Friday, November 20, 2009

CiNTa TaK SeMeSTiNYa MeMiLiKi...

Malam tadi aku tak boleh melelapkan mata... entah kenapa agak susah plak nak tdo malam nie... sudahnya aku menuju ke sebuah kotak yang di dalamnya tersimpan seribu rahsia sepanjang perjalanan hidup seorang 'NAZAITUL NADIA'.

Lantas terdamparlah beberapa buah diari. Ya... aku gemar menulis diari sebenarnya... argh... terlalu banyak liku2 kehidupan yang telah aku lalui dengan penuh kesabaran dan alhamdulillah hingga kini aku masih laie bernafas... syukur pada Allah.

Antara coretan yang ingin aku share di sini adalah...

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyeksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak di terima. Sebenarnya cinta itu tak pernah di tolak... ngapa??? sebab setiap insan memerlukan dan menginginkan tuk dicintai.

Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan dengan mengharapkan sesuatu kerna cinta selalu datang pada hati kita.

Kebahagiaan memberi, jauh lebih sempurna daripada kebahagiaan menerima. Tapi lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan sesuatu yang pahit... yang menghiris dada.

Jangan menyeksa diri dengan menginginkan sesuatu...

Jangan siakan cinta dengan beban yang berat iaitu mengharapkah sesuatu yang belum pasti milik kita. Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian...

TAPI...

Percayalah pada diri...
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya dengan penuh keikhlasan ...
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan...

TeNTaNG CiNTa...

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah.

MuTiaRa KaTa...

* Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.

* Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu.

* Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.

* Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.

* Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya.

* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada
musuhnya sendiri.

* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan
hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu
lawan & yang mana satu kawan.

* Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki,
menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki
yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati.

* Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada
dikesani oleh orang lain.

* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak
mengejar nama.

* Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.

* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap

* Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda
sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.

* Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang
terhadap kesilapan mereka.

* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah
kapal yang besar.

* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

* Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau
beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan
seumur hidupnya.

* Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.

* Imaginasi menguasai dunia.

* Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai
peluang untuk menjadi pandai.

* Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.

* Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak
menjadi pembaca terlebih dahulu.

* Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.

* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah
suara yang paling merdu di dunia.

* Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada
orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada
kemiskinan mereka.

* Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara
yang anda suka.

* Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya
daripada beliau mencintai lelaki tersebut.

* Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang
ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

* Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda
dan lupakan masa silam.

* Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.

* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana

* Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan
sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain

* Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu
matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari

* Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa
yang anda dapat.

* Lelaki yang bijak dapat membaca buku & kehidupan sekaligus.

* Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang
dimiliki

* Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda
masih mempunyai masa depan.

* Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan
mengenal kemanisan.

* Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk
membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad
kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai

* Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas
ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai
dengan minatnya.

* Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat.

* Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah.

* Mimpi itu adalah perlu dalam hidup.

* Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan.

* Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada
kemenangan terhadap orang lain.

* Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar
tetapi tidak melakukannya.

* Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya.

* Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama
daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya.

* Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.

* Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda
boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu
memikirkan masa depan anda.

* Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting
bagaimana keadaan kita semasa hidup.

* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

* Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda
perlindungan dengan tidak memusnahkannya.

* Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi
alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah
hinaan kepada Allah.

* Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.

* Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca

* Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah
bahawa masa depan masih ada.

* Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak
pada diri manusia

* Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita
belum kecapi kejayaan yang orang lain capai

* Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang
yang gagal terus gagal

* Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan
dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas
apa yang berlaku

* Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada
yang berlidah manusia

* Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk
kita rasai nikmatnya.

* Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan
kegagalan

* Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula
jatuh ke bumi

* Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak
membuktikannya melalui perlaksanaan.

* Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi
sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan.

* Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya
dirinya ditipu.

* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan

* Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya.

* Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama

* Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas
kemusnahan dan kematian

* Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita
& kejayaan

* Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat

* Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya
kecacatan atau kekurangan

* Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya
terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri

* Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri
anda yang sebenar

* Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api
di dalamnya kita terbakar

* Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan
akan menamatkan manusia

* Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya

* Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya

* Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan

* Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah
daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri

* Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya
ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang
kita usahakan

* Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran
yang datang.

* Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan
beroleh apa yang kita hajati.

* Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit.

* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa
kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

MiMPi??? aDoaiii...

Entah kenapa tetiba jer arie nie aku termimpikan dia??? bahagiakah dia??? sebagai seorang yang mengenali dia... aku hanya mampu mendoakan agar dia berbahagia hendaknya... aku akui ada ketikanya aku rindukan dia... biasa lah aku pun percaya ada antara korunk pernah rindukan orang yang pernah hadir dalam hidup kalian... bezanya perasaan masing2.

Walaupun berkali2 cuba tuk melupakan, tapi ternyata masih ada ingatan buat dia... mungkin inilah di namakan hubungan sesama saudara seagama..

Aku doakan kau bahagia hendaknya....