Thursday, January 29, 2009

CiNTa BeRBiSiK PaDa HaTi YaNg SePi 1...

Nurul Iman merenung ke langit menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi. Sesungguhnya dia amat bersyukur kerna sehingga kini Nurul Iman masih di beri peluang menikmati kehidupan yang bersifat sementara ini walaupun ada ketikanya Nurul Iman berasakan segalanya telah musnah. Nurul Iman cuba mengenang kembali perjalanan hidupnya selama 29 tahun. Banyak sungguh dugaan yang melanda dan ada ketikanya Nurul Iman terpaksa pasrah dengan ketentuan Illahi. Sesungguhnya dia hanya mampu merancang namun sebagai hamba Allah, Nurul Iman terpaksa akur dengan ketetapan Illahi.

Teringat kembali bagaimana Nurul Iman boleh terdampar di sini. Semuanya gara-gara ingin pergi jauh dari semuanya akhirnya Nurul Iman membuat keputusan untuk berada di luar kawasan Kuala Lumpur bagi mendapatkan ketenangan.

Setelah memandu hampir 5 jam akhirnya Nurul Iman telah sampai ke Nadia's Inn. Itu pun secara kebetulan Nurul Iman terjumpa pamplet yang terdapat di ruangan surat. Rasanya pamplet tersebut adalah kepunyaan rakan serumahnya. Dengan hanya meninggalkan sekeping nota yang berbunyi "Iman akan berada di luar kawasan selama beberapa hari. Maaf kerna tidak memaklumkan kepada kalian terlebih dahulu. Jangan risaukan Iman, Iman ok. Kemungkinan besar tempat yang akan Iman pergi nie tidak ada coverage. Apa pun nanti bila ada kesempatan Iman akan hubungi kalian. Sayang kalian semua" Iman terus mengemas pakaian dan terus memecut pacuan 4 roda miliknya yang telah di beli hasil titik peluhnya setelah berkhidmat di salah sebuah syarikat gergasi di kota mertopolitan ini.

Semasa dalam perjalanan Nurul Iman berasa pening namun di gagahkannya juga untuk sampai ke destinasi. Teringat kembali bagaimana dia menerima sebuah pesanan ringkas yang telah mengubah seluruh kehidupannya semasa di pejabat siang tadi. Terus Nurul Iman mengambil cuti kecemasan dan segala temujanjinya dengan beberapa orang pelanggan terpaksa di batalkan memandangkan Nurul Iman sendiri tidak dapat memberi fokus kepada tugasan yang diberi.

Sampai sahaja di lobi Nadia's Inn, sakit di kepala makin menjadi-jadi sehinggakan Nurul Iman terpaksa berpaut pada kerusi yang berdekatan.

"Assalammualaikum... adik tak apa-apa ke? akak tengok muka adik pucat dan nampak cam tak sihat sahaja" tegur seseorang di belakang Nurul Iman.

"Wa'alaikum salam. Kepala saya sakit.." sambil memegang kepalanya Nurul Iman terus rebah.

Salmah terkejut melihat gadis di depannya jatuh pengsan namun tangan sasa milik Badrul, adiknya sempat memaut pinggang Nurul Iman. Terus Nurul Iman di bawa ke dalam sebuah bilik di chalet milik kakaknya.

Salmah menguruskan semua urusan check-in Nurul Iman dan memilik bilik yang terbaik di dalam chalet tersebut.

Tidak lama kemudian Nurul Iman mula sedar dan pelik memikirkan bagaimana dia boleh berada di dalam bilik ini. Tidak lama kemudian datang seorang wanita yang berwajah penuh keibuan merapati Nurul Iman sambil membawakan makanan untuk Nurul Iman.

Tuesday, January 27, 2009

Di KeHeNDAKi PoLiS - PeMBaNTu MM DaLaM PeNYaMaRaN...

Kuala Lumpur, 27 Januari 2009 - Satu sindiket jenayah berat dan yang seberat2nya telah melanda Kuala Lumpur. Seluruh rakyat Malaysia di landa kebimbangan terutama sekali para Ibu bapa kerana khuatir anak2 remaja berada di luar kawasan pemerhatian para ibu bapa. Ini semua adalah gara-gara satu sindiket jenayah yang melanda negara ini. Di bawah ini adalah beberapa keping di sebalik wajah 'Pembantu MM' yang telah berjaya pihak kami rakamkan.

Gambar tersebut telah di rakamkan oleh sebuah kedai gambar dimana menurut kata salah seorang pekerja (nama di rahsiakan) penjenayah tersebut sering kali datang ke kedai untuk membuat make over. Oleh kerana kekerapan dan segala tingkah laku yang mencurigakan, pihak pengurusan kedai tersebut telah memasang cctv dan merakamkan beberapa keping gambar.

Sehingga kini 'Pembantu MM' masih belum berjaya di berkas dan seandainya orang awam mempunyai sebarang maklumat bolehlah menghubungi pihak berkuasa yang berdekatan ataupun bolehlah menghubungi secara terus di talian 007 dia telefon bimbit anda dan seandainya andai memakai talian rumah sila dail 700.

Di fahamkan kumpulan ini selalunya bergerak bersama dan kebanyakan jenayah yang di lakukan adalah jenis yang berat. Setiap kali melakukan jenayah, kumpulan ini akan membuat make over wajah mereka ini adalah bagi mengelirukan pihak berkuasa. Kerjasama anda bagi menangani atau membanteras jenayah di kalangan masyarakat kita amatlah kami hargai. Bersama-samalah kita membanteras jenayah.









Wednesday, January 21, 2009

iKRaM ChaLLaNGe...

Baru2 neh (baru tak der ler baru sangat) IKRAM ada buat program core value campaign so antara nak dan tak nak aku telah di paksa rela... di paksa sebab masa tak kena, rela sebab aku sememangnya berminat dengan xtvt lasak. So kat bawah nie ada ler beberapa gambar yang sempat aku load untuk tatapan semua. Nanti agak2 aku rajin dan free aku masukkan lagi pic yek tapi tajuk lain arr mungkin akan di tambah '2' kat belakang.


Hisyam dan aku - masa neh acara naik pelampung secara solo menyeberangi pulau yang terdapat di Putrajaya tue... sepanjang pemerhatian aku banyak gaklah kenderaan yang lalu lalang kat situ dok perhatikan gelagat kami.

Aku - rasa agak santai jer lepak dalam pelampung neh... hehehe... orang dok berlumba aku plak sempat g berposing wakakaka...

Aku dan team - horeyyyyy kami sampai dulu.... nie ler muka2 team aku... pergh!! not bad gak arr depa nie...


Berjaya lagi... alhamdulillah segala cabaran kami tempuhi dengan penuh kegembiraan seperti biasa dan semua warga IKRAM taw.. pasukan kami neh bukan sahaja juara menjadi milik kami bahkan kami juga menang sorak...

Team kami hanya 3 orang perempuan jer yang lain sumer laki...

Sampai dulu... penat giler... rehat dulu sambil posing wakakaka

Pergh!!! xtvt yang paling aku suka... kalau nak taw aku ler yang paling awal dok rembat bukannyer apa nak cepat sangat nak sampai... paling mangkuk adalah mamat belakang aku tue kat tengah2 dia leh pakat lepak tak nak mengayuh. Nasib baek ler ang satu team ngan aku kalau tak dah lama aku terbalikkan kayak neh...

Nie masa baru2 sampai kat last check point. Setiap kumpulan di beri amanah yang perlu di bawa ke mana sahaja. Aku yang sememangnya dah banyak kali terlibat dengan xtvt cam nie tanpa membuang masa panggil semua team aku dok berkumpul di belakang ranger (usha line dulu make sure tak der saper2 yang pandang) kami telah berpakat nak settlekan puzzle awal2. So last2 nanti mesti kena buat dan kami dah rancang awal2 siap tandakan kat belakang gie. Nie kira ok lagi lah kalau ikut kepala aku dan masa aku organize dulu aku kasi depa sorang 3 biji telor amik ko terkulat2 nak jaga wakakaka...


Nie pula acara ballancing depa kasi 6 batang paku dengan sebatang paku yang telah di pakukan kat kayu. Sebenarnya aku pun tak taw benda alah neh tapi nak wat cam ner kehadiran aku kat tempat berkumpul tidak di sedari oleh pihak pengurusan, so masa depa dok bincangkan cam ner nak balance kan paku neh aku dah curi2 dengar dan pandang cam ner depa buat wakakaka... nasib arr saper suh tak usha line dulu...

Hasilnya kami berjaya!!!!!!!!!!!

Dah siap semua makan dulu.... lapar nak mampus....

Sembang kosong sebab semua task kami dah berjaya settlekan.

Sunday, January 18, 2009

tEaM fuTsAL HoRNeT WaNiTa

Memandangkan tahun nie setiap pasukan di kehendaki untuk menghantar team futsal antara nak dan tak nak dan setelah di paksa rela, khidmat aku di perlukan. Nie adalah antara gambar2 masa lawan futsal.
Team Futsal Wanita Hornet1
Team Futsal Wanita Hornet Dengan Coach

Team Futsal Wanita Hornet2


Hornet Lelaki

Futsal Hornet 2


Futsal Hornet 1

Team Futsal Hornet
Keputusan Futsal Wanita:
Juara : Hornet (team aku tue wakakaka)
Naib Juara : Panther
Ke3 : Rhinos
Ke 4 : Iguana
Keputusan Futsal Lelaki:
Tak berapa nak ingat kalau tak silap Hornet dapat Naib Juara. Biasa lah aku ingat team aku jer team orang lain wakakak lantak p arr wakakaka

iKRaM TeN PiN BoWLiNG...

"Oit Nadia! wahhh... ada blog tak nak bgtaw yek." tersembur neslo ais aku. Nasib baik ler tak der orang yang duduk depan aku. Nie yang bikin wa terbakau darah neh! pantang tul aku kalau time2 aku ngah menghayati minuman neslo ais neh ada plak yang main sergah2 tanpa mengira tempat neh. Dah tak pasai2 satu kantin dok gelakkan aku. Rugi2 neslo ais wa beb...

"Hampeh arr ko... buatnyer aku mati terkejut kat sini cam ner! kot yer pun agak2 ler beb" seperti biasa aku tetap dengan muka slumber. Nasib aku baek sebab boleh di katakan kat kantin neh semua kenai aku. Bukan ler nak riak tetapi terpaksa riak gak arr wakakak... memandangkan aku budak sport dan boleh di katakan apa sahaja xtvt kat sini pasti muka aku ada nyer arr... nie semua gara2 akak sepupu aku (tuepun baru taw dia sepupu aku masa kantoi kenduri kawen sepupu aku gak (berapa banyak sepupu daaa) kat PD. Kira jejak kasih arr.. bila dah kantoi tue mula arr adegen 'basuh membasuh'. Pung pang pung pang abah aku, ayah dia, pak2 sedara yang lain dok pakat basuh kami... tue lah jarang sangat balik kampung sampaikan sedara sendiri pun dah tak kenai. Bisa seh...) yang tarik aku dalam sport. Mentang-mentang ler aku nie kira muda dan bujang, semua games dok letak muka aku. Masa memula masuk sini pergh!!! rasa aku di pergunakan pun ada... rasa cam robot pun ada... per taknya semua games aku dipaksa main. Sudahnya sehari selepas sukan, kompom aku pengsan tak ingat dunia nyer. Bos pun paham... kira nasib baek gak arr.

Berbalik semula pada citer pasai blog. Kawan aku sorang neh memang suka sangat baca fotopages aku. Kira dia neh pelawat utama gak arr. Yang aku peliknya dan rasa cam nak ongbak kan jer dia neh adalah bukan ker kat fotopages aku tue, dah aku letakkan link blog dan sebab munyabab (ada ker perkataan neh?) aku nak stop fotopages??? lagi mau tanya aku.
Rupanya ramai gak dak2 fotopages terkilan kat aku sebab stop update. Memang aku akui, ramai gak laa member fotopages dok suruh aku kembali aktif tapi tengok arr cam ner keadaan nanti. Apa pun yang boleh aku perkatakan adalah AKU PENAT WEIII NAK UPDATE 2 BENDA DALAM SATU MASA!!!. Adoaiiii... Member aku kata dak2 sumer suh aku update gak fotopages. Kepada kengkawan fotopages, nantilah yek kasi ler aku masa memandangkan masalah kerja yang aku hadapi tika nie. Kasi aku settlekan semuanya dulu yek.

Pung pang pung pang (amik gie word dari dak darabdua wakakaka) sembang tak pandang keliling g dah... member tak puas hati sebab aku tak masukkan story pasai xtvt kat sini.

So untuk tidak menghampakan beliau (wahhh beliau tue wakakaka) aku masukkan xtvt IKRAM.
Pada 14 Julai 2007 (lama tue wakakak aku masukkan entry mana yang ada dalam simpanan aku lah yer) pihak Kelab Sukan Dan Kebajikan Kumpulan IKRAM - KSKKI (ada oang tanya aku maksud dia kerna ku sayang kamu ker? wakakak) telah mengadakan satu pertandingan IKRAM TEN PIN BOWLING yang telah di anggotai oleh 4 pasukan iaitu HORNET, IGUANA, RHINOS dan PHANTER. Bertempat di Alamanda, Putrajaya para peserta dikehendaki untuk berada di sama pada jam 9 pagi. Seperti biasa ler janji melayu (jangan ada tebakau darah plak. hakikat beb) games start kalau tak silap aku jam 10pagi kot.
Semangat kesukanan para peserta...
Alamanda gamat dengan kehadiran para peserta. Apa pun terima kasih di ucapkan kepada semua para peserta dan penyokong yang hadir memberi sokonan. Di bawah neh aku sertakan gambar yang ada dalam simpanan aku.
Zamberi Abu Bakar menunjukkan skillnya
Pn Adibah-Iguana Pemain Lelaki Terbaik (419)
Puan Adibah neh memang terror seh main bowling. Sampai sekarang aku masih tak dapat nak lawan score dia. Terbakau darah aku kalau setiap kali games dia ada. Memula bersemangat gak lah nak main kan tapi bila nampak jer dia ada... alahai semangat makin menurun. Kompom kalah kat tangan dia. Apa pun one day aku pasti akan kalahkan dia. Wahhh....
Mohd Hisyam-Hornet Pemain Lelaki Terbaik (494)
Mamat neh merupakan budak opis aku, kalau aku rasa nak main bowling memang ngan dia arr. Merupakan rakan seteam aku (memang tiap kali games mesti satu team). Walaupun aku tak dapat menyondol Anugerah Pemain Wanita Terbaik sekurang2nya ada gak ler dari team aku dapat Anugerah Pemain Lelaki Terbaik wakakaka.

Juara Keseluruhan - Hornet
Juara Keseluruhan hehehe team aku beb Hornet!!! selama 4 tahun berturut2 Hornet menjadi Juara Keseluruhan Bowling IKRAM. Bangga... Bangga.... wakakaka

Panther Tempat ke 2

Rhinos Ke 3

Iguana Ke 4

Papan Markah

Para Penyokong

Kalau angpa semua pasan ada ler muka aku dok menyampaikan hadiah tue hehehe... biasa ler wa ada mandat besau beb wakaka... angpa ingat sewenang wenangnya ker nak suh orang dok sampaikan hadiah wakakaka....
Jangan tebakau darah arrr wakakaka

MaSaKaN... waKaKaka

Hari nie aku nak citer siket pasal masakan. Selalunyer kalau bukak bab masakan neh blog Hana ler yang paling popular (kemain rajin gie anak dara sorang neh berkongsi dan mencuba sebarang jenis masakan) tapi kali nie giliran aku plak...
Malam tadi di saat tengah tengok Juara Lagu ke 23 kat TV3, aku dan Farah masing-masing kelaparan dengan tiba-tiba. Setelah segmen tolak menolak antara kami berlaku (suruh masak), Farah telah keluarkan ayat keramat 'dah lama aku tak merasa masakan ko' dengan muka sedihnya. Alahai nie yang aku lemah nie... setelah dipaksa rela aku pun masak ler... tengok kat dapur, ah'ha!!! sardin ada... masakan yang paling senang dan cepat serta memadatkan perut. Biasa ler rumah bujang... korang jangan plak nak kata korang tak makan sardin plak... sekaya mana pun seseorang tue, korang cuba ler bukak kabinet dapur depa... kompom jumpanyer tin sardin tue... jangan nak gebang arr...
Aku paksa Farah lepak dapur gak... bukannya apa sekurang2 nyer dia leh arr layan aku bersembang... dalam hati sebenarnya dengki... per tak nyer kita dok dapur masak sorang2 dia leh plak pakat do depan tv tengok Juara Lagu pastu siap gelak2 gie... tak ker terbakar aku dibuatnyer....
Dapur aku jenis yang ada dua tempat bakar tue. Masa tengah masak dengan hanya menggunakan satu dapur, dengan tak di sangka2 keluar plak tetamu yang tak diundang iaitu Cik T wawawawa... ada lagi rupanya!!! aku ingatkan dah tamat dah riwayat Cik T neh.... dia lalu bebetul sebelah kuali aku. Pergh!!! aku per lagi tercampak ler sudip aku. Si Farah plak dah berangan nak memenangi Anugerah Juara Lagu bagi kategori Vokal Terbaik. Aku rasa satu Taman Muhibbah dengar. Pergh!!! nasib baik Cik T tue tak masuk dalam kuali aku. Kalau tak jadi ler Masakkan Sardinkus. Tak sanggup aku wakakaka.... Cik T neh memang nak kena ngan aku neh!!!.
Sekarang neh asal nampak jer sardin kompom kami akan bantai ketawa. Kami dah tak panggil Sardin dah..... sardin bertukar menjadi SardinKus. wakakaka... geli tekak aku wei!!!!
Kepada Hana, maaf kerna masakan kali nie agak .... (lu pikir la sendiri) wakakakak

Thursday, January 15, 2009

BoWLiNg...

Adoaiii kepenatan melanda setelah 3 hari asyik balik lewat dah tak terbendung dah... malam selasa) plak ada training bowling kat mines... tah per mimpi tah dak mines nie dok call aku minta main tuk tournment arie rabu... ada tournment couple kat mines... persoalannyer aku couple ngan saper? mana aku kenai... ingatkan dia suh aku tarik ler memana mamat tuk jadi couple aku... so aku dah plan arr beberapa nama dalma kepala otak aku neh tinggal nak roger jer.. alih2 dia kata dah ada couple untuk aku... wahhh ini boleh mendatangkan marah neh... aku tingin gak arr nak ong bak (amik perkataan dari darabdua wakakaka... cam best plak wa guna ayat lu nie bro) dak2 mines nie...sib baek just carikan couple main bowling jer kalau dia carikan jodoh tak ker haru...

Adoaiii jam menunjukkan pukul 7.45 malam, sempat ker aku nak balik rumah, mandi2 dan bersiap2 nak ke mines tepat jam 8.30mlm nie?? dengan pantasnya aku meninggalkan opis tanpa off computer, lampu pejabat (nie kalau bos aku baca blog aku neh kompom aku ler staff pertama yang di berhentikan lebih2 lagi ekonomi sekarang nie dah tak berapa nak cantek)satu jer aku tak lupa iaitu untuk mengunci pintu opis... wakakak itu pun aku just lock jer pagarnya aku rapatkan jer ...

Sampai umah dah sah tak sempat dah .... nak tak nak dengan pantas giler aku bersiap dan terus shoot ke mines. Berapa kelajuan aku bantai jangan di tanya laa... sampai2 bebetul tang parking kete jam 8.30 malam. Berlari aku naik ke atas... agaknya kalau masuk acara lari 100 meter kompom leh menang apa tak nyer dengan slumber jer aku berlari dalam shooping complex tue dan dengan muka tak berapa nak rasa bersalah aku langgar sekumpulan mamat yang dok jalan ala2 pengantin lelaki nak bersemuka dengan pengantin perempuan yang bergelar isteri kat tengah2 kompleks tue.

Sampai2 jer aku tengok dak2 dah standby... aku dah lambat tapi kenalah control... dengan lagak yang agak tenang aku jumpa ler mamat mines neh... dalam hatid ah debau dah ... dok terpikir saper ler couple aku nanti... aku dah ler tak reti maen... takat maen baling2 tue aku boleh laaa... wat lepas tension...

Couple aku nama dia Razif Alif, umur 32 tahun, kerja area Bangi (lokasi sebenar di rahsiakan), asal Serkam Pantai, Melaka (dah dekat lah tue), masih bujang lagi (masih mencari katanya)badan agak tegap, ketinggian macam seseorang... hmmm.... tingat plak... tah2 dia langsung tak ingat yang aku dok gatai ingat anak orang neh pesal???...

Abis semua biodata dia aku tanya wakakaka... dah serupa cam polis tak diterima jer neh... tapi mamat neh not bad arr rasanya cam sekepala jer... awal2 gie aku dah cakap kat dia aku tak reti maen bowling... aku hanya pakar cuci longkang bowling dan lap bola jer... mamat tue tersenyum jer dia pun cakap kita main suka2 jer... (bertambah debau aku... suka2 yek... main suka2...wakakaka)proses permainan berjalan dengan lancar... kita boleh arr markah paling tinggi pun mlm nie... 181 jer... mamat tue mmg pakar arr ...

Training sampai jam 12 malam... rasa cam nak tercabut jer tangan aku... per taknye korang pikir ler berapa games kami main kalau dari jam 9 sampai 12 main... paling best mamat tue yg banjer aku wakakaka...

Abis jer games tetiba jer aku cam emo plak..wakaka... lepak pantai lagi...

Esoknya aku terlajak tdo sampai jam 4 petang baru aku masuk opis... pergh!!!! nak masuk opis pun debau neh... dengan memulakan langkah bismillah... masuk opis wat muka slumber... mata sesambil tue dok usha line dan tgk2 ler kot2 bos ada ker... alhamdulillah bos tak der.. bos kecik aku wat2 tak nampak jer... sekali dak opis dok sound aku... baru masuk kerja ker??? adoaiiii... menyirap tul aku... dah arr aku masuk secara curik2... sekali dia pakat wat announcement plak... dah 1 opis pakat pandang aku... aku pun dah kantoi... alang2 kan... aku cakap arr tak arr baru balik umah neh.. dari opis tadi banyak plak keje arie nie... sumer pakat gelak...

Lepak table Hisyam (dak opis aku, pengantin baru) aku bukak ym wakakaka... bukannyer nak wat keje dok bantai men ym plak aku neh... ala... dah alang2 lewat jam 5.30 dah nak balik... nak wat keje pun malas... tepat jam 5.30 aku pun capai kunci kete terus shoot balik... malam nie plak aku ada games...

Balik umah mandi2 tengok tv, pastue jam 8 dah bersiap. Aku sampai mines jam 8.45 games start jam 9 malam. Si Razif tue dah berkali2 dok call aku tanya lokasi... wakakaka takut sangat aku tak datang... rasa cam disayangi plak wakakaka ... gatai aku... kami main cam biasa... alhamdulillah arr permainan agak memberangsangkan malam nie... wahhh ayat skema aku... akhirnya kami mendapat tempat ke 4 daripada 34 pasangan. Alhamdulillah arr kan... hehehe...

Abis main games... biasa lah dah jadi cam geng plak kan... aku dan dia deal akan bermain lagi sekali apabila berkesempatan.

Masa otw nak balik tue dapat call dari Apul Dodolz... arie nie birthday dia so kami celebrate kat Imbi... kalau imbi tue per gie karok ler... yang ada Apul (yg diraikan), aku, remy, bahar, ros, super, aly, bf dia, dan 3 orang dak selangor 1. Pergh memasing pakat meroyan mlm tue ngan aku2 sekali... wakakaka...

Monday, January 12, 2009

MaDaH PuJaNGGa...

# Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.

# Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.

# Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

# Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.

# Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

# Jangan pernah katakan cinta Jika kamu tidak pernah peduli

# Jangan bicara tentang perasaan Jika rasa itu tidak pernah ada

# Jangan pernah genggam jemari Jika berniat membuat patah hati

# Jangan pernah katakan selamanya Jika berniat untuk berpisah

# Jangan pernah menatap mataku Jika yang kamu ucapkan adalah kebohongan

# Jangan pernah ucapkan "Halo" Jika berniat mengucapkan "Selamat Tinggal"

# Jangan pernah bilang kalau "Akulah satu-satunya" Jika kamu mengimpikan yang lainnya

# Jangan pernah mengunci hatiku Jika kamu tidak punya kuncinya.

Sunday, January 11, 2009

PeNaNGkaPaN BeRJaYa...

Jumaat lepas dengan muka slumber jer aku jumpa second bos aku sambil menjinjit sebuah perangkap tikus.

Tok!! Tok!! Assalammualaikum bos... sorry kacau... nie i nak gtaw nie i nak pinjam benda alah nie (sambil menunjukkan perangkap tikus)... slumber giler tak ayat aku kat bos wakakak...

Bagaikan nak jatuh rahang dia sambil kata... kot yer pun u nak pinjam benda tue buang arr dulu penghuni dalam tue... bos aku boleh gelak... aku per gie tersengeh jer arr tanyangkan gg cam iklan darlie cuma aku tak guna darlie arr aku gunakan arang wkakaka... giler per zaman nie mana ada gie orang guna arang... wakakaka aku guna colgate arr hehehe...

Arie tue aku balik rumah dengan 1 misi... aku nak wat tangkapan besar-besaran geram giler aku ... lunch tadi handset aku yang sememangnya aku set suara 'dia' menyanyikan sebuah lagu berbunyi hehehe... "beb... 2 ekor kuar dari bilik ko... sekor kecik sekor g besau agaknya anak beranak kot"...

Pergh!!! berasap aku... aku taw ler bilik aku bersih dan wangi depa pakat wat sehati berdansa plak kat dalam bilik aku tue!!! angin sungguh... tue yg aku terus rembat sebuah perangkap tikus kat opis nie dengan ikrar nak antar balik arie isnin... (sudahnya arie nie aku terlupa nak bawak... sat g aku balik amik ler... kecoh tul dak opis aku neh)

Sampai jer kat umah aku dah berpakat ngan Farah (Sarah, dak umah aku gak yg sememangnya aku pun kadang2 tak taw kewujudannya wakakaka)untuk jalankan misi nie. Farah dah cari port paling baekkk punya merupakan laluan cik T nie... iaitu bawah dapur... dengan umpan roti (kemain kedekut gie kami wakakaka) kami menanti dengan penuh kesabaran...

Jumaat malam tue aku lepak ngan dak2 chatters kat Char Kew Tiaw kampung medan (memang port)sebelum pergi tue, sempat arr aku jenguk 'rumah baru cik T' hehehe...

Sampai kat umah dah lewat aku mandi2 terus tidor... pergh!! malam tue langsung tiada gangguan 'seksual' dari cik T wakaka... bangun dah jam 11.30 tengahari. Nie kalau mak aku taw aku bangun lewat maunyer dia simbah sebaldi air nie... tue lom masuk g 'tadarus' dari Pn Rohaya wakakaka... bangun2 dengan pantasnya aku mencapai tuala dan masuk dalam bilik air... apa aku buat... pepaham jer arr tak kan tue pun aku nak citer plak...

Setelah bersiap2 kuar dari bilik tengok dah kosong umah... si Farah keje setengah arie, si Sarah plak.. entah.... wa x amik port beb... terus wa jengah 'umah baru cik T"... ah'ha!!!!! yezaaaaa... kena pun...

Kuarkan rumah baru cik T dari bawah dapur... kemain ganas gie ko yek pantang gerak... sms farah tanya dia per nak buat ngan cik T neh!!! mana ler aku taw cara2 nak melakukan pembunuhan secara kejam cenggini....

"beb!!! misi berjaya... dapat sekor... tapi kecik arr... apa nak wat neh!!! cam ner nak kasi dia mati neh???" wahhhh... ada nawaitu nak membunuh tue wakakaka...

"ada lagi sekor besar punya... x per ada semalaman gie... ko rendam jer dalam baldi... rendam sekali ngan sangkar tue... jgn plak ko bukak sangkar tue kang melompat plak cik T tue wakakaka tak pun ko jemur kat tempat panas" siot nyer Farah...

So sekarang aku ada 2 pilihan samada nak rendam ataw jemur... aku bawak sangkar tue kat luar rumah. Berlari masuk amek baldi. Penuhkan baldi dengan air. Kepala otak dok pikir cara pembunuhan yang cam ner aku nak wat neh... orang bujang depan rumah yang dok melepak sambil basuh kete dan motor dah dok usha aku... oiiittt bang basuh arr sekali kete kebal nie pun ada gak pakedah nyer dari dok usha anak dara orang.

Sambil tunggu baldi penuh aku dah sewel... dok cakap ngan cik T sambil menjentik2 kepala dia... kemain degil gie ko yek... agaknyer ko ler yang dok panjat badan aku itue arie... kemain gatal gie yek panjat badan anak dara org... jantan kot cik T nie...

Air dah penuh... mata dah menjeling baldi... kejap2 pandang baldi, kejap2 pandang cik T... nie yang aku lemah nie... x sanggup plak aku nak melemaskan cik T neh.. cik T nie plak kemain pandai maen emo ngan aku... tue wat muka kesian arr tue... adoaiii.. ko nak aku rendamkan ko ker jemur jer... setelah mengambil masa setengah jam (bebetul setengah jam sehh!! susah gak nak wat jenayah nie hehehe) ngan aku2 sekali dok berjemur depan umah. Akhirnya aku wat keputusan lakukan jenayah bunuh dengan cara kurang kejam... aku tinggalkan cik T kat tempat panas... kira aku nie baek gak arr... tak sampai hati nyer pasal aku siap cari daun gie letakkan atas sangkar dia... pastue dengan pantas aku tinggalkan cik T... kang buatnya aku meratapi kematiannya kan ker nyaya... bro depan rumah aku dah dengar dok gelak2... hampeh sungguh... sebelum aku masuk umah aku siap cakap kuat2... bersemadilah ko cik T dengan aman... sekurang2nya korang taw aku nie berperikemanusiaan... amik ko ... terus aku berlari masuk umah wakakaka... tak nak kalah nyer pasal...

Tak lama lepas tue aku jenguk cik T... kompom mati dah tak gerak2 dah aku tengok... usik ngan kayu pun tak gerak... so aku terpaksa wat muka slumber jumpa bro depan umah...

"Assalammualaikum.. bang... leh pinjam cangkul tak?" ah sudah... ramai plak yg kuar.. nie tak nak panggil yang kat dapur, bilik segala bagai kuar ker???
"Wsalam... adik nak wat per ngan cangkul tengah2 hari buta neh?" mamat nie memang kerek sikit...
"Adalah bang...tak kan nak cangkul abg kot" aku tetap ngan muka slumber. Yang lain dah bantai gelak. Ada sorang abg nie Faiz nama dia (mamat nie farah dok usha lama dah...mmg encem seh hehehe)dia dah capai cangkul kat tepi dinding.
"OoooOOooo kerek yek... nak cangkul, kasi no tepon dulu..." nak gula2kan aku ler tue...
"Sy tak pakai handphone bang... kalau nak jugak nanti sy cari no tepon kat simpang tue.." muka aku rasanya dah cam udang kena bakr dah nie... dah arr panas giler kat luar neh...
"Dah arr Zif... sian budak nie... nak tanam tikus yek dik..." wahhh dalam dok backing aku sempat gak perli aku...
"Ah'ha... kalau abg x der kerja meh arr tolong bacakan yassin sekali... dapat gak pahala" aku terus capai cangkul dan berlari sambil ketawa sebab puas hati dapat kenakan depa wakakaka... dari jauh aku dah jerit
"lepas upacara pengebumian, sy pulangkan cangkul yer" wakakaka

Lepas aku kebumikan cik T, basuh arr cangkul tue bersih2... kang x pasal2 dapat smash dari mamat kerek tue kang... dah siap basuh.. memang timming elok nyer Farah balik... aku pun suh arr Farah antar cangkul kat abg Faiz dan kengkawan yang secara kebetulan wat2 rajin cabut rumpat wakakaka... Farah yang sememangnya dok usha abg Faiz pun hantar cangkul... settle keje aku tak yah dok ngadap mamat kerek yang dok bertenggek kat atas motor dari tadi aku tengok dok usha jer... tak puas hati kot sebab aku malukan dia depan kengkawan dia kot... padan muka.. wakakaka

Pagi tadi aku nak g kerja... aku tengok ada lagi sekor Cik T... nie nak balik amik perangkap tikus tue... pulangkan kepada yang berhak wkakkaka.... cam ner aku nak tanam cik T neh??? alamatnya aku kena ler cari kayu tuk gali lubang... harap2 abg Faiz ada umah ler hendaknyer leh pinjam cangkul gie hehehe... jangan dia cakap "umah korang banyak tikus yek" dah laaa... malu sehhh...

Oklah aku nak balik amik perangkap tikus tue.. kang bising plak dak2 opis neh...

Sambung plak..

Aku balik tadi tengok aikkk tak mati gie??? nak tak nak aku terpaksa melemaskan cik T.. harap maaf.. baldi aku penuhkan... pastue aku rendamkan ngan sangkar2 sekali. tengok gaya cam dah lemas... aku pun angkat arr sangkar tue dok tengok kot2 ada nafas gie ker... sekali dia berdecit... humang aii terkejut aku... terlepas sangkar dri tangan... nasib baek tak der orang kalau tak maunya aku kena gelak... rendam lagi setengah jam... setengah jam lama tue beb... kompom mati arr... aku pun bawak kuar umah tanam... pakai per??? wakakaka... aku dengan slumber jer rembat cangkul umah bro tue... aku dah bagi salam... sampaikan 1 taman muhibbah nie dengar...orang dalam umah tue pakat membuta kot... rata2 depa keje kilang dan ada gak yg keje tol.. so pepaham jer arr... dengan gaya slumber jer aku amik dan simpan balik cangkul depa...

Selesai misi aku... harap2 dah tak der cik T kat umah aku g...

Thursday, January 8, 2009

LaWaT BLoG MeMBeR...

Hari ini sesambil aku buat kerja aku bukak la satu blog di antara blog rakan-rakan yang aku dah masukkan dalam blog aku neh... aku nie memang pantang sikit arr bila dah duduk depan pc % untuk menyiapkan kerja tue mulai menurun lebih2 lagi bila tiba hari Jummat... % untuk mengular lebih tinggi plak... aku mencapai mouse... bukan mouse kat umah aku tue ..(tah biler arr aku nak menjalankan aktiviti penangkapan tikus secara berjemaah dengan budak2 rumah neh?) cari Microsoft Access sambung buat kerja (program file) pastue cepat2 aku bukak blog aku... signin then masukkan password. Terus aku cari blog jaja... then cari blog... http://darabdua.blogspot.com.

Sepanjang aku baca blog mamat neh memang aku dah tergelak2 dah kat opis neh sampaikan semua staff dok pakat tengok aku... adoaiii aku apa gie wat2 arr capai telefon kononnyer dok gelak dengan si pemanggil.. padahal bunyi tuuutttt jer aku dengar... wakakak nie ler penangan blogger... tue aku ler tapi blogger lain aku tak taw ler wakakaka...

Blog mamat neh memang best... slumber gg dan jari jemari dia jer dok menaip... memang dia type per yang dia rasa... penuh keikhlasan... lahir dari hati.. nie pendapat aku ler... orang leh nilai sendiri arr... gie ler bukak blog dia neh...

Memang sah ler sampai abis time kerja la aku dok xplore blog dia neh...

MiMPi NGeRi...

Assalammualaikum...

Hari ini aku telah mendapat satu mimpi ngeri... aku mimpikan orang yang aku sayang... Subhanallah... minta dijauhkanlah...

Aku mimpi aku ke sana dengan Herry dan tunangnya. Dalam perjalanan memang kami hampir2 terlibat dengan xcden tapi alhamdulillah semuanya selamat. Xcdent bebetul depan tol... tah tol mana tah... lepas tue aku seperti biasa pergi ke sana setelah beberapa kali dan hari cuba menghubunginya tapi tak berangkat dan sms langsung tak reply... risau giler... hanya Allah jer yang tahu (aku rasa dia sendiri taw part mana yg betul kot). Aku yang sememangnya akan membuat sesuatu kerja gila andai tahap kesabaran aku di cabar... dan apabila aku rasa perlu. Aku telah membuat keputusan untuk pergi ke sana.

Untuk masuk ke tempat nya bukan sesuatu yang mudah tetapi aku telah menggunakan 'mandat' yang ada (dia sendiri tak taw) aku telah berjaya masuk ke sana. Sampai jer kat sana, dia tak der... Herry dan tunangnya tunggu dalam kete. Aku cuba bertanyakan orang yang ada di sana. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapat tahu yang dia kini berada di hospital kerna menjalani rawatan. Aku paksa staff kat sana bagitaw aku hospital mana dan sebagainya. Dah lah aku terkejut bila dapat taw dia masuk hospital dah lama... terkejut lagi apabila mereka tak kenal dia.... wahhh somethin wrong here... setelah aku tunjukkan gambar dia yang sememangnya aku bawa ke mana sahaja barulah aku taw perkara sebenar.

Aku terus pergi ke hospital. Nak cari dia pun punyalah susah. Sampai2 dapat tahu dia telah di tukarkan wad. Cari wad dia... kemain susah sebab pertama kali aku datang (tapi kenapa aku macam pernah tengok jer keadaan hospital tue?... macam pernah aku ke sana) akhirnya aku terpandangkan dia kat tingkap salah sebuah wad kat situ. mulut aku nie plak bukan reti nak diam, nampak jer dia aku terus cakap 'haaaa' sekali dia pasan daaa.... berubah muka dia. Masa aku turun dari tangga dalam keadaan tergesa2 mata plak dok pandang dia, kaki laju melangkah. Aku rindukan dia... Aku nampak dia cam nak terjun turun ke koridor bawah seolah2 tak nak berjumpa dengan aku... aku terkejut dan menjerit panggil nama dia... dalam masa yang sama aku tersilap langkah dan jatuh ke bawah. Aku mengerang kesakitan sebab tangan aku patah. Adalah beberapa orang datang cuba membantu. Akhirnya dia datang... aku menangis dalam pelukannya. Sesungguhnya aku rindukan pelukkannya dalam mimpi nie barulah aku dapat merasakan kehangatan pelukannya. Agaknya betul ler kata pepatah... hanya dalam mimpi...

Setelah aku tanya dia... aku dapat taw dia menjauhkan diri dari aku semuanya sebab sakit dia... harap2 nie semuanya mainan syaitan... hanya mimpi... aku sentiasa mendoakan agar dia di beri kesihatan yang baik... aku sanggup tanggung, ganti tempatnya andai Allah nak berikan dia sakit, moga Allah kurniakan dia perniagaan yang success..., tabah dalam menghadapi dugaan... aku sanggup menderita kernanya, kebahagiaan yang berkekalan...biarlah aku tak bahagia asalkan orang yg aku sayang bahagia... sentiasa di sukai ramai... di kelilingi rakan2 yang dapat menggembirakan dia.. biarlah aku x happy dan di kelilingi rakan2 yang membenci diri ini.. tak per... dan apa yang di impikan menjadi kenyataan....aku sanggup korbankan impian aku andai itu yang perlu aku tukarkan dan korbankan demi melihat dia bahagia.

Inilah doa aku siang dan malam. Aku ingin bersamanya saat susah dan senang bukan sebab fikirkan yg aku takkan bahagia andai bersamanya sebab tue nak lepaskan aku... aku tak suka perkara nie terjadi. Kenyataannya pernah terjadi sebelum nie dan dia sendiri tahu perangai aku cam ner.

Aku terjaga dari tidur bertemankan air mata. Ya Allah kau lidungilah dia... lindungilah orang yang aku sayang dan cintai ini... Andai kau ingin berikan dia kedukaan dan kesusahan, kau berikan lah pada ku... aku sanggup menanggungnya. Sesungguhnya aku tak sanggup melihatnya berduka dan susah. Berikanlah kebahagiaan untuknya... Amin...

Sebab aku takut sangat sesuatu yang buruk terjadi padanya, aku hantar sms pada dia ... minta dia jaga diri bebaik, berhati2 di jalanraya dan semoga dia sentiasa di bawah lindungan Allah.

Moralnya... tidor basuh kaki dan baca doa tidor... tapi malam tadi aku siap mandi lagi sebelum tidur... agaknya terlupa nak baca doa kot... HANYA MIMPI!!!

Wednesday, January 7, 2009

KoNFLiK...

Assalammualaikum...

Tahun Baru 2009 menjelma... 2008 telah aku tinggalkan. Persoalannya selama mana aku akan terus menjadi Qiellah??? Sejak munculnya Qiellah, Nadia seolah-olah sudah aku lupa kan... kadang-kadang aku rindukan Nadia... Kenapa aku rasakan Nadia berada jauh dari aku??? aku rindukan Nadia... Nadia yang serba kekurangan, degil, keras kepala, tidak sesekali membenarkan hatinya sendiri terluka, Nadia yang 'pandai membawa diri' yang tahu bezakan mana yang buruk dan baik untuk dirinya, Nadia yang sentiasa happy go lucky, Nadia yang tidak kisah dengan pandangan orang lain terhadap dirinya, Nadia yang walaupun seringkali 'gagal' namun masih mampu tersenyum menghiburkan orang di sekelilingnya. Nadia yang susah untuk di selami apa yang terbuku di hatinya sehinggakan orang seringkali tertanya 'Nadia nie tak pernah ada masalah ker?'aku rindukan kau Nadia... kembalilah... argh... kusutnya kehidupan aku!!!

Qiellah... sejak kau muncul kenapa aku rasakan terlalu jauh keperibadian kau??? Aku bencikan Qiellah... mana niat asal kau menjadi Qiellah??? kenapa kau jauh terpesong??? kenapa kau tak kasi Nadia balik?? pulangkan Nadia... aku rindukan Nadia... terlalu rindu.. Nadia tak pernah berputus asa dengan kehidupan yang di lalui. Kau lemah Qiellah!!! Nadia Kuat dan Tabah!!!.

Pulanglah Nadia... hanya kau yang tahu rintihan hati ini... hanya kau yang mampu memberikan aku kekuatan. "Sahabat" bantulah aku mencari Nadia.

Walaupun aku lemah, tak sehebat Nadia tapi kau happy kan bersama dengan aku? aku telah tunjukkan kau 'kehidupan' sebenar. Aku tengok kau happy jer dengan aku. Kau dapat mengenali lebih ramai orang, bebas melakukan apa sahaja. Kini kau dah pandai membuat sesuatu yang selama ini tak pernah Nadia ajar kan?

Terkadang aku menyesal mengenali kau Qiellah!!! Ya Allah bantulah aku... aku ingin menjadi Nadia... aku rindukan Nadia. Nadia tak selemah kau Qiellah! Nadia tahu apa yang perlu dia lakukan apabila berada di tempat kau. Kau sekarang seolah2 membenarkan masalah membelengu diri kau... Kalau Nadia, perkara cam nie tak pernah berlaku. Nadia pandai menangani masalah yang dia hadapi. Kau dah jauh Qiellah.. jauh dari landasan kau...

Kenapa kau tak benarkan Nadia kembali???

Kau nak kehilangan apa yang kau ada ketika nie? segala kegembiraan, kenangan kau???
Biarlah... mungkin dia sendiri tidak perlukan aku... bukan mungkin lagi... kalau dia perlukan aku... sekurang2nya dia bertanyakan khabar aku... tapi dia langsung menghilangkan diri walaupun aku memerlukan dia... memang aku rindukan dia... aku akan 'mati' tanpanya... tolong jangan gunakan cara ini utk aku mendapatkan semula Nadia!!! jangan paksa aku membuat pilihan!!!

Kau patutnya berterima kasih dengan aku. Kerna aku, kau mengenali nya, kerna aku kau dapat merasa di cintai dan menyintai... walaupun...

Aku rindukan Nadia... dalam masa yang sama aku memerlukan Qiellah.. Ya Allah... kau bantulah aku... aku dah berada terlalu jauh... aku takut dengan keadaan aku sekarang nie... aku tak nak keberanian yang ini... Jiwa aku hilang sekelip mata... seolah-olah sudah mati...

Mak dan abah pun cakap aku seolah2 menjadi orang lain.... bukan Nadia tetapi Qiellah!!!

TiDoR DeNGaN TiKuS???...

Malam tadi ngah aku syok tidor sebab balik lewat malam tadi semuanya gara2 nak masukkan dan mengedit blog. Biasalah kalau dah balik lewat tue mandi2 terus baring2 kat katil... akhirnya terlelap.. entah cam ner tah... masa... aku tak ingat lah jam berapa.... rasanya dalam jam 3-4 pagi arr... cuaca agak dingin... agaknya ujan kot... aku pun tarik arr selimut...

Sekali tah cam ner tah aku terasa cam ada sesuatu dok gerak2 atas badan aku... memula aku ingatkan perasaan aku jer kot... sekali dia gerak2 lagi... aikk... per benda neh.. lampu bilik tidor aku tak pasang plak tue sebab dah letih sangat... lupa nak pasang... memang gelap giler arr... sekali benda tue kemain laju gie jalan atas badan aku menghampiri ke arah muka aku.. pergh!!! nie tak leh jadi aku terus singkap selimut terjun dari katil... terus bukak lampu bilik... aik... tak nampak pa per pun... apa yang naik atas badan aku neh??? sekali aku dengar bunyi berdecit... huaaaa makkkkk.... tikus naik atas badan???... wawawa... sib baik aku pakai selimut kira tak sentuh kulit aku arr... buatnyer dia masuk dalam selimut... mampus .....

Ngeri dan geli geleman aku... tetiba jer teringat citer Quarantine masa tengok ngan dak opis aku... minta dijauhkan lah... cam ner umah aku ada tikus neh....

Kejadian Ke 2...

Masa Iera datang rumah aku memang plan nak tidur rumah malam tue... member dah tak tahan nak terkencing... bukak jer pintu bilik member terus jer meluru masuk dalam bilik air... masuk2 jer aku tengok dia dah kuar balik... dia leh cakap...
Qiellah... apa ko bela kat dalam bilik air tue... wakakaka...

Aku masuk bilik air tengok tikus ngah belajar berenang dalam baldi wakakaka... hampeh tul tikus neh... si Iera dah terkencing sikit dah... wakakaka... sib baek umah aku ada 2 bilik air... aku yg bijak pandai neh gie ler tambahkan air dalam baldi tue ingatkan nak kasi tikus tue lemas... pagi2 aku bangun tengok ... aikkk.... dah ilang dari dalam baldi... mana pergi??? rupanyer ngah panaskan badan kat dalam bilik air tue... wat senaman wakakaka... aku apa gie tunjukkan ler tikus tue jalan yang benar... alih2 dia kuar dari bilik air... aku pun apa gie rembat ar tikus tue ngan penyapu cam main rounders... wakakaka.... nasib baik tikus tue tak kuar dari bilik air tidur ngan Iera malam tue wakakaka...

Kejadian Ke 3...

Farah bagitaw aku yang dia berjaya melemaskan seekor tikus masa aku balik dari kerja tadi... dia cakap dia nampak ada tikus dalam mesin basuh dia pun dengan pantasnya masukkan air dalam mesin basuh tue... dengan senang hati dia tengok satu kejadian membunuh cara perlahan... alih2 tikus tue mati lemas... aku cakap arr kat dia apsal ko tak wat CPR kat tikus tue wakakaka... 1 rumah dia kejau aku wakakaka....

Kepada tikus... ko masuk lah rumah orang lain... jangan rumah kami hampeh sungguh!!!! nasib baik aku nak pindah rumah hujung bulan 2... lepas kami pindah kau bermaharajalela arr kat rumah tue... wakakaka abis ler penghuni baru....

Tuesday, January 6, 2009

MeLoMPaT LeBiH TiNGGi...

Lokasi : Tg Bidara Gak...


Pa per hal tanggalkan kasut dulu... abis semua orang tengok kami wakakaka.... tetiba jer ada cadangan nak buat gaya lompatan nie sebab teringat ler zaman kanak2 dulu suka men lompat2... giler arr... time2 manghrib melompat kat pantai sampaikan bro yang memancing kat situ leh plak cakap cantik korang lompat... sengal gak ada ker lompat cantik wakakak tue perli sebenarnya hahaha...

Agak sukar juga nak merakamkan aksi melompat nie.. banyak jugak lah gambar yang tak jadi so terpaksa la delete.. kalau aku letak kat sini aksi lompat yang tak menjadi kompom ramai yang gelak. wakakaka...


Alamak lompatan tak menjadi neh... apsal ko snap dulu aku lom lompat gie... baru nak tarik nafas neh... wakakaka dah serupa cam nari ballet plak...


Alamak... ternampak plak ... wakakaka


Kemain ceria gie muka Iera neh... nie semua tak spontan sebab dah taw aku nak snap... tue yg kaber muka tue cam hampeh jer...


Lompatan dari pandangan sisi wakakaka...


Barulah melompat lebih tinggi wakakaka....

"BaHaN 2008"...

Salam Bersahaja...

Tengah aku menyiapkan sistem database aku nie tetiba jer aku dapat pm dari hana (natasha hana) yang sedang galak menceritakan peristiwa malam tadi di mana... wahhh skema aku... nak bahan orang punyer ler skema... wakakaka....

Aku paste ler apa yang dak Hana nie citer kat aku... kang ku citer kang trlerlebih plak kang hahaah...

natasha hana: beb kau bz ke
natasha hana: salam
§e§Âµ©¹ Q¹££Ã¢h: wsalam
§e§Âµ©¹ Q¹££Ã¢h: x der arr... per citer
natasha hana: cite kelakar lagi memalukan
natasha hana: ia terjadi pagi tadi
natasha hana: malu seh
§e§Âµ©¹ Q¹££Ã¢h: apa yg terjadi
natasha hana: ades
natasha hana: malam tadi
natasha hana: pagi lah
§e§Âµ©¹ Q¹££Ã¢h: apa yg terjadi
natasha hana: dalam pukul tiga lebih arr
natasha hana: masa tu room dah kosong
natasha hana: yang ada aku ngan anod n beberapa budak lama
natasha hana: pastu kau pernah nampak tak id 3077777777???
§e§Âµ©¹ Q¹££Ã¢h: ada mlm tadi ada id dia kat room
§e§Âµ©¹ Q¹££Ã¢h: dia suka wat sore ala2 bapok
natasha hana: buat ala ala bapok tak pe
natasha hana: ni dia berlagak
natasha hana: dia kata dia otai
natasha hana: otai room kl10
natasha hana: kl10 ni dia pegang semalam
§e§Âµ©¹ Q¹££Ã¢h: cam siot jer
natasha hana: ook malam tadi dia masuk
§e§Âµ©¹ Q¹££Ã¢h: then
natasha hana: 307 tu suka berlagak
natasha hana: dia kata dia otai
natasha hana: aku masa tu tak tau sapa si 307 tu
natasha hana: aku masa tu guna id jantan
natasha hana: aku dok spin lagu
§e§Âµ©¹ Q¹££Ã¢h: pastu
natasha hana: pastu 307 ni masuk room
natasha hana: dia bawak satu id
natasha hana: dia kata tu anak angkat dia
natasha hana: aku diam je lah
natasha hana: aku tak menaip tapi baca je apa dia taip
natasha hana: dia pon ckap ngan anak angkat dia
natasha hana: dia kenalkan ngan anod
natasha hana: ada ke dia nak jodohkan anak dia ngan anod
§e§Âµ©¹ Q¹££Ã¢h: mana ko taw dia bawak lg 1 id?
natasha hana: aku ada kat room lah
natasha hana: aku tak tau arr id tu sapa
natasha hana: dia pun tanye anod
natasha hana: anod kau macam mana anak aku tu kau nak tak
natasha hana: siap pm anod lagi tu
natasha hana: anod bengang
natasha hana: dia tanye aku tak kenal kau arr
natasha hana: kau ni sapa
natasha hana: dia cakap macam dia kenal anod
natasha hana: aku apa lagi aku pon gelak arr
natasha hana: ko tau aku gelak kat vc
§e§Âµ©¹ Q¹££Ã¢h: kompom kena kaw2
natasha hana: memang
§e§Âµ©¹ Q¹££Ã¢h: cam tue ker pangai otai kl10??
natasha hana: tu arr
§e§Âµ©¹ Q¹££Ã¢h: otai Kl10 pun x der nyer nak memalukan diri wei
natasha hana: pastu aku kata girl edola tu lagi lama dari aku tak berlagak pon
natasha hana: pastu kita tanye pasal angkel joe
natasha hana: kita cite pasal otai lama lama
natasha hana: dia diam
natasha hana: malu sioot
natasha hana: kalau kau ada malam tadi mesti kau pecah perut
natasha hana: ada satu id tu semangkuk dia
natasha hana: semangkuk dua pon bahan budak tu
natasha hana: ko tau sapa budak tu
natasha hana: devilkicker
§e§Âµ©¹ Q¹££Ã¢h: dia sama ngan dak tue
natasha hana: yup

Amik ko tak larat aku nak wat karangan paste jer senang wakakak... tetiba jer aku dapat idea nak watkan satu senarai "BAHAN 2008" nie terus aku bukak blog nak masukkan entry nie... mesti bes sebab ianya jadi kenangan sepanjang 2008 atau pun sepanjang penglibatan aku dalam dunia YM nie... hahahah

BAHAN 2008

1. Wan Shar - kerusi patah masa nak makan kat sebuah restoran di Bangsar... bebetul time nak masukkan nasi kat mulut kerusi boleh patah. Dah arr meja bahagian tengah2 restoran... nasib baik aku tak der kalau tak kompom aku bantai gelak kaw2 nyer wakakaka... (Info : Spectra)

2. Spectra - jatuh terlentang kat depan Maybank di Bangsar. Wakakak aku leh bayangkan cam ner muka dia... masa tue baru lepas ujan jalan agak licin... tue lah ada tangga tak nak di gunakan nak jugak guna laluan OKU... haaa last2 bebetul OKU cuma tak der kerusi roda jer wakakaa... ada ler beberapa orang mamat lepak kat tepi tue sumer patkat tengok dia ada yang tersenyum2... kalau aku ler kompom dah gelak guling2 dah.. wakakaka... yang paling best nyer dia leh plak sound mamat tue apa tengok2 wakakaka... (Info : Ila)

3. Umi -
a)eksyen ngan aku sebab baru beli kasut tinggi 3-4 inci. sekali masa jalan depn restoran (baru lepas makan) tak perasan ada lobang terus terjelepok jatuh gara2 pakai kasut tinggi wakakaka... siap minta tolong orang angkatkan lagi wakakaka...

b) masa aku datang rumah dia sajer lepak... aku ngah 'mengechat' (mampus kalau cikgu BM aku tengok perkataan yang aku gunakan kompom dia tak mengaku aku nie anak murid dia agaknya wakaka) kedudukan komputer cuma di hujung katil jer... masa tue aku ngah spin lagu "Makhluk Tuhan Paling Seksi" umi punyer ler meroyan dengar lagu neh menari2atas katil sekali tah macam mana tetiba jer dia jatuh dari katil bebetul landing sebelah kanan kaki aku... seperti biasa aku hanya mampu tolong... tolong tengokkan jer... wakakaka... memang lawak cara umi landing tue... pastue kedudukan badan dia masa jatuh... korng bayangkan jer arr cam ner kalau korang jatuh punggung landing dulu kat kawasan yang sempit wakakaka.... sakit perut aku gelakkan umi... dia siap cabut mic tak nak kasi aku vc bgtaw kat room ... tak per umi tak dapat bgtaw kat room Qla bgtaw secara face 2 face dan sekarang... secara bertulis gie wakakaka...

c) masa aku dan umi gie Jusco kat Puchong... umi drive... masa tue ada satu selekoh yang agak tajam umi still lagi tekan minyak sambil dok cakap dalam tepon sekali tah macam mana pintu kereta dia tak tutup... agaknya dia tak perasan kot yang dia lom tuup pintu kete just rapatkan jer hahaha... bayangkan ... pat aku nak suh korang bayangkan 10 minit... dah arr tang selekoh tekan minyak plak tue... tangan kiri pegang stereng kete, kanan pegang tepon .. pastue pintu kereta plak tetiba jer terbukak... menjerit umi minta tolong aku tutupkan pintu kete dia...mengagau aku cuba capai pintu kete tetapi x tercapai dek akal sambil tergelak2... nak tak nak dia terpaksa tekan brek. Aku dah bantai ketawa gegiler dah.. kelakar dan bahaya siot... sepanjang jalan aku gelakkan dia... akhirnya kereta penuh dengan ketawa kami jer...

d)masa tue nak g nilai...lalu 1 roundabout (betul ker aku eja nie??)... umi terlepas simpang boleh plak stop kete nak reverse kete kat tengah2 tue... wakakaka...

4) Apul – lokasi kat rumah umi. Teruja sangat nak bervc sampai tak sedar dok bercakap kat earphone wakaka… memang giler vc dia neh… malas nak menaip katanya… (Info : ramai nampak)

5) Hana – mangsa kereta hana… colek & cium wakakaka… ada orang terkincit dalam kereta hana…wakakaka… adoaiii aku tak boleh nak menaip arr bila nak wat story neh.. asyik nak tergelak jer wakakaka… disebabkan sakit perut tak tahan kereta hana bertukar menjadi kereka Formula 1 abis semua lubang dan lopak jalan raya di langgarnya… sampai jer kat petrol pump jer ‘member’ nie melepaskan ler hajatnya. Mereka pun meneruskan ler perjalanan. Sekembalinya hana di rumah baru perasan ada ‘sesuatu’ di atas seat dia… dengan naluri ingin tahu yang membuak2 hana pun apa lagi colek & cium arr ‘sesuatu’ tue sekali bau… pergh!!!! Wakakaka… lu pikir laaa sendiri… wakakaka….(Info : ramai giler wakakaka)

6) 5MM – WAKENABEB… nak citer pun dah malas so at sini ada ruangan gath kami kena serang WAKENABEB… baca kat situ jer lah eh…

Tg BiDaRa Di SeRaNG 3 MM...

Tarikh : 3 Januari 2009
Hari : Sabtu
Lokasi : Tg Bidara, Melaka.

Dear Blog...

Assalammualaikum...


Aku...


Iera...


Ros...

Hampeh sungguh atas desakan yang amat kuat dari Iera antara nak dengan tak nak aku terpaksa juga meng'update' kisah kami semasa menyerang Tg Bidara. Plan asal adalah sajer jer nak jenjalan ke sana. Ikutkan kami akan bertolak arie Jumaat selepas waktu kerja alih2 semuanya menjadi agak kelam kabut.

Kalau nak taw program asal 2009 bulan Januari nie kononnyer:

1. Nak lepak Genting selepas countdown... aku, Iera, Umi dan Ros punyalah bersemangat nak naik Genting alih2 Iera leh salah plak masuk simpang... dia dengan slumbernya masuk Genting Sempah tak pasal2 kami turun balik ke KL. Nampak sangat perjalanan tak diredhai hahahaha...akhirnya kami ke tersadai di rumah Iera kat Nilai... pergh... memang sejuk giler... cakap pun kuar asap wakakaka... tue lahhhh wat jenayah lagi kakakaka...

2. Projek jenayah aku dan Iera tak menjadi wakakaka... alih2 terus shoot ke rumah Ros.

3. Tunggu punya tunggu si Remy dan John sampai ke pagi kami tertido. Depa leh pakat tak roger sebab tak jadi join kami ke Melaka. Memang siot jer... Plan nak gerak ke Melaka pagi dalam jam 4-5 pagi last2 kul 10am baru masing-masing bangun. Siap arr ko kontel ngan alip... aku jumpa korang memang lunyai arr...


Kenderaan yang bertanggungjawab mengheret aku, Iera dan Ros ke Tg Bidara, Melaka...

Terus gerak ke Melaka. Tujuan asal aku adalah untuk mengumpulkan 5MM yang sememangnya susah untuk berkumpul neh atas sebab2 tertentu. Kami pun dah lama giler tak kuar bersama seperti dulu.

Hanya aku, Iera dan Ros jer yang join. Apa pun sepanjang perjalanan memang kelakar masing2. Sengal sungguh. Kononyer nak buat ler 7 perhentian... memandangkan hari masih awal kami sarapan dulu di Hentian Seremban.

Perjalanan di teruskan sampailah masuk ke tol Alor Gajah. Pergh!! kalau nak taw kami semua tak pernah ke Tg Bidara neh... masing2 punya lah berlagak macam pernah gie jer... walaupun aku sendiri orang melaka tapi tak pernah sampai pun ke sini. Alhamdulillah perjalanan agak mudah dan kami cuma terlajak simpang jer... belum boleh di masukkan dalam kategori sesat jalan taw... Wahhh bangga....

Sampai jer kat Tg Bidara aku telah tersalah bagi info daaa... wakakaka... dengan slumbernyer kami salah masuk tempat penginapan wakaka... angin jer Iera ngan Ros...


Keadaan katil wakakaka...

Setelah siap segala proses penginapan, masing-masing keletihan. Ros aku tengok terus landing atas katil. Aku dan Iera pula sempat mandi dulu sebelum landing. Iera dok mencekek keropok yang di bawa. Tengah dok layan citer 'hindustan' terdengar dengkuran kecil dari sebelah kanan aku. Toleh-toleh tengok Ros dah hanyut g Mumbai wakakaka... nasib baek arr aku tak rekod wakakaka...


Iera : I like lembu... wakakaka... agak2 kat sini ada tak lembu? manalah taw kot2 aku leh jadi pengembala lembu ker... wakakaka

Tengok macam best jer Ros tidur... aku pun sajer jer golek2 atas katil tue last2 cakap kat Iera kasi aku tidur 1 jam pastue kejut. Iera punya ler bengang... wakakaka... akhirnya semua lelap... hanyut di dalam pelukan hero hindustan wakakaka... Bangun2 jer aku tengok jam dah menunjukkan pukul 5 petang... pergh!!! kemain lama tido memasing... Apa ingat datang Tg Bidara nak tidor semata2 ker??? kalau nak tidor kat umah pun boleh!!!... aku dengan pantasnyer kejutkan depa. Siap2 dengan pakaian yang tak berapa nak menjolok mata kami pun memulakan aktiviti.


Mata terpaksa di cover sebab agak sembab wakakaka...


Sempat gie wakakaka...


Penampilan Ros selepas puas tidor wakakaka

Nawaitu sebenar kami adalah nak mandi laut tapi di sebabkan aku dan Iera mempunyai masalah kesihatan so terpaksa ler batalkan... lu pikir lah sendiri beb wakakaka... last2 kami adakan xtvt bersessi gambar di pantai. Pergh!!! mengalahkan pelancong dari luar negara lagaknya. Semua orang dok pakat pandang kami... cam jakun jer memasing hahaha... macam2 lagak kami... wakakaka...


Aku : Aku rasa kat situ sesuai buat rumah persinggahan kita neh...
Ros : Mana??
Aku : Kat situ arr... ish ko neh...


Ros : Aku rasa ok gak tue...
Aku : Kot yer pun setuju dengan pendapat aku.. tak yah ler ko nak azan kat sini... lom masuk waktu lagi neh...


Aku : Basah ler suar aku nie beb...
Iera : X per beb... nak mandi... darurat... meh men air jer ler...


Ros : Pose cam nie ok x?
Aku : Ko blasah jer ler beb wakakak... santai beb... kaber.. kaber... ramai giler orang pandang neh...


Jalan santai....


Bina kubur ker apa neh??? wakakaka


Model Pantai...


Model Pantai... hooooOOOooo...


Model Pantai...


Bina kubu...


Aksi Giler : Iera nak melepaskan hajat x sempat2 dah...


Aksi Giler : Ros dah tak sabar2 nak membuta lagi...


Aksi Giler : Boleh di katakan aksi giler ker??? wakakaka... Tg Bidara... aku takluki...


Aku : Buat perangai dah....
Ros : Yehaaa...


Gadis Dan Pokok...

Setelah penat berjalan kami dok cari makanan... perut masing2 dah buat bermacam2 irama da neh.. agak jauh gak arr kami jalan menyusuri pantai nak cari makanan ... wahhh skema... skema... hehehe... nampak gerai terus serang... kami makan meggi sup ngan air teh tarik... oleh sebab kami nie kecoh dapat gak arr kawan ngan bro kat gerai tue nama dia Said kami panggil Sood wakakaka.... jaat aku...kesian dia asyik kena bahan jer.. nasib ko ler Sood.


Lapau...


Besaunyer mulot ko Ros... wakakaak


Kenyang selepas makan....


Ombak....


Ombak... ops...

Lepas Isyak baru kami balik ke KL. Setelah hantar Ros, aku dan Iera meneruskan 'perjalanan' kami...

Ahad seharian aku bantai membuta sebab kepenatan. Tapi malam si Iera plak roger ajak tengok citer IP Man... blasah jer arr...