Friday, November 20, 2009

CiNTa TaK SeMeSTiNYa MeMiLiKi...

Malam tadi aku tak boleh melelapkan mata... entah kenapa agak susah plak nak tdo malam nie... sudahnya aku menuju ke sebuah kotak yang di dalamnya tersimpan seribu rahsia sepanjang perjalanan hidup seorang 'NAZAITUL NADIA'.

Lantas terdamparlah beberapa buah diari. Ya... aku gemar menulis diari sebenarnya... argh... terlalu banyak liku2 kehidupan yang telah aku lalui dengan penuh kesabaran dan alhamdulillah hingga kini aku masih laie bernafas... syukur pada Allah.

Antara coretan yang ingin aku share di sini adalah...

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyeksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak di terima. Sebenarnya cinta itu tak pernah di tolak... ngapa??? sebab setiap insan memerlukan dan menginginkan tuk dicintai.

Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan dengan mengharapkan sesuatu kerna cinta selalu datang pada hati kita.

Kebahagiaan memberi, jauh lebih sempurna daripada kebahagiaan menerima. Tapi lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan sesuatu yang pahit... yang menghiris dada.

Jangan menyeksa diri dengan menginginkan sesuatu...

Jangan siakan cinta dengan beban yang berat iaitu mengharapkah sesuatu yang belum pasti milik kita. Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian...

TAPI...

Percayalah pada diri...
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya dengan penuh keikhlasan ...
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan...

TeNTaNG CiNTa...

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah.

MuTiaRa KaTa...

* Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.

* Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu.

* Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.

* Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.

* Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya.

* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada
musuhnya sendiri.

* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan
hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu
lawan & yang mana satu kawan.

* Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki,
menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki
yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati.

* Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada
dikesani oleh orang lain.

* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak
mengejar nama.

* Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.

* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap

* Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda
sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.

* Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang
terhadap kesilapan mereka.

* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah
kapal yang besar.

* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

* Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau
beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan
seumur hidupnya.

* Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.

* Imaginasi menguasai dunia.

* Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai
peluang untuk menjadi pandai.

* Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.

* Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak
menjadi pembaca terlebih dahulu.

* Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.

* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah
suara yang paling merdu di dunia.

* Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada
orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada
kemiskinan mereka.

* Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara
yang anda suka.

* Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya
daripada beliau mencintai lelaki tersebut.

* Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang
ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

* Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda
dan lupakan masa silam.

* Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.

* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana

* Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan
sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain

* Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu
matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari

* Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa
yang anda dapat.

* Lelaki yang bijak dapat membaca buku & kehidupan sekaligus.

* Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang
dimiliki

* Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda
masih mempunyai masa depan.

* Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan
mengenal kemanisan.

* Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk
membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad
kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai

* Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas
ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai
dengan minatnya.

* Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat.

* Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah.

* Mimpi itu adalah perlu dalam hidup.

* Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan.

* Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada
kemenangan terhadap orang lain.

* Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar
tetapi tidak melakukannya.

* Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya.

* Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama
daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya.

* Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.

* Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda
boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu
memikirkan masa depan anda.

* Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting
bagaimana keadaan kita semasa hidup.

* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

* Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda
perlindungan dengan tidak memusnahkannya.

* Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi
alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah
hinaan kepada Allah.

* Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.

* Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca

* Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah
bahawa masa depan masih ada.

* Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak
pada diri manusia

* Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita
belum kecapi kejayaan yang orang lain capai

* Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang
yang gagal terus gagal

* Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan
dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas
apa yang berlaku

* Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada
yang berlidah manusia

* Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk
kita rasai nikmatnya.

* Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan
kegagalan

* Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula
jatuh ke bumi

* Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak
membuktikannya melalui perlaksanaan.

* Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi
sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan.

* Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya
dirinya ditipu.

* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan

* Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya.

* Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama

* Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas
kemusnahan dan kematian

* Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita
& kejayaan

* Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat

* Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya
kecacatan atau kekurangan

* Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya
terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri

* Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri
anda yang sebenar

* Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api
di dalamnya kita terbakar

* Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan
akan menamatkan manusia

* Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya

* Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya

* Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan

* Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah
daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri

* Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya
ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang
kita usahakan

* Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran
yang datang.

* Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan
beroleh apa yang kita hajati.

* Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit.

* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa
kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

MiMPi??? aDoaiii...

Entah kenapa tetiba jer arie nie aku termimpikan dia??? bahagiakah dia??? sebagai seorang yang mengenali dia... aku hanya mampu mendoakan agar dia berbahagia hendaknya... aku akui ada ketikanya aku rindukan dia... biasa lah aku pun percaya ada antara korunk pernah rindukan orang yang pernah hadir dalam hidup kalian... bezanya perasaan masing2.

Walaupun berkali2 cuba tuk melupakan, tapi ternyata masih ada ingatan buat dia... mungkin inilah di namakan hubungan sesama saudara seagama..

Aku doakan kau bahagia hendaknya....

Thursday, November 19, 2009

MuTiaRa KaTa...

Arie nie aku dan Fara berym seperti biasa... tetiba jer aku ajak dia berkongsi kata2 semangat tuk di jadikan panduan hidup... bukan bermakna aku dan dia baru nak idup... tapi bila masing2 ambil keputusan tuk memulakan kehidupan baru, bagaikan ada satu semangat yg bertiup kencang dalam jiwa ini...

Antaranya...

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

~ ya... aku akui perkara nie... belajar dari kesilapan. Tue lah yg berlaku dalam diri aku... rasanya sudah terlalu lama aku abaikan... sehingga tetutup pinta mata hati... moga2 Allah bukakan pintu mata hati aku hendaknya...


Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

~ renung2kan lah...

Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

~ chayok!!!! chayok!!!

Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

~ masih adakah sabahat sebegini???

Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan.

~ betul!!! kerna apa yg berlaku pada masa lalu harus di jadikan satu pengalaman tuk kita lebih maju di masa hadapan...

SiMpLe seNTeNCeS WiTh pRoFouNd MeaNiNGs ( HaVe a BLeSSeD DaY!)

























Tuesday, November 17, 2009

CaRi YaNG TeRSeMBuNYi...









NaK ShaRe NgaN KoRuNK...

I would like to share an interesting article by Pat Mayfield (president of Pat Mayfield Consulting).

6 Steps to Building Trust in the Workplace by Pat Mayfield

Below are six steps to build trust in the workplace.

1. Be Honest

The first step in building trust is to be honest.

* Tell the truth. Even small lies and twisted truths are still lies.
* Share honest information, even if it's to your disadvantage.
* Don't steal -- on expense reports, from the supply cabinet, or your colleagues.

2. Use Good Judgment

The second step is to know what information to share, when to share it, and when not to share it.

* Protect employee's personal information, company or competitors' proprietary information as if it were your own.
* Think twice before sharing a blunt, unsolicited judgment. Extreme honesty may hurt the recipient, ironically destroying trust and the safe environment.
* Don't expect apologies to erase your wrongdoings. Apologies might earn a forgive, but perhaps not a forget.
* Avoid "just between us" secret conversations unless necessary to the benefit of the company.

3. Be Consistent

The third step is to be consistent in words and behaviors. It's not enough to be trustworthy only on Tuesdays and Thursdays.

* Show up -- every day and on time -- and stay at least the required hours.
* Do the work; meet or exceed the job description and company standards.
* Do what you say you will do. Fulfill your promises.

4. Be Honest in Nonverbal Communications

Body language experts tell us that more than 50% of the communications impact is in nonverbal communications. To increase trust through body language:

* Look others in the eye with comfortable and direct eye contact.
* Exhibit open body language with: 1) open arms versus closed across the chest or hands clasped together, 2) hands kept in sight (not behind you or in your pockets) and open (not in a fist), and 3) legs uncrossed with feet flat on the floor, while seated.

5. Have a Mutually Beneficial Attitude

Blatant self-serving agendas may cast doubt on one's trustworthiness. In reality, everyone has self-serving agendas, but it is the level of harm to others that determines the level of trust in that person. To increase trust:

* Avoid me, me, me. Genuinely care about others and promote we, we, we.
* Nurture mutually beneficial relationships with open communications.
* Willingly accept information and constructive critique.

6. For the Leaders

Trusted leaders are sorely needed. Leaders should be able to:

* Ask the hard questions to build and protect the company.
* Listen and consider others' ideas with an open mind.
* Focus on issues and solutions rather than personalities.
* Set the example, by being responsible and accountable.

Pat Mayfield is the president of Pat Mayfield Consulting, LLC, based in San Francisco and Pleasanton, California. She specializes in business solutions and results, working with companies of all sizes.

KeJaDiaN SeMaLaM...

Semalam aku tak dapat tunggu lama... lepas time lunch jer aku dah mula rasa sakit kepala yg teramat sangat... argh!!! ngapa lew sakit nie menyerang saat2 cam nie??? terus aku tersandar... kesakitan aku time tue telah di sedari oleh Fara dan Yana. Aku cuma katakan yg aku pening kepala... si Yana plak asyik ingat aku pening kepada sebab pakai perfume dia. Yang pasti ada benda dalam makanan tengahari tue yg aku tak boleh makan. Akibatnya nah!!!! aku cam nak lumpuh satu badan.

Apa pun aku bersyukur kerna kesakitan di kepala menyerang setelah kami tamat membuat persembahan. Syukur alhamdulillah...

Ada beberapa acara sedang di tayangkan tetapi minda aku langsung tak dapat nak fokus. Aduh!! sakitnya... hampir 10 kali aku asyik ulang alik ke toilet memuntahkan apa yang ada dalam perut sampaikan muntah yang keluar hanyalah air menandakan dah tak der makanan dalam perut. Adoaiii aku dah tak boleh nak bertahan lagi. Kecewa sungguh aku sebab tak dapat nak tunggu hingga akhir. Lepas di umumkan keputusan IKRAM CHALLANGE, kami mendapat tempat ke 2, aku terus memaklumkan kepada Fara dan Yana yang aku nak balik. Kalau stay lagi aku takut aku tak boleh nak drive.

Sijil Quiz aku minta yana ambilkan... melepas aku peluang nak naik atas stage tuk amek hadiah tapi aku harus bertindak lebih rasional... buatnya aku naik kat stage sekali pengsan tak ker nyaya??? wat malu jer...

Semasa menuju ke kereta 3 kali aku berhenti... adoaiiii ya allah... selamatkanlah hamba mu ini... kesakitan menyerang kembali... aku gegehkan jua tuk pulang.

Dalam kereta aku cuba melawan kesakitan di kepala... badan berpeluh2... aku memandang wajah di cermin kete, PUCAT!!! mata aku MERAH!!! apa dah jadi nie???? mengigil2 badan dan tangan aku... aku cuba gegehkan tangan tuk memegang stereng dalam hati sempat berdoa... moga Allah lindungi aku...

Ternyata aku tak mampu bertahan lagi... sudahnya kereta tersadai di tepi jalan kat serdang. Aku dah tak mampu nak bergerak... tangan kebas... kaki langsung tak terasa lagi... masa nie aku benar2 tawakal jer... hanya redha dengan ketentuan Allah.

Kesakitan kali nie berbeza sebelumnya. Aku sangkakan kesakitan masa kat Johor lah yang paling sakit rupanya inilah kesakitan yang paling hebat. Aku cuba meredakan kesakitan dengan memejamkan mata buat seketika. Terimbas kembali masa kat Johor dulu... patut lah doc minta aku membuat rawatan segera bila balik KL nanti. Tah mana lew dokumen yg doc sana bagi... kerap sangat pindah randah semua surat yang penting aku lupa kat mana aku letak.

Tiba2 ada orang ketuk cermin tingkap... kesakitan mengatasi segalanya... aku hanya mampu gerakkan kepala dan mata sahaja... nampak ada 2 orang lelaki berpakaian seragam polis... syukur... di saat2 aku memerlukan pertolongan muncul 2 hamba Allah nie... memandangkan pintu kerete aku tak lock terus dia bukakkan pintu kerete...

adik... kenapa nie??
sakit kepala...
meh... abg bawak g hospital...
tak payah!!! tolong hantarkan sy kat (alamat umah)
abg hantar hospital lah dik... berpeluh2 dah kamu nie... mata pun merah... muka pucat nie... ubat ada tak?
tak der... tolonglah hantar sy ke rumah bang... tolong lah...

Time nie air mata dah mengalir... bukan minta simpati tapi kesakitan teramat sangat... agaknya memang benar... lelaki lemah dengan air mata seorang wanita hehehe...

Kalau ada orang kat umah, kami hantar... kalau tak der abg hantar g hospital...
kakak...

Sememangnya aku dah tak mampu nak angkat tangan sekalipun... sudahnya sedar2 aku dah ada kat tempat duduk penumpang... tah bila di angkatnya aku pun tak sedar... taw2 aku dah sampai kat apartment selepas pipi aku di tepuk berkali2. Nasib baik polis tue taw umah...

Terima kasih lah bang... kalau abg tak der sy tak taw lew sampai bila sy akan tersadai tepi jalan tue...
kami hantar sampai atas...
tak per lah bang kang akk sy nampak polis antar sy balik laie dia pikir bebukan... laie mengelabah dia...
kalau cam tue kami hantar sampai lif... kang buatnya kamu pengsan cam ner...

Aku gagahkan diri tuk bangun dan bergerak ke depan lif... sampai kat lif aku dah menarik nafas lega... untuk membuktikan yg aku masih boleh bertahan depan polis tue jugak aku call ma...

ma... tolong bukak pintu... tunggu sampai qla sampai...

lepas letak phone... terima kasih sekali lagi bang...assalammualaikum...

Aku dah tak larat nak diri lelama sebab kaki aku dah rasa kebas... guard kat umah dah mengelabah nengok aku dalam keadaan lemah cam tue mesti dia pikir bebukan... polis tue pandang jer aku... sorry lah bang... sy dah tak larat dah... abg antar balik nie pun sy dah bersyukur dah... cepat2 aku bla takut kang dia follow plak...

Sampai kat umah aku dah tak tahan nak muntah... sib bek ma dah siap2 bukak pintu (bertindak mengikut arahan betul lew) meluru aku masuk umah dalam keadaan terhuyung hayang.

Ngapa nie qla???? ma follow aku sampai bilik...

Sampai jer kat toilet terus aku memuntah kan apa yang ada dalam perut... giler arr tak pernah aku muntah seteruk cam nie... sampai lembek aku di buatnya... meleleh2 air mata aku... argh!!! peritnya... aku cukup tak suka muntah... terus aku tanggalkan pakaian dan mandi sarung jer baju tdo dan terus landing atas katil... dengan harapan kesakitan nie akan berkurangan.

Ma aku halang dari masuk ke bilik aku... dalam erti kata laen aku tak nak di ganggu!!!... aku bantai tdo dalam kesakitan dan linangan air mata sampai ke pagi. Tah bila aku tertdo aku pun tak taw.

Bangun pagi kesakitan berkurangan... alhamdulillah... insya'allah jika ada kelapangan aku akan wat checkup... rasa cam tak leh nak hold laie dah... sakitnya kepala aku hanya Allah sahaja yang taw... tapi cam ner kalau..... minta di jauhkan lah...

Kenapa yek kesakitan laen dari kebiasaan????

KePuTuSaN LaKoNaN...


Bertemu kembali...

Al kisah... semalam, kami core value... so setiap kumpulan di kehendaki membuat persembahan di antara kumpulan yg 'wajib' membuat persembahan adalah:

1. PTSB - lakonan suasana office

2. B - tarian

3. E - Lakonan aci2 bukak pintu

4. S - lakonan ala2 teater muzikal... gempa bumi dan bencana alam (insaf... team aku lew nie)

5. T - lakonan pasal kejayaan sorang anak dalam kehidupan, bencana dan ibu meninggal.

Sedikit terkilan dengan cara pemarkahan yg di beri... beberapa masalah telah timbul sewaktu persembahan berlangsung di antaranya...

1. T Group : sound sistem yg tersekat2...

2. S Group : mic & audio langsung tak berfungsi. Puas lew kami dok menjerit bagai nak terkeluar anak tekak...

Memang kecewa sesangat apa taknya sehari (ahad) sebelum berlangsungnya majlis, semua peserta di kehendaki datang tuk testing audio... ingat senang ker semua nak berkumpul arie ahad tue?? dengan anak2 laie... cam ner lew IKRAM leh upah sound sistem cam nie...

Sudahnya arie Isnin semua tak berfungsi. Time kami lew paling kecewa sesangat... harap jer pakai mic ngan kokles tapi langsung tak bunyi... nak jer aku hempaskan kokless tue... penat jer aku berlakon bersungguh2 wakakaka ingat senang kew...

Ada lew beberapa perkara yg buat kami tak puas hati tapi x per lah dah x der rezeki.. pada kengkawan yg turut sama berlakon... biasa lew politik beb wakakaka

Apa pun yg penting kerjasama antara kita dan sepanjang lakonan kita semua berpuas hati dengan persembahan kita... masalah 'tak dengar' tue... bukan salah kita... salah pihak audio...

Untuk IKRAM, dah taw buat pertandingan... sila pastikan tiada kesilapan terutamanya bahagian audio... bila jadi cam nie bukan sorang 2 jer yg tak puas hati malah ramai... so potong payment bahagian audio key... dan satu laie... make sure peraturan persembahan di ikut oleh setiap peserta... orang tak taw samada potong markah ataw tak... yg mereka taw persembahan menarik tanpa mengira masa... kalau aku taw cam nie satu jam pun aku boleh buat...

Aku taw... setiap manusia tak kan terlepas dari melakukan kesalahan tapi sebagai manusia yang telah Allah anugerahkan akal fikiran, kita cuba sedaya upaya tuk menjadi yang terbaik.

Monday, November 16, 2009

MuTiaRa KaTa...

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
Dan bulan apabila ia mengiringinya;
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),

Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh yang melambangkan kekuasaanNya);
Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa;
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

~ Surah Asy-Syams: Ayat 1-10

MuTiaRa KaTa...

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
Dan bulan apabila ia mengiringinya;
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),

Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh yang melambangkan kekuasaanNya);
Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa;
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

~ Surah Asy-Syams: Ayat 1-10

Saturday, November 14, 2009

PuLaNG Ke PaNGKaL JaLaN...

Salam bersahaja buat semua...

Sejak kebelakangan nie aku agak sibuk dengan urusan kerja. Kat PAVES aku tolong mereka wat ISO setelah main kerja aku (FBI) selamat aku settlekan. Dan bila lunch ataw lepas lunch aku sibuk dengan persembahan yg akan berlangsung pada isnin nie... adoai... sebab tue aku nyer farm sampai busuk wakakak sedar tak sedar rupa2nya fb dah kena block kat IKRAM. Kompom ramai yg dok bising bila kena block yer arr rata2 ramai staff IKRAM dok gegeh berladang wakakak. Aku? tak der hal sebab aku akan berhenti dan tak der masalah kalau kidup tanpa ym or fb pun... cuma rasa cam rugi jer kalau tak wat blog. Yer arr... hanya di blog jer lah aku dapat luahkan apa yg terpendam selama nie.

Apa pun insya'allah aku tetap membuat coretan di sini... kalau tak banyak sikit...

Arie nie apa aku buat? owh... memandangkan aku cuti arie nie, di kesempatan cuti nie aku gegeh dok cat bilik aku... letak kaler per??? kaler lavender. Antara warna kegemaran aku. Nak letak kaler biru rasa cam jemu plak yer arr... umah lama aku dah letak kaler biru. Sajer nak deco bilik walaupun hujung bulan nie aku akan pindah. Pindah ke mana??? pulang ke ganggang lew kekdahnya.

Sebenarnya kerja baru aku tue lebih dekat dengan rumah mak aku, so aku ambil keputusan nak menetap kembali dengan keluarga. Rasanya cukup2 lah aku dok berjauhan dengan keluarga. Sekurang2nya aku akan kembali ke pangkal jalan wakakak. Erk... cam teruk jer pangai aku kan bila cakap cam tue... tetiba teringat plak kata seorang teman... jangan malu tuk berubah... malu???? pada aku tak perlu malu... aku lebih suka menggunakan ayat... tak salah berubah tuk kebaikan...

Lepas nie aku akan tumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya, minat dan keluarga aku sendiri. Cukup2 lah aku enjoy sakan.

Kalau korunk rasa korunk tue rakan aku, apa yg aku harapkan adalah kemaafan dan doakan kejayaan aku yek...

Friday, November 13, 2009

KePeNaTaN SeMaLaM... & LaKoNaN...



Hari nie aku kerja dengan penuh bersemangat sebab malam tadi aku tdo awal sesangat... erk awal kew??? awal lew kot sebab sampai2 umah (kul 8.30 mlm), lepas mandi, lepak kejap makan sebiji durian, pastu lepak dengan ma dan ros kat ruang tamu dengan longlainya aku mencapai sebiji bantal terus landing depan tv... dalam tak sedar aku leh tertdo.... aku dengar gak lew ma cakap...

ish... budak nie dah membuta plak... tension tul lew... dia kalau dah balik lewat cam nie memang cepat sangat tdo nyer... tak dan nak bersembang ngan ma...

tue la ma... ros tengok pun si qiellah nie, sejak kebelakangan nie cepat sangat letih arr... kalau tak di lew raja mlm... lemah tenaga batin tul lew... nanti ros tanya kakak ros pasaiada satu minuman tue dia bagi tenaga...

Cis!!! celakak!! aku di katanya lemah tenaga batin!!!! tapi kepenatan sedang menguasai diri, apa yg di bualkan aku abaikan...

Lepas lunch aku terus bergegas ke bilik props... apa laie perlu menghabiskan beberapa props yg belum siap laie... sib bek lew masih ada laie bakat arts tue... dapat lew aku bantu team props siapkan mana2 yg perlu.

Sebenarnya Isnin nie kami ada satu persembahan ala... pasai core value arr... setiap team yg mewakili 'BEST' kena buat persembahan dan aku dalam team 'S' stand for Services. Ingatkan tak nak terlibat laie dengan apa2 persembangan ataw aktiviti ikram tapi masuk jugak sebab tak nak hampakan hajat rakan2 lebih2 lagi... aku akan tinggalkan IKRAM hujung bulan nie.

Setelah perbincangan di buat, kami telah sepakat nak wat cam ala2 teater muzikal kekdahnya. Jadi ataw tak tue normal lew... yer arr kami nie bukan lew professional sangat... kalau ada pun hanyalah sorang 2 jer....

Aku, Fara, Kak Zu, Kak As, Mek, Saf, Zam, Coi, Palek dan beberapa orang lagi akan berlakon dan aku jugak terlibat dengan nyanyian... giler glamer tul... tue pun aku tolak tawaran tuk kuayer ikram...

Kami nak citer pasai per??? tunggulah next n3... nie adalah persembahan aku yg terakhir sebelum meniggalkan IKRAM.

Teringat kata2:

Ipah : kalau ko berhenti, ilangnyer aku nyer sharp shooter netball...

Tasha : ilang lew aku nyer defender futsal...

Adoaiiii... sebak aku di buatnya...

Thursday, November 12, 2009

SeLaMaT TiNGgaL SeMuA...

SeLaMaT TiNGgaL...

Ya... itulah status ym aku buat arie nie... masuk2 opis plak aku diberitahu bahawa kerja FBI semua dah siap... alhamdulillah syukur pada Allah. Aku jangkakan akan settle end of this month tapi ternyata dalam tak sedar aku menyiapkan projek FBI nie rupa2nya dah abis... syukur sesangat... aku berjaya menyiapkan awal dari jangkaan aku.

'Nadia, oleh kerana u ada pengalaman dalam ISO, we all nak minta tolong u tuk bantu dalam dalam penyediaan dokumen2 ISO, boleh tak?'

Hmm... terlintas di fikiran mungkin nie lah bantuan ku yang terakhir sebelum aku tinggalkan IKRAM.



Bohong lah kalau aku katakan yg aku tak sedih bila nak tinggalkan IKRAM nie... yer arr hampir 7 tahun aku berkhidmat di sini macam2 pengalaman yg telah aku kumpul tuk bekalan di masa akan datang. Kerenah pelbagai manusia tak yah cakap lah kan... apa pun ada suka dan duka yang aku dapat sepanjang berada di sini.

Cam kat paves nie... terus terang cakap, mereka layan aku cukup baik. Penuh dengan gurau senda dan ada jer citer buatkan aku gelak tetiap arie... korunk memang best...

Buat kakitangan PAVES (kena sebut nama neh!!! kasi glamer sikit wakakak)...

Bos : Hj. Zamri

Bahagian Admin: Kak As, Kak Zu, Kak Mas, Mek

Site : Rizal, Joe, Johan, Dollah, Abg Hery, Pak Ngah

Technical : Kak Ani, Abg Syahrul, Ting & Lee

Saper laie yek... sorry pada yg tak der nama mungkin terlupa...

Terima kasih kerna menceriakan hari2 ku sepanjang berada di sini...



Aku rasa nie yg terbaik buat aku dan sentiasa berdoa menjadi yg terbaik...

Wah!!! aku cam tak sabar plak nak berhenti kan wakakaka... nantikan n3 aku seterusnya...

Monday, November 9, 2009

RiNDu.... TeRHaRu & MaaFKaN aKu... TeMaN...

Wah... banyak tul n3 aku arie nie kan... bebetul amek kesempatan sungguh... yer arrr lama giler aku x update blog nie...

Tadi pm pojie... sajer tanya khabar... sesungguhnya aku rindu giler nak dengar dia gelak... ada melodi tue... tone berlainan dari kebiasaan yg pernah aku dengar...

Maaf kepada semua rakan blog sebab aku dah lama tak membuat lawatan terhadap blog kalian... tetiba pojie tanya aku samada dah baca blom n3 dia... siap sentap laie bila dapat taw aku tak bukak blog dia. Adoaiii bukan blog ang sahaja pojie aku tak bukak, blog2 laen semua aku tak bukak huhuhu... kesilapan diri sendiri... aku mohon kemaafan pada semua blogger...

Tanpa membuang masa aku terus bukak blog pojie, baca n2 dia pasai rindu... wah... tetiba nampak dia wat list orang2 yg dia rindui... tetiba aku ternampak gambar nie...



Terus tersentap aku... bergenang air mata (sib bek tak jatuh kalau tak wat malu jer) aku tak menyangka sama sekali yg pojie merindui aku... hati tertanya2 betul kew ada orang rindukan aku nie??? layak kah aku di rindui???

Walaupun aku selalu keraskan hati... selalu menafikan apa yang aku rasakan, aku pendamkan saja perasaan rindu terhadap kawan2 dan mereka2 yang pernah menjalinkan hubungan dengan aku. Tapi bila baca n3 pojie nie, terus benteng kedinginan yg dibina sedikit goyah.

Ya Allah... aku bersyukur padaMu kerna menganugerahkan aku rakan yang masih menghargai hubungan yang terjalin. Sesungguhnya aku rindukan mereka tapi apakan daya aku terpaksa pendamkan sahaja. Sesungguhnya kau Maha Mengetahui...

Kepada pojie, rizz, sis heze, remy, wanie, rhuddy dan rakan2 blog yg lain, maafkan aku.... ketahuilah kalian bahawa aku rindukan, sayangkan dan cintakan kalian kerna Allah Ta'alla... biarlah berjauhan namun ku harapkan hubungan kita takkan terputus begitu sahaja.

PeRLuKaH???

'Hello, boleh sy bercakap dengan Cik Nadia?'
'Bercakap...'
'Cik Nadia, sy..........'

Erk... terkedu aku seketika. Betul kew? tak kan cepat sangat taw keputusan??? Sabtu pergi, Isnin dah taw keputusan? wah.. bagus...

Letak jer phone terus cakap kasut dan pergi ke Central... wat per laie jumpa Fara lew... adoaiii segalanya aku luahkan padanya.

'So, per keputusan ko?'
'Aku tak taw... perlu ker aku bgtaw family aku?'

Di lema plak skarang nie... apa yg perlu aku lakukan??? fara nasihatkan aku macam2... adoaiii blank dah otak aku... rasa cam tak berfungsi plak dah...

Aku ada masa seminggu laie tuk fikirkan...

MuTiaRa KaTa...


~ "Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." (Imam Nawawi)

TaHNiaH BuaT SaHaBaTku, FaRaDiLLa...

Bai... aku dah antar surat resign...

Seperti yang telah aku duga... akhirnya sahabat aku (sememangnya ko layak ku panggil sahabat) Faradilla yang ku panggil Fara ataw kadang2 tiba masa sengal, bai yg ku panggil. Memang tak dapat di nafikan dalam fb contohnya, ramai tertanya2 saper kah yg aku maksud kan bilamana setiapkali n3 pasti ku sebut bai... ramai menyangka 'lelaki' yg aku maksudkan. Sama gak ngan Fara kadang2 tersasul panggil aku bai or bro wakakak bila pikir balik memang lawak.

Seperti lazimnya apabila kita sentiasa ingat padaNYa dan selalu berdoa mohon yg terbaik buat diri kita, insya'allah doa kita akan di perkenankan. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar...

Tahniah!!! aku ucapkan kepada Fara sebab dapat kerja dengan gomen. Jeles tul aku... tapi nak jeles mendanya sebab aku pun tak pernah apply pun mana2 kerja gomen hehehe... kenapa??? tiada jawapan tuk soklan tue...

Teringat kembali pm dari bby gurl tanya aku ngapa ko nangis??? aik!!! nangis???? cam tak caya jer manusia hati keras cam lu leh nangis?? wakakak tapi yer arr sekeras mana pun pasti meleleh gak jika kena pada gayanya kan...

Rupanya pasai kerja... kesian ko... sabarlah... hanya tue jer yg boleh aku katakan...

Sekarang Fara dah nak berhenti... dia last kerja 25hb... huhuhu notice sebulan... kalau ikutkan 30hb baru last kerja... tapi agaknya perasaan nak berhenti membuak2 kot tue yg berhenti awai potong cuti wakakaka semangat tul!!!

Lepas nie susah lew aku nak berdiskusi ngan ko... tapi aku doakan yg terbaik buat ko... ingat bai... org takkan taw apa yg kita alami, masalah kita... ikutlah kata hati...

Banyak yg kami kongsi bersama... kisah suka dan duka dan kami saling nasihat menasihati antara satu sama laen...

Aku??? mungkinkah aku akan menyusul??? mengikuti jejak langkah Fara??? mungkin ya... mungkin tidak...

Apa pun aku bersyukur kerna Allah perkenankan doa aku... rasanya sudah tiba masanya aku mulakan kehidupan dan langkah yg baru... org nak bercakap??? cakap lew selaie korunk di anugerahkan Allah tuk berkata2...

Kesian bby gurl... tak per key... rezeki ada di mana2... walaupun berpisah tidak bermakna hubungan yg terjalin atas dasar keikhlasan ini terputus jua...

p/s : rancangan bercuti bersama tetap berlangsung jua walaupun berhenti kerja...

aLaHai... aDiK iPaR aKu...

Minggu nie aku balik umah mak aku... yer arr dah lama tak balik.. sampai umah rupanya2 mak dan abah gie Johor sebab ada kenduri kawen yang tinggai kat umah dak adik jer... alahai kesiannya adik aku sorang tue kena tinggal. Bila di tanya, katanya dia ada exam akhir tahun patut lew tak nak ikut mak...

Dak adik ajak tdo umah dak e, sebab dak liza (adik ipar aku) tinggal rumah sorang2... nie pun satu kes... kemain penakut laie tinggai umah sorang2... dak e plak kerja.

Cam ner nie?? esok pepagi aku ada hal kat subang jaya... kang kalau tdo sana nak kena bawak baju segala bagai adoaiii malasnya... memang lew jarak umah tak jauh tapi KEMALASAN. So, aku suh dak adik sms dak liza ajak dia tdo umah mak.

Wahhh... kemain pantas laie dak liza jawab 'leh jugak' adoaiii penakut tul adik ipar aku nie...

Jam 8.30mlm aku terus amek dia... dan sampai umah aku nengok dia dah standby awal2 dah wakakaka.

Sabtu - aku terus g subang jaya siap bawak dak adik laie... tujuan apa??? saper yg taw tue taw lew... tak leh nak mention sebab ada mata2 suka baca blog aku nie wakakkaak argh... hak aku kan...

Mak abah aku balik arie Ahad... siap suh aku tunggu sampai depa balik... tapi oleh kerana aku nie anak yg baek (yer ker?? wakakak) aku tunggu gak mak dan abah..

Sunday, November 8, 2009

TrAGeDi uMaH BaRu.... eRk... tRaGeDi Kew???

Sejak kebelakangan nie, actually sejak ma balik kg lew... aku kidnap beberapa orang rakan aku tuk tdo umah aku wakakak apa laie pesta buih arr wakakak ish... pantang tul korunk kan... bab nie laju jer...

Sebenarnya kan aku dah pindah umah, biasalah umah baru... kita pun tak taw apa yg ada kat umah tue, so memandangkan skrg nie aku dok menyewa dengan ma jer (setelah menyingkir jauh mangkuk tu) dan tetiba plak ma nak balik kg, so aku dah bercadang tuk mengkidnap ros tuk temankan aku kat umah tue...

Alhamdulillah akhirnya ros bersetuju... mungkin dia memahami perasaan aku dan 'apa' yg ada, so kami tdo bersama...

1st nite tdo umah baru (masa nie ma tak balik kg laie) dalam keadaan separuh sedar tetiba jer aku terasa cam mengantuk giler... so usung arr tilam ke bilik ma (besar giler bilik dia... wat men futsal pun boleh wakakak) ma tdo atas katil dia, manakala aku dan ros tdo kat bawah beralaskan tilam (tak der maknanyer nak pakai selimut toto key)... sessi tdo bermula... aku membelakangkan ros tetiba jer aku terasa cam benda panas datang dari arah kepala aku terus ke belakang... pergh panasnya cam api... terus aku tak boleh nak gerak... argh!!! dalam hati dah berdetik... sudah!!! buat hal plak...

Aku cuba tuk bergerak namun hampa... adoaiiii cam ner nie... padahal aku taw ros ada belakang aku tapi nak menjerit langsung tak boleh... masa nie aku dalam keadaan uzur... so biasalah kan... benda2 cam nie... aku tak der cara laie... abis basah baju tdo aku... berpeluh2 aku cuba melawan... terus aku membaca ayat kursi... kaki pertama baca aku cam gagap plak... kemain payah nak menghabiskan bacaan... kali ke dua aku minta tolong pada Allah dan alhamdulillah aku berjaya melepaskan diri... terus aku tersentak dan bangun (dalam posisi duduk) terus aku menjerit panggil ma...

Tersentak ma dan ros... per taknya... elok2 suasana sunyi sepi tetiba terdengar suara yg agak nyaring...

ngapa, qla? ma terus bangun dari katil... ros dah pandang muka aku...

Tercunggap2 aku di buatnya...

ros, pasangkan surah yassin...

Agaknya ros paham dan taw apa yg aku alami... terus bingkas bangun dan pasangkan surah yassin kat ruang tamu dan biarkan pintu bilik terbuka... ma terus ambil yassin terus di letakkan kat bantal aku dan al-quran bersebelahan dengan aku... ternyata mereka paham apa yang aku alami... aku bangun terus ambil wuduk sebelum tdo semula

dah... tdo.. jangan di pikirkan sangat...

Terus aku tdo dengan nyenyaknya... pantang aku gerak sedikit pasti ros akan pegang aku, mungkin dia takut aku kena laie kot...

Apakah aku kena tindih??? masalahnya aku bukan tdo terlentang, aku tdo mengiring...

Hampir kul 12.30 tengahari baru tersedar... aku ingat aku lew yg paling lewat bangun rupanya2 ros dan ma pun tak bangun lagi... ternyata kepenatan pindah rumah mengatasi segalanya...

Sepatutnya ma, kerja arie tue tapi terus amek MC tak larat wakakak...

Kami buat keputusan tuk mengadakan sedikit kenduri dan bacaan yassin... insya'allah

Friday, November 6, 2009

iKRaM cHaLLaNGe - CoRe VaLue2

Beberapa minggu yang lepas (sorry lambat load, kerja banyak seh!!!) telah berlangsungnya satu pertandingan IKRAM Challange yang di wakili oleh kumpulan 'BEST'. Persaingan sangat sengit dan di maklumkan keputusan akan diberitahu pada 16 November di mana berlangsungnya penutupan 'CVC'.

Di bawah ada lew serba sedikit penerangan dan gambar tuk tatapan mata korunk... so enjoy!!!








Antara kumpulan BEST yang terlibat...


layan jer arr pic yek...


Wakil kumpulan 'S'


apa2 hal sementara tunggu giliran... snapy lew dulu wakakakak


antara task yg di beri adalah:

1. ambil guli dalam bekas yg di penuhi katak2 yg comei
- yang nie aku memula agak geli2 sikit tapi biasa lew pembukaan...

2. alihkan belut dari bekas A ke bekas B (agak jauh gak)
- aku rasa patah dan renyuk agaknya badan belut tue aku kepakkan... tapi dalam perjalanan nak ke bekas B, boleh plak belut nie membuat terjunan maut... adoaiiii dah 1 hal aku kena kutip... kemain licin g... nak jer aku sauk ngan baju aku wakakaka

3. amek guli dalam bekas yg di penuhi oleh serangga...
- tak der hal... slumber jer aku selok wakakak sampaikan hafis cakap... 'aiii... nad... tak takut plak ko... ular kemain pucat laie muka ko...' tak kan aku nak diam jer kan... 'fobia lew bro' hehehehe

4. alihkan pacat dari bekas A ke dalam bekas B dengan menggunakan kaki
- nie paling aku suka wakakak kemain gemok2 laie pacat tue... sekali sauk jer terus tak terkira berapa ekor yang telah berjaya aku naikkan wakakakaka

5. main skeeping di mana semua pasukan kena melepasi tali skeeping secara berturut2 dan tidak putus.
- jaguh kampung lah katakan wakakakak


nie lew ahli kumpulan aku... aku, tasha, azmil, aidil dan mr. linggam... caya lew uncle!!! masih bertenaga laie...



apa2 hal snappy dulu key....


nie plak... benda terpanjang... letak lah apa sahaja yang ada tengok berapa panjang... letak lew baju ker tali kasut, kasut, jam, stokin dan sebagainya... yang kelakarnya siap ada yg bawak tape dan tali... bajet dah taw dah salah satu task... berdasarkan pengalaman yg lepas...


antara task : di kehendaki letakkan rocky (ualar) atas bahu setiap ahli kumpulan selama 1 minit...
dalam banyak2 task aku rasa nie lew paling mengarut!!! aku lebih rela di suruh kendong buaya (cam larat wakakak) dari pegang benda alah nie!! siyez dalam banyak2 binatang aku paling fobia ngan benda nie... adoaiii nak terkencing pun ada... nak nangis pun ada... siot jer rahsia yg tersimpan rapi terbongkar jua... dah 1 ikram taw aku fobia ngan benda nie... nengok lew tangan tasha tue... kemain kuat laie dia pegang tangan aku... bajet tak nak aku lari lew tue... semua telah pakat tuk ilangkan tumpuan aku terhadap benda alah tue... depa dok tunjukkan aku burung... main agah2 burung plak... ingat aku budak kecik per... bila pikir balik nak gelak pun ada tapi... lepas nie jgn harap aku nak join pa per yg melibatkan benda alah ni keyyyyyyyy... demam aku 3 arie...



salah satu task yang perlu di selesaikan adalah ikat seberapa banyak tocang yang boleh... nengok!!! hanya aku ngan azmil jer yg dok ikat rambut tasha... yang laen sumer tak reti sib bek kami nie pantas... keputusan : berjaya!!!



akhirnya... sampai jugak... tali tue kami kena pegang tak leh berpisah dari kumpulan... means bila sampai kat check point semua mesti sampai...