Sejak akhir2 nie boleh di katakan aku sedikit tertekan dengan beberapa masalah yang membelengu diri aku. Maaf!!! andai ada kata2 yang kurang menyenangkan kalian dan kemungkinan secara tidak sengaja sedikit sebanyak n3 aku membuat kalian berasa kurang selesa.
Percayalah!!! tidak terniat di hati ini nak mendrag kalian dalam masalah yang sedang aku hadapi. Kebanyakan masalah yang aku hadapi nie terang2an merangkumi hidup aku.
Sehinggakan ada ketikanya membuatkan air mata nie mengalir tidak kira tempat. Kadang2 bila di fikirkan semula, kenapa mudah benar air mata nie mengalir??? memang dah lama aku tak menangis. Kalau menangis pun boleh di katakan tahun lepas sebab... tak payahlah aku ceritakan puncanya. Aku percaya, air mata akan mengalir apabila kita tidak dapat menanggung sesuatu atawpun dalam keadaan terlalu gembira.
Serius!!!! aku bukanlah seorang wanita yang mudah mengalirkan air mata dan aku sendiri tidak suka tuk mengalirkan air mata. Bagi aku, kalau nak nangis pun biarlah air mata penyesalan dan air mata kesyukuran. Yang lain buat bazir jer... mungkin kedengaran sedikit ego tapi pada aku, kalau aku mengalirkan air mata aku adalah lemah.. Tapi dalam keadaan aku yang boleh di katakan seorang yang tabah (sekali sekala tak salah kalau kita akui kenyataan tentang diri sendiri) tak mustahil aku kencundang dan percaturan hidup. Namun apa yang aku praktikkan adalah...- merenung dalam diri apakah kesalahan dan apakah yang menimpa aku sehinggakan membuatkan aku mengalirkan air mata.
- fikir positif... mungkin ianya bukan utk aku ataw... aku terlalu baik tuk dia...
- percaya segalanya pasti ada hikmahya. Allah takkan mendatangkan sesuatu kepada hambanya jika hambanya tidak mampu tuk tangani. Allah Maha Mengetahui.
- jangan terlalu ghairah dalam menangis sehingga membuatkan kita hilang pedoman hidup.
- jangan sesekali membenarkan masalah membelengu diri kelak diri akan binasa sedangkan di hadapan masih menunggu kehadiran kita.
- menangislah kerna penyesalan dan bukannyer kerna orang lain
Kadang2 tanpa kita sedari apa yang berlaku pada diri kita nie sebenarnya mematangkan kita... merupakan satu pengalaman yang kita sendiri alami. Dan andai kata satu hari ada yang memerlukan nasihat kita, insya'allah dan alhamdulillah kita boleh memberi nasihat kepada yang memerlukan.
Aku percaya apa yang berlaku kat aku semuanya telah di tentukan oleh Allah dan hanya yang terpilih sahaja. So, kat sini apa yang aku nak tegaskan dalam diri aku sendiri adalah...
Hanya yang terpilih sahaja di duga Allah. So aku termasuk dalam golongan yang terpilih... alhamdulillah... moga2 aku tabah dan makin kuat menghadapi dugaan dari Yang Maha Esa. Amin...
Bersyukur... ya... aku bersyukur kerna sedikit sebanyak aku kembali pulih dari segala kekusutan. Cuma terus terang aku memerlukan sedikit sokongan dari rakan2 tuk bantu aku kembali seperti sediakala. Harap2 adalah tangan yang sudi menghulurkan sokongan moral... Alhamdulillah selama 30 tahun aku hidup di muka bumi Allah nie, pelbagai dugaan dan cabaran yang aku hadapi dan aku menyesal kerna selama 30 tahun aku hidup ada sekali aku hampir2 kecundang dan alhamdulillah aku masih ada 'sahabat' yang menghulurkan bantuan di saat aku benar2 memerlukan. Sejak dari itu aku sendiri belajar memotivate diri... bahawa setiap perbuatan pasti ada pembalasan. Aku tidak akan mendoakan yang bukan2 tuk 'mereka' kerna aku sendiri bukanlah yang terbaik... cuma apa yang aku doakan adalah moga 'mereka' akan kembali ke pangkal jalan dan Allah bukakanlah pintu hati 'mereka' tuk menuju ke jalan yang di redhai. Aku takkan buat pa per... biarlah Allah sahaja yang balas... cuma yang selalu aku gunakan adalah...
Andai satu hari kebenaran terbuka depan mata, jangan di cari aku lagi... ketika itu, mintalah dan berdoalah kepada Allah moga di ampunkan dosa kalian...
Di kesempatan nie aku nak mengucapkan terima kasih kepada seseorang yang begitu prihatin terhadap diri aku yang hina ini... walaupun perkenalan hanya sekadar dalam blog namun aku dapat rasakan keikhlasan beliau dalam menjalinkan hubungan dengan aku. Hubungan per??? hubungan persahabatan lew... ada gak aku lesungkan kang wakakakak terima kasih kerna sudi mendengar luahan aku yang tah cam pa per tah nie wakakaka