Lirik lagu nie benar2 menyentuh naluri aku dan dengan tak semena2 mengalir air mata aku... huh!!! aku tak suka mengalirkan air mata... tak sangka plak Farah perasan...
oittt!!! tak kan tengok keliwon ko leh nangis??? (jatuh rahang)
tak lah... aku dengar lagu nie... (sambil hulurkan earphone) ang cuba hayati lirik dia... dengau bebaik...
Ternyata Farah gak terkedu dengar lagu nie... dia pandang jew aku... sambil peluk aku... agaknya dia paham kot keadaan aku masa tue... terus aku bangun dan lepak kat luar rumah... sambil memandang langit...
menangis lah Nadia... ko perlu menangis....
tak!!! aku tak kan menangis dan aku tak rasa pun aku nak nangis...
kau tak kan di katakan lemah kalau kau menangis... dah lama aku tengok kau tak menangis, Nadia... sejak kau tahu siapa dia... menangislah Nadia... aku paham perasaan kau sebab hanya aku sahaja yang tahu dan lihat bagaimana menderitanya kau dulu... janganlah kau keraskan hati cam nie...
takkkk!!! aku tak kan menangis!!! terus aku bangun dah keluar dari rumah... aku lepak kat taman permainan... maafkan aku Farah... ya... hanya dia yang tahu segalanya.. aku hargai apa yang telah kau lakukan tuk aku... tapi aku... apakah hati ini telah mati???
Ya... aku rindukan dia... rindukan seseorang yang berjaya mencuri hati ini dan selamanya akan berada di hati ini... argh!!! kenapa tika ini aku tewas dari mengingati dia??? kalau selama nie aku masih boleh menafikan segalanya, berpura tuk melupakannya... ya aku akui bila aku tumpukan perhatian pada kerjaya, aku berjaya menepis wajahnya dari bermain di ruangan mata aku... tapi malam nie!!!! kenapa??? aku rindukan dia... bukan mudah tuk aku jatuh cinta dan memberikan hati ini pada seorang bergelar kekasih... kalaulah aku tahu apa yang bakal berlaku di masa hadapan sudah pasti akan ku tutup rapat hati dan perasaan ini. Tidak kah sesaat pun dia teringatkan aku??? apakah tiada sekelumit pun perasaan rindunya terhadap aku??? apakah hanya aku sahaja yang ingat dan rindukan dirinya? sedangkan dia di sana...
Betul kata bro corey... dan apa yang berlaku padanya... sungguh!!! aku dapat rasakan keperitan dan betapa deritanya dia kerna aku sendiri mengalaminya. Maafkan atas kata2 yang agak berbisa dalam blog bro, tapi ketahuilah bahawa kalau boleh aku tak nak sesiapa pun hanyut dengan perasaan down kalian. Cinta itu tetap suci dan indah... yang bersalah adalah pencinta seperti kau, aku dan dia... bercinta tak semestinya memiliki.. ungkapan itulah yang menjadi fobia buat para pencinta...
Benar!!! menasihatkan sangat mudah tapi pabila terkena pada diri sendiri baru tahu... sebab aku dah taw lah aku berani tuk menyuarakan pendapat aku.
Setelah aku mengetahui siapa dirinya, setitik air mata pun tidak pernah menitis sehinggalah ke hari ini. Ku kira adalah dalam 3 bulan. Tabahnya aku waktu itu... peritnya hanya Allah sahaja yang tahu. Lukanya terlalu dalam namun aku tidak berupaya untuk membenci apatah lagi tuk melupakan. Kenapa susah sangat??? kenapa degilnya hati ku ini?
Tika n3 ini dibuat aku masih mendengar lagu ini dan ya... aku nangis... nasib baik dak2 opis dah keluar... aku tak suka menangis!! kenapa perlu menangis??? betul kah kata Farah yang aku perlu menangis?? apakah dengan mengalirkan air mata aku tidak di katakan lemah???
Percayalah... tidak sesekali aku mendedahkan siapa dirimu kerna tak kan sesekali aku melukakan orang yang aku cintai... walaupun aku sendiri di lukai... kau adalah dunia realitiku dan bukannya fantasi. Terlalu banyak tomahan yang aku terima dan tidak penah sesekali pun aku salahkan dirimu. Biarlah orang nak cakap apa sahaja kerna mereka tidak tahu apa2. Cuma apa yang ingin aku nyatakan di sini... aku maafkan tapi jangan sesekali kau benci dan lupakan aku... kerna hati aku belum kau pulangkan...
Aku kalah hanya di sebabkan sebuah lagu... argh....
Kini tahulah kalian siapa sebenarnya ratu putus fius ini... putus fius tul aku kan??? harus aku hilangkan diri dan pergi jauh buat seketika...