Setiap orang mesti ada kenangan tersendiri kan??? samada gembira dan duka... (sah2 aku wat n3 nie bro corey akan cakap aku emo wakakkaaka)
Tadi aku ada g satu tempat nie... bila aku nak pulas tombol pintu jer aku terdengar satu suara... ya... suara yang amat aku rindui sejak 9 bulan yang lalu... terus aku terkedu di situ.
Ya Allah... bohong lah kalau aku katakan yang aku langsung tak mempunyai apa2 perasaan setelah mendengar suara tersebut sedangkan selama nie aku amat mendambakan bisikannya. Kerna terlalu rindukan bisikannyer aku terus tak jadi buka pintu tue, hanya berdiamkan diri sambil mendengar dan tidak semena2 mengalir air mata nie yang telah sekian lama tidak mengalir. (bak kata bro corey : bro taw Qla kuat... tabah dan berhati waja... arie nie aku tewas bro... salahkah aku kerna melayan perasaan nie????)
Ya Tuhan... adakah kerna mengalirnya air mata ini, ini bermakna aku telah tewas???? tewas dalam permainan dan percaturan hidupku sendiri???? adakah aku lemah??? lemah dalam menghadapi dugaan darimu???
Ya, selama nie aku cuba tuk melupakan nya... walaupun hakikatnya aku tahu aku tak mungkin akan melupakan nya tetapi aku terpaksa melupakannya. Aku telah cuba untuk berjauhan dengan apa sahaja yang boleh membuatkan aku mengingatinya namun arie nie.... yaaa... arie nie ternyata aku kalah... air mata nie lah yg membuktikan segalanya bahawa aku masih menyayanginya.
Dialah yang telah mengajar aku erti sebuah perhubungan. Dan aku amat berterima kasih padanya. Walaupun aku amat terluka dengan apa yang telah di lakukan pada aku, namun aku tak pernah marah... malahan terus terang aku katakan perasaan sayang makin menebal. Salahkah aku menyayangi mu???? salahkah aku menyintaimu????
Terima kasih kerna pernah hadir dalam hidupku dan biarlah aku hidup dengan kenangan bersamamu...
salormoon : beb.... ade member lama lu kem salam
hanya dirimu : nampak beb
hanya dirimu : ckplah dgn dia beb..masuk jer sini..wa ok jer...buat mcm biasa
hanya dirimu: wa kawan jer dgn semua org
Walaupun hanya sekejap, aku redha, pasrah dan bersyukur kerna aku masih berkesempatan lagi untuk mendengar suara mu. Cuma aku sahaja yang tidak mempunyai kekuatan untuk berdepan denganmu. Terima kasih.... terima kasih walaupun seketika...
Terlalu banyak dan besar dugaan yang telah di turunkan buat aku... sebagai manusia biasa ada ketikanya aku seolah2 hilang pedoman idup namun alhamdulillah masih ada laie cahya keimanan terus mengejutkan aku dari lena yang panjang... cepat2 aku beristifar dan motivate diri sendiri bahawa...
'Allah tahu yang aku mampu mengatasi dan menangani dugaannya, Allah takkan duga hambanya jika dia tahu hambanya itue tidak mampu mengatasinya. Dan hanya hamba yang terpilih sahaja yang di duga olehNya'