Tuesday, July 14, 2009

SiMPaTi... & RaSa NaK JeW aKu TaJaNG MaNGKuK Nie NGaN LeSuNG!!!...

Salam bersahaja... entah kenapa tetiba jer aku terasa cam nak mencoretkan satu kisah yang melanda kepada salah seorang rakan aku. Simpati meluah2 buat dia. Aku namakan kawan aku nie sebagai Iman lah yek... rasa cam tak berapa sedap plak aku nak letak nama sebenar dia ...
Iman berkenalan dengan seorang lelaki bernama Helmi tak sampai sebulan dan atas dasar tak nak pikir lelama, Iman telah mengambil keputusan menerima lamaran dari Helmi. Kira mereka nie di kenen2kan oleh saudara mara arr... Iman percaya, tak kan saudara maranya nak kenenkan dia dengan orang yang tak berapa nak betul kot kan. So Iman bersetuju untuk menerima lamaran lelaki tersebut.
Di awal perkenalan, Iman cuba untuk mengikuti rentak Helmi. Namun lama kelamaan Iman mulai rasa bosan apa taknyer setiap pergerakkan Iman kena punch card kat dak Helmi nie. Iman yang dulunya bebas membuat apa sahaja, kini sudah mula di cut segalanya. Kalau dulu Iman tak gemar sangat nak bersms dan calling2 nie, tapi kini hp sentiasa menemaninya. Adoaiii kadang2 aku pun naik pelik dengan Iman. Mana perginya Iman yang aku kenali dulu????
Iman sendiri cakap kat aku yang dia mulai rasa bosan dengan tingkah laku Helmi nie. Semuanya nak taw... memang lew mereka berkenalan tak lama tapi perbuatan Helmi yang terlalu drastik hendak taw pasal Iman nie kadang2 wat Iman rasa bosan... aku sendiri rimas weiii...
Tiba2 arie Ahad yang lalu Iman menghubungi aku, dia menangis2 ... aku lak cuak arr... nie per kes call aku nangis2 cam orang kena dera jer gayanya... setelah aku cool kan dak Iman nie, barulah aku dapat taw bahawa 'Pelamin Anganku Musnah'. Aku taw Iman nie bukan jenis mudah sangat nak terima orang yang langsung tak di kenali tuk menjadi kekasih hati tapi mungkin di sebabkan keluarga Iman terpaksa menurut kehendak keluarga kot. Ops... celuparnya mulut dan jari jemari aku neh!!!!
Berbalik pada kisah Iman nie... agaknya tiada jodoh antara Iman dan Helmi kot... puas aku memujuk Iman dan berkali2 jua aku katakan pada dia bahawa apa sahaja yang berlaku pasti ada hikmahnya. Iman kesal dengan perbuatan Helmi yang tidak mahu berterus terang siapa dia sebenarnya walaupun Iman dah berkali2 memberi peringatan kepada Helmi... namun Helmi tetap mempertahankan hujahnya. Dia ingat Iman tak taw kot saper dia. (Tetiba jer aku terasa cam nak langgar jer dak Helmi neh!!!)
Dak Helmi nie boleh cakap... dia memang nak citer kat Iman tapi tak taw bila masa yang sesuai!!! mangkuk abah ko lew!!! tak kan ko nak bgtaw time ko dah bertunang??? ataw dah nikah ngan kawan aku nie!!!!
Buatnya katakanlah kalau Iman dah bertunang dengan Helmi... dan kebenaran terbuka depan mata. aku yakin Iman mesti akan putuskan pertunangan dengan Helmi. Kat situ jer Iman terpaksa tanggung beban nak cari duit tuk bayar duit hantaran yang pihak Helmi kasi... kira bayar double arr sebab Iman yang putuskan!!!
Kalau Helmi bgtaw lepas mereka nikah... pergh!!! aku rasa aku ler manusia yang paling kejam di alam fana nie... kalau depa dah nikah dan Helmi baru nak bgtaw... masa tue dah tak guna dah... yer arr Iman pun dah tak der apa2... masa tue minta cerai pun dah tak guna...
Baek putuskan sebelum ada apa2 ikatan. Kata Iman, keluarga dia dah wat keputusan tak nak teruskan dan aku dapat taw dak Helmi nie kemain laie dok giler talak. Aku siap jadi batu neraka laie (kasi up sikit wakakak) cakap kat Iman jangan di layan mangkuk jamban cam tue... (erk... sorry Iman hehehe)
Aku sebagai kawan Iman rasa simpati dengan nasib Iman dan kepada mangkuk si Helmi tue... weiiiiiii ko wat kawan aku sedih laie memang aku lesung jer ko nie....
Pada aku dalam setiap perhubungan perlu ada persefahaman, kejujuran dan keikhlasan. Saling percaya antara satu sama laen... kalau sumer nie tak der cam ner ko nak idup berumahtangga nanti????