Sunday, April 3, 2011

JeMPuTan Ke MaJLis PerKahWiNaN MoHd HuSaiNi & ZuRiaNi...

Assalammualaikum...

Lamanya tak update blog... rasa rindu lak nak wat luahan bersahaja neh hehehe...

Aku nak amek kesempatan lah nak jemput rakan2 blogger, chatters dan facebook tuk menghadiri ke majlis perkahwinan adik ke 2 aku, Mohd Husaini dengan pasangannya Zuriani ke teratak kami di kampung melayu subang pada 16 April 2011 (sabtu). Jemputlah datang eh...

Nak tunggu aku call jemput sorg2 tu rasanya tak terdaya aku... ramai sangat so aku jemput melalui blog dan facebook jer lah eh...


Kad jemputan buat korunk...

Sabtu yg lepas (2/04/2011) Husaini telah selamat bernikah dengan zue dengan sekali lafaz jer... (hebat gak adik aku neh hahaha dalam gemuruh2 dia berjaya gak hahaha)

Gambar? nanti aku load eh sebab x jumpa lak usb hehehe

Thursday, March 24, 2011

ShaRiNg iS CaRiNg... SyUKuR aLHaMDuLiLLaH...

Tahun lepas...

Gegeh aku dok mengodek sistem eperolehan untuk daftar company sebagai salah sebuah syarikat bertaraf bumiputra. Dengan knowledge "0" tetiba bos suruh buat.

Puas lah dok tanya budak2 opis nie cam ner nak buat. Sorang pun tak bagi kerjasama yang aku harapkan. Memula agak bengang lah jugak bila tanya jer .. "sorry lah Cik Nadia, I tak tahu lah pasal tu".. abis pada siapa lagi aku nak tanya??

Nak tak nak terpaksa lah bawak balik 4 buah file untuk study pasal menda alah nie. Seboleh-bolehnya aku cuba elakkan bawa balik kerja pejabat. Semak otak aku...



Tak leh nak salahkan budak opis gak sebab staff yang dulunya buat pendaftaran ni dah berenti tanpa brief apa2. So agak menyusahkan dan menyemakkan otak org seperti aku yang langsung tak tahu menahu.

Sesungguhnya tahun lepas banyak kali gak lah permohonan aku di tolak dengan pelbagai alasan yang kadang2 tak tercapai dek akal... nak marah pun ada... yer lah cam ner lah org bumiputra nak berniaga sehinggakan opis langsung tak boleh sewa dengan orang bukan melayu? apa kes???

Last2 atas nasihat dan pendapat yang telah aku dapatkan (terima kasih kepada kawan aku, cik fifie & mya serta adik kesayangan aku, Dak Adik), akhirnya aku bersetuju... berkenaan dengan apa? biarlah hanya kami sahaja yang tahu..



Pagi tadi tergerak hati nak bukak laman web eperolehan dan alangkah terkejutnya aku bahawa aku berjaya!!! syukur sesangat...

Alhamdulillah... akhirnya...

Berita nie aku share dengan semua staff di sini dan bos...

Aku sms kat bos aku... "please check ur email"... email aku lak aku type...

" got surprise for you... so jangan marah2 lagi yea... hehehe..."

Bos aku reply...

"I LOVE U NADIA ! Everybody give Nadia a big hug/kiss. We got our bumi cert"

Hahahaha buatkan aku tergelak guling2 kat opis wakakaka...

Tahniah buat adik aku kerna mendapat keputusan Cemerlang dalam SPM...

Wednesday, March 23, 2011

JeBoN oH JeBoN...

Salam...

Tersentak dari tdo membuatkan aku terpikir... kenapa aku boleh termimpikan best fren aku tu? argh... lamanya tak jumpa dia... jgnkan nak jumpa... call pun susah...



Bohong lah kalau aku kata aku langsung tak rindukan dia... yea... rindu... rindu sesangat... last berita yg aku dapat dari dia adalah... dia nak sambung blajar kat obersi dalam bidang art... tapi dia dah janji ngan aku... sebelum gi obersi dia mesti kena jumpa aku dulu... tapi sampai skrg dia tak mai... adakah tak jadi? entah...

Jebon!!! sy rindukan awk...

Tuesday, March 22, 2011

deMaM + BaTuK + SeLSeMa

Salam buat semua pengunjung... (ada kew? hehehe)

Arie ni dah masuk ari ke 4 aku demam, batuk, selsema dan sakit tekak. Agak mengejutkan bila wat checkup doc cakap ada masalah pada lung. OMG!! serius ker? entah... mulut dah tak taw nak kata apa...

Terus minta ubat dan kuar... dalam kete dok pikir... masalah pada lung? apa masalahnya? sesak nafas? betul... ada ketika cam susah sangat nak tarik nafas... bukan ker sekarang ni memang musim demam? sampaikan buah hati kesayangan aku, Aqil pun masuk hospital.

Alhamdulillah, semalam aqil dah balik umah dah... beransur pulih... syukur sesangat...

Aku? entah... blur... harap2 tak serius... sekarang ni motif utama adalah selalu makan ubat... tapi nape doc cakap, kalau ubat dah abis kena dtg amek laie? dan wat checkup? semak... semak...

Tuesday, January 11, 2011

Q-La & IeRa TeTaP QiERa...

Salam...

Bersawang dan blog aku nie... maaf buat mereka yang sentiasa menantikan perkembangan terbaru ataw n3 terbaru kat blog nie... maklum arr org ngah sibuk memantapkan kerjaya hehehe... insya'allah akan wat come back kekdahnya hehehe...

Semalam aku dapat satu pm dari Iera masa aku dok men games kat fb hehehe... Ya Allah... sesungguhnya aku amat merindui dia... sejak bernikah dan menetap di Terengganu, membuatkan kami berjauhan walaupun demikian (wahhh ayat wakakak) ianya bukanlah penghalang bagi kami untuk saling berhubung.

Alhamdulillah dapat taw yg sekarang ni Iera dah mengandung 4 bulan... alhamdulillah dan tahniah buat Iera & Suami... harap2 sentiasa sihat dan berbahagia...

Siapa Iera??? beliau adalah...


Gambar kenangan bersama dengan Iera salah serang rakan YM yg hampir sekarang menjadi rakan yg terbaik buat aku. Masa ni kami ada photoshoot kat Taman Botani, Putrajaya... argh... rindunya saat2 nie...


Masa ni kami ngah wat video clip penantian wakakakaka... klu berjumpa ada jer lah keje giler yg kami lakukan... sampaikan ada yg cakap... "ko campak lew Q-La ngan Iera nie kat mana2... kompom leh idup nyer.." dan ada yg memberikan kami gelaran "QiERa" gabungan nama kami hahahaha kalau nak cari Q-La, kat mana ada Iera, kat situ lah Q-La... hahahaha rindunya saat2 tue...

Apa pun... kami tetap Qiera yg kalian kenal dulu walaupun berjauhan tetap bersatu... insya'allah dan amin...

Iera!!!! aku rindukan kau...