Monday, July 27, 2009

MoGa aDiK aKu CePaT SeMBuH... aMiN...

Salam bersahaja... wahhhh tetiba jer rasanya cam dah lama tak update n3 kan wakakakak kesibukan melanda kekdahnya...

Mungkin ada di antara para blogger terutamanya geng putus fius dah pasan sejak arie khamis laie aku dah menghilangkan diri kan?? cam ner taw??? cam ner laie... melalui Ym lew wakakak

So aku dah decide nak letak date tuk n3 nie berdasarkan arie kejadian key.

Lepas abis kerja jer aku terus shoot balik ke umah mak aku sebab esok pepagi aku kena bawak adik aku Dak E ke hospital (seperti dalam gambar) sebab dia ada masalah dengan tulang belakang dia.

Sebenarnya dah hampir 2 minggu rasanya dia mengalami kecederaan pada tulang belakang. Kisah bermula masa dia nak betulkan tali kasut masa kat tempat kerja dan dan dengan tak semena2 dia dah jatuh melutut. Sampaikan nak tegakkan badan langsung tak boleh. Alhamdulillah adik aku mempunyai rakan2 yang begitu prihatin, terus menghubungi ambulans sebab nak angkat dia, adik aku akan meraung... mungkin sebab kecekapan kakitangan hospital (pengalaman kot) mereka berjaya naikkan adik aku atas stretcher dan terus berkejar ke hospital.

Aku kena bawak adik aku membuat rawatan lanjut berkenaan dengan tulang belakang dia. Sebagai seorang kakak, aku agak risau dengan keadaan adik aku. Kalaulah kesakitan yang di alami Dak E boleh di transfer kepada aku, aku sanggup lakukannya. Aku sayangkan ahli keluarga aku. Pada aku, keluarga aku lah segalanya buat aku.

Adik aku di benarkan balik ke rumah dengan di pasangkan besi pada pinggang dia. Dan sudah tentu adik aku tidak boleh banyak bergerak. Kesian aku tengok Dak E. Arie nie Dak E akan bukak besi tersebut. Aku berbincang panjang dengan doctor yang merawat adik aku. Sampaikan mungkin doc tue tak berapa selesa berbincang depan pesakit, terus mempelawa aku tuk bincang di dalam bilik. Katanya tisu pada tulang belakang adik aku telah terkoyak dan minta kami sekeluarga tidak terlalu risau. Insya'allah selagi adik aku makan ubat dan tidak mengangkat barang2 berat dia tidak akan pa per... alhamdulillah... aku mampu menarik nafas lega tetapi ada perkara yang perlu di beri perhatian.

Argh!!!! kenapalah begitu banyak dugaan yang berlaku di sekeliling aku??? subhanallah... andai segalanya boleh di pindahkan kepada aku, aku rela... janganlah pa per berlaku pada ahli keluarga ku... amin...

Untuk pengetahuan, Dak E akan mendirikan rumahtangga pada 26 September ni... dan kenduri kat rumah aku akan di adakan pada 10 Oktober nie... moga adik aku akan sihat sentiasa... kalaulah aku boleh berkorban... akan aku lakukan...

Biarlah hanya aku sahaja yang tahu.... lepas aku uruskan hal Dak E, aku terpaksa gegas ke Taiping...

7 comments:

farish izaryl @izreez said...

adoi cedeynyaa! so dh kua wad lom?...smoga cpt sembuh :'(

Hezesuze said...

ishhh tu da kes serius tu....laa nape xhabaq mai kt sis....bleh sis jenguk2 kt SMC tu...

moga dak E tu cpt smbuh...tp rasenye kene amik masa coz melibatkan tulang blakang...

p/s ang smmgnye kakak yg baik ler...salut!

Corey said...

moga adik ang kembali pulih.. mmg kekadang dugaan dtg bertubi utk uji kekuatan kita. redha je.

Blog Eazy Izzuddin said...

semoga cepat sembuh

RemyLC said...

g SMC sec 20 x roger remy pun, huhu...

sedeh ni (sambil menitiskan air mata atas pehat mamat the store dan dibelai olehnya, huhuhu jgn jelez)

yushafieza said...

aku doakan kesejahteraanya qilla..
amin..

yushafieza said...

aku doakan kesejahteraanya qilla.
amin...