Wednesday, November 24, 2010

ShaRiNg iS CaRiNg...

44 PANTANG LARANG BAKAL PENGANTIN

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar. 36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.

Tuesday, November 9, 2010

HaPpY BiRTHdaY To My MaK... We LoVe U...

Tadi citer pasal baby aqil dan aku... kali ni plak aku nak load pic masa celebrate birthday mak aku semalam... yang ke brapa? rahsia katanya... (sebenarnya dah lupa wakaka) memandangkan kami semua ni macam tak berapa nak ghairah bab2 celebrate birthday nie... (motip sebenar, sememangnya tak nak celebrate sebab tak nak ingat umur makin meningkat huhuhu) kami bercadang just belikan sebuah kek tuk mak...

Memandangkan dak qayyum kat uitm dan tengah exam, so tak der lah nak amek dia... so kali ni celebrate ala kadar jer... just makan kek jer... lokasi kat umah dak e... sebab baby aqil dah tdo...

So, enjoy jer lah eh...


Kek sponsored by my adik... husaini...


Happy birthday mak... moga yg terbaik akan sentiasa menjadi milik mak... kami semua sayangkan mak...


Mak : buat apa lah susah2 beli kek ni... yg penting anak2 mak semuanya jadi anak yg soleh dan solehah...


Tengok tue dak adik... adoaiii sibuk jer nak jugak...


Tengok lew aksi dak adik dok mengendeng tu sumer sebab tahun depan nak kek lew tue... dia jer dah 4 biji kek dah abg dia belikan... sampaikan abg dia cakap 4 tahun dak adik x leh celebrate hahaha


suasana yg sangat simple... yg penting bahagia... insya'allah...


Keluarga Bahgia...

BaBy aQiL NgaN Me,,,

Assalammualaikum...

Semalam sebelum balik dari opis, call Dak E dulu... heheh tanya dia samada dia kat umah mak ker ataw dah balik? yes!! dak e cakap dia kat umah mak lagi... dengan pantasnya aku suh dia tunggu aku balik dulu... rindu kat baby aqil...

Sejak adanya baby aqil aku lebih banyak habiskan masa dengan melayan karenah dia... sangat comey... syukur dan betapa indahnya ciptaan Allah Ta'alla... sesungguhnya tiada tandingan... subhanallah...

Sampai kat umah slumber jer halau dak e ngan dak liza balik hahahha tinggalkan baby aqil... alasan aku cukup elok sebab dak liza sempat lew memasak sementara aku layan baby aqil hahaha

Agaknya seandainya "terjadinya" peristiwa itu aku dah ada baby kot... hehehe tapi aku tahu sesungguhnya Allah Maha Mengetahui... mungkin dia bukan lah yg terbaik buatku...

Kat bawah ni ada pic aku dan baby aqil... argh!!! tak sabar nak balik !!!!


Time untuk berphotoshoot with mak long eh... jarang ada pic aqil ngan aku hehehe dengan pantas, tak sempat nak mandi pun terus capai camera (psssttt.... camera opis yg sentiasa ada dalam handbag wakakak)


Nak taw saper jadi cameraman? mak aku wakakak jadi camerawomen plak wakakak


Anak buah kesayanganku...




Wajah mengantuk aqil hahaha


Semangat!!!!


Da... tdo dah....

Thursday, November 4, 2010

KeNDuRi CuKuR JaMBuL BaBy aQiL...

Salam buat sumer para pembaca..

Pergh!! cuak gak sebab tak leh nak bukak blog sampai tanya Jaja lew hahaha mengelabah sungguh!! tu lah penangan sebab dah lama tak update blog heheh...

Sorry lah buat semua sebab dah lama sangat tak update blog, bukannyer apa... rasa cam malas plak dan di tambah2 laie sejak adanya FB neh... (wah!!! FB lak disalahkannya wakaka)

Arie ni demam laie... dah 8 arie dah demam+selsema... batuk lak kadang2... adoaiii nape lah lambat sangat nak baik nie. Sejak dulu, nak sakit tu susah... tapi kalau dah sakit tu adoaiii memang lambat lah nak baik... klu dulu tue selalu tdo ngan dak adik... tapi sejak demam nie, dak adik dah tak nak tdo ngan aku dah... tdo ngan mak... nak tak nak terpaksa lew tdo sorang2... bukan sebab takut (tak der maknanyer) atleast klu tdo berdua tu adalah jugak kawan nak di ajak bersembang... tapi tak pe sebab dak adik dah nak SPM bulan nie... wish u luck dik...

Rutin harian aku, sebelum g keje dan balik umah, mesti singgah umah adik aku... apa laie dok nengok buah hati kesayangan aku lew... Muhamad Aqil Hadif... mungkin bagi sesetengah orang tak heran kan... tapi pada aku, dalam keluarga nie lew anak buah pertama... so secara automatik jadi buah hati pengarang jantung aku lew hahaha


Semalam pas abis keje sempat gak singgah umah baby aqil... dan ada pic terbaru baby aqil yg telah di botakkan hahaha very cute...



Yang aku pasan baby aqil nie suka gak bergambar hahaha agaknya ikut mak long dia kot wakakaka



Dah tembam dah baby aqil... dah 2 bulan dah... dah nampak dah... suka tengok dia cam nie...


Budak comei... semangat!!!

So kat bawah ni aku load kan sikit pic masa kenduri cukur jambul baby aqil yang di adakan kat umah mak aku... so enjoy jer lah eh...


Menu utama... daging salai masak lemak cili api... masakan org negeri sembilan... tukang masaknyer mak ngah aku... tukang salai daging... aku lew... walaupun demam2 gegeh dok salai daging yg berkilo2 banyaknya... hampeh tul adik2 aku... tak nak tolong salai...


Pandai gak aku salai daging kan hahaha saper2 yg rasa daging dia nak di salaikan meh arr wakakak keji tul aku masa dok salai leh plak teringat peristiwa kat banting tue... agaknya cam ni rupanya huhuhu.. choy!!!!


Antara tetamu rewang... ceh!!! ada gak budak pakai baju selangor tue wakakak tak sedar asal tul arr... klu melaka tu melaka gak lah dik oiii wakakak


Memandangkan dak adik pun demam so, dia di tugaskan kaco rendang wakakak padan muka... gegeh member dok kaco...

Suasana Cukur Jambul...














Keluarga Bahgia...



Baby Aqil pakai baju melayu yang mak aku buatkan... nampak tak songkok tue??? tu pun mak aku buat hahaha gegeh tul nenek aqil kan hahaha