Thursday, December 25, 2008

DeMaM...

Tarikh : 26 Disember 2008 (Jumaat)
Lokasi : Pejabat



Mata terbuka tepat jam 6 pagi entah kenapa hari nie rasa cam malas jer nak ke pejabat. Keadaan fizikal dan mental agak kurang stabil. Sejak pagi rabu lagi badan dah rasa lain macam... seram sejuk... akhirnya tangan mencapai handphone yang aku letakkan dekat almari comei bersebelahan dengan katil. Dengan mata yang hampir2 terpejam, jari jemari dengan pantas menaip sms mengatakan yang aku agak kurang sihat dan tidak mampu untuk memandu ke pejabat.

Setelah memastikan sms telah di hantar kepada rakan sekerja, mata ku pejamkan kembali. Ya Allah... sakitnya kepala aku.... badan aku semuanya sakit2. Farah, rakan serumah dah berkali2 ketuk pintu mengejutkan aku untuk ke pejabat. Akhirnya aku mencapai handphone menaip sms mengatakan yang aku tak sihat dan cuti arie nie aku send kepada Farah. Wahhh... satu rumah pun nak bersms??? aku tak larat lah nak bercakap...

Aku sambung tido balik... kenapa arie nie demam aku agak berlainan plak... selalunya tak pernah macam nie... sakit semua sendi2... nak bangun pun tak larat... aku terus di buai mimpi2 dalam kesakitan.

Tengahari Farah pulang ke rumah dengan membawakan bubur nasi... agak prihatin rakan ku ini... setelah di paksa makan depan dia, akhirnya aku berjaya juga menghabiskan setengah dari bubur tersebut. Agak mengecewakan kerna tak lama selepas tue aku muntah pula ternyata perut tidak dapat menerima sebarang makanan tika ini. Ku sangkakan Farah akan marah ataw berkecil hati sebab penat2 dia belikan makanan tuk aku, alih2 aku muntahkan semua makanan tersebut tetapi dia hanya tersenyum. Katanya... tak per... sekurang2nya aku makan... muntah ataw tak its ok... lega aku... namun aku terkilan lah juga dengan tekak nie... seolah2 tak menghargai usaha orang lain plak....

Itu kisah masa hari Rabu... hari ini aku terpaksa menggagahkan diri untuk ke pejabat setelah 2 hari berehat di rumah. Farah dah banyak kali menyuarakan ketidakpuasan hatinya semasa aku melangkah keluar dari rumah. Tapi nak buat cam ner aku perlu siapkan program yang telah di minta oleh majikan aku.

Masa tengah buat program, kepala menyucuk2 berdenyut2 terasa seakan2 di cucuk oleh benda tajam. Ramai rakan sekerja cakap muka aku pucat dan minta aku mc sahaja. Aku tak boleh cuti ataw mc... aku perlu siapkan sistem nie... nie pun sempat gak aku edit dalam blog... supaya aku tidak terlalu memikirkan pasal kerja dan kesakitan yang aku alami tika nie.

Adoaiii ngapa arie nie semua kerja cam aku tak bermaya nak buat nie??? mungkin sebab arie nie Jumaat kot...

Time lunch nie aku kena balik rumah... nak packing barang untuk ke Perak esok... penatnya aku....larat ker aku ke Perak nie??? sampai ker aku ke sana???

Doakan aku yer...

No comments: