Friday, February 13, 2009

NaSiHaT iKhLaS TaK pErLu BaYaR PuN...

Setelah aku membaca salah sebuah blog rakan aku tetiba jer aku terpanggil untuk memberinya satu nasihat. Layak kah aku utk mmberi nasihat?? terpulang pada para pembaca cuma pada aku apa kelebihan yang aku ada, aku nak share ngan org . tak salah rasanya utk aku berkongsi pendapat dengan org ramai. Kalau boleh terima, Alhamdulillah... kalau tak leh terima terpulanglah sebab negara kita nie bebas dan anda berhak utk berkata apa sahaja. (Mulut korang... bukan mulut aku pun...)

Tidak ada manusia yang berjaya tanpa halangan..
Tiada manusia yang inginkan kegagalan..
Tapi pernah tak kita fikir, kenapa kegagalan tu terjadi kat kita?

Aku ni salah seorang yg slalu bertemu kegagalan.
Bukan sikit kegagalan..
Tapi alhamdulilah, kegagalan itu sedikit sebanyak mengajar aku menjadi lebih baik pemikirannya dan insya allah, lebih baik dari orang yg yak pernah merasa gagal.

Seperti yang kita tahu, masalah dengan kehidupan tidak pernah berpisah ibarat isi dengan kuku. Hidup tanpa masalah bukanlah kehidupan namanya. Memang tak di nafikan, ada antara kita kadang kala terasa down, rasa tak berguna sesangat dan rasa macam dunia dah nak kiamat jer bila ada masalah.

Bila aku pikirkan balik secara positif masalah nie kadang2 elok juga pada kita cuba pikir secara positif. Semua nie merupakan pertanyaan pada diri sendiri.

1. Cabaran - Bila adanyer masalah sedikit sebanyak kita dapat mencabar kewibawaan dan tengok kemampuan kita samada boleh ataw tak.

2. Pemikiran - serta tahap IQ kita bagaimana tuk kita tangani masalah tersebut. Tengok pada diri sendiri boleh ker kita solve problem tue? tapi kalau kita tak mengamalkan konsep 'cuba' kita tak kan tahu kan.

3. Kekuatan emosi - ini paling penting. Emosi memainkan peranan yang penting di mana adakah kita nie tergolong dalam golongan yang emo ataw pun berfikir baru bertindak?

4. Negatif & Positif - adakah diri kita lebih cenderung ke arah negatif? positif?

Semua nie penting. Kadang kala sebab ego dan asyik merasakan diri tue sentiasa betul, kita selalu menyalahkan orang lain. Sebelum nak salahkan orang lain, tengok dulu diri sendiri dan cuba fikir... betul ker cara aku?

Sepanjang pemerhatian aku rata2 ramai antara kita lebih suka menyalahkan orang lain tanpa berfikir. Kadang2 diri tue sedar... 'tak patut aku buat cam tue' tapi utk meminta maaf dan mengaku ianya adalah berpunca dari kesilapan diri sendiri, mereka sanggup berdiam diri. Sudahnya yang terseksa adalah sebelah pihak lagi dimana sentiasa membawa tanda '?' atas kepala sepanjang masa selagi tidak mendapatkan kepastian. Sentiasa menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku. Pernahkah korang terpikir bagaimana perasaan dan nasib sebelah pihak tue?

Kadang2 aku pelik dengan sesetengah golongan nie. Selalu cakap yang mereka ada masalah tapi tak pernah nak meluahkan apa masalah yang sedang di hadapi. Tapi tahukah korang bahawa korang takkan dapat menyelesaikan masalah dengan hanya dok berdiam diri tanpa meluahkan. Dengan meluahkan, memang aku akui kadang2 pihak yang satu lagi tidak dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut tapi sekurangnya mereka boleh memberi pendapat dan sekuarang2nya kalian akan berasa lega 'bebanan perasaan di belengu masalah' tue akan berkurangan.

Kadang2 aku kasihan melihat mereka yang mempunyai hubungan tak kiralah hubungan apa pun samada dalam berkawan, bercinta, saudara ker apa ker... apa sahaja yang melibatkan hubungan. Sikap kononnyer tak nak menyusahkan orang lain dalam masalah yang dihadapi merupakan satu masalah yang paling besar dalam sesebuah hubungan. Tahukah korang kalau korang dah menjalinkan hubungan dengan orang lain itu bermakna korang dah mempercayai mereka dan menganggap mereka sebahagian dari diri korang? tapi bila korang cakap korang ada masalah dan bila di tanya apakah masalah tersebut korang lebih suka mengamalkan sikap berdiam diri. Kat sini aku sering tertanya di manakah sikap ataw konsep jadikan pasangan sebahagian dari diri sendiri?

Bila buat keputusan pernahkah korang terpikir cam ner ngan orang lain? cuba tanya pada diri sendiri adakah alasan yang korang bagi tue sekukuh2nya penyebab?

Sikap tak nak berterus terang - suka berahsia. Kadang2 cakap tak serupa bikin. Kononnya 'antara kita tiada rahsia'. kelakar tul la ragam manusia nie.

Pandangan aku terhadap sikap manusia:

*Keikhlasan - susah nak jumpa orang yang benar2 ikhlas dalam menjalinkan hubungan dengan kita. untuk menjalinkan hubungan keikhlasan tue penting. keikhlasan merupakan titik permulaan dalam hubungan. ikhlas tue sesuatu yang sangat transparen sejauh mana keikhlasan ataw seikhlas mana korang, hanya korang dan Allah sahaja yang tahu.

*Kejujuran - pada aku dalam hubungan memang perlukan kejujuran tapi tidak semestinya korang kena jujur dalam setiap perilaku ataw pun percakapan. kat sini aku boleh katakan ada sedikit kelonggaran sebab aku percaya ada ketikanya, ada sesetengah perkara kita tak boleh nak share dengan orang atas sebab2 tertentu. tapi andai kata korang sentiasa berlaku jujur merupakan satu bonus.

*Kesetiaan - paling susah nak jumpa dalam setiap diri individu. orang boleh cakap 'aku nie seorg yang setia' setiakah?? kat sini aku leh bangga ngan kaum aku. orang perempuan nie kalau dia dah setia insya'allah akan setia selamanya. aku bukan nak kata kaum lelaki tak der yang setia, ada tue ada tapi tak ler sebanyak orang perempuan wakakaka

*Persefahaman - tanya pada diri sendiri adakah aku memahami orang lain sehinggakan aku boleh nak cakap orang tak faham aku? macam mana orang nak faham kau kalau kau sendiri tak bgtaw apa masalahnya. kang bila belakunya sedikit perselisihan faham mulalah kata tiada persefahaman padahal sendiri tak nak cari persefahaman tersebut.

*Kepercayaan - paling penting. bila orang dah percaya, jangan lah plak hancurkan kepercayaan tersebut. nie tak main langgar jer seolah2 langsung tak menghargai. kat sini aku leh bangga dengan kaum aku sendiri (sorry guys) korang pernah dengar tak ada pepatah mengatakan 'orang perempuan nie kalau dia percaya, dia akan percaya bebetul... biarlah datang berpuluh2 orang dok menyampaikan keburukan pasangan dia tapi bila sekali korang (lelaki) tipu dia sampai bebila dia akan sangsi. " Orang perempuan nie hati dia lembut mereka mudah memaafkan tapi utk melupakan tidak sesekali"<<< ingat sampai mati ni weiiii wakakaka

Apa pun....Jangan sesekali kita down hanya di sebabkan 'masalah' ingatlah pesanan aku...

*Jangan sesekali membenarkan masalah membelengu diri kita. Lihat peluang dalam setiap masalah yang ada*

Firman Allah:
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".
(QS; Al-Baqarah:286)

7 comments:

farish izaryl @izreez said...

waa sape blogger tu qilah? hehee

fizzzy Ian said...

adakah saya???

wink*wink 44x kali. ala this is free world, free speach. tak suka tutup telinga duduk diam2.

cheers to you babe!

Cik Nazaitul Nadia @ Cik SesuciQiellah said...

wahhh aku baru nak tambahkan entry dah ada komentar wakakaka bukan komuter arr wakakak sabar2 wakakak

Cik Nazaitul Nadia @ Cik SesuciQiellah said...

sahhh dak rizz nie masuk2 opis bukak dulu blog wakakak sebab aku sendiri buat benda yg sama rizz ang jgn nak gebang arr wakakaka

Su Hana said...

salam kenal.. sy sgt2 setuju ngan n3 awak...

Cik Nazaitul Nadia @ Cik SesuciQiellah said...

hampeh mrs hasanif... aku baru nak wat serangan hendap terus di bloknyer wakakaka cis!!! hampeh dan hampeh lagi wakaak

diary, fara said...

aikkk... macam kenal jer ayat intro tuh!!!
nih kena copyright ni...