Wednesday, February 3, 2010

OwH KeRJa...

Salam...

Arie nie terasa banyak tuk kerja. Alhamdulillah sekarang nie rezeki aku makin bertambah (syukur). Aku telah di naikkan pangkat menjadi Account & Admin Exec. Sebelum nie aku hanya menjadi Admin Exec jer tapi sejak rombakan berlaku dengan persetujuan bos, aku telah di naikkan pangkat. Syukur alhamdulillah. Bila dapat jawatan nie tetiba jer teringat kat Kak Ina (x-opis mate dulu) yer arr dulu dia yg pegang jawatan nie.

Selama nie mana2 kerja kosong yang offer aku jadi account ataw dalam erti kata lain, mana2 yang berkaitan dengan account semuanya aku tolak. Semak otak aku kalau libatkan account nie. Tapi bila kat tempat baru nie depa usha aku nyer background, tup2 haaaa.... amek ko.... nak tak nak, terpaksa ler aku terima dan satu jer aku sematkan dalam diri aku....

'Kalau kak Ina boleh, takkan aku tak boleh kot???'

Mudah-mudahan aku dapat jalankan tanggungjawab aku dengan baik hendaknya. Minggu nie, aku dah start buat kerja-kerja account. Adoaiiii naik juling biji mata aku bila tengok angka2 wakakka

Tetapi aku bernasib baik sebab bawah aku ada 2 orang yg setia menjadi pembantu aku. Tapi yer arr... kita tak boleh nak riak, apa pun aku masih belajar. Banyak perkara baru yang perlu aku ingat.

Company aku nie menjadi pembekal keperluan hospital. So banyak deal dengan negara luar. Arie nie balik lewat sebab nak siapkan payment voucher staff.

Kami ada branch kat JB. Semua gaji staff kat JB aku kena handle adoaiiii lagi masalah bila dak2 kat JB tak berapa nak ikut step kerja. Semua men langgar jer termasuk lew depa nyer claim. tadi aku adakan perbincangan dengan bos sementara dia ada kat sini, minta buat kerja bersistematik. Terima kasih gak lew kat staff IKRAM sebab ada ler beberapa step yang telah aku gunapakai kan masa kat sini. Itulah orang cakap pengalaman bekerja.

Dengar citer dalam bulan depan opis aku akan berpindah kat area pyramid. Kunci semua dah dapat tinggal sekarang nie dok renovation. Dengar citer bos nak kasi aku bilik bersebelahan dengan bilik manager. Aku berbelah bagi plak nak stay dalam bilik kang tak leh nak gosip2... dah tentu aku kesorangan kat dalam tue...

Owh yer pasal dak apis... syukur pada Allah sebab dapat taw dia dah bukak mata... masa aku g jenguk di minggu lepas... memang dah bukak mata tapi cam blur arr... mungkin kesan hentakkan yang kuat kat kepala buatkan dia cam ilang ingatan. Tak per lah mudah2an dia cepat sembuh. Semalam pak cik cakap dia dah leh senyum masa orang bersembang dengan dia. Bila panggil nama dia, dia pandang... syukur...

2 comments:

Hezesuze said...

wah! tahniah atas kenaikan pangkat ang....bangga siut!

so jlnkan kewajipan dengan sebaik mungkin....jgn dok layan farmville n game segaala bagai...muhahaha

farish H said...

alhmdulilah yeaa bnjewww