Showing posts with label kenangan.... Show all posts
Showing posts with label kenangan.... Show all posts

Sunday, June 27, 2010

BiaR RiNDu BeRLaLu...

Dear Blog...

Hidup ini tidak seperti yang kita harapkan...
Ketika kita mencari bahagia, ia seakan jauh meninggalkan kita...
Ketika kita ingin melupakan kedukaan...
Ia seolah-olah makin kerap mengekori...

Siapa kita untuk menolak setiap yang di tentukanNYA???
Siapa kita untuk berasa lebih kuat dariNYA???

Ada waktu-waktunya, aku seperti tidak percaya akan melalui saat melukakan itu....
Mengenalinya... merupakan kenangan pahit dalam hidupku... Namun di sisi lain, aku melihatnya sebagai saat terindah yang tidak mungkin dapat aku temui lagi sampai bila-bila...

Begitu pun... menulis, menyebut namanya di kejauhan begini masih menjadi perkara terbaik yang tetap akan aku lakukan di saat keseorangan...

Moga ada waktu dapat kita bertemu...
Moga ada ruang untuk kita berbicara...
Mungkin...

Wednesday, February 24, 2010

PeRKaMPuNGaN MoRTeM

Pada 15hb tempohari aku, dak adik, husaini, dak liza, dak e dan emak telah balik ke melaka tengok keadaan dak apis. Alhamdulillah keadaan dia sangat mengejutkan sebab Allah masih panjangkan umur dia (syukur) yang paling mengejutkan adalah dia boleh bangun dan berjalan macam biasa. Dia masih boleh bercakap sekarang nie masalah di adalah ingatan. Susah nak ingat...ada ketikanya dia boleh ingat, dan ada ketika langsung tak ingat. Tak per lah slow2...

Masa kami sampai kat hospital tue keadaan kat bilik dab penuh dengan orang so kami ambil keputusan lepak kat bawah itu pun selepas di halau oleh pak lang. Dia suruh kami gie jenjalan kat melaka. Adoaiii motip nak lawat dak apis sekali pak lang halau plak... agaknya dia tak nak kami risaukan keadaan dak apis.

So, kami ambil keputusan jalan2 di kawasan hospital dan terjumpa satu perkampungan Kampung Mortem di beri nama. Menurut sejarah kampung tersebut merupakan satu2 nya kampung melayu yang masih bertahan. So, enjoy jer arr ngan pic2 di bawah nie...


Bergambar di jambatan sungai melaka...


Bergambar kenangan di depan pintu masuk ke salah sebuah rumah di kampung mortem. Rumah ini di maklumkan telah berusia lebih dari 100 tahun.


Kami di beri peluang untuk memukul gong yang terdapat di dalam rumah tersebut. Untuk makluman, tidak semua orang di beri peluang untuk memukul gong...


Bergambar kenangan di dalam bilik pengantin... aku, adik aku, dak olol dan dak imah...


Di dalam bilik pengantin....


Bergambar kenangan... siyez cakap... kebanyakkan peralatan semuanya merupakan peralatan zaman dulu kala... boleh di katakan barangan antik...


Dak Imah & Dak Olol bergambar kenangan naik pelamin buat kali ke 2 hahaha... salah sebuah pelamin yang terdapat di dalam rumah tersebut.


Tuan punya rumah... menurut katanya Kampung Mortem nie telah di bina beberapa lama dahulu (tak ingat) dan rumah dia saja dah berusia 100 tahun lebih... kira masih ebrtahan dan bohonglah kalau aku kata tak der langsung pembinaan baru... so mana2 yg dah reput ataw yang perlu di baiki telah di baiki... perkampungan ini merupakan satu2nya perkampungan melayu yang masih ada di melaka.


Masa nie plak ngah tekun mendengar penerangan serba sedikit pasai kampung tersebut... wahhhh masing2 kemain gegeh memasang telinga... katanya kerusi yang kami duduk neh ramai menteri2 yang dah duduk...


Masa nie plak kami semua sedang bergambar kenangan dengan tuan punya rumah tersebut.. ala... lupa plak nama pak cik neh....

Wednesday, December 16, 2009

aPaBiLa JeMaRi MuLa MeNaRi...

Tadi masa kat opis aku ada ler bukak satu blog nie... terkejut gak lew sejak bila plak dia minat berblogging? tapi yer arr tue hak dia... apa yg aku boleh katakan not bad... penuh dengan cerita peribadi... ilang dah prinsip idup yg di kekalkan selama nie...argh!!! hak dia kan... blog dia ada dia usik blog aku??? wakakak

Tak kisah ler apa pun... kalau dia marah aku baca blog dia... aku rasa dia tak der hak nak marah aku...sebab dah semuanya citer kat blog tue dah jadi tatapan umum.

Seronok aku tengok dia happy dengan kehidupan yang ada sekarang nie... baguslah kalau cam tue... aku harap satu jer...biarlah dia jujur dan ikhlas... jangan hanya pandai cakap jer tapi tak di amalkan.Kenapa? dia taw ler apa yang aku maksudkan.

Aku hanya mampu berdoa agar semua rakan2 aku sentiasa berbahagia dan sentiasa di bawah lindungan Allah.

Aku tak pernah berdendam cuma aku terkilan sehingga sekarang tiada penjelasan yg di buat...susah sangat agaknya... apa yg mampu aku katakan adalah...

saya taw apa yg awak sembunyikan selama nie yg tak pernah awk dedahkan!!! sudah2 lah...

Wah!!! tetiba jer aku teringatkan JEBON huhuhu

sy rindukan awk!!! bila awk nak balik JEBON??? rindu gegiler nie...