Monday, February 2, 2009

Ad0aiiii...

Setelah bertekak sedikit dengan bos, hari ini aku boikot kerja lantak arr… mangkuk ayun sungguh!!! Arie nie aku masuk room dan alhamdulillah dapat lah jugak aku melupakan segala tekanan kerja semenjak kebelakangan neh.

Adoaiii ada satu id tue… apa yek… kalau tak silap aku si isteri pakai id jambumerahgebu dan suami plak katak… katak apa tah… aku suka sangat mengusik si mya (isteri) neh… suka plak aku dengar sore dia gelak kakaka… si katak neh suka sing kat room kalau dapat mic tue pergh!!! Memang tak ingat… abis satu album dia sing.. apa pun suara dia memang tak di nafikan not bad arr… (ceh!!! Ko ingat senang ker aku nak puji neh!)

Mya cakap dia suka ngan aku. (memula dapat pm dari dia nie … apa ingat aku nie less ker per wakakaka) rupanya dia suka kan perwatakkan aku masa dalam room tue. Katanya aku nie happy go lucky, giler2, tak der pun nak rasa nyentap ker apa… sentiasa happy suka gelakkan kawan2 dalam room tue terutama bila ada jer yang typo wakakaka… kalau lah ang kenai aku sejak dulu lagi dan kalau ang bersemuka ngan aku kompom ang nyesai nyer wakakaka silap2 ang gelak berdarah agaknya. Teringat gak aku pada seseorang yang pernah memberi pandangan pada aku suruh aku masuk raja lawak wakakaka… giler per aku nak masuk raja lawak…

Apa pun aku memang cam nie. Prinsip aku senang jer… kalau angpa nak kenai aku angpa kena terima diri aku seadanya. Kalau ada yang nyentap dengan apa yang aku bahan tue awai2 gie aku minta maaf dan tak kawan sudah… (nama kau dolah tetek ko sebelah… wakakaka tingat zaman kecik2 dulu bila time gaduh nie ler ayat yang akan digunakan) Eleh… angpa jangan nak gebang kat aku ler… masa angpa kecik2 dulu pun mesti angpa ada gak guna perkataan cam nie kan…

Berbalik pula pada kisah aku pada arie Jumaat tue. Tepat jam 5.30 petang dengan pantasnya aku meninggalkan perkarangan opis (skema… skema…) sebab mengantuk sangat kepala plak berdenyut2 rasa cam nak pecah jer kepala otak aku neh. Entah arr semenjak aku xcdent dulu kerap plak kepala neh sakit. Surat dari salah sebuah hospital di selatan pernah suruh aku buat pemeriksaan di KL neh tapi … nanti2lah…

Sampai jer kat umah aku telah panadol 6 biji terus hanyut di buai mimpi2 yang tah per kisah tah wakaka… Tetiba jer suara dia plak berkumandang terjaga aku hehehe… tengok ada sms dari Ros masuk, ajak lepak kat TI (Tasik Idaman). Hanya aku, Ros dan Iera jer yang lepak iaitu 3MM. (nak taw MM tue per rujuk pada cerita di awal blog neh). Rasa cam tak lengkap plak hanya 3MM. Aku roger Remy dan John. Cadangnyer malam tue nak g Kolam Air Panas kat Bentong tak pun kat Selayang tue. Lepak kat TI sampai jam 3-4 pagi. Terus shoot ke Kg Medan jumpa lagi 2MM. Owh ya… ada penambahan ahli MM di mana bilangan akan menjadi 6MM. Nantikan kemunculan ahli baru kami wakakaka….Sampai Kg Medan, rasa cam penat giler last2 kami lepak karok kat sana dan sasaran lepak seterusnya biasa ler kedai mamak. Aku rasa muka MM nie dah macam mamak lah plak wakakaka… yang macam mamak dah tentu mamak yang lain nyer per kes??? Wakakaka

Lepak sampai jam 7 pagi sebab Remy, John dan Ros ada kerja. Nasib baek depa ada kerja kalau tak maunyer kami shoot ke Bentong jam tue gak. Apa pun aku nak gak pergi Kolam Air Panas, bentong sebab dengar citer cam best jer.

Sampai umah dah jam 8 pagi terus basuh baju yang dah seminggu tak basuh (jimat air wakakaka) rajin plak aku basuh baju kalau tak asal balik lewat pagi jer kompom memenuhi tuntutan batin yang nak membuta jer neh. Siap2 basuh baju, kemas bilik, rumah dan sebagainya. Siap segalanya barulah aku tidor. Tapi mandi dulu arr kang tidor tak stim. Bangun2 jer aku tengok ahli rumah aku tinggalkan note kata ‘Balik Kampung’ hampeh!!! Tinggal aku sorang jer kat umah. Bangun seperti biasa ler time2 cuti neh boleh ler bangun lewat. Sib baek tinggal umah bujang kalau kat umah mak aku maunyer kena simbah. Maghrib baru aku bangun. Giler arr nyer tdo… semua tinggal…

Sunday, February 1, 2009

PeSaNaN DaRi CiK HaJaR...

Pergh... penghormatan aku kasi neh... siap letak sebagai tajuk gie...
Memula sekali aku nak citer pada 1 Februari 2009, masa 8.36pm dengan tidak semena-menanya (ada ker perkataan neh?) aku dapat sms dari seseorang hamba Allah neh (rujuk pada tajuk di atas wakakaka sajer nak kantoikan) yang berbunyi sebegini:
"apabila rakan2 terdekat anda g karok tanpa mengajak anda... adakah anda patut berkecik hati???" (sebijik2 aku tiru neh)
adoaiii wat suspen jer dah arr dapat dari no yang banyak aku ingatkan apa ler...
jawapannyer adalah : untuk apa nak berkecil ati hanya sebab karok tak ajak neh? buang masa jer kecik2 ati neh... lain kali nak kecik ati pun biar ler pada perkara2 yang agak2 hebat sikit.
Pada aku x der arr nak kecik ati pasai nak karok nie... sebab kadang2 ada org yg x invite kita, tapi jgn lupa kadang2 org yg kita invite tue ada invite org lain... so lu pikir sendiri ler beb jgn gatai2 g nak kuarkan statement pasai karok x di jemput alih2 datang neh... bagi aku orang cam nie adalah orang yg bodoh!!! kalau ko rasa x nak ajak baek ko buat karok sensorang jer mangkuktul!!! wahh teremo plak aku wakakak sebab benda nie pernah terjadi pada aku dan rakan2 yang lain.
Bodoh tul sebab tetiba jer aku terdengar ada yang kata depa tue sumer mana ada di jemput mai... tapi alih2 tengok datang plak..
Bangang ker per sib baek masa tue aku x der kalau tak nak jer aku cakap... angpa nie bangang ker per... kalau angpa nak wat karok just antara angpa jer... angpa bukak ler cf pastue inviter ler dak2 yang angpa nak ajak g karok tue... nie dok kecoh kat room per jadahnya?? bila angpa kecoh kat room, secara tak langsung dak2 nie dok invite ler rakan2 yang lain.... mangkuk tandas tul ler...
Wahhh baru sekarang aku lepaskan semuanya wakakak kemain lama aku pendam maunya setahun rasanya dok bernanah dalam hati nie....
Dan arie nie aku telah dapat pm dia neh...
cikhajar: (jgn bersedih) atas topik.. yg lalu biar berlalu =>>mengingat dan mengenang masa lalu kemudian bersedih nestapa dan kegagalan didlmnya merupakan tindakan bodoh dan gila. itu sama ertinya dengan membunuh semangat, memupus tekad dan mengubur masa depan yg belum terjadi let by gone be by gone my dear
Dari aku : betul juga...kalau setakat mengenang dan mengingat masa lalu, untuk di ambil sebagai satu pengajaran dan iktibar bagi memotivate kan diri supaya menjadi lebih tabah dan cekal dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan pancaroba adalah sesuatu yang baik dan positif ok jugak tetapi... kalau mengingat dan mengenang masa lalu kemudian bersedih, sememangnyer merupakan sesuatu tindakan yang bodoh. Betul... betul... betul... (upin ipin)
Wahhh hari ini aku dapat cerpen darinya yang berbunyi begini:

Nadia berjalan perlahan-lahan menuju ke tepi pantai Port Dickson.. ditinggalkan pesanan kepada teman serumahnya, Farah "Beb, aku ada hal kat luar.. tak balik malam ni.. " air mata berjujuran meniti pipi gebunya.. kenapa dia buat aku mcm ini? aku dah lakukan macam-macam untuk berkongsi segalanya bersama dia.. kenapa dia tuduh aku macam-macam?

Nadia bermonolog sepanjang hari. Pantai Port Dickson masih indah meskipun airnya sudah keruh.. deruan ombak.. desiran angin seolah-olah membawa Nadia ke satu alam yang menenangkan, meskipun hati dirundung duka, meskipun perasaan tergores calar. Namun melihat keindahan senja di pantai Port Dickson membuat hati Nadia kembali senyap seperti selalu..

Sejak beberapa bulan ini pantai Port Dickson akrab dengannya. Melarikan diri dari segalanya adalah lebih baik daripada menghadapinya. Sungguh Nadia tidak mampu menghadapinya. Sejuta cara di lakukan untuk melarikan diri dari hakikat hidup yang menyakitkan. Cinta yang suci tergadai begitu sahaja. Hati dan nurani yang ikhlas menyintai dikhianati oleh sang jejaka. Hati siapa yang tidak pilu? jiwa siapa yang tidak merana jika diperlakukan sedemikian rupa?
Nadia bukanlah seorang gadis yang mudah mengalah. Di hadapan semuanya beliau tersenyum, ketawa dengan gembira. Namun di dalam hati segalanya menjadi serpihan yang menyakiti pembuluh darah.. jiwanya kosong.. hatinya berkecai.. jatidirinya habis dimamah janji-janji palsu sang jejaka...

Namun nadia tidak keseorangan. Nadia dikelilingi oleh rakan-rakan yang menyayangi dirinya. Semuanya mengawasi Nadia dari kejauhan. Cuma menunggu masa untuk Nadia meluahkan segalanya. Untuk mereka menegur Nadia? ini bukan masanya bimbang kerana cinta, persahabatan tergadai.

Kisah kecurangan dan pembohongan sang jejaka satu persatu sudah terbuka. Cuma menunggu masa untuk Nadia menerima semua kenyataan ini. Ianya mengambil masa. Bergantung kepada kekuatan jiwa Nadia
Suatu hari dikurniakan oleh Nadia satu url dari seorang sahabat cybernya yang sama-sama sedang mengalami masalah yang sama dengan Nadia.
Mereka sama-sama insan yang terluka. Berkongsi rasa dan perasaan yg sama. Siapa kata dunia cyber ini penuh dengan penipuan?
Di ruangan cyber mereka berkongsi masalah pendapat dan kasih sayang. Mereka sahabat yang jauh tetapi mereka saling menyayangi. Aneh bukan?? mungkinkah kerana mereka sama-sama dilukai lantas menjadi semakin akrab kerana saling memahami dan kepada Nadia, sahabat cybernya ini ingin berkongsi sedikit mutiara kata dr url ini

*wahai masa lalu yang telah pergi, tenggelam lah kau seperti mentari, aku tidak akan pernah menangisi pemergianmu. dan kau tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu. kau telah meninggalkan kami semua, pergi dan tidak akan kembali lagi

**wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban, maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. aku pon tak akan memburu sesuatu yang belum ada, kerana esok hari mungkin tak ada sesuatu. Esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan.

HARI INI MILIK KITA, adalah ungkapan paling indah dalam kamus kebahagiaan. Kamus bagi mereka yang inginkan kehidupan yang paling indah dan menyenangkan...

Coretan untuk Nadia.. dan sahabat cybernya.. dan semua pembaca yang inginkan kebahagiaan
Komen aku :
Jalan penceritaan yang agak baik dan menarik dan siapa sangka dalam kita sedang berduka ingatlah masih ada tangan yang sudi menyambut huluran tangan kita. Jangan sesekali kita merasakan yang diri kita keseorangan. Kehidupan dan percintaan adalah sesuatu kesinambungan perjalanan kita sebagai hamba Allah. Ingatlah walau apapun yang berlaku, kita masih ada Allah yang menyintai kita, masih ada keluarga yang menyayangi kita dan masih ada sahabat yang sentiasa ingin bersama di saat suka dan duka.
Ingatlah, jangan sesekali kita lupa padaNya, mengadulah segala domba yang melanda padaNya. Hanya DIA yang mengetahui apa yang terbaik buat kita.
Jangan sesekali kita melupakan keluarga yang tidak pernah menyakiti kita, yang selalu ada di sisi.
Jangan sesekali memusnahkan tali persahabatan hanya kerna cinta yang tidak pernah kita tahu penghujungnya.
Dan yang penting sekali, janganlah kita lupa siapa diri kita sebenarnya hanya di sebabkan seorang lelaki.
Ucapan terima kasih kepada Jaja.

PeRSoNaLiTi...

Hari ini aku telah membuat beberapa kuiz berkenaan dengan diri aku... cam kelakau lah plak wat kuiz neh... kadang2 aku tergelak sendiri plak... nie pun aku dapat dari seorang konselor... baca jer arr....
Aku di katakan umpama Air
- air ker aku neh? agaknya ler... kepujian pada aku mungkin sebab aku mampu bertenang di kala sedang menghadapi masalah dunia sekalipun... tapi seair2 aku pun... aku rasa aku pun bakal penjadi api apabila air makin cetek.
Karakter aku ala2 Tradisional
- tradisional aku??? hampeh...
Humanis dan terbuka
- mungkin... bersifat terbuka ker aku nie?? adoaiii aku tak reti ler nak nilai diri sendiri neh...
Jujur dan setia
- yang nie agak susah untuk aku tafsikan. Seboleh2 nya aku mencuba untuk bersikap jujur dan setia pada yang berhak. Aku tahu tak ada saper pun yang sempurna begitu jua ngan aku tapi sekurang2nya aku cuba untuk ke arah itu. Itu pun mungkin ada yang tak reti nak menghargai
- dark heart jawab... ko jujur dan setia cam ner sekali pun tapi apa yang ko dapat??? cam siot jer...
- white heart jawab - sekurang2nya aku tak aniaya orang... biarlah orang buat aku, asalkan aku tak buat orang. Allah Maha Mengetahui...
Original dan kreatif
- penting pada aku...
Independent dan intelektual
-no komen hehehe...
Keras kepala dan pelawan
- betul... betul... betul... ( upin ipin) tapi apa pun berpada, kena pada fakta... tak der ler aku nak men blasah jer nak keras kepala dan lawan cakap org... kalau aku dapat fakta yang aku sebenarnya tak bersalah aku akan bermati2an pertahankan.
Perverse dan tidak dapat diduga
- ramai yang cakap.. aku x cakap
Tidak responsif dan terpisah
- salah satu penyebab kan huh
- karakter yang menyenangkan, pemalu, sensitif, lembut dan sabar yang lainnya antusias, pamer diri, terkadang menyembunyikan karakter aslinya dalam kejenakaan (tah pa per tah wakakaka).
- memiliki kepercayaan diri yang tinggi (aku ker tue?), meskipun mereka seringkali mencari kebenaran atas segala hal, mereka biasanya cukup jujur untuk mengubah pendapat mereka, namun jika ada bukti sedikit saja yang dapat mendukung kesalahan mereka, mereka akan tetap bertahan pada argumentasinya.
- memiliki visi yang luas yang membawa beberapa factor perbezaan menjadi satu, dan dapat melihat dari kedua sisi dari suatu argument tanpa sangkaan mengakui pada sisi mana sebenarnya mereka berpihak. Tentu saja hal ini menyebabkan mereka sangat toleransi dalam berbagai sudut pandang yang ada. Hal ini disebabkan mereka dapat melihat kebenaran dari setiap argument, meskipun mereka tidak dapat menerima argument tersebut. Mereka mematuhi ungkapan Quaker yang ada "Terbukalah pada kebenaran, dari sumber manapun," dan mereka siap belajar dari setiap orang.
Kedua tipe yang dimiliki Aquarians sangat manusiawi, jujur, serius, terbuka, matang, terkadang tidak masuk akal dan idealistic. Mereka biasanya cepat, aktif dan cukup tegas tanpa perlu menjadi dictator, dan menunjukan setiap alasan, mengontrol diri dan terkadang, humor yang garing .
Pada umumnya cukup cerdas, jelas dan logik. Kebanyakan memiliki imajinasi yang tinggi dan memiliki intuisi, hal ini yang menyebabkan Era Aquarius, yang sebentar lagi akan terjadi, dimulai dengan adanya lingkaran spiritual sebagai suatu era dalam hidup manusia yang akan memiliki kebangkitan dari sisi spiritual.
Aquarians biasanya menghargai kesempatan untuk hal-hal spiritual seperti meditasi, atau jika mereka religius, melakukan acara keagamaan. Bahkan dalam organisasi, aquarian terkenal sangat mandiri, menolak untuk mengikuti arus. Mereka tidak suka di intervensi oleh orang lain.
Biasanya mereka memiliki selera yang baik dalam drama, musik dan seni, dan sangat memiliki bakat dalam kesenian, khususnya drama.Karakternya yang menarik, kooperatif dan terbuka seperti layaknya kebanyakan Aquarian, dan juga hasrat mereka dalam memberikan bantuan bagi kemanusiaan, tidak menjadikan mereka mudah dalam menjalin persahabatan.
Mereka terkadang muncul sebagai seorang yang mempermalukan orang lain. Mereka terkadang mempersulit diri sendiri mungkin ini disebabkan penilaiannya terhadap kemanusiaan yang terlalu tinggi dan terkadang terkenal sangat dingin.
Namun begitu mereka memutuskan bahwa seseorang sangat berharga untuk persahabatan atau percintaan, mereka dapat menggunakan atraksi mental yang hipnotik dan tidak dapat ditolak bagi pasangannya dan akan menjadi kekasih atau sahabat yang baik, siap untuk mengorbankan segalanya dan percaya kepada pasangannya.
Terkadang mereka dapat dikecewakan karena idealisme mereka sendiri yang tinggi. Dan jika mereka dikhianati, Aquarian akan marah sekali, bahkan jika dikecewakan mereka tidak akan memberi maaf.

Aquarian bekerja paling bagus dalam suatu kelompok, biasanya dikenal memberikan kontribusi kepemimpinan. Mereka memiliki rasa kesatuan terhadap alam dan hasratnya dalam pengetahuan dan kebenaran dapat menjadikan Aquarian seoarang ilmuwan yang dikagumi, radiography, elektronik segala sesuatu yang berkaitan dengan industri elektronik dan teknikal.
Pada sisi humanitas dan kesenaian mereka memiliki kemampuan untuk mengekspresikan dalam bentuk tulisan, seperti puisi. Beberapa memiliki bakat sebagai penghibur dan karakter actor yang tinggi dan musikus. Beberapa kemampuan supranatural bahkan termasuk seperti kemampuan menyembuhkan.

Beberapa hal negatif yang dimiliki biasanya adalah keunikan diri, egoisme, tendensi untuk menghindari kehidupan dan masyarakat, dan beberapa tendensi lain seperti terlalu dogmatis terhadap opini yang dimiliki. Aquarian dapat menjadi ancaman ataupun keuntungan bagi kemanusiaan secara umum.
Kelakar... kelakar... adoaiiii ....
Kemungkinan masalah kesihatan yang aku hadapi.... (minta dijauhkanlah)
umumnya memiliki masalah pada kaki, seperti nyeri, dan juga kemungkinan keluhan pada sistem saraf seperti catarrh, diarrhea, dropsy, goiter dan delirium tremens - untuk itu Aquarians sebisa mungkin harus menghindari alkohol. (giler per aku nak minum alkohol)
LIKES
Berjuang (mungkin)
Bermimpi dan merencanakan masa depan (memang kuat berangan)
Memikirkan masa lalu (selalu.. sampaikan kadang2 air mata menjadi peneman yg setia)
Teman baik (ada ker? susah sebenarnya nak cari teman baik dalam erti kata yang sebenar)
Having Fun (wat2 fun sebenarnya)
DISLIKES
Terlalu banyak janji (memang menjadi satu kepantangan pada aku kalau org terlalu banyak wat janji tapi x pernah satu pun dia tepati... pesanan aku, tak payah ler berjanji dengan aku.. berjanjilah pada diri sendiri dulu)
Keseorangan(selalu)
Imitasi
Idealistik
Nasihat Dari Perunding;
kita semua memiliki karakter yang unik. Ketika karakter ini muncul, tanpa disadari, biasanya dibdorongi dengan masalah. Namun, dengan astrologi kita dapat mempelajari masalah yang mungkin muncul dan mencari jalan penyelesaian yang sesuai berdasarkan karakteristik bintang kita.
kita mungkin sering menemukan hal-hal dibawah ini. Cuba gunakan penyelesaian yang ditawarkan, biasanya kamu akan terkejut dengan hasil yang ada.
Masalah : Sering merasa ditinggal sendirian ketika yang lain sedang menikmati masa bersama.
Penyelesaian : harus belajar mengekspresikan kemanusiaan kamu dengan menerima orang lain apa adanya dan tidak mencari kesalahan yang dimiliki oleh mereka.
Masalah : selalu rasa tertinggal dalam hal percintaan.
Penyelesaian : Cuba rileks, dan buang jauh-jauh perkara yang menghentikan kamu menjadi diri kamu apa adanya.
Masalah : Kamu kelihatannya selalu tertinggal dalam mendapatkan perkerjaan bagus atau promosi.
Penyelesaian : Belajar untuk menggunakan sikap positif dalam kerja dan usaha, bekerja sendiri tidak akan memberimu apa-apa.
Masalah : merasa sakit secara fisik yang berlebihan.
Penyelesaian : Dengan melepas emosimu, kamu dapat mengatur segala sesuatu yang terdapat dalam diri kamu yang mengganggu kesehatan. Ekspresikan dirimu namun lakukan dengan hati-hati.

iKRam ChaLLaNGe 2...

















Thursday, January 29, 2009

CiNTa BeRBiSiK PaDa HaTi YaNg SePi 1...

Nurul Iman merenung ke langit menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi. Sesungguhnya dia amat bersyukur kerna sehingga kini Nurul Iman masih di beri peluang menikmati kehidupan yang bersifat sementara ini walaupun ada ketikanya Nurul Iman berasakan segalanya telah musnah. Nurul Iman cuba mengenang kembali perjalanan hidupnya selama 29 tahun. Banyak sungguh dugaan yang melanda dan ada ketikanya Nurul Iman terpaksa pasrah dengan ketentuan Illahi. Sesungguhnya dia hanya mampu merancang namun sebagai hamba Allah, Nurul Iman terpaksa akur dengan ketetapan Illahi.

Teringat kembali bagaimana Nurul Iman boleh terdampar di sini. Semuanya gara-gara ingin pergi jauh dari semuanya akhirnya Nurul Iman membuat keputusan untuk berada di luar kawasan Kuala Lumpur bagi mendapatkan ketenangan.

Setelah memandu hampir 5 jam akhirnya Nurul Iman telah sampai ke Nadia's Inn. Itu pun secara kebetulan Nurul Iman terjumpa pamplet yang terdapat di ruangan surat. Rasanya pamplet tersebut adalah kepunyaan rakan serumahnya. Dengan hanya meninggalkan sekeping nota yang berbunyi "Iman akan berada di luar kawasan selama beberapa hari. Maaf kerna tidak memaklumkan kepada kalian terlebih dahulu. Jangan risaukan Iman, Iman ok. Kemungkinan besar tempat yang akan Iman pergi nie tidak ada coverage. Apa pun nanti bila ada kesempatan Iman akan hubungi kalian. Sayang kalian semua" Iman terus mengemas pakaian dan terus memecut pacuan 4 roda miliknya yang telah di beli hasil titik peluhnya setelah berkhidmat di salah sebuah syarikat gergasi di kota mertopolitan ini.

Semasa dalam perjalanan Nurul Iman berasa pening namun di gagahkannya juga untuk sampai ke destinasi. Teringat kembali bagaimana dia menerima sebuah pesanan ringkas yang telah mengubah seluruh kehidupannya semasa di pejabat siang tadi. Terus Nurul Iman mengambil cuti kecemasan dan segala temujanjinya dengan beberapa orang pelanggan terpaksa di batalkan memandangkan Nurul Iman sendiri tidak dapat memberi fokus kepada tugasan yang diberi.

Sampai sahaja di lobi Nadia's Inn, sakit di kepala makin menjadi-jadi sehinggakan Nurul Iman terpaksa berpaut pada kerusi yang berdekatan.

"Assalammualaikum... adik tak apa-apa ke? akak tengok muka adik pucat dan nampak cam tak sihat sahaja" tegur seseorang di belakang Nurul Iman.

"Wa'alaikum salam. Kepala saya sakit.." sambil memegang kepalanya Nurul Iman terus rebah.

Salmah terkejut melihat gadis di depannya jatuh pengsan namun tangan sasa milik Badrul, adiknya sempat memaut pinggang Nurul Iman. Terus Nurul Iman di bawa ke dalam sebuah bilik di chalet milik kakaknya.

Salmah menguruskan semua urusan check-in Nurul Iman dan memilik bilik yang terbaik di dalam chalet tersebut.

Tidak lama kemudian Nurul Iman mula sedar dan pelik memikirkan bagaimana dia boleh berada di dalam bilik ini. Tidak lama kemudian datang seorang wanita yang berwajah penuh keibuan merapati Nurul Iman sambil membawakan makanan untuk Nurul Iman.

Tuesday, January 27, 2009

Di KeHeNDAKi PoLiS - PeMBaNTu MM DaLaM PeNYaMaRaN...

Kuala Lumpur, 27 Januari 2009 - Satu sindiket jenayah berat dan yang seberat2nya telah melanda Kuala Lumpur. Seluruh rakyat Malaysia di landa kebimbangan terutama sekali para Ibu bapa kerana khuatir anak2 remaja berada di luar kawasan pemerhatian para ibu bapa. Ini semua adalah gara-gara satu sindiket jenayah yang melanda negara ini. Di bawah ini adalah beberapa keping di sebalik wajah 'Pembantu MM' yang telah berjaya pihak kami rakamkan.

Gambar tersebut telah di rakamkan oleh sebuah kedai gambar dimana menurut kata salah seorang pekerja (nama di rahsiakan) penjenayah tersebut sering kali datang ke kedai untuk membuat make over. Oleh kerana kekerapan dan segala tingkah laku yang mencurigakan, pihak pengurusan kedai tersebut telah memasang cctv dan merakamkan beberapa keping gambar.

Sehingga kini 'Pembantu MM' masih belum berjaya di berkas dan seandainya orang awam mempunyai sebarang maklumat bolehlah menghubungi pihak berkuasa yang berdekatan ataupun bolehlah menghubungi secara terus di talian 007 dia telefon bimbit anda dan seandainya andai memakai talian rumah sila dail 700.

Di fahamkan kumpulan ini selalunya bergerak bersama dan kebanyakan jenayah yang di lakukan adalah jenis yang berat. Setiap kali melakukan jenayah, kumpulan ini akan membuat make over wajah mereka ini adalah bagi mengelirukan pihak berkuasa. Kerjasama anda bagi menangani atau membanteras jenayah di kalangan masyarakat kita amatlah kami hargai. Bersama-samalah kita membanteras jenayah.









Wednesday, January 21, 2009

iKRaM ChaLLaNGe...

Baru2 neh (baru tak der ler baru sangat) IKRAM ada buat program core value campaign so antara nak dan tak nak aku telah di paksa rela... di paksa sebab masa tak kena, rela sebab aku sememangnya berminat dengan xtvt lasak. So kat bawah nie ada ler beberapa gambar yang sempat aku load untuk tatapan semua. Nanti agak2 aku rajin dan free aku masukkan lagi pic yek tapi tajuk lain arr mungkin akan di tambah '2' kat belakang.


Hisyam dan aku - masa neh acara naik pelampung secara solo menyeberangi pulau yang terdapat di Putrajaya tue... sepanjang pemerhatian aku banyak gaklah kenderaan yang lalu lalang kat situ dok perhatikan gelagat kami.

Aku - rasa agak santai jer lepak dalam pelampung neh... hehehe... orang dok berlumba aku plak sempat g berposing wakakaka...

Aku dan team - horeyyyyy kami sampai dulu.... nie ler muka2 team aku... pergh!! not bad gak arr depa nie...


Berjaya lagi... alhamdulillah segala cabaran kami tempuhi dengan penuh kegembiraan seperti biasa dan semua warga IKRAM taw.. pasukan kami neh bukan sahaja juara menjadi milik kami bahkan kami juga menang sorak...

Team kami hanya 3 orang perempuan jer yang lain sumer laki...

Sampai dulu... penat giler... rehat dulu sambil posing wakakaka

Pergh!!! xtvt yang paling aku suka... kalau nak taw aku ler yang paling awal dok rembat bukannyer apa nak cepat sangat nak sampai... paling mangkuk adalah mamat belakang aku tue kat tengah2 dia leh pakat lepak tak nak mengayuh. Nasib baek ler ang satu team ngan aku kalau tak dah lama aku terbalikkan kayak neh...

Nie masa baru2 sampai kat last check point. Setiap kumpulan di beri amanah yang perlu di bawa ke mana sahaja. Aku yang sememangnya dah banyak kali terlibat dengan xtvt cam nie tanpa membuang masa panggil semua team aku dok berkumpul di belakang ranger (usha line dulu make sure tak der saper2 yang pandang) kami telah berpakat nak settlekan puzzle awal2. So last2 nanti mesti kena buat dan kami dah rancang awal2 siap tandakan kat belakang gie. Nie kira ok lagi lah kalau ikut kepala aku dan masa aku organize dulu aku kasi depa sorang 3 biji telor amik ko terkulat2 nak jaga wakakaka...


Nie pula acara ballancing depa kasi 6 batang paku dengan sebatang paku yang telah di pakukan kat kayu. Sebenarnya aku pun tak taw benda alah neh tapi nak wat cam ner kehadiran aku kat tempat berkumpul tidak di sedari oleh pihak pengurusan, so masa depa dok bincangkan cam ner nak balance kan paku neh aku dah curi2 dengar dan pandang cam ner depa buat wakakaka... nasib arr saper suh tak usha line dulu...

Hasilnya kami berjaya!!!!!!!!!!!

Dah siap semua makan dulu.... lapar nak mampus....

Sembang kosong sebab semua task kami dah berjaya settlekan.