Tuesday, July 28, 2009

HaRi SuKaN SeDUNia...

Tue sumer kisah arie khamis so n3 kali nie plak aku nak bercerita kisah sukan kat tempat kerja aku nie... arie Jumaat telah di istiharkan sebagai HaRi SuKaN - KeLaB SuKaN & KeBaJiKaN KuMPuLaN IKRaM (KsKKi).

Pemandangan dalam dewan... kaler kuning tue ler HORNET... logo apa laie... lebah lew... sarang tebuan jangan di jolok key wakakaka kaler oren tue LION wakakak

So, semua staff di wajibkan tuk hadirkan diri di dewan sempena perasmian bermulanya pertarungan yang sengit antara kontigen2 yang terlibat. Adakah HORNET akan mengekalkan kejuaraan mereka 4 tahun berturut2???? (team aku lew tue wakakaka bangga seh kerna menjadi salah seorang penyumbang kejuaraan wakakak) apakah PANTER akan memintas??? adakah LION akan mengganas tahun nie??? dan adakah RHINOS mempunyai barisan tentera yang cukup terlatih???? segalanya akan terjawab
....

Tahun nie pada asalnyer aku menghalimunankan diri namun rancangan aku tak berjaya kerna telah di kesan oleh beberapa orang panglima2 pasukan HORNET wakakaka nampak gayanya tahun depan aku harus cuba stratergi laen plak... tahun nie aku telah di paksa rela tuk maen bowling (pasti!!! wakakak), netball (amacam rhuddy??? ada bran kew nak lawan? wakakak), futsal (ada mana2 team nak lawan tak wakakak) dan volleyball (kalau rasa nak merasa penampaq aku mai lew wakakaka)


Sampai jer dewan per laie bersnappy2 lew kami wakakaka nengok lew aku, kemain ayu laie wakakak tapi orang laen dok pakai kasut sukan aku lak leh bantai pakai capal wakakaka sib bek tak kena halau wakakaka kalau ikutkan pemain kena pakai baju yang ada gambar lebah... masa nie aku tak dapat baju laie so pakai jer lah baju yang ada asalkan tetap dalam satu kumpulan key wakakak

Senyum seindah suria wakakak nie lew wajah kesayangan hamba wakakak

orang dok sibuk beratur kami dok sibuk bersnappy wakakak sepanjang perlawanan fara ngan yana lew jadi aku nyer jurukamera tapi pakai hp wakakak kamera aku lupa nak bawak huhuhu

aku dan bby gurl... saper laie si yana lew wakakaka

Bowling

Akibat dari kesilapan teknikal, pasukan kami hanya mendapat tempat ke 3 sahaja. Buat pertama kalinyer kami kalah. Nampak gayanya kami tidak berjaya mengekalkan kejuaraan 3 tahun berturut2. Mana silap tah, tetiba plak pihak penganjur tetiba wat peraturan di mana setiap pasukan harus ada seorang veteren. Memang hancur lew jawab nyer... tapi apa yang penting???? gaya tetap ada wakakakak

Keputusan : Tempat ke 3

Futsal

Alhamdulillah walaupun aku hanya datang training futsall hanya sekali namun kami berjaya mengekalkan kejuaraan 3 tahun berturut2. Kalau nak taw aku men bahagian pertahanan wakakaka.

Keputusan : Juara Wanita

Netball

Sudah semestinya menjadi makanan kami wakakak bukan nak bongkak ataw riak... pasukan kami berjaya membuat rampasan secara terang-terangan dari pasukan PANTER yang menjuarai tahun lepas itu pun sebab beza 1 goal. Tahun nie aku men posisi GS (bukan kew selama nie aku men GS or GA???) wakakaka jangan jeles key... walaupun kecik dan thomei, teknik jaringkan goal mesti kena ada key wakakak

Keputusan : Juara

Cengkaman padu dan maut dari GS wakakaka

Suasana dalam padang wakakak nengok lew aku tue wakakak leh plak bantai pose dan gelak kat situ wakakak


Volleyball


Sudah di wajibkan setiap pasukan harus menghantar 2 pemain wanita dalam setiap perlawanan. Dan aku, kak linda dan yana menjadi taruhan. Yana masih boleh di perbaiki mungkin sebab tidak turun latihan, beliau hanya men tuk 1 game jer lepas tue aku terpaksa menggantikan beliau. Manakala kak linda pula, di awal permainan beliau berjaya membuat serve namun gagal di saat2 akhir.


Aku??? letih, kepenatan dan rasa nak lunyai pun ada kerna terpaksa memerah tenaga untuk cover orang lain. Mungkin sememangnyer di takdirkan kekalahan menjadi milik kami, akhirnya kami redha. Apa pun tahun depan pasti dalam genggaman.

Keputusan : Kalah



Arie Sabtu ada indoor games seperti chess, congkak, dart, dam aji, carom akan di pertandingkan. Tarik tali kontigen HORNET Wanita berjaya mendapat tempat ke 2 manakala HORNET Lelaki masih menjadi juara. Tahniah kepada semua pemain.

Aku??? men apa indoor game??? aku sedang sedap2 dok landing atas katil laie wakakak malas nak gie sebab aku pasti akan di suruh men chess!!!! tak suka men chess walaupun aku pernah menang 3 perlawanan dari 4 sehingga berjaya membawa pasukan HORNET menjadi juara 3 tahun berturut2.

Untuk mengetahui keputusan perlawanan, aku hanya sms yana ngan fara jer dan paling buat aku frust adalah chess tidak di pertaruhkan pada tahun nie. Cis!!!! cis!!!! dan cis laie!!!!!


4 comments:

farish izaryl @izreez said...

pehh qilah men netball ahha besh tuww ajo aku wakkakaa

Hezesuze said...

kemain gegeh bsukan kan...tp konpius gak org nk bsukan kai sport shoes ang bleh plak kai capal kekdahnye....huhuhuhu

yg penting gaya mesti ade kan kan...

mama tisya said...

wah byk tul join sport..bgs2




pls vote for me di http://sereniety.blogspot.com/ utk Breastfeeding Photo Contest 2009 tq..my code BPC20 - Aimi Shalfarina aka mama tisya

Corey said...

fuh aksi penuh lincah.
team tebuan lagi hehe