Sunday, January 4, 2009

PeRTuNaNGaN MoHD HuSaiRi BiN MoHD aLi...

Tarikh : 28 Disember 2008
Hari : Ahad
Lokasi : Batu Kurau, Perak


Mohd Husaini Mohd Ali, Mohd Husairi Mohd Ali, Nazaitul Nadia Mohd Ali

Wahhh saper sangka anak ke 3 En. Ali nie dah sampai seru untuk mengikatkan tali pertunangan dengan anak dara orang. Kakak dan abangnya tah bila lah agaknya nak sampai seru... asal tanya jer ada jer jawapan... yang kakak akan menjawab 'andai ada jodoh adalah... serahkan pada yang Maha Berkuasa kerna DIA lah yang Maha Mengetahui Segalanya', yang si abang pula akan menjawab 'kasi ler abang enjoy dulu..'. Bila saudara mara bertanya pasti si kakak hanya tersenyum dan menjawab no komen... wahhh dah pasan dah... jawapan cam artis plak... kalau selalu sangat tanya... tahap kepanasan dalam badan melebihi segalanya si kakak akan menjawab 'malam nie jemput lah datang... sekian, terima kasih'. Abang pula akan menjawab 'tunggu akak dulu lepas'... nie semua ayat nak melepaskan diri.

Akhirnya antara nak dan tidak, En. Ali dan Pn. Rohaya terpaksa akur dengan keputusan anak-anak. Sebelum anak ke 3 En Ali membuat keputusan dia ada juga bertanyakan pendapat kakak dan abangnya berkenaan dengan keputusannya untuk bertunang. Si kakak akan menjawab...

"Emak, abah, Herry atau Seni... kalau di takdirkan satu hari kalian bertemu dengan sesiapa yang kalian inginkan menjadi teman hidup kalian, teruskanlah niat suci kalian tue. Apa pun kena ingat selalu, kita bukan orang senang, ada adat... mak dan abah kita masih hidup... jangan sesekali membelakangkan keluarga. Pasal akak, kalian jangan risau... kalau kalian nak nikah dulu sebelum akak pun akak tak der hal. Jangan sebab akak pula kalian tak nak bertunang dan bernikah plak... semuanya Allah dah tentukan. Mak, abah... tahu kan anak abah dan mak nie cam ner hatinya... so maafkan akak" rahsia di hati tiada siapa yang tahu hanya berserah pada yang Maha Esa.



Hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan

Pemandangan setelah di masukkan ke dalam bonet kete

Rombongan pihak lelaki bertolak ke Perak tepat jam 9-10 pagi, Ahad sebab Dak Ery kata majlis lepas solat Zohor. Kami pergi dengan 6 buah kereta. Oleh kerana majlis pertunangan ni merupakan majlis yang pertama dari keluarga En Ali dan Pn Rohaya, keadaan dan kemeriahan tue agak menerujakan (ada ker perkataan nie? hahaha) Tak sangka kete kebal nie leh jalan jauh gak wakakak bertanggungjawab membawa para teruna dan dara sahaja

Kete adik aku yang bertanggungjawab membawa para vateran dan barang hantaran wakakak

Salah sebuah kereta pak cik aku yang turut serta menyibuk kan laluan di jalan raya waakak

Seperti biasa memandangkan aku seorang photografer aku telah di paksa rela untuk mengambil gambar bagi sepanjang majlis tersebut. Bila lagi nak berkhidmat untuk kelurga sendiri kan asyik buat untuk majlis orang jer...

Sampai jer kat salah sebuah masjid di Batu Kurau, Perak ada lagi sebuah kereta yang sudah menanti rupanya pak cik aku dari Johor dah sampai dulu sebab dia memang dah menginap di salah sebuah hotel di sana. Kira wakild ari sebelah abah aku ada pak cik aku dari johor dan mak ngah aku yang merangkap juruhias barang hantaran dari Port Dickson. Sebelah mak aku yang paling ramai. Dari nenek aku, pak lang aku sekeluarga, pak cik aku sekeluarga, pak long sekeluarga, Dak Olol dan isteri.

Keadaan kesihatan mak agak kurang sikit sebab dia tersalah makan. Pepagi dah di bantainya makan pulut pastu jalan jauh plak... sampai sana mak dah berpeluah, badan dah seram sejuk... argh... sudah... mak kalau dah tak sihat kami sekeluarga memang risau yer arr mak cam aku gak kalau sekali jatuh sakit memang mengambil masa yang agak lama untuk pulih. Aku tengok muka mak dah pucat sempat juga lah aku urutkan kepala dan badan mak... memang banyak angin badan mak sampai termuntah jugak lah dia. Bila dah muntah tue keadaan dia masih boleh control. Aku sempat juga berbisik pada adik untuk selalu perhatikan dan berada di samping mak sebab takut mak pengsan jer. Jalan jauhlah katakan. Dalam pada aku mengambil gambar sempat juga aku menjeling melihatkan keadaan mak aku. Risau aku.

Reaksi mak pula, masih mengagahkan diri memandangkan nie merupakan majlis pertunangan yang pertama dalam keluarga kami. Memang aku perasan sangat mak kuatkan semangat dan diri demi adik aku. Kami sampai di Perak dalam 12.30 sebab kami berhenti di 2 perhentian. Kalau ikutkan aku memang aku teruskan jer... (pada yang pernah follow aku taw ler cam ner aku memandu kan, Bahar... hahaha) tapi di sebabkan kami pergi banyak kereta dan ada orang yang lebih tua dari kami tu yang terpaksa berhenti. Kami berhenti di hentian Tapah dan Sungai Perak. Sepanjang perjalanan aku terpaksa berada di belakang sekali sebab takut ada yang tertinggal. Ery memandu kerete Seni mengetuai perjalanan kami. Seni pula bawak kereta aku dengan alasan yang aku berikan amatlah kukuh sebab aku nak amik gambar so upah aku adalah aku tidak akan memandu. Kemain ketat gie muka Seni memang nampak tak puas hati aku dan dak adik hanya ketawa gelakkan dia. Last2 aku pujuk lah dia cakap kalau dia letih kita tukar driver. Baru ler tersenyum adik aku sorang nie.

Lepas menunaikan solat, perjalanan di teruskan. Alhamdulillah kami sampai ke destinasi dengan selamatnya. Dengan pantas aku memintas semua orang untuk berada di hadapan dengan tujuan memudahkan aku mengambil gambar. Nama tunang adik aku nie Liza nama penuh dia tak pula aku tanya. Pergh... kemain bagus lagi akak ipar... wakakaka... paling menyedihkan aku adalah keluarga bakal adik ipar aku nie semuanya tak kenai aku... hampeh jer... ada gak lah adik beradik dia kenai adik2 aku tapi tang aku jer depa tak kenai... hampeh sungguh... siap ler bila ko betul2 dah jadi adik ipar aku... wakakaka... cam ada nawaitu nak wat jenayah buli jer...wahahaha...

Hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki


Masa dalam bilik untuk bergambar tue ler baru ler adik aku perkenalkan aku pada ahli keluarga bakal mertua dia. Baru ler semua nak salam aku ... hampeh jer... wakakaka... aku kalau dah bersama dengan camera memang aku lupa sekeliling sampaikan aku leh terlupa untuk makan... last2 balik kebulur aku... sampai kat rumah penginapan aku apa gie mengagau mencari makanan... aku apa gie gunakanlah 'mandat' yang ada memaksa adik aku yang bertunang nie kuar carikan makanan... hahaha... nanti aku loadkan pic ...

Herry dan tunangnya Liza...

Sebenarnya aku ada job kat sana secara kebetulan... so petangnya aku shoot ler ke lokasi kerja aku tue kejap jer gie... orang kata sekadar tunjuk muka jer... hehehe...

No comments: