Wednesday, February 11, 2009

BiRtHdaY PrEsENt...

Dengan lafaz Bismillah aku mencapai kunci kereta dan bag pakaian yang telah aku pack malam tadi. Semalaman aku tak dapat melelapkan mata, otak pula berperang sesama sendiri memikirkan samada wajarkah aku pulang ke kampung menjenguk keluarga? dan akhirnya setelah bertenang aku membuat keputusan untuk pulang menjenguk keluarga.

Sepanjang perjalanan aku cuma berdoa moga2 mereka memaafkan aku atas segala kesalahan yang telah aku lakukan. Rasa berdosa benar kerna sudah lama tidak menjenguk mereka yang selama ini telah membesarkan aku. Semalam abah sempat menghubungiku sambil mengucapkan "Happy Birthday, dah dewasa dah anak abah nie. Abah doakan moga Dya sentiasa di bawah lindungan Allah, panjang umur dan abah sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak2 abah. Abah harap Dya tabah menghadapi dugaan dariNya. Ingatlah selalu bahawa apa yang terjadi ada hikmahnya dan Allah nak kita sentiasa ingat dan 'meminta' padaNya. Mungkin selama nie Dya ada abaikanNya. Moga tabah anakku"

Mengalir jua air mata tatkala mendengar ayat terakhir dari abah. Mungkin ada benarnya aku terlupa padaNYA. Mungkin aku salah 'meminta' selama ini. Betapa aku alpa dengan urusan duniawi nie. Subhanallah. Sedikit sebanyak kata2 abah menusuk kalbu aku dan sekaligus mencairkan hati yang selama nie membeku. Aku harus pulang!!!

Setelah memberentikan kereta di kawasan laman rumah aku masih berteleku di dalam kereta. Aku harus sedar dari lena yang panjang. Kelihatan emak keluar untuk melihat siapa yang datang barangkali. Aku lihat mak tersenyum sambil memanggil abah dan adik2 ku. Aku tersenyum sambil memeluk mak dan abah. Perkataan maaf tidak pernah lekang dari bibir mungil nie. Alhamdulillah kepulangan aku sememangnya di nantikan dan aku bersyukur kerna mereka memaafkan aku.

Setelah kami lunch bersama2, emak memandang adik sambil berkata 'adik...'. Hanya anggukan kecil dari mak adik seolah2 faham apa yang mak maksudkan terus hilang naik ke atas. Entah apa yang dibuatnya tidak aku ketahui. Aku hanya mampu berdiam diri. Husaini dan Husairi sama2 bangkit dari kerusi menghilangkan diri. Yang tinggal di meja makan adalah aku, emak dan abah sahaja. 'Mungkin ada perkara yang ingin mereka perkatakan pada aku agaknya' desis hatiku.

Aku sudah bersedia dengan sebarang persoalan yang ingin dibincangkan. Tiba2 Husaini dan Husairi muncul dengan sebiji kek dan mereka sama2 menyanyikan lagu 'Allah Selamatkan Kamu..' kami memang lebih suka menyanyikan lagu nie berbanding dengan lagu 'Happy Birthday'. Mengalir air mata aku. Sememangnya mak, Husairi dan Qayyum tidak mengucapkan apa2 ucapan sempena hari lahirku. Mak memeluk tubuhku sambil menguncup dahiku.

'Selamat hari lahir, Puteriku. Mak tidak sesekali melupakan hari lahir anak2 mak. Janganlah merajuk lama2 ingatlah kami semua sayangkan Dya'. Mak menghulurkan sebungkus hadiah untukku. Buat pertama kalinya mak memberikan ku hadiah sempena hari lahirku. Lantas aku memeluk mak sambil mengucapkan terima kasih.

Husaini dan Husairi masing2 berkongsi hadiah akan belanja dinner kami sekeluarga. Terima kasih adik2 ku. Maafkan kakak mu ini.



Hadiah gelang DYMIUM dari Mak Tersayang.


Terima kasih mak... hanya itu yang mampu ku perkatakan. Maafkan atas keterlanjuran diri ini...

5 comments:

Kak Senduk said...

orang kata pakai gelang dymium tu leh jadi kurus..ape kata ko pakai satu badan..3 jam gerenti kurus uolss

Cik Nazaitul Nadia @ Cik SesuciQiellah said...

siot nyer kak senduk mmg tunggu masa jer nak di sendukkan nampaknyer wakakak yer ker leh kurus? mana dapat fakta nie weiii wakaka giler ko nok nak pakai satu badan wakakaka

farish izaryl @izreez said...

happy besday!!..:p

Cik Nazaitul Nadia @ Cik SesuciQiellah said...

thanx rizz heehe... dah naik setahun daaa.. kan best kalau tahun berubah, umur tetap maintain wakaka

Ron Veronicazo said...

yeyeh beshnya dapat hadiah besday..