Saturday, February 27, 2010

AdoaIiii... TeNSi0N NyE...

Tension tul aku bila dapat taw yang aku di kehendaki outstation ke JB pada 11-12 March... adoaiiii dah lew tak kenai saper2 kat sana allih2 comei jer bos aku suh aku gie sana... kalau ada teman tak per lew jugak nie di kelilingi oleh 3 lelaki... pas tue bila di tanya slumber badak jer dia suh aku datang ngan dak2 nie... giler per nak suh aku naik 1 kete ngan depa???

Penginapan idak lew aku risau sangat sebab aku taw sememangnya kami nanti lepak kat hotel dah tentu laen2 bilik. Tapi kalau tak bawak kete sendiri alamatnya tinggal lew aku sorang2 dok terperok dalam bilik jer kekdahnya. Kalau ada kereta dah tentu aku bebas nak ke mana2... bukannyer apa buatnya aku tetiba nak merayau ke Danau Kota ker... jenjalan buang tebiat ker... kan senang....

Meeting!!! Meeting!!! adoaiiii... nak tak nak kena gak gie... dah gtaw mak dan abah... Feedback dari mak aku... biasa lew dah tentu dia tanya aku nanti tinggal kat mana? dengan siapa? laie risau bila dapat taw aku akan gie ngan dak2 lelaki opis aku... adoaiii bondaku ini dah tentu aku dok bilik sorang... abah??? cam biasa diam jer... agaknya dia paham dah nama pun atas urusan kerja... dan dia taw yang anak dara dia sorang neh boleh survive... tetiba teringat plak kat john... dia pernah cakap... si qiellah nie... campak lew kat memana kompom boleh idup nyer... hahahaha

Ada gak dengar citer kata nak suh aku kerja kat JB... owh!!! tidak!!! apsal aku obses sangat ngan JB??? hahahah aku tak rasa aku serasi dengan JB walaupun sedara mara aku bersepah kat sana... kalau nak transfer aku pun biar lew negara laen tapi bukan JB + kelantan!!! hahahah

Tengok lew cam ner nanti... masa meeting tu baru taw keputusan... apa pun chayok!!! chayok!! nadia... nie lah masa tuk pembaharuan... insya'allah...

Wednesday, February 24, 2010

PeRKaMPuNGaN MoRTeM

Pada 15hb tempohari aku, dak adik, husaini, dak liza, dak e dan emak telah balik ke melaka tengok keadaan dak apis. Alhamdulillah keadaan dia sangat mengejutkan sebab Allah masih panjangkan umur dia (syukur) yang paling mengejutkan adalah dia boleh bangun dan berjalan macam biasa. Dia masih boleh bercakap sekarang nie masalah di adalah ingatan. Susah nak ingat...ada ketikanya dia boleh ingat, dan ada ketika langsung tak ingat. Tak per lah slow2...

Masa kami sampai kat hospital tue keadaan kat bilik dab penuh dengan orang so kami ambil keputusan lepak kat bawah itu pun selepas di halau oleh pak lang. Dia suruh kami gie jenjalan kat melaka. Adoaiii motip nak lawat dak apis sekali pak lang halau plak... agaknya dia tak nak kami risaukan keadaan dak apis.

So, kami ambil keputusan jalan2 di kawasan hospital dan terjumpa satu perkampungan Kampung Mortem di beri nama. Menurut sejarah kampung tersebut merupakan satu2 nya kampung melayu yang masih bertahan. So, enjoy jer arr ngan pic2 di bawah nie...


Bergambar di jambatan sungai melaka...


Bergambar kenangan di depan pintu masuk ke salah sebuah rumah di kampung mortem. Rumah ini di maklumkan telah berusia lebih dari 100 tahun.


Kami di beri peluang untuk memukul gong yang terdapat di dalam rumah tersebut. Untuk makluman, tidak semua orang di beri peluang untuk memukul gong...


Bergambar kenangan di dalam bilik pengantin... aku, adik aku, dak olol dan dak imah...


Di dalam bilik pengantin....


Bergambar kenangan... siyez cakap... kebanyakkan peralatan semuanya merupakan peralatan zaman dulu kala... boleh di katakan barangan antik...


Dak Imah & Dak Olol bergambar kenangan naik pelamin buat kali ke 2 hahaha... salah sebuah pelamin yang terdapat di dalam rumah tersebut.


Tuan punya rumah... menurut katanya Kampung Mortem nie telah di bina beberapa lama dahulu (tak ingat) dan rumah dia saja dah berusia 100 tahun lebih... kira masih ebrtahan dan bohonglah kalau aku kata tak der langsung pembinaan baru... so mana2 yg dah reput ataw yang perlu di baiki telah di baiki... perkampungan ini merupakan satu2nya perkampungan melayu yang masih ada di melaka.


Masa nie plak ngah tekun mendengar penerangan serba sedikit pasai kampung tersebut... wahhhh masing2 kemain gegeh memasang telinga... katanya kerusi yang kami duduk neh ramai menteri2 yang dah duduk...


Masa nie plak kami semua sedang bergambar kenangan dengan tuan punya rumah tersebut.. ala... lupa plak nama pak cik neh....

Wednesday, February 3, 2010

My BeST FrEN IzaN...

Syukur sesangat pada Allah. Hari ini aku sangat gembira sebab tak sangka semalam aku berjaya menjejak rakan baik merangkap anak angkat keluarga aku Izan kat facebook.

Itupun selepas terserempak dengan Ayen masa kat HKL beberapa minggu yang lalu. Kata Ayen, dak2 sekolah SMSU, ramai kat facebook. Apa yang aku lakukan semalam adalah jejak Ayen dulu. Sebab aku percaya kalau dapat cari Ayen kompom dapat cari dak2 nie.

Pagi nie tengok Izan ada reply aku nyer fb. Alhamdulillah aku bebenar rindukan dia. Tak sangka dalam masa yang sama dia juga mencari aku dalam FB. Allah pertemukan kita kat fb rupanya.

Last aku jumpa dia masa dia ngah mengandung anak pertama rasanya... sekarang dah berapa orang anak agaknya... moga2 dia bahagia hendaknya dengan Syahril.... juga rakan masa kami belajar kat Bangsar dulu...


Inilah kawan baik aku... Izan Noormaya Hashim yang aku panggil Izan.



Izan dan adiknya... dah besar dah adeline... rindu tul kat dia...



Keluarga besar Izan Noormaya Hashim binti Nazri.

OwH KeRJa...

Salam...

Arie nie terasa banyak tuk kerja. Alhamdulillah sekarang nie rezeki aku makin bertambah (syukur). Aku telah di naikkan pangkat menjadi Account & Admin Exec. Sebelum nie aku hanya menjadi Admin Exec jer tapi sejak rombakan berlaku dengan persetujuan bos, aku telah di naikkan pangkat. Syukur alhamdulillah. Bila dapat jawatan nie tetiba jer teringat kat Kak Ina (x-opis mate dulu) yer arr dulu dia yg pegang jawatan nie.

Selama nie mana2 kerja kosong yang offer aku jadi account ataw dalam erti kata lain, mana2 yang berkaitan dengan account semuanya aku tolak. Semak otak aku kalau libatkan account nie. Tapi bila kat tempat baru nie depa usha aku nyer background, tup2 haaaa.... amek ko.... nak tak nak, terpaksa ler aku terima dan satu jer aku sematkan dalam diri aku....

'Kalau kak Ina boleh, takkan aku tak boleh kot???'

Mudah-mudahan aku dapat jalankan tanggungjawab aku dengan baik hendaknya. Minggu nie, aku dah start buat kerja-kerja account. Adoaiiii naik juling biji mata aku bila tengok angka2 wakakka

Tetapi aku bernasib baik sebab bawah aku ada 2 orang yg setia menjadi pembantu aku. Tapi yer arr... kita tak boleh nak riak, apa pun aku masih belajar. Banyak perkara baru yang perlu aku ingat.

Company aku nie menjadi pembekal keperluan hospital. So banyak deal dengan negara luar. Arie nie balik lewat sebab nak siapkan payment voucher staff.

Kami ada branch kat JB. Semua gaji staff kat JB aku kena handle adoaiiii lagi masalah bila dak2 kat JB tak berapa nak ikut step kerja. Semua men langgar jer termasuk lew depa nyer claim. tadi aku adakan perbincangan dengan bos sementara dia ada kat sini, minta buat kerja bersistematik. Terima kasih gak lew kat staff IKRAM sebab ada ler beberapa step yang telah aku gunapakai kan masa kat sini. Itulah orang cakap pengalaman bekerja.

Dengar citer dalam bulan depan opis aku akan berpindah kat area pyramid. Kunci semua dah dapat tinggal sekarang nie dok renovation. Dengar citer bos nak kasi aku bilik bersebelahan dengan bilik manager. Aku berbelah bagi plak nak stay dalam bilik kang tak leh nak gosip2... dah tentu aku kesorangan kat dalam tue...

Owh yer pasal dak apis... syukur pada Allah sebab dapat taw dia dah bukak mata... masa aku g jenguk di minggu lepas... memang dah bukak mata tapi cam blur arr... mungkin kesan hentakkan yang kuat kat kepala buatkan dia cam ilang ingatan. Tak per lah mudah2an dia cepat sembuh. Semalam pak cik cakap dia dah leh senyum masa orang bersembang dengan dia. Bila panggil nama dia, dia pandang... syukur...