mocha Walnut Coffee Cheese Cake

Base

150 gm butter
30 gm gula perang
1 tbs instant coffee (campur dgn 1/2 sudu besar air panas)
200 gm digestive biscuits (Mc Vities) - hancurkan dan lumatkan
50 gm walnut – diblender halus
60 gm cooking chocolate (dicairkan)

Cara
Gaul biskut, kacang, gula, nescafe dgn butter tu tadi.
Tekankan ke dalam acuan springform berukuran 8 x 8 inci.
Bakar dalam 10 min dan sejukkan.
Ratakan chocolate yang telah dicairkan dan simpan dalam freezer sekejap.

Fillings

500 gm Philadelphia Cream Cheese
130 gm gula kastor
2 tbs instant cofee (campur dgn 2 sudu besar air panas)
20 gm tepung jagung
50 gm walnut halus
4 biji telur
300 ml whipping cream

Cara
Putar Krim Cheese dgn gula sampai kembang.
Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
Masukkan instant coffee, pukul hingga sebati.
Masukkan kacang dan tepung, pukul hingga sebati.
Masukkan whip cream dan kacau hingga sebati.
Tuang ke atas base tadi.
Bakar secara steambath....lebih kurang 45 minit ke 1 jam.
Tutup api oven dan biarkan kek tu di dalam oven, sekurang-kurangnya 1 jam.
Letak ganache sebagai topping.

*korang cuba la pasti sedap ... mMMmm daaaappp...

Thursday, February 5, 2009

M00dY...

Manuskrip e-novel aku yang tunggu masa jer nak di type dan masukkan dalam blog neh. Masih menjadi tanda tanya samada perlukah aku bukak blog lain kira blog tue khas tuk aku nyer e-novel? kang kalau aku masukkan citer tue kat sini cam susah plak. Kang org konpius plak. Pikir2... kasi ler idea weiiii...

Arie nie aku balik awal tepat jam 5.30 aku dah tercongok depan punch card. Tetiba jer teringat yang aku lom basuh baju yang dah hampir seminggu tak berbasuh tue wakaka. Bukan pemalas, cuma tak berkesempatan nak menjenguk mesin basuh tue jer. Per taknya asyik balik lewat jer.

Lepas balik umah aku pun mandi manda, siap segala bagai, basuh baju adalah motif utama aku balik awal. Dah siap semua Farah call aku maka terjadilah perbualan begini.

'Nadia, tadi aku dah call abg tue (merujuk kepada tuan rumah) dia cakap nak datang umah mlm nie. Ko ada umah tak?'
'Aku rasa aku ada ler tapi aku nak kuar kejap. Abg tue datang kul brapa?'
'Dia cakap dalam kul 8-8.30 dia datang arr.'
'Ko plak kat ner nie?'
'Aku kat opis g nie ada kerja. Dalam jam 7 aku balik arr'
'Wokeh tapi aku nak kuar alik taw. Ko suh abg tue tepati janji nak datang kul 8-8.30 tue'
'Ceh!!! ko wat lawak mendanyer nie xkan aku nak cakap "abg, tepati janji taw" giler ko'
Gelak

Ngah aku dok basuh baju tue si Farah nie pun balik. Tak lama lepas tue abg tue pun sampai. Maka terjadi lah perjanjian pasai pindah rumah nie. Kami ngan abg tue akan bertukar rumah. Maka, dengan ini kompom ler 28hb nie aku akan berpindah. So, kepada sesaper yang rasa diri tue kawan aku, ringan2kan lah tulang tue tuk tolong aku berpindah. Tahun 2009 nie elok lebihkan kerja2 amal nie wakakak.

Lepas semua urusan selesai aku pun shoot ke opis teringat plak ngan komputer yang aku tak off tue. Niat di hati nak ler wat e-novel tapi rasanyer cam malas lah plak.

TeRKiNi...

Perancangan aku sekarang nie adalah

* selalu atau lebih kerap mengedit teratak aku nie dengan pelbagai cerita yang aku rasa nak bercerita, umpatan dan kutukan yang aku rasa cam tak berapa berpuas hati (sah2 korang dapat dosa kering dok baca nanti wakaka)

* mungkin dunia YM aku akan slow (boleh ker aku nie? pasti boleh sebab aku pernah berehat seketika dari YM wakawa)

* aku akan membuat satu blog lain untuk aku masukkan e-novel aku. Sebenarnya aku rasa dari dulu lagi aku nak masukkan tapi semuanya hampa huhuhu sebab masa, idea, keadaan, lokasi, dan segalanya tak mengizinkan aku ler. Kepada yang menantikan story aku tue awai2 aku nak mohon maaf, laptop aku berasap :( so softcopy sumer jahanam. Tapi nasib baek aku ada hard copy. Tapi untuk aku menaip semula tue % agak nipis. Hehehe...


Apa lagi yek... wat masa nie, tu jer ler yang aku nampak yang mana2 aku rasa akan buat nanti aku akan war2kan wahhh ayat aku wakakaka.

GeLaK NyEr PaSai aKu HaMpiR2 TeRsUNgKuR DaRi KeRuSi KaT OpiS NeH...

Hari nie sesambil aku siapkan kerja aku tlah curik2 tulang (ngaku neh) wat blog dan baca blog org wakaka dulik per aku ingat aku nie mestin tak reti rehat? mentang2 ler aku nie bermasalah sikit dengan sistem pemakanan aku yang tah pa per tue amik kesempatan plak. Ada ketikanyer aku lah pekerja paling berdedikasi dan bermuhibbah di sini dan ada ketikanya aku ler salah seorg punca company neh kerugian wakakak. Biasa ler dah namanyer manusia, kalau ang nak sumer wat keje jer manjang ang cipta ler mesin. Mesin pun taw stop, taw meragam taw mengamalkan mogok wakaka.

PC yang aku pakai nie tak der YM, kalau aku nak on9 aku guna pc kat depan aku neh. Tapi aku malas lah plak nak on9 masa kerja tengah banyak neh. So, utk mengurangkan ketensionan aku, aku telah melawat beberapa blog rakan2. Paling mendapat tempat di hati aku nie adalah blog sorg rakan blog yg baru iaitu 'Kak Senduk' wakakaka...

Aku baca blog dia neh mmg bertambah2 ler putus fius. Kali nie mmg aku tak leh tahan bantai gelak jer. Dak opis pun pakat pelik nengok aku. Kali nie mmg dah tak leh nak kaber. Blog dia mmg lawak giler aku rasa program raja lawak astro pun tak macam dia. Dia type per yg di suka. Bahasa dia pun leh tahan 'lahanat' gak lebih kurang cam aku gak arr. Mmg dia type ikut suka dia jer. Kalau ada yg tak suka, ngumpat dia (cam aku ler nie wakaka) ataw per jer nak cakap pasai blog dia, aku rasa dia mengamalkan konsep yg sama cam aku iaitu "kalau angpa nak baca ker tak nak ker, nak maki aku ker, kutuk jer,ada aku kisah... g mampus ler... blog aku, suk ati aku ler nak cakap apa pun wakakaka'.

Tengah2 aku dok baca blog dia, ada ler beberapa entry dia wat aku tergelak2 sampai hampir2 gak ler aku jatuh terguling dari kerusi nie. Ada ketikanya aku dah tak tahan nak gelak gegiler aku terpaksa keluar dari opis wat2 nak g tandas, cakap di telefon (padahal hp tak berbunyi pun), wat2 nak g opis sebelah wakaka. Memang giler ler akak senduk neh (nak marah? marah arr... blog aku, suka ati aku ler wakakak). Kang kalau aku cakap sepanjang baca blog dia aku gelak ada plak yg cakap aku giler dah arr kat opis neh sumer kata aku ada sawan gelak. Bila aku gelak sorg2 sebab baca blog ataw men YM mula ler depa cakap 'hah... tue sawan dah datang arr tu' pergh!!! sesedap mulut depa jer nak jer aku ongbak kan.

Ok dah... aku nak sambung baca laie wakakaka... (sambung gelak)

KiSaH SeMaLaM & HaRi iNi...

Semalam aku balik rumah agak lewat sedikit dalam jam 7 petang baru aku tutup semua komputer dah terus balik ke rumah. Sampai kat rumah tengok Farah dah dok landing kat sofa sikit nyer baek dia landing sampaikan tak sedar aku dah balik. Aku kalau nak tengok dak2 umah nie ada kat rumah ker tak just tengok jer samada capal rumah tue ada ker tak. Aku dok 3 orang kat sini. Aku, Farah dan Sarah. So Aku jeling jer capal (selipar) tengok capal si Sarah ada. Sah! dia tak der kat rumah. Hmmm... dah lama budak nie tak balik. Agaknya bersemangat sangat kot nak pindah. Pindah lebih awal dari kami wakaka. Amboi aku nie cakap orang tak balik konon... diri sendiri tak sedar wakaka. Pernah aku kena perli dengan Farah. "Kau nie Nadia, susah tul aku nak nampak muka kau kat rumah nie. Bila aku balik kau tak balik gie, bila aku g kerja tengok2 kau dah g kerja. Susah tul nak jumpa kau nie padahal dok satu umah" walaupun dalam nada gelak2 berdesing gak arr tinge aku dengar.

Berbalik balik pada citer pindah umah nie. Aku dok umah nie sampai hujung bulan nie jer pastu aku ngan Farah dah pindah kat kawasan tue gak cuma bahagian belakang sikit jer. Si Sarah tak follow kami, sebab dia dapat kuarters. So, hanya aku dah Farah jer arr yang dok menyewa kat situ. Lagi ler susah si Farah nie nak nampak muka aku kat umah agaknya pasnie wakaka. Apa pun aku akan cuba untuk mengurangkan xtvt jenayah aku dan xtvt ala2 alim aku pas nie hehehe.

Malam tadi lepas mandi manda, aku amik bantal, manuskrip aku dan dok melepak depan tv dengan Farah sambil wat sambungan pada manuskrip aku. Sesambil tue bila otak aku tak berapa nak berfungsi dengan baik aku layan ler citer 'Anak Betong' kat TV9 tue. Si Farah cakap dia time aku ada ler baru dia berani tengok. Kalau aku tak der jangan harap dia nak tengok walaupun cerita tue dia suka. Penakut nak mampus budak nie.

Tetiba plak teringat aku pada satu peristiwa pasal dak Farah nie. Masa tue lepas maghrib, aku dah bersiap2 nak g class dance, pastue sementara aku menunggu si Iera roger aku, aku pun layan ler tengok TV citer Puaka Niyang Rapik. Farah nie dok tengok gak arr sebab aku ada. Sekali bila aku nak gerak, dia leh pakat nangis suh aku stay dulu kat umah tunggu kawan dia datang ajak dinner. Jatuh rahang aku nengok dia nangis. Dia takut rupanya nak dok sorang bila dah layan citer antu pakej sekali bila aku nak kuar. Argh sudah... nak tak nak aku terpaksa ler duk umah kejap sementara tunggu kawan dia datang. Aku jeling2 dia nak tergelak pun ada tapi kawan kan so aku tahan jer arr tapi bibir aku nie tak der insurans so ada ler bunga2 sengih tue. Sekali dia perasan wakakaka dia cakap 'aku nampak tue... ko nak gelakkan aku' abis jer dia cakap aku dah tak leh tahan tersembur ler gelak aku bagaikan gunung berapi yang dah meletop. Nak tak nak dia pun gelak2 malu ler wakakaka... tak pasal2 aku terpaksa datang lambat dance class. Si Iera bangkai dah pakat maki aku sebab lambat wakakaka... aku ngan dak bangkai nie memang dah putus fius.

Hari nie aku masuk kerja seperti biasa. Sampai ofis tengok jam awal lah plak. So, oleh kerana dari semalam gie aku tak makan satu apa pun, aku pun shoot ke kantin Kak Midah. Sampai sana plak dah tak der selera nak makan. Adoaiii... aku nie memang bermasalah sikit dalam bab2 makan nie. Aku makan bila lapar. Katakanlah kalau dalam jam 4 petang aku lapar, so kalau time kerja mana leh kuar dan malas nyer pasal aku g pantry wat air jer. Last2 aku kenyang air jer wakaka. Tapi badan tak der ler plak aku nengok kurus ker per sama jer. Hampeh sungguh. Aku beli neslo ais jer. Minuman kegemaran aku heheh.

Hari nie aku nak citer perjalanan 'serangan hendap' aku kepada blog2 yang terdapat dalam blog kawan2 aku nieh. Memula aku nengok ler blog hana wahhh kemain lawa gie dia nyer laman teratak dia hehehe ok ler... cantik lah jugak. Baru ler aman biji mata aku bila baca blog dia, terang mata aku wakaka... sekali aku dapat taw si mimi pun buat blog aku per g wat ler serangan hendap terhadap blog dia. Selamat Datang Ke Dunia Blog Mimi. Aku masukkan link url dia dalam teratak aku nie sebab kawan kan. Pastu aku nengok pula blog 'akak senduk' wahhh memang best gak arr blog dia. Wording yang dia gunakan pun ala2 aku dan kawan2 putus fius, story dia pun menarik, so aku masukkan jugak url dia. Wahhh makin banyak rakan blog aku. Apa pun aku akan cuba baca semua entry depa bila aku berkesempatan nanti.