Syukur sesangat pada Allah. Hari ini aku sangat gembira sebab tak sangka semalam aku berjaya menjejak rakan baik merangkap anak angkat keluarga aku Izan kat facebook.
Itupun selepas terserempak dengan Ayen masa kat HKL beberapa minggu yang lalu. Kata Ayen, dak2 sekolah SMSU, ramai kat facebook. Apa yang aku lakukan semalam adalah jejak Ayen dulu. Sebab aku percaya kalau dapat cari Ayen kompom dapat cari dak2 nie.
Pagi nie tengok Izan ada reply aku nyer fb. Alhamdulillah aku bebenar rindukan dia. Tak sangka dalam masa yang sama dia juga mencari aku dalam FB. Allah pertemukan kita kat fb rupanya.
Last aku jumpa dia masa dia ngah mengandung anak pertama rasanya... sekarang dah berapa orang anak agaknya... moga2 dia bahagia hendaknya dengan Syahril.... juga rakan masa kami belajar kat Bangsar dulu...
Inilah kawan baik aku... Izan Noormaya Hashim yang aku panggil Izan.
Izan dan adiknya... dah besar dah adeline... rindu tul kat dia...
Keluarga besar Izan Noormaya Hashim binti Nazri.
2 comments:
muka izan macam pelakon shasa tu ler...huhu
thanks to FB kan...sbb fb ler ramai kenkawan lama bertemu kembali...
Ajaklah kawan2 ke syurga Allah yg kekal abadi....dengan patuh melaksanakan perintah Allah ikut cara Rasulullah SAW.
Post a Comment