Thursday, February 12, 2009

KiSaH BeNaR YaNg Di aLaMi SeNDiRi wEiii...

Memandangkan rata2 rakan blog aku lebih suka memasukkan entry berkenaan dengan citer seram ataw dalam bahasa sopannyer citer antu aku pun tetiba jer terasa cam nak masukkan lah jugak hehehe. Apa pun memula sekali aku nak menegaskan di sini bahawa nie adalah pengalaman aku sendiri. Per barang beb citer bukan dari pengalaman sendiri kan wakaka...

Dengan lafaz bismillah aku memulakan penceritaan...

Kisah berlaku di rumah yang aku duduk sekarang nie. Memang tidak aku nafikan aku selalunya suka kuar memalam ada jer xtvt jenayah yang aku dan beberapa geng jenayah lakukan sudahnya sampai rumah biasalah lewat malam.

Satu hari masa aku sedang menonton tibi dengan dak rumah aku bernama Farah (nama sebenar) tetiba jer dia tegur aku. Masa tue jam menunjukkan pukul 11 malam.

Farah : Nadia, aku nak tanya kau lah kan. Kau kan selalu balik lewat malam kan.
Aku : (terus menyampuk) huh!!! tue nak perli aku ker nak tanya tue??
Farah : Dengar ler dulu aku nak cakap nie. Apa pun jap2 aku nak pasang lampu luar nie.

Farah terus bangun pasang lampu garaj. Aku pun pelik arr apsal ler dak Farah nie nak bercerita pun sampai nak pasang lampu luar. Aku pandang jer arr dia. Sekali dia sound aku.

Farah : Kau nie... (sambil baling bantal kecil) kot yer pun jangan ler pandang aku cam tue... seram ler aku.
Aku : Loh nak tanya pun sampai seram2 nie per kes?? pelik aku kau nie.

Aku kembali memandang tibi. Lantas Farah amik remote control terus di offkannyer tibi tue. Dengan pantasnyer kepala aku berpusing 120km/j (ada ker?? wakakak). Dengan muka tak berpuas hati aku pun sound ler dia..

Aku : kau nie ngapa? aku ngah tengok tibi nieh...
Farah : Kau dengar ler dulu aku nak cakap nie. Tibi tue esok lusa tahun depan kau leh tengok.

Huh!!! geram sungguh aku

Farah : Nadia, aku nak tanya kau. Selama nie kan kau selalu balik lewat malam kadang2 tue aku tengok kau balik kadang2 dah nak dekat subuh baru balik.
Nadia : Dah tue??? apa masalah kau?? (mula lah rasa tak puas hati dengan soklan2 yang berunsur menegur cara hidup aku nieh)
Farah : Sabar lah mangkuk!!! aku nak citer nie yang kau dah start nak jadi warna ijau nie per kes???

Cis!!! caker sungguh aku di panggilnyer mangkuk wakakak.

Nadia : Ok.. Ok... apa halnya nie....

Hati mulai tenang. Dengan kusyuk dan tawaduknyer aku memberi fokus kepada setiap baris kata yang keluar dari mulut Farah.

Farah: Selama kau balik lewat nie ada tak kau pernah terserempak ker ataw ternampak ada orang tua serba putih siap dengan serban dok lalu depan rumah kita? Orang tua tue pakai baju macam jubah. Baju dia plak labuh sampai ke tanah.

Berfikir sambil pandang muka Farah.

Nadia : Selama aku duduk sini lah dan sepanjang aku asyik balik lewat nie tak pernah lah plak aku terserempak dengan orang tua tue. Ngapa kau tanya?

Terdiam Farah. Muka dia mulai serius dan pucat.

Nadia : Eleks arr beb...meh citer kat aku dengan terang jelas dan nyata sikit.

Aku mulai rapat dengan Farah. Aku tengok Farah dah start peluk bantak dengan kuat.

Farah : Semalam aku balik lewat, aku sampai rumah dalam jam 3 ataw 4 pagi. Lepas ***** (bukan nama sebenar) hantar aku balik, aku pun nak arr bukak gate. Bila aku bukak jer gate terkejut giler aku sebab tetiba jer kat belakang aku ada orang tua pakai baju serba putih dengan serban2 dia kaler putih.
Nadia : Tah2 orang tua tue nak g masjid kot.
Farah : Memula aku pun terpikir gak mungkin dia nak g masjid. Sekali dia lalu tanpa pandang aku pun. Straight jer dia jalan. Seolah2 aku tak wujud kat situ.
Nadia : Per kes orang tua tue nak pandang kau (gelak) tah2 dia alim sebab tue langsung tak nak pandang perempuan. Jaga aurat kot.
Farah : Please arr Nadia. Aku serius nie.
Nadia : Ok.. ok... sorry.

Diam. Lama gak arr kami diam. Masing2 dok fikir ada ker???

Farah : Persoalannyer sekarang nie. Apasal awal sangat nak g masjid? ada ker orang g masjd kul 3 pagi? kot yer pun nak bentang sejadah agak2 arr.

Aku berfikir...

Farah : Tue satu hal. Soalan ke dua... dari mana orang tua tue muncul?? masa ***** hantar aku balik dah terang2 lampu kereta menghala ke arah landasan keretapi tue. Orang tua tue muncul dari arah yang bertentangan dengan kereta aku. Kenapa kami langsung tak nampak orang tua tue? lagi satu... dah tentu masa ***** balik tue mesti dia berselisih dengan orang tua tue.
Nadia : Kau ada tanya ***** tak?
Farah : Aku dah tanya dia. Dia cakap tak der saper pun masa tue.
Nadia : Aikkk.... nak kata jiran2 kita mustahil lah plak mana ada jiran kita kat lorong nie alim. Pak cik kucing tue pun aku rasa dah membuta tak ingat dunia. Dak2 bujang depan rumah kita dengan sebelah rumah kita nie jauh sekali arr... aku nengok pangai pun lebih kurang cam aku jer.
Farah : Tue yang aku fikirkan... dari mana munculnyer orang tua tue??? dari rumah mana??? Muskil aku...
Nadia : Kau biar betul Farah... ker kau sengaja buat citer supaya aku tak kuar malam g kot?
Farah : Giler kau!!! aku nak buat citer pasai per plak. Aku yang penakut nie nak buat citer otak kau... tak tercapai dek akal aku weiii..

Terdiam sambil berfikir lagi. Aku jeling luar. Pintu tak tutup lagi tue. Aku pun bangun keluar dari rumah dok lepak kat garaj sambil memerhati keadaan di sekeliling.

Farah : Alahai kau nie... jangan ler buat pasal dok luar plak time2 cam nie.
Nadia : Kau meh arr sini jap... aku ngah fikir nie.
Farah : Kot yer pun nak pikir masuk ler dalam.

Muka Farah dah sedih nak nangis pun ada gak aku tengok.

Nadia : Meh arr kejap. Kang aku kunci pintu bilik kang.

Farah kalau lepas tengok citer seram ataw apa sahaja yang berkait rapat dengan perkataan 'takut' memang kompom dia akan tdo bilik aku nyer. Antara nak ngan tak nak dia datang lepak sebelah aku sambil memeluk kuat bantal susunya. Lama kami terdiam. Aku tengok Farah dah gelisah.

Nadia : Apa kata malam nie kita overnight? kita tengok orang tua tue muncul ker tak.

Bagai nak jatuh rahang Farah aku tengok.

Farah : Kau jangan ler buat pangai Nadia!!! kang malam nie jugak aku balik Banting.

Aku tersenyum.

Nadia : Tak der arr aku muskil lah plak bila kau citer nie. Saper orang tua tue? ngapa aku tak pernah nampak pun. Padahal antara aku ngan kau, aku yang paling kerap balik lewat. Dah berapa kali kau nampak?
Farah : Sebenarnya dah 2 kali dah. Sekali tue jam 12 malam.... ala.... weiii jom arr citer kat dalam... aku dah seram sejuk dah nie....

Muka dan nak nangis.

Nadia : Ish kau nie... kan aku ada. Sikit2 nak nangis. Eleks arr... paling koman pun kalau dia muncul kita bersepah lari arr...

Gelak.

Farah : Caker arr ko nie... aku dah bebetul takut dah nie...

Aku toleh tengok Farah setelah kedengaran suara dia dah berlainan tonasi. Loh!!! menangis...

Nadia : Loh!!!! ada gak aku kunci kau kat luar nie kang. Dah2 sambung citer...
Farah: Satu arie tue lepas kau keluar. Masa tue aku nak tutup sliding door. Aku nampak dia lalu. Aku beranikan lah diri walaupun masa tue aku rasa cam nak terkencing pun ada. Tu yang aku nampak baju dia serba putih sampai ke bawah langsung tak nampak kaki. Masa tue aku tak nak ler citer kat kau. Kang kau gelakkan aku. Tapi bila sampai kali ke 2 aku terserempak tue yang aku nak tanya kau nie.
Nadia : Agaknyer memang betul dia bukan macam kita kot. Tapi nie laluan dia aslong kau tak usik dia tak der ler dia usik kau. Tak per laaa... agaknyer dia tak nak kasi kau kuar malam kot...kau kan dak baik. Aku nie lain arr spesis lain sikit.

Itulah yang berlaku. Pengalaman kawan serumah aku sendiri.

Yang nie pengalaman aku sendiri plak.

Kisah berlaku sejak aku mula berkecimpung dalam dunia fotopages (http://sesuciqiellah.fotopages.com). Bila dah terlibat dengan fotopages aku pun mula ler nak mengabadikan semua gambar2 yang telah aku snap termasuk lah semua xtvt aku dan geng jenayah aku.

Satu hari secara kebetulan aku dan Farah baru pindah ke rumah baru (yang kami duduk sekarang nie) dan memandangkan kami pun dah lama tak bergambar bersama asyik2 aku dengan dak2 MM jer.

So, lepas makan malam aku pun ajak ler Farah lepak kat Dataran Putrajaya. Kononnyer nak bersesi gambar lah. Pelbagai aksi kami rakamkan. Kalau korang perasan dalam fotopages aku tue ada gambar2 aku dan Farah masa kat Putrajaya.

Selepas penat bergambar kat Putrajaya tue tak sedar dah kul 12 lebih. Kami pun balik arr.. dah nama pun giler dalam kete Farah ngah drive pun kami masih boleh bergambar dengan pelbagai aksi. Nasib baik kereta tak banyak.

Sampai kat depan rumah masih lagi nak bergambar. Siap posing dengan kereta gie. Tapi terus terang aku katakan malam tue memang suram giler dan suasana dia sejuk jer. Aku ingatkan mungkin hari nak ujan kot. Kami teruskan dengan aksi berposing.

Keesokkan harinya bila aku masuk opis kononnyer nak load arr pic dalam fotopages. Tengah dok transfer gambar dari kamera ke pc tetiba jer aku ternampak sesuatu yang langsung aku tak duga. Tergamam aku.

Salah satu gambar masa kat depan rumah tue. Masa aku snap pic kereta aku, ada 'sesuatu' yang aku nampak kat dengan dinding sliding door aku. Aku amik pic tue terus aku cakap kat bos aku nak g bank. So aku keluar arr kejap (nie kalau bos aku taw kompom aku dapat memo sebab tipu dia. Tapi aku rasa bos aku tak maen layan blog nie) aku terus shoot ke 'sinju'. Kat 'sinju' aku terus capai kunci dan bukak pintu dengan tergesa2nyer aku terus amati semula pic yang aku load tadi. 5 kali aku jalankan ujian terhadap pic tersebut dan memang sah ada 'sesuatu' kat situ. Yang aku nampak hanyalah kepala sahaja. Badan semua tak der. Berderau darah aku. Aku tak berpuas hati. Aku siap call partner kot2 mata aku yang tak betul ker... suh datang. Nasib baek dia tak der hal arie tue terus dia shoot ke 'sinju'.

Sampai2 jer aku suruh dia amati beberapa keping gambar termasuk gambar yang telah aku buat ujian tue. Terkejut dia... aku tengok rahang dia dah nak jatuh dah.... Dia tanya aku...

Partner : Kepala saper nie?
Aku : Giler kau!!! putus fius per... mana ada orang tinggi cam tue!!!
Partner : Dah tue??? saper???
Aku : Cuba kau tengok... ada nampak badan tak??
Partner : Uiks... beb lain macam pic nie... kau tak leh simpan nie... kau kena bakar kang buatnyer dia tuntut tak ker nyaya.

(caker aku citr kat sini pun aku dah meremang)

Aku : Kau nak tengok yg lagi giler tak????

Aku hulurkan sekeping gambar kat partner aku.

Partner : Astrafirullah... subhanallah... siyes beb, baik kau buang mana2 kamera or folder yang ada gambar nie.

Korang nak taw gambar apa? gambar tersebut merakamkan sekujur tubuh sedang elok baring kat atas bumbung rumah aku... huh!!! nasib baik ler masa kami tengok dok posing tue dia tak munculkan diri. Kalau tak aku rasa... maunyer kami masuk serbu rumah dak Faiz ngan Razif tue walaupun masa tue kami langsung tak mengenali antara satu sama lain.

Akhirnya gambar tue partner aku bakar dia siap bawak aku jumpa tok wan dia tuk dapatkan sedikit nasihat. Tok wan bekalkan aku 3 botol air dan suruh kami minum air tue. 2 arie kemudian partner aku datang dengan tok wan ke rumah kami. Apa yang dia lakukan mungkin ada antara kita tak percaya tapi apa pun ketahuilah perkara sebegini sememangnyer wujud dalam dunia kita bezanya antara nampak dan tidak sahaja. Apa pun kita sama2 milik Allah.

OnE DrOp PeRFuMeS By EgYptiaN PoTiOn...

  • Hanya Dengan Setitik Badan Wangi Sepanjang Hari
  • Pati Minyak Wangi Tanpa Campuran Alkohol & Air
  • Sesuai Digunakan Semasa Solat
  • Di Inspirasikan Daripada Jenama Antarabangsa
  • 8 Jenis Wangian Berlainan Dalam Setiap Kotak
  • Penggunaan Botol 'Miniature Roll On' Yang Mudah Dibawa
  • Bauan Yang Dikenali Ramai Tanpa Berbelanja Ratusan Ringgit
  • Sekotak Hanya RM 40-RM45 Sahaja

Sample 1

Sample 2

Sample 3

Sample 4

* Kalau korang berminat boleh arr menghubungi aku melalui blog nie tinggalkan message kat komen ataw tagbox tue ataw pun koran leh pm aku melalui YM(bukan Yang Mulia arr tapi Yahoo Messenger dengan id : sesuciqiellah.
* Kepada yang ada no phone aku tue tak reti2 call ataw sms? wakakak

KeLeTiHaN YaNg TeRaMaT...

Semalam aku balik kerja awal terus shoot ke spital. Lepas tue balik rumah mandi manda badan plak terasa letik. Mata melirik ke arah jam menunjukkan pukul 7.15 malam. Setelah siap berpakaian, aku keluar dari bilik dengan memeluk 2 buah bantal. Hajat nak lepak depan tv dengan Farah secara kebetulan kami sampai rumah sama2. Farah pun aku tengok dah siap mandi. Dia dah dok landing depan tv dengan bantal susu wakaka ala... bantal peluk yang bentuk cam botol susu tue. Tenat sungguh kawan aku nie siap ada bantal susu tue wakaka. Aku pun terus landing sebelah dia. Alamak!! pintu dengan grill tak tutup. Malasnyer nak bangun. Sesambil tue aku sempat gak usha keadaan di luar. Nampak dak Faiz dok bersembang dengan beberapa dak umah dia. Argh... lantak lah malas tul aku nak bangun tutup pintu. Aku dengan Farah sama2 dok tolak menolak antara satu sama lain nak suh tutup pintu. Last2 kami pakat biarkan jer. Sesambil tue dok layan astro (apsal aku rasa cam riak ler plak wakaka macam ler umah aku jer yg ada piring terbang tue wakaka)

Tak lama kemudian aku dah tak leh tahan mata terus terbuai dengan angin2 sepoi bahasa. Tetiba jer bunyi tepon menganggu aku yang sedang di ulit mimpi yang aku rasa cam bes arr gak wakaka. Sekali tengok si Tuntung dak dari room Malaysia yang call. Dengan suara yang aku rasa cam tak berupa suara wakaka aku menjawab panggilan tersebut. Tuntung kata ngapa aku tak on9 dak2 ramai dok cari aku wakaka sorry lah kengkawan aku keletihan so tak dapat ler aku nak on9. Kepada tuntung aku sampaikan salam buat kengkawan yang mengenali aku. Letak jer tepon aku leh sambung tdo. Giler arr anak dara tdo time2 maghrib. Sedar2 Farah dok kejutkan aku. Kami sama2 tergelak yer arr tak pernah di buat orang leh plak bantai tdo dengan pintu rumah tak bertutup. Grill langsung terngaga. Dah ler cam tue leh plak melengkau (bahasa org melaka) depan tv, yang sedang melihat kami tdo wakaka. Tengok jam dah pukul 9 lebih. Nie kalau si Farah tak kejutkan maunyer terlajak sampai ke pagi dengan keadaan pintu tak bertutup tue.

Jengah kat luar tengok dak Faiz dan 2 orang kawan dia dok lepak kat luar sambil tersengih2. Masa aku nak amik barang kat dalam kereta sempat gak arr dak Faiz dok usha aku.

Faiz : Ingatkan tak nak bangun tadi. (kengkawan dia pakat tergelak)

Aku yang tercenggang2 nie dok pandang dia.

Aku : Awak cakap dengan saya ker? (sambil buat muka blur)
Faiz : (dengan muka blur) Eh dengan awak ler. Kan awak dengan Farah tdo
kat depan tadi.

Terus aku terasa cam darah naik ke muka. Tersengih...

Aku : Heheh letih lah... tak sedar dah malam.
Faiz : Tue arr, kami jengah gak ler sebab korang kan tak pernah tak tutup pintu dah tue dengan grill2 sekali tak tutup. Lampu pun tak pasang.
Aku : (dengan slumber) OoooOOo... maknanyer selama nie korang dok usha umah kami yek. (gelak)
Faiz dan kengkawan tersengih.
Kawan Faiz : Sorry laaa... bukannyer per kami risau gak ler sebab takut pa per terjadi ker... yer arr saper tak risau tengok dengan pintu terbuka pastue plak lampu pun tak pasang.
Razif : Maaf... (dengan muka ala2 gentle kononnyer) tadi saya jengah rumah awak sebab keadaan rumah awak masa tue mencurigakan. Ingatkan pa per terjadi. Sekali nampak korang tengah tdo. Tak nak lah ganggu.
Faiz : Betul... betul... kami nie dari tadi dok sini jadi jaga (gelak) nak kejutkan korang rasa cam tak sampai hati nampak cam lena sangat.

Adoaiii malu giler aku.

Aku : Hm... terima kasih lah yek dan maaf ler kalau menyusahkan korang. Tapi.... (sambil memandang muka sorang2) kalau apa yang terjadi arie nie kompom korang tak kan bercakap dengan saya kan. Orang dah nak pindah baru ler nak tegur... selama nie tak nak plak tegur.

Faiz dan kawan2 terkejut.

Faiz : Loh... dah nak pindah ker? bila? kenapa?
Aku : Wahhh soklan pakej nampak. (sengih). yer arr kami nak pindah dah 28hb nie kat belakang taman nie jer... sebab rumah nie dah ada pembeli. Kami tukar rumah dengan tuan rumah kami nie jer. So, kalau ada antara korang free meh2 arr ringankan tulang tue tolong kami. Elok sangatlah kalau awal2 tahun dok wat keje amal.
Razif : Insya'allah... anyway saya, Razif. (sambil hulurkan tangan. aku dah taw nama ang dah dari Farah wakakak)

Sambut salam dia sambil memperkenalkan diri. Di ikuti dengan Faiz dan Alif.

Masuk rumah terus kena bahan dengan Farah. Aku pun ceritakanlah perbualan kami. Farah bengang sebab aku tak ajak dia sembang sekali wakakak

Faiz : (dengan muka blur) Eh dengan awak ler. Kan awak dengan Farah tdo kat depan tadi.