Tuesday, February 17, 2009

ToPiK aRiE Nie DaRi RaKaN BLog : ReMy...

wakakaka jangan marah arr remy wakakak sila dapatkan jejaka nie di pasaran... kalau ang marah aku mmg ang layak di jual wakakak saper2 yang ingin berkenalan tue sila hubungi aku dengan segera wakakak... adoaiii mati gelak aku cam nie wkkaka

Sedang aku jenjalan membuat serangan hendap terhadap blog kengkawan (depa selalu lawat blog aku, kang kalau aku tak lawat blog depa kang depa pakat boikot blog aku plak kang wakaka) tetiba jer aku terasa terpangil nak memberi komen terhadap satu persoalan yang mungkin sedang membelengu rakan blog aku si Remy dan mungkin juga dan bukan mungkin lagi arr... aku percaya korang semua mesti pernah alami perkara sebegini...

Apakah tindakan anda sekiranya pasangan anda mencurangi kasih sayang yang anda berikan selama ni?.

So, jawab arr wakkak... sat g bila ku free aku komen key... sabar separuh dari iman wakakaka... oklah aku sesambil arr... nie secara jujurnya nie aku wat pengakuan aku wat keje sesambil bukak blog nie wakaka (kepada rizz : aku ngaku weiii wakaka)

Curang? Hmmm... apa aku nak cakap bab curang nie yek? cam nilah sebenarnya susah nak diperkatakan bab curang nie. Memula aku nak cakap kat sini... apa yang aku perkatakan adalah pendapat aku kalau korang setuju kira oklah kalau korang tak setuju terpulang. Masing2 ada pendapat kan. Memula aku nak minta maaf andai ada antara korang yang terasa. Pada aku tak perlulah terasa sangat (terasa perlu ada tapi sikit jer arr kang down plak) sebab benda nie sumer adalah normal. Semua oran pasti akan laluinya.

Seperti dalam entry aku sebelum nie, ada aku mention keikhlasan, kejujuran, kesetiaan dan saling percaya antara satu sama lain adalah perlu dalam menjalinkan hubungan lebih2 lagi hubungan percintaan. Topik kali nie adalah more kepada hubungan percintaan dari apa yang di soalkan oleh Remy. Dalam entry dan kehidupan aku, aku lebih suka melihat kelemahan diri dari menunding jari kepada orang lain. Aku rasa korang paham kot apa yang aku maksudkan nie kan wakaka...

Pada aku masalah besar dalam perhubungan adalah berpunca dari kurangnya komunikasi dengan pasangan.

Memula cuba tanya pada diri sendiri kenapa pasangan kita mesti curang dengan kita? mungkin ada kelemahan pada diri kita yang kita sendiri tidak sedar. Pernah dengar tak orang kata kita takkan boleh menilai diri sendiri melainkan orang lain? sama juga dengan apa yang berlaku. Mungkin kita tak pandai membahagikan masa dengan pasangan? mungkin juga kita tak memahami pasangan kita?

Mesti ada antara korang tertanya2 kan 'kenapa ini yang aku dapat setelah aku korbankan segalanya, setelah aku mencurahkan segala kasih, sayang dan cinta aku pada dia?' pernahkah korang tertanya2 cam ner korang nak dapatkan segala jawapan tersebut? bagaimana nak dapatkan jawapan? komunikasi memainkan peranan yang penting. Kalau tanpa komunikasi, adakah korang akan dapat jawapan tersebut? mahukah korang di tinggalkan begitu sahaja tanpa sebarang jawapan. Orang kata di gantung tak bertali... nak kata dah clash, dia tak cakap secara terang nak clash... nak kata still lagi bersama, macam tak jer... nak ker korang di selubungi dengan persoalan2 cam tue?

Bawa berbincang dengan baik dan secara matang. Nie aku tengok ada sesetengah pasangan tue asal nak bincang jer mesti bertekak. Adakah ianya akan membawa kepada penyelesaian? bila dah berbincang tue bawak2 lah bersabar dan belajar menerima teguran dari pasangan
korang walaupun ada ketikanya korang rasa apa yang di perkatakan oleh pasangan korang tue tidak benar. Kasi peluang pasangan luahkan apa yang dia rasa sepanjang bersama dengan korang . Apabila dah diluahkan, barulah korang luahkan pula dan cantas segala yang di perkatakan andai tak benarlah. Selepas tue tanya pada diri sendiri, setelah diluahkan segalanya, adakah korang masih ingin bersama dengannya? andai nak... belajar dan cuba memperbaiki kelemahan diri tue dan kepada pasangan korang tue plak jangan lah plak berlagak cam korang tue tak der wat silap sampaikan tak nak kasi peluang ke 2 kepada pasangan. Ingat setiap hari kita akan pelajari perkara yang baru antara sedar dengan tak jer.

Katakanlah kalau tetiba jer dah tak der jalan penyelesaian walaupun sudah di bawa berbincang, terimalah takdir Allah. Aku percaya ada antara kita susah nak terima kenyataan nie. Ada yang down gegiler sampaikan nak bunuh diri, rasa marah teramat sampaikan terasa cam nak bakar jer rumah dia, rasa nak simbah jer asid kat muka dia biar dua2 tak dapat... tue semua tak baik. kenapa mesti ada niat cam tue? kenapa mesti terfikirkan cam tue? aku taw ada yang down sehinggakan abaikan diri, musnah kan diri, merokok, minum arak, layan club, rasa nak mempermainkan orang, tinggal tikar solat, rasa cam dunia dah nak kiamat bila berlaku. Majoriti aku tengok org perempuan lah. Lelaki kurang sikit mungkin sebab mereka golongan yang dikatakan sebagai pemimpin dan kuat, boleh atasi perkara2 cam nie. (jangan plak korang cakap aku main cakap jer arr... nie aku wat survey sendiri taw) Orang perempuan di katakan sebagai golongan yang lemah dan mempunyai hati dan jiwa yang sensitif sebab tue mereka tergolong dalam golongan yang mudah kecundang dalam mainan emosi nie.

Aku tak kata koran tak boleh rasa down, rasa down tue boleh dan perlu agar ianya dapat membuka minda kita supaya berfikir kenapa dan sesekali tak salah kita kesalkan apa yang terjadi dalam kehidupan kita. Aku cakap boleh tue bukan sampai korang menyalahkan takdir Allah. Boleh rasa down tetapi biarlah berpada2, jangan plak sampai korng hilang soul. Bila hilangnyer soul, mulalah timbul perasaan rasa cam nak bunuh diri, nak buat perkara2 yang memudaratkan ataw lebih tepat gie perkara2 yang di murkai oleh Allah.

Bila kecewa, barulah nak ingat Allah... masa tengah asyik bercinta tak plak ingat Allah. Kalau ada ingat pun masa memula perkenalan. Jangan jadi hipokrit weiii katakanlah kalau masa memula perkenalan korang rasa nak tunjukkan diri tue adalah sebagai calon suami ataw isteri yang terbaik (walaupun sebelum nie tak pernah jejak ataw jarang solat) solat tak pernah tinggal, pegang tangan pun bila keadaan memaksa (tak kan awex dah nak kena langgar korang tak tarik tangan dia kan) apa kata korang teruskan sampai ke akhir hayat. Solatkan wajib. Nie ada aku tengok bila clash jer terus boikot tinggalkan solat.. astr'firullah... ada plak yang sepanjang couple tak ingat nak solat maklum arr sedang asyik bercinta setiap masa tue rasa cam rugi giler kalau tak dapat bersama sampaikan nak kelip mata pun rasa cam tak berapa nak sanggup. Bila dah clash baru ingat Allah. Apa pun tue hak individu kan... aku cakap bukan korang jer sebagai manusia biasa kita tak kan sesekali terlepas dari melakukan kesalahan.

Jangan plak bila aku cakap
sebagai manusia biasa kita tak kan sesekali terlepas dari melakukan kesalahan tue korang langsung tak nak berusaha perbaiki dan atasi dari melakukan kesalahan. Sekurang2nya menuju ke arah ataw berusaha daripada melakukan kesilapan.

Berbalik semula pada
tindakan anda sekiranya pasangan anda mencurangi kasih sayang... pada aku tak perlu lah sampai nak buat sesuatu ke atas pasangan tersebut. Redha jer... pada aku sendiri, aku pentingkan kepuasan. Cuba korang dapatkan kepastian dari pasangan korang sendiri andai ada sesuatu perkara yang berlaku. Bila korang sendiri dah puas dengan jawapan yang di berikan, barulah sama2 buat keputusan. Kalau clash pun sekurang2nya kita taw mana silap kita dan kita masih boleh lagi berkawan dengan pasangan kita tue. Tapi apa pun jangan sampai membenci. Aku paling takut bila bab membenci nie. Sebab aku nie lain sikit kalau aku sayang, aku akan sayang bebetui kalau aku dah benci, sampai mati aku akan benci. Nie lah masalah utama aku yang sehingga kini aku cuba kikis. harap2 ada ruang tuk aku perbaiki diri nie.

Ada plak yang aku dengar bila clash tue nak berkawan pun tak boleh. Kenapa mesti cam tue? cuba pikir, koang ingat senang ker korang nak jalinkan sesebuah hubungan lebih2 g hubungan sebagai pasangan tue? cuba ingat kembali apa yang korang dah lalui dengan pasangan tue... masa bercinta kan semuanya indah... kenapa bila clash mesti ada perasaan benci? pada aku, orang yang ada perasaan benci setelah clash nie adalah mereka yang sememangnya tersangat menyesal di pertemukan. Saper yang temukan korang dengan dia?? dengan kuasa siapa korang di pertemukan? korang paham kan apa hukumnya jika ada perasaan sedemikian.

Jawapan aku pada soklan remy tue dah aku huraikan di sini. So korang plak cam ner?? ingatlah orang lain mungkin tak taw apa yang telah korang alami sepanjang perhubungan korang dengan pasangan tapi Allah Maha Mengetahui. Kenapa semua berlaku? hanya korang, pasangan dan Allah sahaja yang tahu.

Ingat kata2 aku tue... biarlah orang buat kita asalkan kita tak buat dia... biarlah Allah sahaja yang balas. Jangan sesekali kita menyalahkan pasangan dan menyumpah pasangan kita... Memaafkan adalah lebih baik dari segalanya. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri kita. Bila nak rasa down jer sematkan dalam otak.. ' dia bukanlah utk aku kerna aku lah yang terbaik' sesekali kena sematkan kata2 positif dalam diri tapi jgn sampai lupa diri dah arr hehehe.

Sekian, dari aku...


6 comments:

RemyLC said...

ish, remy x kn boikot nyer, kiter boikot barangan israel, hehe...

kalau remy la kn, semestinyer mcm remy katakan kat blog remy tu, kerat 18 dan masak sup, huhu...

x ar, remy akan pergi sambil tersenyum manis sbb yg mcm dikatakan, kiter yg terbaik, kn?

hehe...

Cik Nazaitul Nadia @ Cik SesuciQiellah said...

gud boy... hehehe amik ko aku wat topik ko wakaka

RemyLC said...

panjang rupernyer,
tadi pendek jerk, huhu...

Cik Nazaitul Nadia @ Cik SesuciQiellah said...

remy wakakak secara kebetulan ang dok komen aku lom abis bermadah ler wakaka

farish izaryl @izreez said...

pnjangnye entry ko qilah ahaahks..karangan keww..lalala aku curang la.opssssss

Cik Nazaitul Nadia @ Cik SesuciQiellah said...

wakakak biasa ler rizz bila bab nak dapatkan komen aku cam terlebih emo plak wakaka kalau terasa tue nasib arr kan... nama pun manusia... apa pun ingat bila kita buat org... sudah pastinya org yg terdekat ataw tersayang akan buat kita semula... semuanya pasti ada balasan samada dari sesama manusia atawpun Allah... lu pikir lah sendiri....