Pening kepala aku wat report nie sampaikan bijik mata aku dah rasa sengal2 ubi dah nie... adoaiii
Rest jap.... (motip wakakak)
Wokeh aku nak bercerita sedikit tentang perihal manusia2 yang begitu cetek pemikirannya. Aku tak taw lah ngapa dan apsal (ada beza kew??) golongan sedemikian nie suka sangat lew dok dengki. Kalau nak cakap budak2 tapi umur dah lanjut giler... orang cam aku akan kata 'rumah kata pergi... kubur kata mari' mungkin kata2 aku agak kurang ajar (bukan mungkin tapi sememangnya) tapi aku rasa kalau dah cakap bebaik tak guna gak agaknya mereka nie suka orang guna bahasa kesat kot...
Sampai menangis2 kawan aku tue dok luahkan isi hatinya yang telah di guris oleh mereka2 yang bukan tak pernah jumpa padahal dah berkali2 jumpa dan tak kurang gak yang tak pernah jumpa tapi dok mengata kemain... kawan aku nie call arie Jumaat malam dari jam 9 malam sampailah jam 12 malam. Aku nie bukannya apa... walaupun dia baru aku kenali tapi seboleh2 nya aku tak nak kawan2 aku berada dalam keadaan sedih.
Kenapa perlu dengki??? kenapa perlu mengata2 orang??? apa yang nak aku komen kat sini bukan sahaja berkenaan masalah yang kawan aku hadapi nie sahaja tapi benda nie secara menyeluruh. Tentang perangai mereka2 yang penuh dengan hasrad dengki. Aku tak kata yang aku nie sangat lah sempurna malahan tiada langsung sifat2 negatif dalam diri. Aku akui sebagai manusia biasa aku jugak mempunyai sifat2 sedemikian tapi sepatutnya kita kena control perkara2 begitu menguasai diri kita sebab antara sedar dan tidak secara tak langsung kita akan membenarkan elemen2 negatif menguasai diri kita.
Sampai bila nak berperangai sedemikian??? cuba pikir sendiri... tanya pada diri sendiri... kenapa mesti buat cam tue??? apa yang ko dapat bila buat cam tue???? sekadar menyakitkan hati dan secara tak langsung bab dosa pahala tue aku malas lah nak cakap kat sini kan... korunk dah besar dan ada akal fikiran so aku rasa dah cukup bijak bab pahala dan dosa nie.
Paling best bila dok hasut org lain supaya turut sama bencikan orang tersebut wakakak ni kira pakej lah nie yek yang dok mengikut pun satu hal cam dah tak der pendirian idup plak men ikuttttt jew... pelik2...
Nasihat yang tak payah di bayar pada mereka2 nie adalah cukup2 lah tue wat pangai buang tebiat tue... elok2 orang tue diam jer ko wat onar... kang kalau orang tue melenting ko jugak yang dapat malu... so pikirkan lah.
Kepada mereka2 yang teraniaya tue... tabahkan hati, kuat kan semangat dan sematkan dalam hati bahawa kalian tue umpama artis sebab tue sumer nak amek taw... so happykan diri dan jangan ikutkan sangat perasaan kelak mereka2 yang dengki dengan kalian akan berpesta apabila melihat kegagalan anda. Ingat!!! kalian ada mak, ayah, keluarga dan rakan2 tersayang... so ingat mereka lebih menyayangi kalian dari kalian dok nangis pikir orang2 sedemikian buat per... mereka tidak layak untuk menerima titisan air mata kalian yang suci tue...
Ikhlas dari aku...