Wednesday, February 11, 2009

BiRtHdaY PrEsENt...

Dengan lafaz Bismillah aku mencapai kunci kereta dan bag pakaian yang telah aku pack malam tadi. Semalaman aku tak dapat melelapkan mata, otak pula berperang sesama sendiri memikirkan samada wajarkah aku pulang ke kampung menjenguk keluarga? dan akhirnya setelah bertenang aku membuat keputusan untuk pulang menjenguk keluarga.

Sepanjang perjalanan aku cuma berdoa moga2 mereka memaafkan aku atas segala kesalahan yang telah aku lakukan. Rasa berdosa benar kerna sudah lama tidak menjenguk mereka yang selama ini telah membesarkan aku. Semalam abah sempat menghubungiku sambil mengucapkan "Happy Birthday, dah dewasa dah anak abah nie. Abah doakan moga Dya sentiasa di bawah lindungan Allah, panjang umur dan abah sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak2 abah. Abah harap Dya tabah menghadapi dugaan dariNya. Ingatlah selalu bahawa apa yang terjadi ada hikmahnya dan Allah nak kita sentiasa ingat dan 'meminta' padaNya. Mungkin selama nie Dya ada abaikanNya. Moga tabah anakku"

Mengalir jua air mata tatkala mendengar ayat terakhir dari abah. Mungkin ada benarnya aku terlupa padaNYA. Mungkin aku salah 'meminta' selama ini. Betapa aku alpa dengan urusan duniawi nie. Subhanallah. Sedikit sebanyak kata2 abah menusuk kalbu aku dan sekaligus mencairkan hati yang selama nie membeku. Aku harus pulang!!!

Setelah memberentikan kereta di kawasan laman rumah aku masih berteleku di dalam kereta. Aku harus sedar dari lena yang panjang. Kelihatan emak keluar untuk melihat siapa yang datang barangkali. Aku lihat mak tersenyum sambil memanggil abah dan adik2 ku. Aku tersenyum sambil memeluk mak dan abah. Perkataan maaf tidak pernah lekang dari bibir mungil nie. Alhamdulillah kepulangan aku sememangnya di nantikan dan aku bersyukur kerna mereka memaafkan aku.

Setelah kami lunch bersama2, emak memandang adik sambil berkata 'adik...'. Hanya anggukan kecil dari mak adik seolah2 faham apa yang mak maksudkan terus hilang naik ke atas. Entah apa yang dibuatnya tidak aku ketahui. Aku hanya mampu berdiam diri. Husaini dan Husairi sama2 bangkit dari kerusi menghilangkan diri. Yang tinggal di meja makan adalah aku, emak dan abah sahaja. 'Mungkin ada perkara yang ingin mereka perkatakan pada aku agaknya' desis hatiku.

Aku sudah bersedia dengan sebarang persoalan yang ingin dibincangkan. Tiba2 Husaini dan Husairi muncul dengan sebiji kek dan mereka sama2 menyanyikan lagu 'Allah Selamatkan Kamu..' kami memang lebih suka menyanyikan lagu nie berbanding dengan lagu 'Happy Birthday'. Mengalir air mata aku. Sememangnya mak, Husairi dan Qayyum tidak mengucapkan apa2 ucapan sempena hari lahirku. Mak memeluk tubuhku sambil menguncup dahiku.

'Selamat hari lahir, Puteriku. Mak tidak sesekali melupakan hari lahir anak2 mak. Janganlah merajuk lama2 ingatlah kami semua sayangkan Dya'. Mak menghulurkan sebungkus hadiah untukku. Buat pertama kalinya mak memberikan ku hadiah sempena hari lahirku. Lantas aku memeluk mak sambil mengucapkan terima kasih.

Husaini dan Husairi masing2 berkongsi hadiah akan belanja dinner kami sekeluarga. Terima kasih adik2 ku. Maafkan kakak mu ini.



Hadiah gelang DYMIUM dari Mak Tersayang.


Terima kasih mak... hanya itu yang mampu ku perkatakan. Maafkan atas keterlanjuran diri ini...

LeBai MaSuK PeRtaNdiNgaN KaRaOKe KaT TaSiK IdaMaN...

Pada Jumaat kot aku tak berapa nak ingat laaa adoaiii aku telah endapat satu sms dari angah_cx3 yang berbunyi:

'Salam... malam nie lebai akan masuk pertandingan karaoke kategori rock di TI.Jom g tengok nak???'

Terus aku berbalas sms dengan angah. Memula aku cakap ler kalau nak g kena g awal sebab kalau TI ada wat apa2 function jangan mimpi ler ang nak dok depan dekat ngan pentas. Aku cakap kat angah datang jam 8.30 malam dan pastikan kita sumer dapat tempat dekat ngan stage bukannyer per supaya leh nampak dengan jelas wakaka. Pastue aku roger ler dak2 yang lain. Kalau bab roger meroger nie aku tak der masalah. Yang masalahnyer kalau ada sms yang masuk bertanyakan:

'Saper gie yang ada?'

Yang nie memang paling aku berasap dan menyampah!! Pada yang tau, taw ler aku memang me'mangkuk'kan jer saper2 yang dok tanya aku soklan cam tue. Yer arr mana ler aku taw saper yang mai. Dah tentu aku yg roger dak2 samada depa mai ataw tak aku tak taw. Sudahnyer aku jawab cam nie:

'Angpa nak mai, mai jer tak yah tanya saper yang yg ada. Saper yang datang nanti dia ler yang mai... adoaiii'

Haaa... tue ayat aku yang paling baeeekkk aku kasi. Dak2 ramai dah paham dah pangai aku. Kalau masih bertanya memang aku mangkukkan jer arr depa. Lagi mau tanya. Tah ngapa ayat tu menguji sungguh kesabaran aku wakaka.

Aku roger Ros, tanya dia dan beliau telah minta aku tuk amik dia. So oleh kerana aku nie mengamalkan sikap setiakawan waaahhhh... aku gerak dari rumah 8.30 malam terus shoot ke Tasik Permaisuri amik Ros. Aku suka kalau dapat berkumpul reramai cam nie sambil2 tue kita sama2 bagi sokongan pada member memang mablessss rasanya.

Masa otw ke TI dapat call dari umi mengatakan yang dia dah sampai dan aku pun gunakan mandat aku suh dia amik port paling depan dan dekat dengan stage. Aku sampai2 jer tengok umi bebetul bertindak mengikut arahan sungguh wakakaa... angah mai ngan tunang dia. Apa yang aku kecik ati sikit ler ngan si angah nie (kalau ko baca memang sungguh elok arr) yer arr dah ler ko yang dok antar sms kat aku ajak p TI sekali bila aku sampai kat table nengok umi ngan kak liza jer yang ada. Usha2 line aku dah nampak pala ko kat table lain dengan beberapa orang kawan pompuan ko. Aku sms kat ko ajak lepak sekali kat table kami ko kata kang ko mai. Aku sampai wat call g kat ko tetengah bising tue. Sudahnya ko dok paku kat situ sampai kami nak bla. Bagus gak ler pangai ko. Geram sungguh aku ngan ang nie angah. Pas ni kalau ang invite aku gie memang aku dah tak nak g dah wakaka... ang nak kata aku kata ler lantak arr... cam nie ker member???

Masa nak balik tue dak2 dok heret aku p kat ko. Nak tak nak aku g gak arr salam ngan ko dan beberapa kawan pompuan ko. Aku dengar citer ko datang ngan tunang ko. Awat tak nak lepak ngan kami??? asal??? ko malu ker nak perkenalkan kami dengan tunang ko? kalau cam tue tak yah kawan arr ngan kami. Dok invite org tapi duduk lain2 meja berlagak tak kenai. Aku cukup menyampah org pangai cam nie. Masa mai kat table ko tue aku nak jer sembur ko nak jer aku cakap...

'Kalau takat sms invite org suruh mai, pastu ko pakat dok lain2 meja, baik tak payah invite'

Nasib baik ler aku nie masih ada lagi rasa nak jaga air muka ko depan tunang ko kan aku diamkan jer arr.

Lebai sing lau Kristal tajuk 'Seragam Hitam' agaknya arr... wahhh bro... lu wat melodi sendiri lah plak wakakaka bagai nak jatuh rahang aku nengok ang wat melodi sendiri wakaka.. apa pun malam tue aku rasa lebai ni jer arr yang ikut tema kategori rock yang lain aku rasa cam rock kuntum jer wakakak...

Apa pun aku berani katakan Lebai menghadapi saingan yang hebat. Minggu depan ada lagi saringan ke 3 dan 4.
SAMBUNGAN CITER...
Selepas abis sumer pertandingan, kami semua beransur pulang (kemain skema gie ayat aku wakakak) sebelum tue kena ler salam2 ngan dj kat situ... saper gie kalau bukan abg jeff, abg zul dan Farihah kang di katanya kami nie lupa kawan lah plak wakaka... sampai jer kat pintu keluar abg, ros dah sedia menanti. Aku ingatkan depa nak gerak sama kot sekali abg tarik aku ngan iera ajak plak mancing. Huaaaa... aku tak suka mancing... nak tak nak aku telah di paksa rela oleh iera, ros dan abg huaaa... kami mancing kat belakang TI tue. Yang g mancing tue sampai 4 orang joran nyer sebatang jer hampeh jer... bengang abg pe tak nyer... orang dok mancing senyap2 dia punya ler fokus sampai nak juling biji mata dok tengok tali wakakak aku dok bahan dia. Last2 dia cakap 'diam ler dik.... kang abg humban dalam kolam nie kang' wakakaka... sorry ler bang, mulut adik nie tak der insurans wakakak lebih2 gie bila time2 pepagi buta tue kalau takat nak dok dendiam sampai nak kentut pun tak leh baik balik umah tdo jer wakakak... aku ngan iera asyik bercakap jer... last2 sekor ikan pun tak dapat.. padan muka wakakaka kami balik lewat pagi hehehe... jangan harap aku nak g lagi wakakaka... mancing ikan bukanlah termasuk dalam agenda hidup aku, kalau 'mancing lain' ada ler wakakaka...

KiSaH SeRaM... NaNtiKaNLaH KeMuNCuLanNya...

Ari nie aku wat serangan hendap terhadap beberapa blog rakan2 aku maklum arr dah 4 arie aku tak melawat teratak masing2. Wahhh sumer pakat wat citer seram. Yang aku peliknya bukannyer nak masukkan kisah sendiri ataw pengalaman sendiri nie dok pakat paste citer org. Weiii letak arr pengalaman korang baru ler best!!! setelah aku baca blog mereka, tetiba jer aku terasa cam aku di rasuk oleh hantu blog untuk masukan entry pengalaman aku sendiri ke dalam blog nie. Apa pun insya'allah esok ler aku masukkan sebab arie nie aku nak ke spital atas urusan2 tertentu wakakaka... nantikan kemunculannyer...

Kata orang kalau kita citer kat orang berdasarkan pengalaman sendiri, orang yang baca akan merasai akan kewujudannyer betul ker??? entah... apa pun benda tue memang wujud cuma kita kena lebih berani sebab benda tue sendiri sebenarnya takutkan kita... Apa pun berserah pada Allah dan minta di jauhkan darinya.

Kepada yang penakut tue wakakakakaka... tue jer arr yang aku leh cakap hanya .... wakakakakaka