Tuesday, December 2, 2008

GaTH BeRBuKa QiELLaH & IeRa Di SeRaNg WaKeNaBeB…

Tarikh : 22 September 2008
Hari : Isnin
Lokasi : Village View, Bangi
Kedatangan : Qiellah, Iera, John, Remy, Ecah, Faizal, (Member Iera.. aku tak ingat nama ler), Bangula, Super, Ros, Zack, Cimoi, Apak (kalau ada nama tak di sebut... minta maaflah hanya ini jer yang aku ingat)

Tengok tajuk jer aku rasa sumer mesti teruja giler kan nak taw per kisah di sebalik tajuk kali ini. Sabar beb... sabar kan separuh dari iman... hehehe...

Ehsan : Faradilla (budak ofice aku... thanx beb)

Ya.. Alhamdulillah kerna dengan IzinNya kita di panjangkan umur masih berkesempatan menyambut Ramadhan Bulan Mulia.

Untuk pengetahuan semua, pada 20 September aku dengan Iera, kami telah sepakat untuk mengadakan satu majlis berbuka puasa memandangkan bulan tersebut adalah bulan puasa dan kami pula dah lama tak keluar bersama (boleh di katakan majlis gak arr). Pada awalnya, kami hanya nak berbuka puasa just 5 MM sahaja tapi aku rasa macam nak memeriahkan keadaan lagi, aku telah menjemput beberapa orang rakan chatters yang aku rasa leh masuk ‘kepala’ kami. Memula cadang nak berbuka kat TI (lokasi ala2 wajib kami) tapi atas sebab2 tertentu kami telah tukar lokasi iaitu di Village View, Bangi.



Baru sampai ke lokasi....


Jam 6 petang semua berkumpul di Village View. Yang paling bestnya dak Remy dan John siap call gtaw yang depa dah booking parking kami perh!!!! siap ada parking khas seh… rasa cam bangga gak lah sikit bila sampai2 jer kat sana orang lain dok sibuk2 cari parking.. aku sampai2 jer terus masuk parking... pergh!! riak lak aku hahaha... kurang pahala aku...

Ok aku sampai2 jer tengok Iera, Remy, John dan Ecah (kawan Iera) dah sampai. QieRa (Qiellah + Iera ... penat aku nak type pepanjang) telah sepakat nak wat tema 'pink' nasib ler kaum adam hahaha... masa nie ler leh tengok saper sporting beb. Aku dan Bangula sampai serentak. Alhamdulillah rancangan kami berjaya. Bohong lah kalau kata semua memang pakai kaler pink… biasalah jarang ada lelaki yang sanggup pakai baju kaler pink… kononnya tak macho lah sangat… cam hampeh jer… Terima kasih jua kepada yang datang iaitu Iera, Aku, Faizal, Sue, Ecah, John, Remy, Cimoi, Zack Gasing, Apak, Abg aku, Ros dan Bangula. Keadaan table kami memang riuh rendah dengan gelak tawa masing2… macam biasalah bila dah berjumpa kalau tak meranapkan kedamaikan persekitaran bukan kamilah orangnya...

Tom Yam Campur... MmmmMmmm DapppPpp...

Nasi Bintang Qiellah & Bangula

Sayur Campur


Sekarang nie aku nak cerita macam mana kami boleh terkena WAKENABEB. Masa tengah makan, aku pergi ke kereta dan ternampak ada sebuah kereta peronda polis. Aku ingatkan mereka nak pergi berbuka puasa. Dan sedikit pelik sebab kenapa anggota polis tue nak makan siap bawak senapang? secara kebetulan aku di belakang mereka. Hati mulai berdebar2 kerana mereka menuju ke table kami dan tetiba jer terus berdiri dekat John dan Remy. Polis tue minta kerjasama kami semua untuk keluar dari restoran. Masing-masing tertanya2 sebab per? sampaikan orang di table belakang kami cakap “tuelah… tadi gelak2 sekarang kan dah kena tahan dengan polis”… pergh berdesing tinger aku sempat gak arr aku usha saper yang dok sound tue…

Kedatangan 3 orang pegawai polis yang agak memeranjatkan kami semua...

John di soal siasat sebelum kami semua di arahkan keluar dari restoran Village View


Yang lelaki di kehendaki duduk mencangkung, manakala yang perempuan kena berdiri dekat dengan kereta peronda. Aku sampai jer aku nampak John dan Remy dah dok mencangkung jauh dari rakan2 yang lain sambil menutup muka. Hati aku berdebar2... otak mulai menjalankan tugas dengan mencipta pelbagai soklan yang tidak tercapai dek akal. Tiba2 jer sorang polis tue tanya “Siapa Iera?” Iera dengan cuaknya menonjolkan diri.


Aksi cuak semua yang hadir....

Setelah pemeriksaan ke atas Iera polis tersebut telah menjumpai sebatang Iced (dadah) dalam handbag Iera. Keadaan mulai kecoh sebab Iera tidak tahu menahu langsung kewujudan Iced dalam handbag dia. Terjadilah beberapa sessi soal jawab antara Iera dengan John menurut kata John, Iera yang nak benda tue… adalah beberapa dialog yang meruntun jiwa telah di keluarkan oleh si bangkai nie… bila dipikirkan balik masing2 tak percaya si bangkai nie boleh mengeluarkan dialog cam tue… John ingatkan Iera akan terajang dia ker apa ker dalam erti kata lain dengan menggunakan kekerasan tapi yang jadi adalah sebaliknya.

Masing-masing mengelabah...
Aku pula masih dalam keadaan terkejut dan tak percaya bila polis tue datang kat aku minta buka handbag dan alhamdulillah bag aku clear… muka aku punyalah suci dia boleh kata ”jangan bila sampai kat balai saya jumpa Iced dalam handbag awak!!” perh!!! aku rasa cam nak jer aku bagi penyepak kat dia… pakal ler ko polis... yang paling bes tue dia siap cakap “bukan boleh percaya awak nie... zaman sekarang ni yang pakai tudung pun banyak buat kes” berasap tinger aku... mentang2 la aku sorang jer yang pakai tudung... saper gie yang dia maksudkan kalau bukan aku??? masa dia suh selak lengan nak tengok samada ada tak kesan cucuk.. yang angin nyer asal time aku jer dia kuarkan dialog cam nak kenakan aku… walaupun mmg aku akui perasaan terkejut, takut dan rasa cam nak marah pun ada jugak. Tapi aku telah di tenangkan oleh abg aku dengan suruh aku ikut jer arahan polis tue...

Terkejut bila di beritahu, 5 batang Iced telah di jumpai dalam poket John dan Remy sekaligus menjadikan mereka disyaki terlibat dalam pengedaran dadah. Aku tak percaya adik2 aku nie buat kerja cam tue… Aku sempat bertanyakan pada polis tue…

Aku: Encik nie dari balai mana?
Polis: Kami dari Balai Polis Bukit Aman.

Bila dengar jer dia cakap cam tue aku dengan tidak sengaja telah pandang dia atas bawah.Polis: Kenapa??? tak percaya???

Wahhh!!! kemain gie ko tengking aku yek… aku punya ler baekkk2 tanya leh plak kena tengking. Aku wat keras jer..

Polis: Kes kawan awk nie besar... kami jumpa ada 5 Iced dalam poket salah seorang dari mereka.
Aku: Cam ner rupa Iced tue meh sini nak tengok…
Aku yang sememangnya tak pernah tengok rupa Iced tue nak tengok gak … dah ler dapat tengok aku siap picit2 gie bungkusan tue..

Salah seorang dari polis tue kata yang mereka terpaksa bawak kami semua ke balai dengan menaiki van polis untuk urine test. Dah sudah!!! kena gie balai plak … malu giler dengan pelanggan kat restoran tue sumer pakat pandang kami dan kat perkarangan restoran tue dah ler ada mamat2 bermotor kuasa besar nak beredar. Sumer pakat pandang kami . Hati aku sedikit tersentuh bila Iera tanya John…

No camera please....

Iera : John… kenapa kau buat aku cam nie John… aku tinggalkan handbag aku kat ko, masa aku nak g toilet dengan Ecah.. kenapa kau masukkan benda tue dalam bag aku John? Encik, saya baru jer kuar dari hospital. Saya tak tahu pun cam ner benda nie ada dalam bag saya.
Polis: Tak payah banyak citer… ikut kami ke balai.
Iera: Encik, kasi saya cakap dengan John dulu. Saya nak tahu kenapa dia buat cam nie.
Polis: Citer kat balai…

Qiellah... aku rasa nak jolokkan jer tekak John dan Remy ngan ketam nie arrr...



Okey... aku tolong ko cocok mata diorg biar jadi cam Kassim Selamat yang tak selamat pun....wakakaka

Dalam masa yang sama, sorang anggota polis tue telah menghubungi Ibu Pejabat (wahh!!! ayat aku wakaka...) untuk hantar sebuah van.


Agak2 kena belasah tak ngan si QieRa nie?


Polis: Kau 2 orang masuk!!!
Remy: Encik, saya nak bgtaw orang tua saya…
Polis: Masuk aku kata!! jangan sampai aku guna cara lain plak!!!

Perh!!!! ko tengking adik2 aku!!! terus terang aku katakan walaupun kami bukanlah adik beradik betul, keakraban kami sedikit sebanyak membuatkan aku bengang bila polis tue tengking mereka. Iera datang dapatkan aku… mata aku masih tertumpu ke dalam kereta... tengok John dan Remy membuatkan hati aku sayu. tue siap cakap, silap2 korang sumer kena duduk lokap 14-15 hari utk siasatan. Perh!!!! dah ler nak raya!!! saper nak raya kat lokap!!! kalau mak abah taw mampus aku.... wahhh masa nie barulah teringat keluarga....

Sungguh mak.... orang tak wat sumer tue.... PERCAYALAH!!!!


Iera: Qla… kau taw tak John letakkan barang tue dalam bag aku... dia boleh cakap aku yang nak!!!
Aku: Masa bila dia letakkan dalam bag ko? weiii aku x caya arr diorg amik benda tue…
Iera: Kenapa dia buat aku cam nie Qla?? kita kawan dah lama… bukan baru…
Aku: Sabar beb… slow2 kita ikut jer tue.. nanti ada peluang kita tanya John.

Masa aku dan Iera sedang bercakap tetiba jer kami di datangi oleh sekumpulan cameraman. dengan pantasnya aku melirik ke jam tangan aku dan menunjukkan pukul 8.20 mlm… tak kan masuk berita kot??? siaran langsung??? 2 orang camera man ikut jer mana aku pergi walaupun aku dah tutup muka dengan tangan. Begitu juga dengan Iera. Tiba2 John keluar dari kereta dan bersorak muskil aku…. dah kena tangkap leh gelak2??? memang bangkai budak nie!!!... ada yang tak kena nie…. skali aku pandang cameraman tue aku dah nampak NTV7… siotttttttttttttt WAKENABEB!!!!!!


Alhamdulillah... saya tak amik benda2 tue sumer...

Aku, Iera, John, Remy dan Bangula di interview.. tanya perasaan kami. cam hampeh jer… memang rasa nak sepuk jer kepala dak 2 ekor nie. Rupanya semuanya adalah rancangan John dan Remy sebab nak kenakan Iera, Aku dan Ros. 5MM. Adoaiiii!!!!

Abg tue siap cakap program kami akan di tayangkan seminggu selepas raya, hari rabu jam 9 malam di NTV7. So kalau korang nak tengok reaksi kami yang cuak giler … tengoklah tv.. pergh!!! saper sangka GaTh BeRBuKa PuaSa QiELLaH & IeRa Di SeRaNG WaKeNaBeB…


Glamer seh!!! ah’ha glamer dalam ketakutan.... mangkuk tul!!! cam ner ler muka masing2... agak2 dengar tak aku maki dak 2 ekor tue??? wakakaka...





5 MM...

Dari kiri : Iera (pembantu MM), John (pomen MM), Ros (pengiring MM), Remy (pengiring MM) & Qiellah (MM)
Petikan Gambar : Gath Joe German

Menyambut Aidil Fitri 2008 Bersama 5MM


5 MM Menyambut Suasana Beraya Di Desa
Petikan Gambar : Rumah Sesuciqiellah Di Kampung Melayu Subang

Ini lah dia gambar 5MM. MM tue apa? MM tue adalah Geng Malaikat Maut. (mungkin ada yang tidak berapa selesa... maaf... masing2 ada pandangan tersendiri) Kenapa di beri nama MM? munculnya 5 MM tue di sebabkan satu insiden di selekoh tajam aku dan ros bantai tekan minyak hingga menyebabkan penumpang di belakang terpenyek kena hempap hahaha... kereta hampir2 nak terbalik tapi alhamdulillah Allah masih panjangkan umur kami. Sebenarnya jalan yang kami guna tue tak pernah kami lalu. Remy dan John memang kalau naik kereta dengan kami mesti pakai tali pinggang keselamatan. Yang peliknya aku dengan ros masih tak serik... lagi mau bawak kete laju2.

Serba sedikit perkenalan antara kami aku nak share dengan kalian semua.


Sesuciqiellah (MM)

Iera Bangkai ( pembantu MM)

Perkenalan Dengan Iera:
  • bermula masa gath marco turun ke KL dari Singapore.
  • Gath makan2 di Pelita, KL. Aku yang sememangnya kenal dengan bairie telah di pelawa tuk pergi ke gath KL10 ( pada awalnya aku merupakan budak dari KL3).
  • aku pergi ke sana dengan muka tak taw malunyer... itupun setelah di paksa rela oleh bairie dan masa.
  • pergi ke sana dengan menaiki kereta iera.
  • memandangkan lokasi aku dengan iera ni dekat so ada sahaja aktiviti yang kami lakukan
  • bila dah berdua nie kami tak der ler lupakan ahli MM yang lain dah tentu kami akan roger
  • tak sangka hubungan kami memang rapat sehingga kini. Alhamdulillah

Remy Kontel (pengiring MM)

John (pomen MM)

Perkenalan dengan Remy & John

  • nie lagi kelakar... kenal budak 2 ekor nie masa kami buat gath santai & lepak di Port Dickson
  • aku yang sememangnya kecoh lebih2 gie bila bertemu dengan iera makin menjadi2 ler perangai...
  • masa kat sana ada sessi men muzic box... si remy kena wat aksi pendekar
  • aku tengok budak nie cam cute jer muka ada ler sikit2 cam adik aku...
  • tengok dia cam pemalu jer... aku memang geram jer ngan dak2 yang agak2 kontrol macho dan malu nie memang tetiba jer ada plan nak lepak dengan dia
  • john plak kena cium bangula
  • si john nie lagi huru hara... lagi ler aku geram... kecoh jer lebih
  • iera kena say i love u kat bairie
  • aku plak kena nyanyi ala2 sengau... memang cam hampeh jer umi.... aku ler org paling last kena.... rupanyer memang semua kena ...
  • kemain suka ria lagi masing2 bila taw giliran aku plak
  • aku dengan iera memang tak dapat di pisahkan... sampai ada yang cakap kalau nak cari qiella, korang tanya iera, begitulah sebaliknya ... kalau tak, kami takkan dapat gabungan nama QieRa...
  • QieRa tue Remy dan John yang kasi
  • masa otw balik dari PD, aku dan iera pakat nak makan kat Teluk Kemang.
  • Nampak ler otai2 lepak table panjang... aku dan iera rasa cam alahai... boring gak lah asyik lepak ngan geng sendiri sekali skala nak gak lah lepak ngan dak2 lain plak..
  • tetiba jer mata ternampak remy, john dan evo lepak 1 table bulat.
  • aku dengan slumbernya tarik kerusi dengan iera duduk table diorg.
  • aku nampak gak lah muka john dan remy terkejut tapi wat2 tak der per...
  • sembang nyer sembang tak sangka plak kami sekepala huru hara..
  • sejak dari itulah asal kami ber'combine' jer alamatnya huru haralah kawasan persekitaran kami.

Ros (pengiring MM)

Perkenalan dengan Ros

  • di perkenalkan oleh Butter.
  • 1st time jumpa masa gath santai bowling kat mines
  • perkenalkan dengan panggilan sebagai hanazila.
  • semua orang tertipu
  • ala2... ayu jer orgnyer wakakaka...
  • merupakan partner racing aku
  • mempunyai minat yang sama dengan aku dalam sukan bermotor

Alhamdulillah perhubungan kami kekal hingga ke hari nie dan aku amat berharap agar ianya akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Kami selalu keluar bersama2 dan mengadakan aktiviti bersama2... selalunya aku lah yang jadi master program sampaikan bila lepak dengan dak2 lain semua nak tanya persetujuan aku plak... hubungan kami dah macam adik beradik dah.

Memang agak sukar tuk mengumpulkan 5 MM nie... apa pun insya'allah aku akan cuba dapatkan dan mengambil gambar2 5MM untuk tatapan kalian. Kalau nak lebih taw program aku dalam dunia cyber korang layari laaa http://sesuciqiellah.fotopages.com/

HaNya DiRi Mu...


Assalammualaikum & Salam Sejahtera..

Saya bukan pemuisi yang bisa mencantumkan baris-baris kata menjadi untaian madah yang mampu menyegarkan cinta... Saya bukan pelukis yang bisa melukis dan mewarnakan kanvas dengan warna-warni indah yang mampu menenangkan jiwa... Saya bukan penulis yang bisa menulis takdir cintaku menjadi kisah cinta terhebat abad ini... Saya cuma manusia biasa yang hidup di atas takdir Tuhan yang tertulis buatku dengan sedikit usaha untuk mengubahnya ke arah yang lebih baik...

Hari ini merupakan hari pertama masuk semula ke pejabat setelah hampir 1 bulan menghilangkan diri dari dunia cyber. Terima kasih kepada kawan-kawan yang begitu prihatin terhadap diri ini dan sejuta kemaafan di pohon kerana membuatkan kalian risau akan ' kehilangan' diri ini.

Setelah melihat dan membaca sendiri blog seorang rakan cyber merangkap sahabat baik ku Cik Hajar, hati ini tergerak untuk membuat blog sendiri. Alhamdulillah, Jaja sedia membantu dalam proses membina teratak ini. Tujuan utama membuat blog ini adalah untuk mencoretkan dan meluahkan apa yang terbuku di dalam hati ini yang tidak dapat di luahkan demi menjaga hati orang lain.

Kepada sesiapa yang telah melawat blog ini, sejuta kemaafan seandainya ada kata2 saya yang telah mengguriskan hati dan perasaan anda. Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Ini sekadar sebuah Luahan Bersahaja Seorang Nadia @ Aqiellah.