Semalam aku balik rumah agak lewat sedikit dalam jam 7 petang baru aku tutup semua komputer dah terus balik ke rumah. Sampai kat rumah tengok Farah dah dok landing kat sofa sikit nyer baek dia landing sampaikan tak sedar aku dah balik. Aku kalau nak tengok dak2 umah nie ada kat rumah ker tak just tengok jer samada capal rumah tue ada ker tak. Aku dok 3 orang kat sini. Aku, Farah dan Sarah. So Aku jeling jer capal (selipar) tengok capal si Sarah ada. Sah! dia tak der kat rumah. Hmmm... dah lama budak nie tak balik. Agaknya bersemangat sangat kot nak pindah. Pindah lebih awal dari kami wakaka. Amboi aku nie cakap orang tak balik konon... diri sendiri tak sedar wakaka. Pernah aku kena perli dengan Farah. "Kau nie Nadia, susah tul aku nak nampak muka kau kat rumah nie. Bila aku balik kau tak balik gie, bila aku g kerja tengok2 kau dah g kerja. Susah tul nak jumpa kau nie padahal dok satu umah" walaupun dalam nada gelak2 berdesing gak arr tinge aku dengar.
Berbalik balik pada citer pindah umah nie. Aku dok umah nie sampai hujung bulan nie jer pastu aku ngan Farah dah pindah kat kawasan tue gak cuma bahagian belakang sikit jer. Si Sarah tak follow kami, sebab dia dapat kuarters. So, hanya aku dah Farah jer arr yang dok menyewa kat situ. Lagi ler susah si Farah nie nak nampak muka aku kat umah agaknya pasnie wakaka. Apa pun aku akan cuba untuk mengurangkan xtvt jenayah aku dan xtvt ala2 alim aku pas nie hehehe.
Malam tadi lepas mandi manda, aku amik bantal, manuskrip aku dan dok melepak depan tv dengan Farah sambil wat sambungan pada manuskrip aku. Sesambil tue bila otak aku tak berapa nak berfungsi dengan baik aku layan ler citer 'Anak Betong' kat TV9 tue. Si Farah cakap dia time aku ada ler baru dia berani tengok. Kalau aku tak der jangan harap dia nak tengok walaupun cerita tue dia suka. Penakut nak mampus budak nie.
Tetiba plak teringat aku pada satu peristiwa pasal dak Farah nie. Masa tue lepas maghrib, aku dah bersiap2 nak g class dance, pastue sementara aku menunggu si Iera roger aku, aku pun layan ler tengok TV citer Puaka Niyang Rapik. Farah nie dok tengok gak arr sebab aku ada. Sekali bila aku nak gerak, dia leh pakat nangis suh aku stay dulu kat umah tunggu kawan dia datang ajak dinner. Jatuh rahang aku nengok dia nangis. Dia takut rupanya nak dok sorang bila dah layan citer antu pakej sekali bila aku nak kuar. Argh sudah... nak tak nak aku terpaksa ler duk umah kejap sementara tunggu kawan dia datang. Aku jeling2 dia nak tergelak pun ada tapi kawan kan so aku tahan jer arr tapi bibir aku nie tak der insurans so ada ler bunga2 sengih tue. Sekali dia perasan wakakaka dia cakap 'aku nampak tue... ko nak gelakkan aku' abis jer dia cakap aku dah tak leh tahan tersembur ler gelak aku bagaikan gunung berapi yang dah meletop. Nak tak nak dia pun gelak2 malu ler wakakaka... tak pasal2 aku terpaksa datang lambat dance class. Si Iera bangkai dah pakat maki aku sebab lambat wakakaka... aku ngan dak bangkai nie memang dah putus fius.
Hari nie aku masuk kerja seperti biasa. Sampai ofis tengok jam awal lah plak. So, oleh kerana dari semalam gie aku tak makan satu apa pun, aku pun shoot ke kantin Kak Midah. Sampai sana plak dah tak der selera nak makan. Adoaiii... aku nie memang bermasalah sikit dalam bab2 makan nie. Aku makan bila lapar. Katakanlah kalau dalam jam 4 petang aku lapar, so kalau time kerja mana leh kuar dan malas nyer pasal aku g pantry wat air jer. Last2 aku kenyang air jer wakaka. Tapi badan tak der ler plak aku nengok kurus ker per sama jer. Hampeh sungguh. Aku beli neslo ais jer. Minuman kegemaran aku heheh.
Hari nie aku nak citer perjalanan 'serangan hendap' aku kepada blog2 yang terdapat dalam blog kawan2 aku nieh. Memula aku nengok ler blog hana wahhh kemain lawa gie dia nyer laman teratak dia hehehe ok ler... cantik lah jugak. Baru ler aman biji mata aku bila baca blog dia, terang mata aku wakaka... sekali aku dapat taw si mimi pun buat blog aku per g wat ler serangan hendap terhadap blog dia. Selamat Datang Ke Dunia Blog Mimi. Aku masukkan link url dia dalam teratak aku nie sebab kawan kan. Pastu aku nengok pula blog 'akak senduk' wahhh memang best gak arr blog dia. Wording yang dia gunakan pun ala2 aku dan kawan2 putus fius, story dia pun menarik, so aku masukkan jugak url dia. Wahhh makin banyak rakan blog aku. Apa pun aku akan cuba baca semua entry depa bila aku berkesempatan nanti.

No comments:
Post a Comment