Friday, February 6, 2009

DuGaaN & CaBaRan... WaHai HaTi TaBaHLah DiKaU...

Malam tadi entah tetiba jer aku moody. Piyed kot wakaka. Balik2 umah jer terus mandi (mandi lagi sekali untuk mendapatkan mimpi2 yg indah dan aman). Pastu aku dok baring2, golek2 atas katil sambil memeluk bantal peluk mata pula terarah kepada 2 bingkai gambar yang tergantung di dinding. Mata kejap2 memandang sebelah kanan, kejap2 sebelah kiri.

Hmm... kepala dok pikirkan apa yg aku lalui sepanjang usia ini? apa yang telah aku perolehi dan lakukan sepanjang kehidupan aku di muka bumi Allah ini? Banyak sungguh duka, lara dan ranjau yang aku lalui dengan agak2 tabah. Tabah ker aku?

Tahniah!!! kepujian pada diri aku sendiri, walau sebesar mana dugaan dan cabaran yang mendatang aku berjaya atasi walaupun aku akui ada kalanya aku kecundang dalam pergolakan emosi dan perasaan aku sendiri. Namun untuk meneruskan kehidupan aku perlu memotivatekan diri sendiri agar tidak terus kecundang. Alhamdulillah aku beruntung kerna mempunyai rakan2 dan sahabat yang sanggup berkongsi masa, dan pendapat dengan aku.

So, Nadia... kalau rasa ada yang tak sayang tue ingat2lah mereka2 ini lah masih menyayangi kau jer yang tak sedar. Sikap kau nie susah sangat orang nak baca. Kau lebih suka mengamalkan sikap berdiam diri.

Kadang kala berdiam diri adalah lebih baik dari berkata2. Org lain boleh membuat pelbagai anggapan tapi... ada aku kisah?? selagi kau leh cakap, cakaplah apa jer yg kau suka. Kang bila Allah dah tarik salah satu anugerahnya barulah kau taw. Biarlah... Allah Maha Mengetahui.

Aku bencikan kegagalan dan kekalahan. Jadi, untuk itu aku perlu lebihkan sikap berusaha dan terus berusaha. Namun sebagai makhluk ciptaan Allah, aku harus menerima takdir Allah. Namun untuk mengelakkan aku rasa down dan kecewa aku akan cuba untuk mendapatkan apa yang aku inginkan dalam hidup ini dan aku juga akan cuba untuk menjadi yang terbaik. Apa pun aku mementingkan kepuasan. Kepuasan kat sini bukanlah bermaksud bab nafsu (aku taw korg dok pikir tue wakaka) kepuasan yg aku maksudkan adalah kepuasan pada diri aku sendiri. Andai aku tidak dapat sesuatu tue, aku akan cuba tuk melihat kenapa aku tak boleh dapatkan? so bila aku dah selidik apa puncanya kat situ aku akan cuba tuk baiki dan andainya tak dapat gak so aku akan anggap bukan rezeki aku. Redha jer laa... sekurang2nya aku berusaha dan mencuba untuk menjadi yg terbaik. korang paham ker apa yg aku maksudkan nie? wakaka.

Bohonglah kalau aku katakan yg dalam hidup aku nie aku tak pernah sekali pun rasa kecewa dan kalah. Percintaan, kerjaya, impian, matlamat dan apa sahaja yang mempunyai kaitan dalam kehidupan setiap org pasti akan lalui apa yg aku lalui itu. Cuma bezanya antara kita adalah usaha dan rezeki. Andai telah di tetapkan oleh Allah rezeki tidak berpihak pada kita, terpaksa akur lah. Aku tahu dan aku percaya semua orang tahu yg tiada manusia yang sempurna, tapi sekurang2nya aku berusaha untuk menjadi yg terbaik. Aku berpegang pada satu : kalau diri sendiri dah tak sempurna, so tak payahlah nak mengharapkan yang sempurna. Kalau diri sendiri tidak masuk dalam golongan terbaik, so tak payahlah nak mengharapkan yang terbaik. Cermin diri sendiri barulah scan org lain. Nie aku cakap pada diri aku lah. Tak ada kena mengena ngan korang. Kalau koran setuju, setuju lah, kalau tak... terpulang. Masing2 ada pendapat yg berbezakan.

Dalam pada aku dok pikirkan apa yang bakal terjadi selepas nie sambil2 tue dok merenung masa depan yang masih lagi kelam dan samar2. Tetiba jer teringatkan mak dan abah di kampung. Bukan nak kata selama nie tak ingat. Apa lah agaknya reaksi mereka seandainya mereka tahu apa yang berlaku? Adoiii masalah betul. Agak lama jugalah aku tak menjenguk mereka dan adik2 aku kat kampung tue. Perlukah aku balik semperna hari esok? Hmmm... konflik diri mula ler berlaku. Nie yang aku paling malas nak melayan. Kang dok layan2 kang aku gak yg down.

Mak, abah...

Dya sayangkan mak dan abah. Maafkan Dya atas apa yang berlaku selama ini. Dya taw sikap Dya nie kadang2 buatkan mak dan abah pening dengan karenah anak sulung mak dan abah nie. Dya tahu mak dan abah marahkan Dya , bukan Dya tak memerlukan mak dan abah, cuma Dya tak nak menyusahkan mak dan abah. Dya taw mak dan abah tahu yang Dya ada masalah. Tak apa lah mak, abah. Dya akan cuba untuk selesaikan masalah Dy. Andai kegagalan adalah milik Dya, Dya akur dengan ketentuanNya. Apa pun anak sulung mak dan abah nie akan tetap berusaha.

Abah,
Abah kata Dya nie keras kepala, hati batu, ego (egokah?) semuanya Dya nak tanggung sendiri. Tapi Dya rasa semua sikap tue Dya warisi dari abah. Well abah, patut ler kita nie tak leh berbincang asl bincang jer pasti ada perdebatan antara kita. Bukan nak melawan tapi menegakkan apa yg Dya rasa betul. Apa pun Dya nak abah taw, walau sekerap mana pun kita bertekak abah tetap abah Dya. Tak pernah pun Dya membenci. Kalau marah2 sampai tak balik umah 2-3 bulan tue biasalah tanda memberontak tapi tak bermakna Dya tak amik taw apa yg berlaku kat kampung tue tanyalah adik2 Dya ada call mereka tanyakan khabar abah dan mak. Maafkan Dya. Dya taw Dya salah, tapi biarlah keadaan cool dulu. Egokah aku?

Mak,
Adoaiii sebut mak jer air mata dah rasa bergenang. Dya rindukan mak. Dya taw mak sentiasa cuba untuk mengorek rahsia hati anak dara mak nie tapi maaf... Dya dah lock pakai solect besaunyer pastue kunci Dya campak kan kat tengah laut. Ingat lagi last Dya balik kampung, mak asyik ajak Dya bersembang kat pangkin. Ada jer cara mak tuk ajak Dya bersembang. Kadang2 mak masakkan makanan kegemaran Dya. Mak masak laksa. Masa Dya lepak sorang2 kat kolam ikan abah, mak siap bawakkan 2 mangkuk laksa. Mak kata dah lama mak tak makan berdua dengan Dya sambil sembang2. Ya... memang Dya akui kita dah lama tak duduk bersembang bersama sebab Dya sibuk dan jarang balik. Sibuk kah Dya? ya...sibuk.. sibuk dengan kehidupan yang tak teratur. Maafkan Dya.

Ingat lagi masa makan tue mak banyak sembang dan Dya plak lebih suka menjadi seorang pendengar yg setia dan sesekali sahaja Dya menyampuk dan tersenyum. Apa yg membuatkan Dya tersentak adalah bila mak pegang muka Dya dengan kedua belah tangan mak. Mak kata Dya senyum tak ikhlas, tersentak Dya. Mak cakap lagi... mata Dya dah tak bercahaya lagi. Mak sentuh dada Dya, mak kata... kat sini... hati nie... sedang berduka. Mak kata kenapa Dya nak berpura2 dengan mak??? masa nie air mata Dya mengalir. Sumpah!!! Dya berusaha tuk bertahan tapi yer lah sekeras mana pun hati Dya nie, naluri wanita Dya tersentuh jua. Mak tetap tersenyum. Dya terus peluk mak. Hangatnya pelukkan mak... Dya dah lama tak peluk mak. Terasa diri ini di sayangi. Mak usap kepala Dya. Mak kuncup dahi Dya. Mak kata walau sebesar kuman pun Dya cuba sembunyikan perasaan Dya, naluri seorang ibu... tetap mak rasa. Mak yang besarkan Dya, dari kecil hinggalah sekarang. Mak kata Dya dapat sembunyikan dari abah, adik dan kawan2 tapi bukan dari mak. Mak cakap mak tak paksa Dya untuk bercerita, mak cakap bila Dya bersedia nak bercerita mak sedia mendengar. Mak kata selama nie mak bangga dengan Dya, tapi mak sedikit terkilan sebab Dya suka pendamkan perasaan Dya. Mak cakap dari kecik sampailah dah besar nie perangai Dya tak pernah berubah. Maafkan Dya mak... hanya inilah yang Dya cakap kat mak. Oleh kerana Dya tak nak berduka bila balik kampung Dya cakap 'mak... Dya nak peluk mak kekuat. Dya rinduuuuuuuu' mak cakap 'mak sayang... Dya'. Dya pun sayangkan mak...

Remy, terima kasih kerna ingat birthday aku. Tak sangka kau ingat lagi birthday aku. Per taknya tahun lepas sehari sebelum birthday aku, kau xcden. Kelam kabut aku shoot ke hospital setelah dapat panggilan dari John dan Evo. Takut aku akan kehilangan teman yang telah aku anggap seperti adik sendiri. Aku sayangkan kau. Ingat tue sampai mati!!!

Entah jam berapa aku terlelap. Sekali hp aku berbunyi tanda ada panggilan masuk. Tengok Remy call??? jam 12.04 pm. Eh ngapa nie??? tak pernah2 dia call time2 cam nie. Hati mula rasa tak berapa nak sedap. Angkat jer phone tetiba terdengar lagu "Happy Birthday" berkumandang di hujung talian. Eh!! hari jadi aku ker nie?? masuk 6 Februari dah rupanya. Ya.... hari lahir aku... naik lagi setahun umur aku. Terima kasih Remy sebab ingat hari lahir aku. Aku sendiri dah tak ingat birthday aku. Lepas sembang dengan Remy, aku sambung balik termenung.

Birthday Kek... tuk Nadia

'Happy birthday, Nadia' nak buat sujud syukur badan pula tak berada dalam keadaan yang mengizinkan aku tuk mengadap yang Maha Esa. Aku hanya mampu berdoa moga Allah memberikan aku kekuatan dan yang baik2 untuk aku. Aku tak mengharapkan sangat apa yg penting aku sentiasa di bawah lindungannya.

Lepas satu2 sms yang aku terima dari keluarga dan sahabat handai. Terima kasih kalian. Apa yang aku harapkan adalah moga persahabatan kita kekal hingga aku mati nanti. Amin.

Mocha Walnut Coffee Cheese Cake

Base

150 gm butter
30 gm gula perang
1 tbs instant coffee (campur dgn 1/2 sudu besar air panas)
200 gm digestive biscuits (Mc Vities) - hancurkan dan lumatkan
50 gm walnut – diblender halus
60 gm cooking chocolate (dicairkan)

Cara
Gaul biskut, kacang, gula, nescafe dgn butter tu tadi.
Tekankan ke dalam acuan springform berukuran 8 x 8 inci.
Bakar dalam 10 min dan sejukkan.
Ratakan chocolate yang telah dicairkan dan simpan dalam freezer sekejap.

Fillings

500 gm Philadelphia Cream Cheese
130 gm gula kastor
2 tbs instant cofee (campur dgn 2 sudu besar air panas)
20 gm tepung jagung
50 gm walnut halus
4 biji telur
300 ml whipping cream

Cara
Putar Krim Cheese dgn gula sampai kembang.
Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
Masukkan instant coffee, pukul hingga sebati.
Masukkan kacang dan tepung, pukul hingga sebati.
Masukkan whip cream dan kacau hingga sebati.
Tuang ke atas base tadi.
Bakar secara steambath....lebih kurang 45 minit ke 1 jam.
Tutup api oven dan biarkan kek tu di dalam oven, sekurang-kurangnya 1 jam.
Letak ganache sebagai topping.

*korang cuba la pasti sedap ... mMMmm daaaappp...

5 comments:

farish izaryl @izreez said...

wahh bf ke tu hehehee
sedapnye kek..wat 4 me lehh:p

mysterius-girl said...

qie ni resepi kau ke kau amik kat tenet=))=))wakkakakka apa pun heppy besday qie:*semoga di murahkah rezeki dan di cepatkan jodoh amin

c.u.m.i said...

hepi bday kak qiela...
bersabarlah menghadapi dugaan yg Maha Esa...
pasti terdpt pelangi setelah Allah menurunkan hujan...
keep smilling..
terkesima bace blog kak qiela...

Ron Veronicazo said...

happy belated bday babe :).. hope all ur dreams come true n many happy returns.

this post is so touching especially kat part yg u talk about ur mum. omg i feel like crying reading it..

diary, fara said...

dulu kan kak nad, fara pun lebih teruk lagi dari kak nad. pernah di label anak derhaka and fara pernah lari dari rumah, 6 bulan tak cakap ngan mak fara, dia operation pun fara tak tau... then my good fren mom meninggal..mak ada sebelah ngan fara jer, tapi bertegur ngan anak sendiri pun tak...
selepas tuh..baru fara tau..
kalau lah mak yg meninggal tuh mak fara...
we matured by mistake
we dont learn anything if we dont bermusahabah..
ada hikmah kita buat silap..
ada makna kenapa air mata mengalir
ada makna kenapa kita dilahirkan ke dunia
dan ada makna kenapa ada orang yg sayang kita dan benci kita...
(hehehe...peace!!)