Wednesday, December 3, 2008

KeBaNGGaaN MaLaYSia...

Salam Bersahaja,

Alhamdullilah aku masih berkesempatan lagi untuk melawat dan sekaligus memasukkan entry baru yang tak der ler baru sangat kan hahaha...

Tengok tajuk kali nie sure semua terkejut kan dan tertanya2 apa ler berita gempak nie kan? Tengoklah pic aku nie... bangga... bangga.... wakakaka... jangan ada yang muntah berdarah plak yek...

Model : Nadia
Lokasi : Paris

Model : Cik Hajar
Lokasi : Jepun

Model : Qiellah

Lokasi : Jepun

Sudah 2 hari aku bergomol dengan blog nie dan oleh kerana aku mulai terasa yang otak aku hampir-hampir meletup, aku buat keputusan inilah di hasil blog aku.
Aku letak gambar Jaja sebab atas tunjuk ajar beliaulah akhirnya aku berjaya mendalami ilmu blog (wahhh hampeh jer ayat... mendalami ilmu agama kira insaf lah jugak kan). Beliau juga merupakan sahabat aku yang paling memahami aku... alhamdulillah Allah perkenalkan aku dengannya walaupun hanya melalui dunia Cyber... Insya'allah andai aku di panjangkan usia dapat lah aku berjumpa dengannya secara live dalam awal tahun depan...
Aku ingat nak story sikit perihal sahabat aku nie tapi aku perlu mendapatkan banyak pic2 yang aku rasa menarik dari beliau... akan ku pujuk dia untuk bagi pic... kalau tak kasi gak kali nie kompom aku bom ko beb tak pun aku aan buat rampasan paling berjaya... wakakaka....
Wokehlah aku nak citer sikit pasal blog nie...
  • Aku memilih background gambar catur sebab bacalah aku nyer header tue... hidup memang sebut percaturan... kadang-kadang dalam tak sedar setiap keputusan yang kita buat, kita seolah-olah telah mempertaruhkan kehidupan kita... sebab itulah sebelum buat keputusan kita kena fikir sebaik-baiknya... dan yang paling penting jangan sesekali kita menyesali keputusan yang telah kita lakukan
  • Header aku letakkan gambar tue sebab rasa bangga plak wkakaka.... uiks... jangan nak perli ataw kutuk aku arr ... sebenarnya dalam kehidupan selalu kita alpa untuk memberikan pujian pada diri sendiri... seolah-olah kita sendiri tidak menghargai diri taw... lagi pun kalau nak tunggu korang puji alamatnya 'berlendir' (teringat seseorang yang selalu menggunakan perkataan nie bila aku lambat reply pm dia hahaha ) arr tunggu...
  • Memandangkan aku kini makin di landa tsunami kerja, aku bercadang untuk STOP fotopages (http://sesuciqiellah.fotopages.com/) dan tumpukan perhatian pada blog sahaja.
  • So kat sini nanti aku akan masukkan semula entry dalam fotopages dan kemungkinan besar memakan masa yang agak lama lah jugak yek.
  • Kalau korang bersetuju dengan cadangan bernas aku tue (bernas ker???) sila komen yek.
  • E-Novel aku insya'allah aku akan masukkan url dia dalam blog ni setelah mendapatkan tunjuk ajar dari Jaja (minah nie suka ajau sekerat2 arr)
Addiosssss...