Friday, January 29, 2010

LeFTeNaN MuDa MoHD HaFiz....

Salam bersahaja...

Alhamdulillah akhirnya aku berkesempatan juga menitipkan khabar berita buat tatapan para pengunjung blog ini.

Persoalan : Ada ker yg dok kunjung blog ni? hehehe

Mesti ada yang tertanya2 kenapa sudah lama tak nampak, dengar berita dan menghilangkan diri. Tapi sebenarnya aku sedikit sibuk sejak kebelakangan nie. Lebih2 lagi bila adik sepupu aku (Leftenan Muda Mohd Hafiz bin Zainol) terlibat dengan kemalangan jalan raya pada minggu lepas.

Dia xcden berhampiran dengan R & R Alor Gajah (kalau tak silap arr) pada pukul 4-5 pagi. Menurut kata salah seorang saksi, kereta Dak Apis di langgar oleh bas. Bas apa tak plak di pastikan. Keadaan kereta memang teruk. Ingat nak letak pic kat sini tapi rasanya tak perlu kot. Dan kini adik sepupu aku berada dalm keadaan koma. Memang dia kritikal dari Hospital Melaka terpaksa di bawa ke Hospital Kuala Lumpur.

Semalam lepas habis kerja aku otw ke HKL (sememangnya rutin setiap hari) tetapi dapat call dari Pak Lang (bapa dak apis) kata dah transfer ke Hospital Melaka. Agaknya dah stabil kot tapi katanya still lagi tak sedarkan diri.

Perkembangan sepanjang dia berada di hospital memula sampai HKL terus buat pembedahan kepala sebab berlakunya pendarahan pada otak. Masuk hari ke 2 telinga dan hidung tetap keluar darah lagi sampaikan terpaksa letak kapas. Masuk hari ke 3 alhamdulillah dengan Kuasa ALLAH dak apis mula menggerakkan kaki dan tangan serta kepala. Maha Besar ALLAH.

Para doctor kata harapan tipis kerana kecederaan yang serius tapi yer lah... doctor pun manusia biasa. Semuanya ALLAH yang akan tentukan. Andai DIA kata belum tiba masanya, masa bernafas lah lagi.

Saat aku membacakan surah Yassin entah kenapa rasa sayu jer hati... satu hari nanti aku juga akan di bacakan yassin. Siapa yang baca aku sendiri tak tahu... harap2 ada lah yg sudi sedekahkan yassin buat diri ini.

Masa aku bacakan yassin tue aku pegang tangan dia, bila habis jer baca tiba2 terasa genggaman yang kuat pada tangan dan dalam masa yang sama mesin yg membantu apis berbunyi kuat. Ya Allah!!! jangan lah apa2 berlaku. Aku cuba juga tarik tangan (saper tak cuak kang tak pasal2 di tuduh wat pa per plak kang)tapi terus terang aku katakan tangan dak apis kuat gengam tangan aku. Dalam hati mula terdetik kuat semangat dak apis nie... yer arrr kalau tak, tak kan leh jadi leftenan muda kan...

Sememangnya aku takut tika itu dan terus berbisik kat telinga dak apis..

"Pis, ngapa ni? sakit yer... jangan buat akk takut... sabar lah ingat Allah selalu... akk bacakan yassin lagi yer"

Barulah dia bernafas dengan normal... dan mesin tak berbunyi lagi... meleleh juga lah air mata mungkin dia kesakitan agaknya.

Ari ni aku demam, semalam ada bacaan yassin dan solat hajat kat area umah mak. Aku kasi nama dak apis dan adik kawan aku masa sekolah kat SMSU dulu. Pun kes yang sama dengan dak apis.

Lepas kerja nie aku shoot ke HKL nak hantar air yassin dari masjid buat adik kawan aku, Ayen. Yer lah kita hanya berusaha selebihnya tawakal pada Allah.

Harap kalian (para pembaca) dapat bersama2 mendoakan agar mereka sembuh hendaknya.

Monday, January 11, 2010

tAhNiAH AtAS pErkAhwInAN...

Salam bersahaja buat semua...

Alhamdulillah ketemu jua kita di ruangan yang paling aku sayangi kini. Hanya di ruangan inilah aku bebas untuk memperkatakan apa sahaja yang terbuku di lubuk hati ini. Dan syukur kepada Allah kerna masih memberi aku peluang untuk terus menikmati kehidupan yang sediada.

Di sini aku nak amek kesempatan mengucapkan tahniah kepada bekas rakan sekerja, bekas housemate yang telah melangsungkan perkahwinan pada 2 Januari 2010. Tahniah buat Rozatul Hanim bt Jamlus (wahhh... mention nama wakakak kompom ada yang gelak guling2 tue wakakak)

Ada ler beberapa orang staff kat IKRAM tanya aku tak g ker kenduri hanim? jawapan standard orang tak jemput tak kan aku terhegeh2 nak g kot... kalau korunk pun akan buat benda yang sama kan... walau apa pun sebagai rakan yang pernah mengenalinya apa yang mampu aku lakukan hanyalah mendoakan agar dia berbahagiaa hingga ke akhir hayat... amin...

Sebut pasal hanim nie, baru aku teringat beberapa hari yang lepas aku cam rasa2 terjumpa adik dia kat area sini... tapi betul ker adik dia? kang aku tegur kang buatnya salah orang tak ker kesian aku wakakaka

Pasal gambar tue aku rasa tak yah lah aku nak load kat sini... hehehe

ciPLaK...

Kau dan Aku memang ditakdirkan untuk bersama. Umpama Cinta Adam dan Hawa, kerana itu Aku Rindu, Sayang Kamu. Tapi semenjak kebelakangan ini, Situasi kita berbeza. Adakah Aku Scandal ataupun Tak Mungkin Kerna Sayang?. Kau tidak seperti dulu Dan Sebenarnya, menganggap cinta kita seperti Pakai Buang!. Ini yang membuatkan aku Bengang!. Masih Jelas kah cinta kau padaku? Wahai Aurora..janganlah kau Pergi. Walaupun kita Bencinta, janganlah biarkan Rindu Terhenti...

p/s : aku ciplak dari fb wakakak namo mara arr wakakaka

Sunday, January 10, 2010

OuR FaReWeLL BrEaKfAsT At IkRaM

Cerita dah basi hehehe tapi pada aku idak lew basi nau sebab aku masih ingat laie. Alhamdulillah akhirnya Allah perkenankan doa aku untuk mencari rezeki di tempat lain akhirnya. Syukur Alhamdulillah... terima kasih kepadaNYA kerna Dia Maha Mengetahui.

Tanpa berlengah lagi aku terus pm Fara, bertanyakan pasal contoh surat resign. Maklum arr wat pertama kalinya aku kerja nie kira cam formal arr... selalunyer aku nak berhenti men berhenti jer hehehe.

Setelah mengadakan perbincangan dengan Fara dengan pantasnya dia send kat aku surat resign. Yang kelakarnya aku hanya perbetulkan date sahaja yang lain2 sumer sama dan yang paling lawaknya... yg kemungkinan besar orang akan kata aku dan Fara telah mengadakan pakatan bersama-sama tuk hantar notice.

Bezanya Fara dah hantar manakala aku baru nak hantar. Atas perbincangan dengan Hj. Zamri, beliau cadangkan aku letak back dated itu pun atas jasa baek majikan arr. Aku pun call kak ina dan tanya dia samada boleh ataw tidak. Alhamdulillah kak ina setuju dengan cadangan tersebut.

Maka dengan itu kecohlah bahawa aku dan Fara akan berhenti kerja (nie kat Central jer) dan tergemparlah IKRAM yang aku nak berhenti kerja. Masing2 dok call dan kalau bersua muka mula arr tanya ngapa???? adoaiiii penat nak jawab... jawapan : jodoh dengan ikram sampai sini jer hehehehe.

Terima kasih pada Central sebab buat Farewell Party (kekdahnya wakakak) tuk kami... kat bawah nie ada pic so layan jer arr...


-KAMI SAMA2 LETAK JAWATAN... SELAMAT TINGGAL SEMUA...-


- DENGAN PN. SARINAH... TERIMA KASIH ATAS SEGALA TUNJUK AJAR, MAAF ATAS SEGALA KESALAHAN YANG TELAH DI LAKUKAN. BELIAU MERUPAKAN BEST FREN MAK LANG AKU HEHEHE. KAK INA NIE BAEK SANGAT TAPI BIASA LA... SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT INIKAN PLAK KAMI... BIASA LER APA YANG BERLAKU TUE... MASING2 ADA KELEBIHAN DENGAN KEKURANGAN. APA PUN NADIA MINTA MAAF SESUNGGUHNYA YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH DAN YG BURUK ADALAH KELEMAHAN NADIA SENDIRI.