Pergh... penghormatan aku kasi neh... siap letak sebagai tajuk gie...
Memula sekali aku nak citer pada 1 Februari 2009, masa 8.36pm dengan tidak semena-menanya (ada ker perkataan neh?) aku dapat sms dari seseorang hamba Allah neh (rujuk pada tajuk di atas wakakaka sajer nak kantoikan) yang berbunyi sebegini:
"apabila rakan2 terdekat anda g karok tanpa mengajak anda... adakah anda patut berkecik hati???" (sebijik2 aku tiru neh)
adoaiii wat suspen jer dah arr dapat dari no yang banyak aku ingatkan apa ler...
jawapannyer adalah : untuk apa nak berkecil ati hanya sebab karok tak ajak neh? buang masa jer kecik2 ati neh... lain kali nak kecik ati pun biar ler pada perkara2 yang agak2 hebat sikit.
Pada aku x der arr nak kecik ati pasai nak karok nie... sebab kadang2 ada org yg x invite kita, tapi jgn lupa kadang2 org yg kita invite tue ada invite org lain... so lu pikir sendiri ler beb jgn gatai2 g nak kuarkan statement pasai karok x di jemput alih2 datang neh... bagi aku orang cam nie adalah orang yg bodoh!!! kalau ko rasa x nak ajak baek ko buat karok sensorang jer mangkuktul!!! wahh teremo plak aku wakakak sebab benda nie pernah terjadi pada aku dan rakan2 yang lain.
Bodoh tul sebab tetiba jer aku terdengar ada yang kata depa tue sumer mana ada di jemput mai... tapi alih2 tengok datang plak..
Bangang ker per sib baek masa tue aku x der kalau tak nak jer aku cakap... angpa nie bangang ker per... kalau angpa nak wat karok just antara angpa jer... angpa bukak ler cf pastue inviter ler dak2 yang angpa nak ajak g karok tue... nie dok kecoh kat room per jadahnya?? bila angpa kecoh kat room, secara tak langsung dak2 nie dok invite ler rakan2 yang lain.... mangkuk tandas tul ler...
Wahhh baru sekarang aku lepaskan semuanya wakakak kemain lama aku pendam maunya setahun rasanya dok bernanah dalam hati nie....
Dan arie nie aku telah dapat pm dia neh...
cikhajar: (jgn bersedih) atas topik.. yg lalu biar berlalu =>>mengingat dan mengenang masa lalu kemudian bersedih nestapa dan kegagalan didlmnya merupakan tindakan bodoh dan gila. itu sama ertinya dengan membunuh semangat, memupus tekad dan mengubur masa depan yg belum terjadi let by gone be by gone my dear
Dari aku : betul juga...kalau setakat mengenang dan mengingat masa lalu, untuk di ambil sebagai satu pengajaran dan iktibar bagi memotivate kan diri supaya menjadi lebih tabah dan cekal dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan pancaroba adalah sesuatu yang baik dan positif ok jugak tetapi... kalau mengingat dan mengenang masa lalu kemudian bersedih, sememangnyer merupakan sesuatu tindakan yang bodoh. Betul... betul... betul... (upin ipin)
Wahhh hari ini aku dapat cerpen darinya yang berbunyi begini:
Nadia berjalan perlahan-lahan menuju ke tepi pantai Port Dickson.. ditinggalkan pesanan kepada teman serumahnya, Farah "Beb, aku ada hal kat luar.. tak balik malam ni.. " air mata berjujuran meniti pipi gebunya.. kenapa dia buat aku mcm ini? aku dah lakukan macam-macam untuk berkongsi segalanya bersama dia.. kenapa dia tuduh aku macam-macam?
Nadia bermonolog sepanjang hari. Pantai Port Dickson masih indah meskipun airnya sudah keruh.. deruan ombak.. desiran angin seolah-olah membawa Nadia ke satu alam yang menenangkan, meskipun hati dirundung duka, meskipun perasaan tergores calar. Namun melihat keindahan senja di pantai Port Dickson membuat hati Nadia kembali senyap seperti selalu..
Sejak beberapa bulan ini pantai Port Dickson akrab dengannya. Melarikan diri dari segalanya adalah lebih baik daripada menghadapinya. Sungguh Nadia tidak mampu menghadapinya. Sejuta cara di lakukan untuk melarikan diri dari hakikat hidup yang menyakitkan. Cinta yang suci tergadai begitu sahaja. Hati dan nurani yang ikhlas menyintai dikhianati oleh sang jejaka. Hati siapa yang tidak pilu? jiwa siapa yang tidak merana jika diperlakukan sedemikian rupa?
Nadia bukanlah seorang gadis yang mudah mengalah. Di hadapan semuanya beliau tersenyum, ketawa dengan gembira. Namun di dalam hati segalanya menjadi serpihan yang menyakiti pembuluh darah.. jiwanya kosong.. hatinya berkecai.. jatidirinya habis dimamah janji-janji palsu sang jejaka...
Namun nadia tidak keseorangan. Nadia dikelilingi oleh rakan-rakan yang menyayangi dirinya. Semuanya mengawasi Nadia dari kejauhan. Cuma menunggu masa untuk Nadia meluahkan segalanya. Untuk mereka menegur Nadia? ini bukan masanya bimbang kerana cinta, persahabatan tergadai.
Kisah kecurangan dan pembohongan sang jejaka satu persatu sudah terbuka. Cuma menunggu masa untuk Nadia menerima semua kenyataan ini. Ianya mengambil masa. Bergantung kepada kekuatan jiwa Nadia
Suatu hari dikurniakan oleh Nadia satu url dari seorang sahabat cybernya yang sama-sama sedang mengalami masalah yang sama dengan Nadia.
Mereka sama-sama insan yang terluka. Berkongsi rasa dan perasaan yg sama. Siapa kata dunia cyber ini penuh dengan penipuan?
Di ruangan cyber mereka berkongsi masalah pendapat dan kasih sayang. Mereka sahabat yang jauh tetapi mereka saling menyayangi. Aneh bukan?? mungkinkah kerana mereka sama-sama dilukai lantas menjadi semakin akrab kerana saling memahami dan kepada Nadia, sahabat cybernya ini ingin berkongsi sedikit mutiara kata dr url ini
*wahai masa lalu yang telah pergi, tenggelam lah kau seperti mentari, aku tidak akan pernah menangisi pemergianmu. dan kau tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu. kau telah meninggalkan kami semua, pergi dan tidak akan kembali lagi
**wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban, maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. aku pon tak akan memburu sesuatu yang belum ada, kerana esok hari mungkin tak ada sesuatu. Esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan.
HARI INI MILIK KITA, adalah ungkapan paling indah dalam kamus kebahagiaan. Kamus bagi mereka yang inginkan kehidupan yang paling indah dan menyenangkan...
Coretan untuk Nadia.. dan sahabat cybernya.. dan semua pembaca yang inginkan kebahagiaan
Komen aku :
Jalan penceritaan yang agak baik dan menarik dan siapa sangka dalam kita sedang berduka ingatlah masih ada tangan yang sudi menyambut huluran tangan kita. Jangan sesekali kita merasakan yang diri kita keseorangan. Kehidupan dan percintaan adalah sesuatu kesinambungan perjalanan kita sebagai hamba Allah. Ingatlah walau apapun yang berlaku, kita masih ada Allah yang menyintai kita, masih ada keluarga yang menyayangi kita dan masih ada sahabat yang sentiasa ingin bersama di saat suka dan duka.
Ingatlah, jangan sesekali kita lupa padaNya, mengadulah segala domba yang melanda padaNya. Hanya DIA yang mengetahui apa yang terbaik buat kita.
Jangan sesekali kita melupakan keluarga yang tidak pernah menyakiti kita, yang selalu ada di sisi.
Jangan sesekali memusnahkan tali persahabatan hanya kerna cinta yang tidak pernah kita tahu penghujungnya.
Dan yang penting sekali, janganlah kita lupa siapa diri kita sebenarnya hanya di sebabkan seorang lelaki.
Ucapan terima kasih kepada Jaja.
3 comments:
uiks aku ingat aku je dpt msg dr jaja pasal karok tu. ko pun dpt gak ker qila.... sape laaa kita ek qila depa nak invite kita... hehehee.... bagi aku pun takde nye nak kecik hati byk benda lain nak pikir... karok bila2 kita leh g kan qila...from cimoi
apa ada hal pasai karok beb sedangkan kita sendiri leh jer nak wat kan... lagi senang kalau kita wat dengan dak2 kita yg sekepala enjoy jer manjang.. semuanya abis kat situ jer kan... apa berlaku abis kat situ elok bukak lembaran baru... nampak sangat cam dah berpuak2 tapi normal lah kan... sedangkan kat msia nie pun ada pelbagai kaum...
betul tu qila aku sokong... ape laa sgt karok tu.. wei tak de ke plan yg best thn nie. lepak2 pulau ka pantai ka.. kita ajak dak2 kita jer.ader sen jalan jer qila....by cimoi
Post a Comment