Salam bersahaja...
Alhamdulillah akhirnya aku berkesempatan juga menitipkan khabar berita buat tatapan para pengunjung blog ini.
Persoalan : Ada ker yg dok kunjung blog ni? hehehe
Mesti ada yang tertanya2 kenapa sudah lama tak nampak, dengar berita dan menghilangkan diri. Tapi sebenarnya aku sedikit sibuk sejak kebelakangan nie. Lebih2 lagi bila adik sepupu aku (Leftenan Muda Mohd Hafiz bin Zainol) terlibat dengan kemalangan jalan raya pada minggu lepas.
Dia xcden berhampiran dengan R & R Alor Gajah (kalau tak silap arr) pada pukul 4-5 pagi. Menurut kata salah seorang saksi, kereta Dak Apis di langgar oleh bas. Bas apa tak plak di pastikan. Keadaan kereta memang teruk. Ingat nak letak pic kat sini tapi rasanya tak perlu kot. Dan kini adik sepupu aku berada dalm keadaan koma. Memang dia kritikal dari Hospital Melaka terpaksa di bawa ke Hospital Kuala Lumpur.
Semalam lepas habis kerja aku otw ke HKL (sememangnya rutin setiap hari) tetapi dapat call dari Pak Lang (bapa dak apis) kata dah transfer ke Hospital Melaka. Agaknya dah stabil kot tapi katanya still lagi tak sedarkan diri.
Perkembangan sepanjang dia berada di hospital memula sampai HKL terus buat pembedahan kepala sebab berlakunya pendarahan pada otak. Masuk hari ke 2 telinga dan hidung tetap keluar darah lagi sampaikan terpaksa letak kapas. Masuk hari ke 3 alhamdulillah dengan Kuasa ALLAH dak apis mula menggerakkan kaki dan tangan serta kepala. Maha Besar ALLAH.
Para doctor kata harapan tipis kerana kecederaan yang serius tapi yer lah... doctor pun manusia biasa. Semuanya ALLAH yang akan tentukan. Andai DIA kata belum tiba masanya, masa bernafas lah lagi.
Saat aku membacakan surah Yassin entah kenapa rasa sayu jer hati... satu hari nanti aku juga akan di bacakan yassin. Siapa yang baca aku sendiri tak tahu... harap2 ada lah yg sudi sedekahkan yassin buat diri ini.
Masa aku bacakan yassin tue aku pegang tangan dia, bila habis jer baca tiba2 terasa genggaman yang kuat pada tangan dan dalam masa yang sama mesin yg membantu apis berbunyi kuat. Ya Allah!!! jangan lah apa2 berlaku. Aku cuba juga tarik tangan (saper tak cuak kang tak pasal2 di tuduh wat pa per plak kang)tapi terus terang aku katakan tangan dak apis kuat gengam tangan aku. Dalam hati mula terdetik kuat semangat dak apis nie... yer arrr kalau tak, tak kan leh jadi leftenan muda kan...
Sememangnya aku takut tika itu dan terus berbisik kat telinga dak apis..
"Pis, ngapa ni? sakit yer... jangan buat akk takut... sabar lah ingat Allah selalu... akk bacakan yassin lagi yer"
Barulah dia bernafas dengan normal... dan mesin tak berbunyi lagi... meleleh juga lah air mata mungkin dia kesakitan agaknya.
Ari ni aku demam, semalam ada bacaan yassin dan solat hajat kat area umah mak. Aku kasi nama dak apis dan adik kawan aku masa sekolah kat SMSU dulu. Pun kes yang sama dengan dak apis.
Lepas kerja nie aku shoot ke HKL nak hantar air yassin dari masjid buat adik kawan aku, Ayen. Yer lah kita hanya berusaha selebihnya tawakal pada Allah.
Harap kalian (para pembaca) dapat bersama2 mendoakan agar mereka sembuh hendaknya.