Wednesday, February 24, 2010

PeRKaMPuNGaN MoRTeM

Pada 15hb tempohari aku, dak adik, husaini, dak liza, dak e dan emak telah balik ke melaka tengok keadaan dak apis. Alhamdulillah keadaan dia sangat mengejutkan sebab Allah masih panjangkan umur dia (syukur) yang paling mengejutkan adalah dia boleh bangun dan berjalan macam biasa. Dia masih boleh bercakap sekarang nie masalah di adalah ingatan. Susah nak ingat...ada ketikanya dia boleh ingat, dan ada ketika langsung tak ingat. Tak per lah slow2...

Masa kami sampai kat hospital tue keadaan kat bilik dab penuh dengan orang so kami ambil keputusan lepak kat bawah itu pun selepas di halau oleh pak lang. Dia suruh kami gie jenjalan kat melaka. Adoaiii motip nak lawat dak apis sekali pak lang halau plak... agaknya dia tak nak kami risaukan keadaan dak apis.

So, kami ambil keputusan jalan2 di kawasan hospital dan terjumpa satu perkampungan Kampung Mortem di beri nama. Menurut sejarah kampung tersebut merupakan satu2 nya kampung melayu yang masih bertahan. So, enjoy jer arr ngan pic2 di bawah nie...


Bergambar di jambatan sungai melaka...


Bergambar kenangan di depan pintu masuk ke salah sebuah rumah di kampung mortem. Rumah ini di maklumkan telah berusia lebih dari 100 tahun.


Kami di beri peluang untuk memukul gong yang terdapat di dalam rumah tersebut. Untuk makluman, tidak semua orang di beri peluang untuk memukul gong...


Bergambar kenangan di dalam bilik pengantin... aku, adik aku, dak olol dan dak imah...


Di dalam bilik pengantin....


Bergambar kenangan... siyez cakap... kebanyakkan peralatan semuanya merupakan peralatan zaman dulu kala... boleh di katakan barangan antik...


Dak Imah & Dak Olol bergambar kenangan naik pelamin buat kali ke 2 hahaha... salah sebuah pelamin yang terdapat di dalam rumah tersebut.


Tuan punya rumah... menurut katanya Kampung Mortem nie telah di bina beberapa lama dahulu (tak ingat) dan rumah dia saja dah berusia 100 tahun lebih... kira masih ebrtahan dan bohonglah kalau aku kata tak der langsung pembinaan baru... so mana2 yg dah reput ataw yang perlu di baiki telah di baiki... perkampungan ini merupakan satu2nya perkampungan melayu yang masih ada di melaka.


Masa nie plak ngah tekun mendengar penerangan serba sedikit pasai kampung tersebut... wahhhh masing2 kemain gegeh memasang telinga... katanya kerusi yang kami duduk neh ramai menteri2 yang dah duduk...


Masa nie plak kami semua sedang bergambar kenangan dengan tuan punya rumah tersebut.. ala... lupa plak nama pak cik neh....

2 comments:

Hezesuze said...

adus! baru nk update ke uols?? hahaha sabo jeler...

Remy.com said...

bru g ker?

remy da lmer da pergi, remy pon pernh pukul gong tu, pakcik tua ckp panjang lebar sgt, remy iya kan ajo, huhuhu...