Friday, June 26, 2009

MaSaLaH GLoBaL YaNG PeRLu Di TaNGaNi OleH SeMUa OraNG...

Salam bersahaja buat semua, (wahhh aku nyer pembuka bicara wakaka)

Tetiba sahaja aku terpanggil nak buat n3 ni setelah aku membuat serangan hendap bersahaja pada blog seorang rakan aku.

Kadang2 aku pelik dengan sikap sesetengah manusia di muka bumi Allah nie. Bukankan kita di tuntut untuk membantu satu sama lain dan dalam masa yang sama tegur menegur demi membina motivasi diri memasing??? kenapa mesti ada sikap ingin menjatuhkan dan ingin melihat orang lain jatuh tersungkur??? sedangkan orang tersebut bukan orang lain malahan yang di kenali???

Ada antara kita yang lebih berusia, bila sebut pasal usia nie mind set kita dah pikir orang nie mestilah matang dan boleh memberi nasihat dan teguran pada kita yang lebih muda nie. Tetapi kita jangan lupa bahawa 'setiap orang pasti akan melakukan kesilapan' dan tak semua orang berusia nie alwayz rite. Kadang2 mereka ni pelupa dan perlu jua di tegur. Tapi cam ner plak kes yang langsung tak boleh di tegur??? hmmm... tue memang masalah yang besar!!! dah lew tak leh di tegur pastue suka plak menjatuhkan orang laen... walaupun bukan dengan cara tekel kaki, tapi suka dok memburuk2kan orang pastue siap membuat pakatan israel plak tuk mejatuhkan orang tue.... tak baekkkkkk caranya... sampaikan apa yg ingin di sampaikan melalui email, blog, msg or orang yg terapat dengan mereka

Aku taw blog aku nie ada silent reader, aku tak halang dan aku tak halau korunk baca cuma renung2kan lah... cuba letakkan diri korunk tue kat tempak budak tue??? per perasaan korunk??? kalau duduk serumah, kalau boleh kita nak duduk lama, macam adik beradik, kalau tempat kerja, tue punca rezeki masing2 jangan cuba tuk menjatuhkan orang laen dengan mem'pulaukan' orang dan ingat Allah akan sekat rezeki korunk dan dalam berkawan tue, biarlah kekal hingga ke akhir hayat.

Aku kesiankan kan kawan aku tue, memang tak di nafikan setiap orang mesti ada masalah. Tapi terpulang pada kita cam ner nak tangani masalah tersebut. Aku dah berkali2 cakap kat dia cuba anggap masalah tue satu cabaran dalam diri tuk berfikir, bertindak dan menikmati kejayaan setelah berjaya mengatasi masalah tersebut. Pasti korunk akan rasai satu kepuasan yang luar biasa.

Aku teringat seorang teman pernah berkata 'lihat peluang dalam masalah' sampai sekarang aku ingat kata2 dia setiap kali aku menghadapi masalah. Dan aku sendiri cuba men'motivate' diri dengan mengatakan bahawa 'kehidupan tanpa masalah bukan kehidupan namanya'. Kat sini kita akan tengok sejauh mana tahap kemampuan diri kita. 'Jangan sesekali membenarkan masalah membelengu diri kita'.

Ya aku akui, sebagai manusia biasa kadang2 dan ada ketikanya kita terlalai melayan masalah tersebut hingga kita sendiri tak mampu berfikir dengan tenang cara2 tuk mengatasi masalah tersebut. Apa yang perlu di lakukan, carilah seorang teman terapat dengan korunk, yang paling korunk percaya, share prob dengan dia. Sekurang2kan korunk akan merasa lega setelah luahkan apa yang korunk rasa dan bonus buat korunk kalau kawan korunk tue dapat memberi nasihat dan cadangan bagaimana tuk atasi masalah tue. Ingat!!! jangan sesekali mengharapkan kawan korunk tue akan selesaikan masalah korunk tue sebab mereka hanya mampu memberi nasihat sahaja, korunk sendiri yang perlu bertindak.

Sekian, bicara aku tuk arie nie... renung2kan lah... setiap orang melakukan kesilapan dan selagi bergelar manusia, benda tue tak kan lari dari kita, sebagai manusia biasa, aku bebas berkata2 di muka bumi Allah nie dan andai sepanjang perkenalan serta pembacaan kalian, ada kata2 yang telah menyentuh perasaan kalian, aku minta maaf. Apa yang aku luahkan di dalam blog nie semuanya lahir dari lubuk hati aku yang tidak dapat aku luahkan. Bukan tak nak face 2 face tetapi demi menjaga air muka kalian walaupun ada ketikanya kalian langsung tak sedar yang kalian telah mejatuhkan air muka aku. Apa pun aku dah maafkan kalian... memaafkan adalah lebih mulia dari tunggu orang minta maaf kat kita...