Friday, February 13, 2009

kLiuC's iNtErNaTi0NaL CuLTuRaL NiGhT...

Bena sebelum hari persembahan

The International Students of KLIUC will be organizing an International Students Festival, a two-day event to be held on the 12th (Thursday) and 13th (Friday) of February, 2009. The highlight of the festival is the International Culture Night, which is a presentation of colourful cultural performances by students of various backgrounds.

Alangkah best nyer kalau aku yang dapat wakakak

Best... best...

In order to enjoy the show, a ticket will be charged at RM3 per ticket.

In giving our support to the students of KLIUC, the Group is encouraging all staff to purchase the tickets and attend the show. Tickets are available at the Corporate Communications Department, or you can also purchase them from the students at their event booth, at the foyer of KLIUC.

In addition to the performances, a representative from the NSTP Group will also be attending the show to receive a mock cheque from the organisers for their Gaza Fund from the collection made by staff and students of Kumpulan Ikram. For those who have forwarded their contribution we thank you, but for those who would like to but has yet to do so, you may do so by coming forward to CCD, or forwarding the money to the designated person in your department asap.

Aku tak taw tarian nie nama per...

Persembahan yang paling bertenaga... aku suka tengok banggra (betui ker aku eja nie wakaka) bangra taw bukan bangla wakaka

Persembahan yang agak sopan santun

Persembahan yang agak2 bertenaga kot.. nie kalau berdasarkan pada gambar arr wakakak

Antara mereka yang telah menjayakan...

Antara pelajar dari luar negara yang menuntut ilmu di KLIUC nie

Pilih2... yang mana satu jadi pilihan korang wakakak

Antara yang hadir wakakak sekor pun aku tak kenai wakakak

aKSi GeGiLeR DaRi MeReKa2 YaNg GiLeR...

Atas permintaan ramai yang berupa ala2 ugutan pun ada gak (kepada mereka2 yang terlibat mmg hampeh korang!!!) so aku terpaksa 'rela' memasukkan semua dialog dan sedikit gambaran gambar2 di bawah nie. Nie kira aku edit semua dengan keadaan ikhlas tak seberapa ler taw wakakka... ngaku seh!!

Gambar di ambil di rumah baru Iera Bangkai
Ros : Qla nak pose cam ner nie?
Qla : Ko pose ler ala2 model pintu bilik air weiii wakaka
Iera : Huh! tak ingin aku jadi model pintu bilik air .
Qla : Ingin ker tak ingin ker... ko dah pun pose wakakaka


Gambar di ambil semasa terserempak dengan penjual Durian di Nilai 3.

Pergh!!! memasing cam tak pernah makan durian jer gayanya wakakaka

John: baekkkkkkkk punyaaaaaaa

Qla : aku campak gak biji derian nie kang... kot yer pun kasi arr possing maut dulu... wei iera!!!! apsal molot ko sama cam aku plak nie?? cam dah janji plak...ish... kot yer pun jgn ler tunjuk sangat...

Iera : aku pun x pasan arr qiellah... tapi x per lah lepas nie kita ajar plak ros cam ner nak wat molot cam kita nie wakakaka...

ros : baekkkkk

Semasa dalam perjalanan ke Sungai Sendat. Pergh!! sapa sangka kete aku leh masuk utan wakakaka Syabas Kebal!!! wakakaka...


Gambar semasa di Taman Botani, Putrajaya. Kompom ramai yang terkeluar biji mata nengok aksi kami yang masuk dalam rancangan Wanita Hari Ini wakakka... tue... jeles arr tu wakakaka


Wakakaka... gambar nie yang paling mendapat perhatian ramai. Aksi apul yang bertukar menjadi sami budha wakakaka

Nie plak aksi aku semasa dalam kandungan ibu nyer sudah bersiap sedia untuk di lahir kan wakakaka ada pic sorang lagi tue kira apul nyer uri la wakakak


Nie plak aksi budak2 di dalam room Kuala Lumpur Global Chat 10 yang tenat dan giler wakakaka

KoNVo FaTT... BeNGoNg DaK2 Ni waKaKa...

Tengah aku dok belek2 'pak tam' tetiba jer aku terperasan rupanya ada banyak pic yang aku tak upload dalam blog dan fotopages patut ler bebudak sumer dok pakat bising kat aku wakaka nie kat sini aku load pic masa konvo fatt kat pwct tahun lepas wakakaka...

Ni antara aksi yang bengong yang telah di rakamkan oleh mereka2 yang bengong wakakak..


Umi perasan ler ko wakakak tue laaa dulu saper suh ponteng sekolah kan dah tak merasa pakai jubah wakakak

Ngan Umi... teknik snap yang cam gumpunk wakakaka mangkuk tul saper yang snap pic nie nampak aku bertambah ketot wakakak

Pelajar Terbaik - Bidang Pergigian (Anugerah Dekan)
Secakersproff dengan lagak cam professor yang tak jadi wakakak ko jadi proff gigi jer ler wakakaka

Pelajar Terbaik - Bidang 'Bahan Membahan' (Anugerah Dekan)
Nak jugak masukkan pic nie wakakaka nampak tak muka tue... betapa suci murninya sesuciqiellah wakakaka

Pelajar Terbaik - Bidang 'Main Follow Jer' (Anugerah Dekan)
Ros cam tiang bendera pun ada gak aku nengok wakakaka

Pelajar Terbaik - Bidang 'Simbol' (Anugerah Dekan)
Apul ker nie??? ker Apuliaqqq??? wakakaka

Alamakkkkkk ada toyol ler wakakaka

Aksi yang sengal wakakak aikkkk ada yang melekat kat dinding??? wakakaka huru hara pwtc tue ngan gelagat kami sib baek tak kena halau ngan pengawal walaupun dah di jeling2... memang tak makan saman sungguh!!! wakakak memang ler kami makan nasi wakakak

Keluarga Bahgia Umi wakakaka

Tahniah dari kami semua khas buat Fatt...

NaSiHaT iKhLaS TaK pErLu BaYaR PuN...

Setelah aku membaca salah sebuah blog rakan aku tetiba jer aku terpanggil untuk memberinya satu nasihat. Layak kah aku utk mmberi nasihat?? terpulang pada para pembaca cuma pada aku apa kelebihan yang aku ada, aku nak share ngan org . tak salah rasanya utk aku berkongsi pendapat dengan org ramai. Kalau boleh terima, Alhamdulillah... kalau tak leh terima terpulanglah sebab negara kita nie bebas dan anda berhak utk berkata apa sahaja. (Mulut korang... bukan mulut aku pun...)

Tidak ada manusia yang berjaya tanpa halangan..
Tiada manusia yang inginkan kegagalan..
Tapi pernah tak kita fikir, kenapa kegagalan tu terjadi kat kita?

Aku ni salah seorang yg slalu bertemu kegagalan.
Bukan sikit kegagalan..
Tapi alhamdulilah, kegagalan itu sedikit sebanyak mengajar aku menjadi lebih baik pemikirannya dan insya allah, lebih baik dari orang yg yak pernah merasa gagal.

Seperti yang kita tahu, masalah dengan kehidupan tidak pernah berpisah ibarat isi dengan kuku. Hidup tanpa masalah bukanlah kehidupan namanya. Memang tak di nafikan, ada antara kita kadang kala terasa down, rasa tak berguna sesangat dan rasa macam dunia dah nak kiamat jer bila ada masalah.

Bila aku pikirkan balik secara positif masalah nie kadang2 elok juga pada kita cuba pikir secara positif. Semua nie merupakan pertanyaan pada diri sendiri.

1. Cabaran - Bila adanyer masalah sedikit sebanyak kita dapat mencabar kewibawaan dan tengok kemampuan kita samada boleh ataw tak.

2. Pemikiran - serta tahap IQ kita bagaimana tuk kita tangani masalah tersebut. Tengok pada diri sendiri boleh ker kita solve problem tue? tapi kalau kita tak mengamalkan konsep 'cuba' kita tak kan tahu kan.

3. Kekuatan emosi - ini paling penting. Emosi memainkan peranan yang penting di mana adakah kita nie tergolong dalam golongan yang emo ataw pun berfikir baru bertindak?

4. Negatif & Positif - adakah diri kita lebih cenderung ke arah negatif? positif?

Semua nie penting. Kadang kala sebab ego dan asyik merasakan diri tue sentiasa betul, kita selalu menyalahkan orang lain. Sebelum nak salahkan orang lain, tengok dulu diri sendiri dan cuba fikir... betul ker cara aku?

Sepanjang pemerhatian aku rata2 ramai antara kita lebih suka menyalahkan orang lain tanpa berfikir. Kadang2 diri tue sedar... 'tak patut aku buat cam tue' tapi utk meminta maaf dan mengaku ianya adalah berpunca dari kesilapan diri sendiri, mereka sanggup berdiam diri. Sudahnya yang terseksa adalah sebelah pihak lagi dimana sentiasa membawa tanda '?' atas kepala sepanjang masa selagi tidak mendapatkan kepastian. Sentiasa menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku. Pernahkah korang terpikir bagaimana perasaan dan nasib sebelah pihak tue?

Kadang2 aku pelik dengan sesetengah golongan nie. Selalu cakap yang mereka ada masalah tapi tak pernah nak meluahkan apa masalah yang sedang di hadapi. Tapi tahukah korang bahawa korang takkan dapat menyelesaikan masalah dengan hanya dok berdiam diri tanpa meluahkan. Dengan meluahkan, memang aku akui kadang2 pihak yang satu lagi tidak dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut tapi sekurangnya mereka boleh memberi pendapat dan sekuarang2nya kalian akan berasa lega 'bebanan perasaan di belengu masalah' tue akan berkurangan.

Kadang2 aku kasihan melihat mereka yang mempunyai hubungan tak kiralah hubungan apa pun samada dalam berkawan, bercinta, saudara ker apa ker... apa sahaja yang melibatkan hubungan. Sikap kononnyer tak nak menyusahkan orang lain dalam masalah yang dihadapi merupakan satu masalah yang paling besar dalam sesebuah hubungan. Tahukah korang kalau korang dah menjalinkan hubungan dengan orang lain itu bermakna korang dah mempercayai mereka dan menganggap mereka sebahagian dari diri korang? tapi bila korang cakap korang ada masalah dan bila di tanya apakah masalah tersebut korang lebih suka mengamalkan sikap berdiam diri. Kat sini aku sering tertanya di manakah sikap ataw konsep jadikan pasangan sebahagian dari diri sendiri?

Bila buat keputusan pernahkah korang terpikir cam ner ngan orang lain? cuba tanya pada diri sendiri adakah alasan yang korang bagi tue sekukuh2nya penyebab?

Sikap tak nak berterus terang - suka berahsia. Kadang2 cakap tak serupa bikin. Kononnya 'antara kita tiada rahsia'. kelakar tul la ragam manusia nie.

Pandangan aku terhadap sikap manusia:

*Keikhlasan - susah nak jumpa orang yang benar2 ikhlas dalam menjalinkan hubungan dengan kita. untuk menjalinkan hubungan keikhlasan tue penting. keikhlasan merupakan titik permulaan dalam hubungan. ikhlas tue sesuatu yang sangat transparen sejauh mana keikhlasan ataw seikhlas mana korang, hanya korang dan Allah sahaja yang tahu.

*Kejujuran - pada aku dalam hubungan memang perlukan kejujuran tapi tidak semestinya korang kena jujur dalam setiap perilaku ataw pun percakapan. kat sini aku boleh katakan ada sedikit kelonggaran sebab aku percaya ada ketikanya, ada sesetengah perkara kita tak boleh nak share dengan orang atas sebab2 tertentu. tapi andai kata korang sentiasa berlaku jujur merupakan satu bonus.

*Kesetiaan - paling susah nak jumpa dalam setiap diri individu. orang boleh cakap 'aku nie seorg yang setia' setiakah?? kat sini aku leh bangga ngan kaum aku. orang perempuan nie kalau dia dah setia insya'allah akan setia selamanya. aku bukan nak kata kaum lelaki tak der yang setia, ada tue ada tapi tak ler sebanyak orang perempuan wakakaka

*Persefahaman - tanya pada diri sendiri adakah aku memahami orang lain sehinggakan aku boleh nak cakap orang tak faham aku? macam mana orang nak faham kau kalau kau sendiri tak bgtaw apa masalahnya. kang bila belakunya sedikit perselisihan faham mulalah kata tiada persefahaman padahal sendiri tak nak cari persefahaman tersebut.

*Kepercayaan - paling penting. bila orang dah percaya, jangan lah plak hancurkan kepercayaan tersebut. nie tak main langgar jer seolah2 langsung tak menghargai. kat sini aku leh bangga dengan kaum aku sendiri (sorry guys) korang pernah dengar tak ada pepatah mengatakan 'orang perempuan nie kalau dia percaya, dia akan percaya bebetul... biarlah datang berpuluh2 orang dok menyampaikan keburukan pasangan dia tapi bila sekali korang (lelaki) tipu dia sampai bebila dia akan sangsi. " Orang perempuan nie hati dia lembut mereka mudah memaafkan tapi utk melupakan tidak sesekali"<<< ingat sampai mati ni weiiii wakakaka

Apa pun....Jangan sesekali kita down hanya di sebabkan 'masalah' ingatlah pesanan aku...

*Jangan sesekali membenarkan masalah membelengu diri kita. Lihat peluang dalam setiap masalah yang ada*

Firman Allah:
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".
(QS; Al-Baqarah:286)