Sejak semalam terdetik di hati nak berblogging semula tetapi ilmu di dada tak penuh gie... kononnya nak update blog melalui HP kekdahnya hahaha... sudahnya tersadai gak... pagi ni masuk opis try luck... Alhamdulillah password masih ingat lagi.
Sekadar nak berkongsi kegembiraan bersama. Setelah sekian lama, kami sekeluarga berjaya memiliki sebuah kediaman 'comey'. Secara rasminya pada 23hb Mei 2013 (Khamis) satu majlis kecil2an telah di adakan. (kecil2an lah sangat sampaikan ada sorg blogger merangkap BFF aku dah sampai, sanggup patah balik ... katanya 'tak pernah aku tengok org buat kenduri seramai ni').
Kalau dulu aku dan keluarga menginap di Lot 3482, Jalan Merbau... kali ini kami menginap di Lot 3492L, Jalan Merbau. Kalau dulu nak masuk kawasan rumah masuk simpang ke kiri (selepas Masjid An-Nur) tapi kini masuk simpang sebelah kanan plak...
Alhamdulillah aku bersyukur sesangat atas kurniaan dari Allah buat kami sekeluarga. Dengan keadaan kesihatan abah yang tidak menentu aku tetap bersyukur kerna Allah izinkan abah 'merasa' duduk rumah sendiri. Untuk pengetahuan abah ada masalah jantung. Sudah rujuk pada pakar jantung di PPUM (Doc dari IJN) katanya... kalau di beri 5 tahun, abah hanya mampu bertahan 2 tahun sahaja. Jantung abah tak boleh tambah bateri (seperti bapa ex-housemate aku Farah) sebab keliling jantung dah rosak + plak Doc tak nak ambil risiko sewaktu dalam pembedahan. Abah sekarang makan ubat je terutama ubat kencing (tak taw nama ubat). Alhamdulillah lebih 2 tahun dah sekarang Allah panjangkan usia abah aku. Moga keluarga aku sentiasa di panjangkan usianya... begitu jua dengan keluarga kalian. AMIN...
Berbalik pada cerita our 'new house yg comey'. Sepanjang pembinaan memang boleh di katakan hari2 lah kami dok jenguk terutama abah & aku hahaha... bukan apa sekadar lihat proses & kontraktor tak adalah main hentam kromo je kan... Plan rumah abah buat sendiri. Kalau nak taw boleh di katakan tetiap malam dia ubah plan... nek pening aku di buatnya hahaha... kini, kami dah boleh duduk dengan selesanya. Syukur...
Dalam Pembinaan 1
Dalam Pembinaan2
Dalam Pembinaan3
Rumah lama? dah nak roboh dah... rumah tua... aku rasa dalam banyak2 rumah kg kat situ, rumah aku tu jer lah yg tak di robohkan lagi. Masa nak dok pindah tu macam2 lah jadi... agaknya rumah tu taw yg tiba masanya dia 'menyembah bumi'. Dengan bumbung tercabut masa hujan lebat... dinding jatuh... dah tak pasal2 kami cover dengan kain bendera... kononnya semangat patriotik... maklumlah abah bekas tentera. Pada hal dalam masa yang sama dok cover dinding hahaha. Apa pun kami tetap bersyukur... rumah tu banyak jasanya kepada kami sekeluarga.
Ikhlas dari aku...
No comments:
Post a Comment