Just nak share ngan korunk... just renung2 kan lah...
Ibu..
adik cuma ingin bertanya…
rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 FEB tak?
Malam tu ibu ada janji temu..
Ibu jumpa jejaka itu..
Ibu kata dia cintakan ibu..
BENAR kah bu?
Ibu..
Dia puji dan puja ibu..
Dia rayu dan belai ibu..
Katanya CINTA nya hanya untuk ibu..
BENAR kah bu?
Ibu..
Ibu terkhayal dengan pujukannya..
Ibu terbuai dalam bicaranya..
Ibu terlena oleh bisikannya..
BENAR kah bu?
Ibu..
Ibu tak kisah dia peluk ibu..
Ibu izin dia sentuh jasad ibu..
Ibu puas dapat buktikan setia ibu..
Macam dia kata.. mahu BUKTI CINTA dari ibu..
Tapi BENAR kah bu?
Ibu..
masa berlalu..
hari ini lepas 9 bulan..
pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil..
hari ini buah cinta kalian telah terzahir..
hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir..
tapi BENAR kah bu?
Ibu..
kenapa dia tidak sama menyambut adik?
Kemana dia telah pergi tidak azankan adik?
Mengapa ibu pun benci adik?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?
MENGAPA IBU??
Ibu..
Tak terasakah sakit dan perit??
tak berbakikah kasih dan sayang??
dan..
tidak lagi kah ibu berTuhan??
BENARKAH IBU??
BENARKAH BEGITU??
~ ihsan dari fb ras... ~
No comments:
Post a Comment